Friday, December 31, 2021

The End of 2022 - Achievement Unlocked - End Year Reflection

 


11 YEARS LATER

O-la guys, finally we are reaching the end of the year again. Last year kinda sucked so I didn't update anything on my blog even though last year remarks my 10 years anniversary of being a lowkey blogger. HAHA

This year is the most progressive year bcos I could hit more than 10 posts so far. *So proud huh* Sometimes I forgot to update due to necessary reasons. sigh :(

Here we go my achievement-unlocked list for me to reflect.




1. Bought my first house before I turn 25. Buying a home is not on my bucket list tho bcos I don't even know where I would settle down since I'm not married yet and is worth it in a long-term investment? But Alhamdulillah Allah eases everything during this whole process. So I hope it's a good sign for me to have a home at an early age and start a new life here at Johor.




2. Fully-Furnished Home. I finally did guys...I bought all furniture before the end of this year so that next year I can set a new target. I tried to be as minimalist and economical as I can in choosing my home furniture. I tend to avoid buying housewife-fav house items bcos end up I don't even use them and I think a lot before buying anything. lol




3. Fight Against Covid-19. Fully vaccinated with AstraZeneca. One of the life-death experiences that almost left my heart into pieces after being tested positive covid-19 & made me grateful even more at the smallest/ slightest things that  I have to cherish in my life. I start to love myself more and put myself first before anyone else. Gituu




4. Penang Gateway. Last year I had Cameron Highland Gateway with my fam also went to Melaka & Desaru Gateway with the gals, so this year we took a flight to Penang for food-hunting. It is so fun to explore viral Penang street food and sightseeing tour around Penang Island. Unfortunately, we had to quarantine 2 weeks after the vacation and work from home due to Penang being one of the red zones. My manager was angry as hell bcos of this. HAHA




5. Career Development. Fuh....the most challenging and toughest part of being an adult is to stay strong throughout this exciting-crying-stress-emotional-happy working life. To stay mentally and physically stable in every kind of situation and be professional as I can. But I did it! Alhamdulillah, I got a salary increment and have been assigned to the new project to enhance my career growth. Of course, you can't get away from being under pressure. HAHA

Thank you for the wonderful memories of 2021. 

Assalamualaikum 26 - 2022  and Good-Bye 25 - 2021. Adios

Hakuna Matata,
Yaya Doe

Friday, December 10, 2021

CHAPTER 1: ALTER

 Bab 1 : Sumpahan si Puteri





Adam Zuhair.

“Lepas ni kau nak buat ape?” Soal Paih. Matanya tak lepas memandang sepinggan goreng ubi dihadapannya.

Ni entah kali ke berapa aku kena jawab soalan sama dari org berbeza. Kadang malas aku nak jawab.

“Cari kerja la hoi, sampai bila nak mengganggur makan duit mak bapak” balas Adam yang separuh tergelak mendengar soalan Paih.

Paih tersengih.

“Sekarang nak dapat kerja yang betul-betul kena dengan kelayakan ijazah yang kau belajar bukan senang bai. Jangan memilih sangat.”

Adam mengangguk mengiyakan realiti yang sering menghantui mahasiswa lepasan universiti. Masa belajar memanglah tak terasa sangat beban yang kena pikul, tapi lepas 2 minggu Majlis Konvo terus mak kat rumah membebel suruh mula cari kerja.

Yelah sampai bila nak mengharap duit mak ayah. Tu belum kira hal adik-adik.  Muaz yang sekarang tengah sambung belajar di tahun kedua jurusan Satistik, Helyana kat nun matrik Kedah yang hari-hari merengek telefon cakap environment kat sana tak best. Amboi banyak cantik. Aisar yang  tengah nak SPM.

“Kawan aku ada offer jawatan kosong kat tempat dia kerja. Tapi part time aa kat KL nun. Aku ingat nak cari kerja dekat-dekat sini je.”

“Haa okey la tu, dari kau melangguk basuh pinggan kat warung  mak aku ni baik terima offer tu. Eh perempuan sekarang ni memilih tau, nak pandang lelaki yang kerja dekat bandar-bandar besar je. Hampeh” Paih tarik muka masam.

Kecewa agaknya, pinangannya ditolak oleh anak dara Makcik Renah anak JKK kampung minggu lepas. Tapi  betul jugak. Mak kat rumah tak habis-habis puji cikgu Maisarah yang mengajar Aisar depan aku.

Cikgu tu tinggal selang 3 rumah je selalu hantar kuih lompat tikam petang-petang. Sedap jugak. Eh banyak pulak aku merepek pasal cikgu manis tu.

Tapi mak, sorrylah bukan taste orang.

“Eh dah nk maghrib aku chow dulu, kang lewat pulak pi surau. Malam ni turn aku mengajar budak-budak tu mengaji.”

“Hah, jangan lupa bawak rotan lejen Haji Ismail sekali ye pak ustaz” Paih gelak.

 

“Along!! Handphone along dari tadi bunyi nih. Angkat lah cepat. Kang mengamuk awek tu haa”

Mulut Aisar memang tak boleh senyap, ikut perangai mak la tu. Nyaris terlatah Pakcik Lan tok siak surau mendengar jeritan Aisar, yang masa tu tengah lalu depan rumah. 

Mak yang tengah lipat baju sambil mengadap drama pun boleh lagi balas jeling dengan aku.

“Kawan laki la mak, Aisar tu mulut kepoh” Aku menyambut smartphone ditangan Aisar yang  tersengih.

“Tak tanya pun.” Balas Puan Zailan. Muncung. Mak memang tak berkenan sangat  perempuan bandar.  Macam-macam lah alasan, nanti queen control tak bagi balik raya kat kampung, makan memilih, tak reti masak.

 

“Assalamualaikum?”

“Adam Zuhair ke ni?” Suara dicorong sana kedengaran mendatar.

“Ye saya siapa ni?”

“Ni saya, Prof Nizam. Takkan dh tak kenal suara saya kot”

Secara automatik tangan kanan menepuk dahi.

“Ya Allah, ye Prof ada apa Prof telefon malam-malam ni?” Tak pernah-pernah pun call aku. Dulu masa last semester bukan main aku call dia sebab Prof Nizam tersalah key in carrymarks aku. Tak pernah berjawab. Hangin pulak kalau ingat balik.

“Er…saya ada hal nak bincang dengan awak. Awak boleh datang fakulti tak petang Isnin?” Ya Allah Professor ni ingat Batu Pahat dengan fakulti dia kat KL tu sejengkal.

“Hal penting ke prof? Sebab saya sekarang ada dekat kampung. Kalau Prof nak jumpa jugak saya boleh ambil bas pagi Ahad esok.”

“Er okey boleh, saya jumpa awak kat bilik saya petang Isnin esok.” Terus talian terputus. Cuak pulak aku. Ke dia nak tarik balik ijazah aku sebab 2 assignment dia aku suruh budak junior buat.

Profesor Nizam tu pensyarah psikologi aku. Sebab dia terlampau best lah aku berjaya tamatkan ijazah sarjana muda psikologi. Aku tergolong dalam top student dia, tapi at the end aku masih merempat kat kampung walau pointer aku tiap kali exam 3.5 above. Orang lain dengar citer dah mula kerja.

Tu orang cakap rezeki ditangan Tuhan. Aku tak kesah bila orang kampung persoalkan kenapa aku pilih kos psikologi. Nak rawat orang gila ke? Atau bercita-cita nak jadi cikgu kauseling sekolah rendah?. Hahaha. Aku gelak je. Biar orang nak kata apa pun.

Tapi bila dah grad, mula terasa terbeban bila surat ptptn sampai petang semalam. Tawaran kerja dari Joe bermain di setiap sel saraf.

Tiba-tiba pesanan ringkas naik di notification.

‘Beb apa citer? Takkan lama sangat fikir’- Joe

‘Okay jadi. Malam esok aku jumpa kau.’ Alang-alang dah jumpa Prof Nizam esok.


Hakuna Matata,

Yaya Doe :)


Thursday, December 2, 2021

CHAPTER 2: ALTER

 Bab 2: Puteri Diana



Bab 2

“Cari budak tak guna tu sampai dapat! Macam mana dia boleh terlepas hah?” Jerkah Tuan Fahmi. Kayu besbol ditangan salah seorang pengawal peribadinya dirampas. Sekali hayun berkecai pintu kaca cabinet bukunya.

“Kalau tak jumpa budak tu sebelum esok, macam tu la nasib korang semua.” Ditunding hujung kayu besbol kearah kaca yang berderai.

“Er..er baik Tuan.” Lintang-pukang kelima-lima orang pengawal peribadinya keluar meloloskan diri.

Tuan Fahmi mengurut kepala yang migrain.

“Air yang Tuan mintak tadi” Segelas air kosong dihulur. Tiada sebarang ekspreasi yang terpamer di wajah Qais pembantu peribadi Tuan Fahmi.

“Terima kasih Qais”

“Tuan jangan risau saya rasa kali ni dia tak pergi jauh. Mungkin dia masih berkeliaran di mana-mana kelab malam.”

Dia cuba untuk menenangkan perasaan Tuan Fahmi yang berkecamuk.  Hampir 15 tahun dia berkerja dengan Tuan Fahmi. Segala rahsia dan masalah Tuan Fahmi memang dalam genggamannya.

Para pekerja di villa Tuan Fahmi dipaksa kunci mulut tentang apa yang mereka nampak dan dengar di dalam villa. Sekiranya sebarang khabar angin cuba keluar dari villa tersebut, memang nyawa para pekerja dihujung gaung.

Ada cerita yang mengatakan Tuan Fahmi pernah membelasah salah seorang pekerjanya yang telah membocorkan rahsia yang ada didalam villanya sampai nyawa-nyawa ikan. Pekerja tersebut ditahan di wad ICU selama 3 bulan dan mengalami lumpuh seluruh badan.

Tapi disebabkan tawaran gaji yang tinggi, memang ada antara mereka semua yang sanggup tanggung risiko.

Villa yang terasing daripada villa-villa yang lain nampak suram dari jauh. Seolah-olah ia cuba menegah orang luar untuk mendekatinya.

 **************

 

Mak nampak happy betul bila aku cakap yang aku dapat offer kerja kat Kuala Lumpur. Apa yang nak dibangga entah dengan bandar yang tak pernah tidur tu. Mungkin mak dah naik bosan dengar bebelan orang kampung yang asyik cakap aku ambil kos yang mengarut di universiti lepas tu kerja di warung kopi.

“Mak orang pergi dulu eh”

“Haa duduk jauh tu nanti jangan nak buat balik perempuan bandar rambut karat. Memang mak tak restu okey” Puan Zailan menyambut tangan anak lelaki sulungnya.

Aisar kat sebelah tersengih. Kaki report mak ni memang aku kena block dia awal-awal dari Facebook, Wechat,Instagram dan Telegram desis Adam.

“Iyer mak, Along tau sangat taste mak tu. Solehah, tudung labuh, sopan-santun dan pandai masak kan?”

“Bagus la kalau dah tau sebab mak dah letih nak ulang” Lagi bagus kalau mak tak ingat terus.

Panggilan telefon daripada Professor Nizam macam ada sesuatu yang tak kena. Namun aku cuba fikir positif mungkin dia nak mintak pendapat aku yang bernas ni kot berkaitan reserach paper atau nak minta aku bagi talk kat juniors sem 1.

Aku sampai di stesen bas BTS tepat pukul 3.30 petang.

“Joe kau ada kat mana? Aku dah sampai.”

“Iye aku dah nak sampai ni kau tunggu kat luar”.

BMW 5 series m sport betul-betul berhenti depan aku. Siap hon hon lagi. Anak orang kaya mana yang nak berlagak depan aku ni. Cermin tingkap di sebelah pemandu diturunkan.

“Hoi, taknak naik ke abang hensem” Terbeliak mata aku tengok Joe yang dulu bukanlah yang sekarang.

Joe ni dulu housemate aku. Dia amik kos apa tah, aku lupa. Selalu menghilang bila weekend sebab dia banyak buat kerja part time.

“Mana kau dapat duit beli menatang ni?” mata Adam melilau kearah kerusi belakang. Dijeling kearah kemeja Joe yang langsung takde kedut. Tengok pun dah tahu kemeja Van Heusan.

“Ni bukan aku punya, aku pinjam kejap datang nak ambil kau" Adam hanya mengangguk. Beg baju dipeluk, segan pulak nak campak dekat seat belakang BMW

 "Nanti jap, kau nak pakai baju ni ke malam ni?” Joe angkat kening. Adam angkat bahu.

Terus dipusing stereng kearah One Utama Mall.


Hakuna Matata

Yaya Doe

Tuesday, November 9, 2021

CHAPTER 3: ALTER

 Bab 3: Puteri Ulek Mayang




Bab 3

 

“Eh tempat apa ni? Kau jangan main-main Joe”

“Ikut je lah. Sebelum kau cakap apa-apa kau jumpa bos aku dulu.”

Aku hanya mengikut langkah Joe menyusuri ruang yang  bising dengan gelagat manusia yang mula memenuhi kelab malam tersebut. Dalam hati entah berapa kali aku mengucap tengok berbotol-botol arak beratur diatas kaunter.

“Bos ni kawan yang saya cakap hari tu” Joe menarik Adam yang nampak kekok.

Perempuan yang tengah asyik menghisap rokok dunhill sambil bergelak ketawa dengan beberapa orang lelaki menoleh kearah Joe. Dia tersenyum.

“Adam, ni Nelly. Boss kat sini.” Bisik Joe.

“Oh my goodness, boleh tahan jugak ye kawan you ni.” Adam tersentak apabila tangan Nelly mula merayap di dadanya yang bidang.

“Okeylah kita test dulu macam mana. Lagipun kita memang kekurangan pekerja hari ni. Tugas you Cuma perlu teman perempuan-perempuan di dalam bilik karaoke menyanyi. Satu jam lima ratus ringgit, deal?”

“Deal!” Tanpa sempat aku membalas, suara Joe terlebih dahulu menyahut. Dalam kepala aku tengah fikir nak lari keluar, tapi rilek dulu aku nak tengok sejauh mana si Joe ni nak pedajal aku. Lubang jamban punya member.

Joe mengheret aku keluar. Sebelum sempat mulut aku menyumpah seranah, Joe terlebih dulu susun ayat.

“Okey aku mintak maaf sebab tak bagitau kau tentang kerja ni.”

Aku tayang muka bengang.

“Kau nak aku jadi gigolo ke hah?” Mau tertonggeng mak kalo dia tahu anak dia ni jadi gigolo yang dulunya part time jadi ustaz ajar mengaji iqra’ kat surau.

“Uhh rilek-rilek, kerja kau duduk dalam bilik karaoke tu je. Lepas tu kau ayat la sikit pompuan-pompuan dalam tu. That’s it. Bukan suruh buat one night stand ke hape. See senang je kan.”

Adam angkat kening. Joe kau dah berubah.

“Senang je kan? Habis tu kau nak suruh aku ayat pakai apa? Nasyid? Qasidah?”

“Aku mula-mula pun tak biasa jugak, tapi lepas dua tiga kali kau okey la.”

“Aku tak boleh buat dan aku taknak buat. Dah aku nak balik kampung. Kalau kerja macam ni la yang kau offer, aku rela kerja basuh pinggan mangkuk kat warung”. Jawabnya keras. Dadanya berombak menahan marah.

“Adam…okay fine. Pergi la balik kampung kau tu. Mereput kat warung kopi. Kau ingat senang nak hidup sekarang? Pandai-pandai la kau balik sendiri.” Joe meninggi suara. Kemudian dia tinggalkan aku ditengah-tengah ruang kelab malam.

“There you are darling. Heyy kenapa tak masuk lagi. Oh malu ye” Tiba-tiba Nelly memaut lengan dan menarik tangan aku kedalam bilik karaoke.

Sebaik saja aku masuk, tiga pasang mata menoleh kearah aku. Sekilas pandang aku tahu masing-masing umur linkungan 30-40 an.

“Wow anak ikan baru. Pandai you pilih Nelly memang taste I”

“I bayar extra hari ni tau so jangan kecewakan I ye”

“Cik salah faham ni saya bukan…”

“Sial lah lu ni Nelly, aku yang booking dulu bilik ni kenapa kau bagi kat betina tua ni hah? Kau tau kan ni bilik febret aku”

Tiba-tiba seorang gadis berumur 20-an merempuh masuk bilik. Bahunya turun naik menahan marah. Rambutnya pendek separa bahu. Make up kat muka memang gaya gothic. Subang kat telinga kanan kiri entah berapa pasang.

“Oh my, calm down sayang. I ingat you tak datang malam ni. Yela you kan dah lama tak datang” Nelly kelam kabut meredakan amarah perempuan goth gila meroyan tu. Aku jadi batu tunggul je.

“Hei setan, mind your own words. Kau kenal tak aku siapa hah?” Salah seorang daripada pompuan tu bersuara.

“Do I look like I care bitch?” pompuan goth ‘yang aku tak tahu nama apa’ tersengih sinis. Seolah-olah tidak ambik kesah.

“Amber, you tak boleh buat macam ni. Nanti I bagi bilik lain okay.” Pujuk Nelly. Oh Amber nama dia.

“No. Aku nak bilik ni jugak kau tak faham ke hah? Korang semua keluar!” Tiga-tiga wanita  tersebut tercengang mendengar nama Amber.

Mereka saling berbisik.

“Mel ni la Amber yang Quinn cakap tu, ko jangan cari pasal dengan dia. Kang sia-sia je muka kita lebam”

Terus air muka masam Mel bertukar ceria.

“Its okay Nelly, kitorang boleh ambil bilik lain.” Mencicit ketiga-tiga mereka keluar.

Adam yang masih tercegat menanti babak seterusnya terus berjalan perlahan kearah pintu keluar. Babak dah habis. Aku nak balik.

“Ehem, nak pergi mana tu?” Tanya Amber selamba. Dia melipat sila diatas sofa panjang. Tangan kanan menyeluk poket jaket kulitnya.

Nelly cepat-cepat menolak Adam supaya duduk disofa dan meninggalkan Adam dan Amber berdua. Amber bukan boleh kira sangat perangai panas barannya.

“Jadi pakwe aku.” Tiga perkataan lancar keluar dari mulut Amber.

“Er..ya, ya. Hah apa?” Adam mengerut dahi. Aku cakap ya? Perempuan gila ni meroyan lagi ke. Amber merenung Adam. Lama.

“Kau taste aku. Dah jom” Amber menarik lengan Adam. Keluar ke ruang luar.

“Eh kejap cik, saya rasa awak salah faham ni. Saya bukan…”

“Shit Babi!! Sial, macam mana dia boleh jumpa aku” Amber menyupah seranah sebaik sahaja melihat empat orang lelaki sasa yang sedang mencarinya di ruang bawah kelab malam menyedari kehadirannya.

Adam tercengang. Bahasa memang out.

“Eh kau tercegat kat situ kenapa? Nak mati?” Amber memekik kearah aku.

Berlaku adegen kejar mengejar. Biasanya lelaki yang tarik tangan pompuan lari dari orang jahat ni terbalik. Aku pulak tergedik ikut langkah Amber mencari pintu keluar belakang.

Buggati Veyron Amber yang diparking di belakang kelab malam buat aku ternganga. Minah ni jual dadah ke siot.

“Awak sape? Saya taknak terlibat dengan kerja haram yang awak buat. Saya nak balik sekarang”

“Dah terlambat, tadi ko dah setuju nak jadi pakwe aku. Dan lelaki-lelaki sial tadi dah cam muka ko. Masuk dalam kereta sekarang!!!”

“Hoi Amber!! Jangan nak lari”

Aku berpaling ke belakang, mamat-mamat tadi! Terus aku melompat masuk di tempat duduk disebelah pemandu.

Tak sampai sejam hidup aku aku dah jadi chaos. Kena tipu dengan member. Disalah anggap jadi gigolo murahan. Entah sesape pompuan ni tetiba nak jadi makwe aku.

 Kena kejar dengan abang-abang sado. Sekarang aku tengah tunggu si buggati veyron ni accident dengan mana-mana pembahagi jalan. Ni dah masuk tiga lampu merah dia langgar.

“Er, awak  boleh drive slow sikit tak? Saya rasa nak muntah la.” Aku mengurut leher. Memang aku ada lemah semangat bila tengok  orang bawak kereta laju-laju. Di tambah dengan air cond aku dah rasa sesak nafas.

Amber menjeling kearah aku. Tanpa sebarang amaran di berhenti di bahu jalan. Kepala aku on the spot terhantuk di dashboard.

“Aiseh mamat hensem ni, bak sini handphone kau.” Amber menghulur tangan.

Ooo sekarang dia nak rompak aku pulak. Cis memang aku dah agak mana ada orang sesaja bagi tumpang si Buggati Veyron. Aku Cuma mendiamkan diri.

“Oh taknak bagi…” Terus tangan Amber merayap di poket seluar aku. Eh pompuan ni. Sekarang nak mencabul pulak.

“Hah dah dapat. Sekarang keluar sebelum mamat-mamat tadi jumpa aku kat sini. Sebelum tu amik Iphone ni, nanti aku call ko.” Amber melemparkan Iphonenya. Nasib aku cepat tangkap kalau tak sesaja Iphone tu tembus keluar kat cermin tingkap.

 “Jap sebelum tu, saya bukan gigolo yang macam awak fikir.”

“Aku tau, dah keluar cepat.”. Arah Amber.

Terus dia memecut Buggati Veyron meninggalkan aku.



Hakuna Matata,

Yaya Doe


Thursday, October 21, 2021

HOW TO SURVIVED WORKING LIFE (UNDER PRESSURE)




Assalamualaikum everyone,

It's been 2 years already mehh since I graduated from UTHM! Sekejapnya masa berlalu. 
Dulu kemain ghisau tak dapat kerja lepas habis degree. Next phase yang paling mendebarkan aku selepas je tamat last paper and unofficial results pun dah update in UTHM system. 
Pointer tinggi penting tak?  Am I under qualified because I'm a fresh graduate? Is it bcos I have zero experience?
So many questions tau. Before this aku tak pernah kerja part-time, so been officially working under an organization is such a large step for me as a young adult. 

In this post aku nak share a little tips for fresh graduate to survive in working environment with flying colors gituuu. Bcos I know ramai yang masih struggle nak adapt with new working culture.

1. Be Friendly 

Firstly, apabila berada di tempat baru kita mesti ramah dengan semua orang. Jangan buat muka kerek, anda masih lagi baru! HAHA
Masa mula-mula kerja aku gerak solo sebab tak pandai nak bergaul dengan akak-akak office. But after a few days, I push myself to be an extrovert around older colleagues...Dengan asked about their job position and their role in the organization. Soon or later, they will naturally open up to you about their working experience.

2. Fast-learner

Secondly, to be at the entry level you have to learn and know every process, hazard & procedure that happened in the company. So apa yang berlaku is that aku ni agak slow apabila my senior collegue assign aku untuk buat desk job for example key in data in excel. Excel pula aku cuma tau basic so I skekk if I accidently messed up the calculation/formula. HAHA
So apa yang perlu kita buat is always take a note and jotted down every details okehh. Always bertanya! Jangan jadi bodoh sombong, at first akak officemate maybe annoying sebab asyik tak faham je...but at least you ada passion/effort to learn new things.

3. Communication

Communication ni one of the soft skills yang perlu adik-adik fresh graduate asah sampai tajam. Why? Bcos in working life you gotta face various type punya perangai orang. For me, as an industrial employee I had to communicate dengan every department, management, third-party vendors & customers. So, aku ni sumpah introvert untuk bercakap dengan stranger dan teragak-agak untuk sampaikan sesuatu. Also aku jenis yang akan explain panjang berjela, then I realise I gotta fix this habit. Make it short, simple and easy to understand. Don't be too confident or to intimidate bila bercakap.
You gotta be confident waktu communicate with people and look at their eyes bila bercakap.


4. Problem-solving (Face your own problem! Don't run away!)

Tips no 4 ni  agak menarik, aku perasan ada dua jenis manusia apabila berdepan dengan masalah di tempat kerja. Pertama, bila masalah timbul mereka akan buat tak endah/ tak peduli dan akhirnya orang lain yang terpaksa finish the job. Kedua, datang la segala bala tentera bugis pon dia tetap keep calm and fix the problem till the end. Masa mula-mula kerja aku memang surrender bila problem datang, selalu senior akan settle kan for me but rugi tau bcos pengalaman yg akan buat hati kita lebih kental mengharungi ombak duri worklife. Now aku dah comfortable dengan my position, datang apa masalah....aku dah boleh hadap sampai habis. 

5. Be responsible

Lastly, after you dah dapat solve the problem and make a final decision of course you have to be responsible if anything bad happens along the way. Masa tu baru you can find other alternatives to avoid those challenges, jangan buat tak tauu or diam. Kena marah/maki tu biasaa. Esok datang kerja sengih2 macam tak ada apa jadi. HAHA Kbai



Hakuna Matata,
YAYA DOE

 

Friday, October 8, 2021

CHAPTER 4 : ALTER

 Bab 4: Puteri Lindungan Bulan



Bab 4

Semalaman aku tak boleh tidur. Aku tidur kat mana? Masjid banyak bai. Duit cukup-cukup nak bayar teksi ke UM je esok. Jangan nak mengada pi cari motel bajet. Kang sia-sia kena angkut dalam van jenazah.  Duit tiket bas balik kampung nanti lah aku pinjam dengan Prof Nizam. Hehe.

Iphone6 didalam poket seluar aku seluk keluar.

Peh wallpaper dia. Bunga-bunga. Aku ingat minah ni letak gambar tengkorak skinhead, takpun gambar Adolf Hitler. Perangai mak aii taraf dictator Josef Stalin ketua Soviet Union. Ngeri aku.

Ceit dia letak password. Baru je nak stalk.

 

Keesokannya, terus aku ambil teksi  ke UM. Sampai saja diperkarangan fakulti psycology terus aku berlari mencari bilik Prof. Tak payah cari pun sebenarnya, tu haa bangunan hujung tingkat atas sekali.

“Eh Abang Adam buat apa kat sini?” Tegur salah seorang junior. Shaila. Budak ni lah yang buat rumors pasal aku yang innocent ni di usha oleh pensyarah perempuan muda.

“Er..Prof Nizam nak jumpa.”

“Oh, yeke? Ntah-ntah kena extend semester” Gurau Shaila.

Ewah-ewah mulut. Mentang dulu aku pendiam bajet cool je jangan ingat aku tak bengang. Nak je aku mintak alamat rumah kau lepas tu pos gambar konvo aku yang sebesar rangka tingkap tu. Free postage lagi.

“Bagus jugak, boleh aku pujuk Prof Nizam lingkupkan kau sem ni” Adam meleparkan senyuman yang ter’manis.

Shaila mencebik.

“Okeylah got to go. Oh for extra information, lif rosak.” Shaila angkat kaki ke arah kolej kediaman.

Lif rosak lagi. Damn. 13 tingkat ohoi.

Sampai saja di anak tangga terakhir tingkat 13 aku dah termengah. Tingkat  13 ni memang sunyi sepi. Cuma ada bilik-bilik kosong untuk kelas tutorial, tu pun jarang sangat orang booking sebab jauh sangat. Aku mengatur langkah ke bilik Prof Nizam.

Pintu diketuk.

“Assalamualaikum Prof…”

Aku menguak pintu bilik. Sepi. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, meremang tegak bulu roma bila aku terpandang sekujur tubuh Prof Nizam yang terbaring ditepi meja

Darah bersepah dibucu meja. Aku rasa kepalanya terhantuk.

“Prof…”

Tiba-tiba ada lembaga memaut leher aku dari belakang.

“Syhh..diam” Bisiknya.

“Ka…kau si..apa”

“Anggap saja kau tak nampak apa yang berlaku.”

Terus dia menutup mulut dan hidung aku dengan sapu tangan.  Lepas tu aku tak ingat pape dah.

 

 

Aku tak sedar apa yang berlaku sampai lah aku rasa leher aku perit.

Perlahan aku buka mata. Samar. Aku cuba bangun tapi sia-sia,  boleh rasa ikatan tali yang kemas membalut tangan dan kaki.

“Bos dia dah sedar”

Terkejut aku bila tengok  5 orang lelaki berbaju gaya samseng mengelilingi aku. Salah seorang dari mereka menarik aku supaya duduk dalam posisi melutut. Ya Allah apa pulak kali ni.

Tiba-tiba seorang  lelaki berumur lingkungan 50-an bangun mendekati aku. Air mukanya tenang.

“Korang pasti budak ni yang terlibat dalam projek dengan Doktor Nizam tu?” Tanya Tuan Fahmi.

Aku baru teringat tentang Prof Nizam.

“Ye Boss, kami jumpa dia pengsan didalam pejabat Doktor Nizam. Tapi…” Salah seorang dari mereka terdiam, memandang satu sama lain.

“Tapi apa?”

“Doktor Nizam dah mati.” Aku mengigil mendengar jawapan mereka. Lembaga tu.

Muka Tuan Fahmi terus berubah tegang. Tiba-tiba migrain menyerang kepalanya. Nafasnya turun naik.

Tuan Fahmi memandang Adam yang pucat lesi.

“Kau tahu siapa yang bunuh Dr Nizam?” Tanya Tuan Fahmi. Dia rasa Adam tahu sesuatu.

“Er..aa..hh..”Aku menggeleng.

“Anggap saja kau tak nampak apa yang berlaku.”

Suara lembaga tu terngiang-ngiang didalam otak aku.

“Budak ni akan gantikan Nizam”

“Tapi boss, boleh ke dia jaga Diana? Kami pun tak dapat kawal dia” Kelima-lima orang mengeluh.

“Dia pernah terlibat dengan projek Dr. Nizam tentu dia tahu caranya. Lagipun aku dah tak banyak pilihan.”

Aku hanya diam mendengar perbualan yang aku langsung tak faham. Projek apa? Diana tu siapa pulak? Yang aku tahu Prof Nizam memang  Doktor Pakar Psikitiari kat Jabatan Perubatan Psikologi UM.

“Saya tak faham apa yang tuan cakap. Saya Cuma bekas student Prof Nizam ” Aku tak tahu dari mana keberanian tu mai. Aku memandang Tuan Fahmi.

“Aku nak kau kerja dengan aku. Aku bayar gaji kau dua kali ganda daripada gaji Dr Nizam kalau kau setuju jadi private psychiatrist anak aku.”

Aku terdiam. Private psychiatrist? Tu la impian aku masa aku mula-mula masuk U. Peluang bukan datang banyak kali. Tapi, entah sape-sape pakcik ni dengan komfidennya dia bagi aku kerja.

“Lagipun sekarang ni kau mungkin tengah jadi salah seorang suspek pembunuhan Dr.Nizam. Sebab kau orang terakhir yang ada kat dalam bilik dia.”Tuan Fahmi cuba untuk mengugut Adam yang masih lagi diam merenung lantai.

Aku mengangguk lemah. Memang aku benci diri aku sekarang ni. Tapi kalau aku keluar dari sini mungkin pembunuh sebenar akan cuba bunuh aku sebab aku saksi yang masih ada. Fikir je dah meremang satu badan.

Tuan Fahmi tersenyum puas. Dia menepuk bahu Adam.

“Eh apa lagi bukak ikatan ni. Dan suruh Qais bawak surat perjanjian kesini.” Arah Tuan Fahmi.

Lepas aku menandatangani surat perjanjian baru aku berani bukak mulut.

“Boleh saya tahu, anak Tuan sakit apa?” Soal Adam. Tuan Fahmi berdehem sambil memandang Qais.

“Tuan, saya risau tuan terlepas penerbangan kali ni” Balas Qais.

“Qais pembantu peribadi saya akan jawab semua soalan awak. Kalau ada apa-apa yang kamu perlu minta saja pada Qais. Tolong jaga anak perempuan saya baik-baik” Tuan Fahmi meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Kelakar pun ada, aku yang baru grad ni tetiba jadi psikitiari peribadi entah anak dato’ mana. Ye berdasarkan pemerhatian aku, lelaki tu bukan calang-calang orang. Bilik ni pun dah seluas rumah aku. Tu belum jenguk seluruh kawasan villa lagi.


Hakuna Matata,

Yaya Doe

Friday, October 1, 2021

REVIEW SKINCARE ROUTINE #HOLYGRAIL #KBEAUTY




Hey-O

Tajuk kemain tau. Aku risau nak share pasal aku punya skincare routine since last post aku pasal review skincare was on 2016. That time was the moment yang aku bangga gila sebab dapat cure my highschool acne! But it didn't last that long. View post tu sampai 20k wei, terkejutt kita.

Back to the story, I survived First year degree but masuk 2nd year Degree aku terciduk disebabkan produk kilo again. That time famous macam-macam brand produk kulit mulus licin kulit telo. I don't have to name it bcos everyone know about it. Bila kau dah ada lab-tested/safe/healthy skincare routine but everyone around you sanjung pinkish-milk-skin. Waktu itu nafsu menguasai diri.HAHAA kita pompuan so kita tauu feeling ituhh

So aku belajar dari kesilapan. Kulit aku breakout again in the early year 2017 until the end of 2019.  Three freaking years aku struggle untuk dapatkan balik a healthy skin. In the year 2020, I told myself  - This time I'm gonna love my skin color no matter what everyone says! I change my whole skincare routine and say no more to unsafe whitening products.

My biggest game-changer in my skincare routine was from K-beauty products. I found these fellas on TikTok #Racuntiktok
All the products that will be mention below were my knights in shining armor. It might suit me but I don't claim it will be suitable for you. I am testing the products for 1 year 5 months already. Alhamdulilah okay sangat! The products boleh purchase at any kbeauty website - Hermo, Althea or Shopee ( trusted seller)


Cleanser : Innisfree Blueberry Rebalancing 5.5 Cleanser.


Mula-mula terjebak dengan twitter guru's thread and most of them recommend low pH cleanser so I perasan this one guy suggest cleanser from Innisfree. His review is quite legit so I pun teracun untuk try and guess what, i loike! Bila cleanse muka rasa fresh sangat and langsung tak pedih kulit muka. I still trauma with sabun pemutih-hakis-melanin-kulit. But if you guys pakai heavy makeup please start with cleansing oil and then baru used this one. The price is so affordable and the brand is well known already by kdrama's fans. HAHA



Toner : Son & Park Beauty Water


For toner, I used Beauty Water...this one kan feeling dia ala-ala toner mahal duh. I said what I said. At first aku tak expect anything pun from this toner but after dah habis sebotol you guys can see the glow. I suka finishing toner ni sebab langsung tak melekit-lekit.HAHA best dooh. This toner ada 2 functions tau...you guys can also used it as micellar water. Aku rasa kulit muka aku dah tak kusam lepas pakai this toner.   


Essence: Snail Bee High Content Essence



Ini adalah permulaan kepada this holygrail routine, I teracun from tiktok guys! This essence so freaking good wehh untuk sensitive skin. My skin is acne-prone skin so ada merah2 and blemishes, bila time of the month memang teruk! This essense helps to soothe my blemishes weyy. Acne pun tak singgah lama, harini sapu esok dh surut. Woww
I know, if ada acne mesti rasa sakit-gatal-rasa nk cuit2 kan...so this essence buat your acne tak meragam and you feel nothing on your face. It controls the acne activities gituu.

Ampoule : SKIN1004 Madagascar Centella Asiatica Ampoule


Ampoule ni macam side kick tau kepada essence. For me, it repairs my skin barriers and gives hydration. I suka this one sebab dia tak ada bau and a bit watery so the absorbtion kinda cepat. Say no to melekit-lekit. HAHA
Sumpah aku ni cerewet sebab my skin type oily and sensitive. Salah step memang merana. This one harga tak mahal tak murah tapi berbaloi. Satu botol kecil tahan 3-4 months. and kalau besar maybe tahan 6-7months. 



Serum : AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum


For serum, ada banyak option and most of them are quite pricey. I totally in love with axis-y serum sebab I punya darkspot dah banyak pudar lepas pakai and parut acne baru pun tak gelap if you konsisten pakai every night.  Before this aku pakai local serum but the price a bit mahal for me, so i used this one sebab viral. HAHA and 1 tube tahan 2-3 months, berbaloi. Now on my 3rd tube already. This serum ada niacinamide so it helps to correct the spot and buatkan my skin glow. Kalau nak skin glow memang you need this one!



Moisturizer/Sunblock : 3W Clinic Multi Protection UV Sunblock




Haaa ni highlight! Hang toksah dok pung pang pungg sembang pasal skincare kalau sunblock pun tak pakai. Ini pantang larang beauty guru ya! awassss. I pakai 3W sunblock dah masuk 2 tube, so good and cheaper than Biore sunblock yg color kuning. Before this pakai yang tu je sebab I student kan. The 3W sunblock tak ada whitecast dan absorbtion dia padu! Lepas pakai sunblock baru apply makeup tau. AM routine I belum jumpa fav moisturizer so I only pakai sunblock to lock everything. For night moisturizer I sudah eyeing a few products but aku tak boleh bagitau lagi, nanti dah try and berkesan aku akan update. Insyaallah.


Extra - AXIS-Y mugwort mask



Extra routine maksudnya bila si YAYA DOE rajin nk self-love yaa. Aku pakai mask 2x a week...I really can see the diff tho. The mask is so calming bila ada acne merah-merah. The price is reasonable and 1 jar boleh tahan lama, mine around 7-8 months baru habis. You have to scoop it out guna spatula cute atas lid jar. HEHE. Before this, aku jarang pakai any sheet mask or mudmask but after tried this one. I like it dohh




Before : 

Masa ni baru start kerja, i think bulan 9 2019. Maybe tak nampak all the complexion sbb malam, but darkspot, blemishes, acne mmg selambak ya! Phone lama rosak so muka lagi buruk waktu last sem dah takda. HAHA. Budak dekat belakang tu dah kenapa. huhu

 


After: 2021

Tadaaa...dahi licin baqangg! setelah tiga tahun bersabar try & error skincare, akhirnya I can say that i found my holy grail routine! I have been using this for quite some time now and am really satisfied with the outcome! Harap2 lepas ni tak ada godaan produk putih bersinar-lutsinar. YIHHH



Hakuna Matata,
Yaya Doe






Monday, September 27, 2021

10082021: #LITTLE LIFE UPDATE ( VACCINATED AGAINST COVID 19) : FULLY VAX

 


Hai guys, this is just a little life update...I finally got my vaccine appointment. Alhamdulilah.
I got PPVP centre at PWTC KL guys, so at first I tak sure nak proceed pergi atau tak since kes tinggi di Selangor/KL. But bila fikir balik, ramai lagi yang menunggu giliran yang tak kunjung tiba so takkan aku nak cancel cemtu jerr. Fortunately, my boss's driver willing to hantar aku pergi vaksin sorang-sorang dekat KL. Sedih

On 9 July I went to the PPV. The process is so smooth guys, within less than 1 hour dah settle. Good job to all the volunteers, they were so helpful and kind tho. But I tak ada record waktu jab bcos masa tu nebes teroxx *risau lps jab terus jadi terminator.lols





My 1st dose is done. AZ team here!

Terciduk guys

My side effect for 1st dose was fever, headache & muscle pain. Tangan pun berat nak angkat. But dia punya fever only 1 day, next day dah okay. Alhamdulillah

The 2nd dose gap is 9 weeks. Pishang nya. During the gap, my officemates ramai yang positive covid and kitorg terpaksa lah quarantine bcos dah close contact. Masa ni nebess tau nk kne swab dengan KKM. Hmmm Alhamdulilah -ve. 



The above update was during pre-covid time. HAHA. Ni baru nak sambung. Ok letsgo
After been quarantine as a close contact, I sambung kerja macam biasa. Rasa lama gilaa nak tunggu 2nd dose AZ. Feeling pakai wristband pink beshe2 je sebab -ve. Just jaga SOP and everything. 
Dugaan betul ya nak cucuk vaksin ni...lagi seminggu nak 2nd dose aku boleh pulak positive Covid. Alahaii sabau je la. 

Setelah 14 hari been home quarantine, aku terus walk in untuk 2nd dose di PPV PWTC. If korang terlepas date appointment just walk in dekat information centre and bagi surat quarantine. So later volunteers akan provide a note untuk tunjuk dekat entrance. 



This time the process super quick, maybe sebab dah ramai yang complete vaccine dekat KL. Less than 30 minutes dah settle. Sampai tak sempat nak bergambar dekat booth. HAHA malu nak mintak orang ambilkan bcos everyone mcm tak excited dah nk bergambar. Masing2 laju je keluar exit. huh



So iolls selfie depan PPV jerr sebab malu. Finally dah fully vax! Now duk menghitung hari nak dine in dekat kedai. Rindu nak pergi DUBUYO. By the way, this time aku drive sendiri pergi vaksin, nasib sammy nak teman. Sempat la singgah makan dekat Tiga Budak Gemok, but only can tapau sebab belum ada vax cert lagi. Hmm Kbai


yummy. Padahal dkt Johor ada. 


Hakuna Matata,
Yaya Doe



















Wednesday, September 22, 2021

I SURVIVED COVID - HOW DO I RECOVER FROM COVID-19 AT HOME

 


Hi peeps.

Hmm, what do I fear the most has finally happened to me. I had been tested positive for Covid-19 on 8 Sept and my 2nd vaccine jab is on 9 Sept. Hell yeah
That time I felt so lost and down bcos I'm all alone at Johor.

Where did I get the virus? This question was still on my mind. To be frank, Idk. 
But I tried to get my shit together and be strong, 'I know you can get through this yaya! Don't cry'
I still remembered my Whatsapps were loaded with hundreds of kind wishes texts from my colleagues and friends. Everyone was so thoughtful and Sammy helped to stock up some groceries for me.




My covid category was stage 2 which is mild with several symptoms. First & 2nd day I got a fever and sore throat. After that, I got flu and lose my sense of smell.  Fortunately, my sense of taste was still okay, Alhamdulillah.

I got 14 days of hospitalization leave and be quarantined at home for 10 days. What do I do to recover from the virus?
Firstly, I used a good oximeter & thermometer to measure my oxy level every 3-4 hours and update my current health status in mysejahtera app.

Secondly, I took the flu medicines every day and mix warm water + raw honey+ lemon for my sore throat. Then don't forget to take vitamin c! My friend suggested an energy drink from this one brand which is Sihulk. I drank one bottle a day and I felt slowly better. 

Lastly, I eat a clean meal which is chicken soup + veggie + fruits and don't forget to drink lots of water!


16 Sept. Happy Birthday to mehh

I'm so grateful that my body doesn't give up on itself. This lifetime experience make me realized so many little things in life. Money is nothing when you are sick. Please invest in good supplements and eat well. Love yourself first before anyone else bcos nobody can make you happy except yourself. Pull yourself together and smile, you can get through this buddy! P/S: Happy Birthday, Yaya!!! 
You Survived the Covid19!



Hakuna Matata,
Yaya Doe














Wednesday, September 1, 2021

CHAPTER 5 : ALTER

 Bab 5 : Puteri Santubong




Bab 5

“Dr.Adam Zuhair.” Panggil Qais. Aku tercengang. Dalam satu malam aku nyaris jadi gigolo sekarang doctor pulak lepas ni apa? Menteri Kewangan Negara?

“Adam. Panggil je Adam.” Kekok pulak aku yang takde pengalaman dipanggil doctor.

“Okay Encik Adam boleh ikut saya sekarang”

Aku mengekori Qais. Dalam hati memuji kecantikan villa tersebut. Tapi baru aku perasan, setiap sudut ruang terdapat CCTV yang mengawal setiap bergerakan. Mungkin nak kawal pergerakan anak dia kot. Aku rasa anak dia sakit jiwa ni.

Anak orang kaya tapi gila. Kesian.

“Ni bilik Encik Adam.” Mataku membulat.

“Saya tak cakap pun nak tinggal kat sini.”

“Dalam surat perjanjian ada tertulis Encik Adam mesti tinggal sekali dengan pesakit. Ini untuk menjaga keselamatan pesakit apabila proses rawatan dan pemulihan mental dan emosi bermula. Saya dah transfer duit RM 200 ribu ringgit ke dalam akaun Encik Adam.”

Masa bila aku sempat nak baca syarat-syarat, kalau dah Tuan Fahmi tu tenung macam nak kerat 18 je. Shit what?!

Mata aku terbeliak lagi. Lama-lama boleh juling. 200 ribu? Mak ngaii. Last aku check baki dalam akaun ada RM18.60.Huhu.

Aku mengangguk lagi.

“Tapi boleh saya tau mana pesakit saya sekarang ni?” Dalam hati aku memang dah berdebar. Yela pesakit aku orang gila kot. Ingat lagi waktu aku pratikal di Hospital Bahagia, Ulu Kinta,Perak. Azabnya pehh masa tu berat aku hilang 20 kilogram gara-gara berkejar sana sini.

Dan peluang aku untuk bekerja kat sana lepas grad lenyap macam tu je lepas sorang pakcik yang bawah jagaan aku toreh leher dia sendiri sebab dia cakap muka aku ni macam anak dia yang penagih dadah tu. Lepas kes tu nama aku langsung tak tersenarai, markah aku cukup-cukup untuk grad je.

“Cik Diana sekarang ada dalam bilik bawah” Qais mengiringi aku ke bilik anak perempuan Tuan Fahmi.

“Cik Diana ada kat dalam, Encik Adam masuklah. Saya terpaksa pergi dulu sebab ada perkara yang perlu diuruskan” Qais meninggalkan aku di hadapan pintu bilik.

 Biar betul takkan dia blah macam tu je? Sekurangnya bagi la ubat penenang ke ape.

Aku menguak pintu bilik perlahan. Bilik bacaan desis Adam. Imaginasi aku bukan main bayang katil besi dengan langsir koyak rabak.

“Cik Diana…Oh Cik Diana.” Aku menyusuri deretan rak buku. Sampai di rak buku yang ke-4 terdapat setimbun buku diatas meja kayu. Namun bayang pembacanya langsung  tak nampak.

“Cik Diana awak kat mana?” Tanganku lincah membelek salah sebuah buku yang bertajuk Today I’m Alice- Alice Jamieson sampai lah ke muka surat yang bertanda.

“The return of the voices would end in a migraine that made my whole body throb. I could do nothing except lie in a blacked-out room waiting for the voices to get infected by the pains in my head and clear off.”

“Ehem..” Deheman dibelakang buatkan aku terkaku. Saat aku berpaling kebelakang rasa macam bumi ni nak terbalik.

“Aa…aa” Mataku membulat.

Aku mengundur setapak demi setapak tanpa sedar aku terlanggar rak buku dan jatuh terjelepuk dihempap buku-buku.

“Aduhh..”

“Eh awak tak apa-apa. Saya mintak maaf sebab kejutkan awak. Saya tak ada niat pun nak takutkan awak. Saya minta maaf.” Balas perempuan manis berbaju kurung.

Adam cuba menjarakkan dirinya apabila Diana cuba mengalihkan buku-buku yang berada diatas badannya.

“Mana handphone saya hah?” Ayat pertama yang berjaya keluar dari mulut aku.

Aku yakin dialah perempuan goth yang bawak Buggati Veyron macam pelesit semalam. Walaupun sekarang muka dia tak bermekap lepas tu bajet pakai baju kurung pulak. Tutur kata pehh macam Tun Teja. Semalam bukan main lagi kau ye ber’sial babi bagai.

“Excuse me?”

Diana mengerut dahi. Buku-buku didalam dakapannya disusun kembali diatas rak. Tangannya yang menggeletar cuba disorok. Aku cepat-cepat bangun.

“Bukan awak ke yang curi handphone saya semalam lepas tu tinggalkan saya kat tepi jalan. Oh mentang semalam saya tak cakap banyak suka hati awak je buat saya macam anak kambing” Aku menunding jari tepat kearahnya. Anak kambing Adam? Lantaklah.

Aduhai malunya aku. Kisah aku ni dah macam lelaki murahan yang kena buang dengan awek kaya je. Ahh aku tak kesah janji aku lepas semua perasaan aku.

Diana mengigit bibir bawah. Dia melepaskan keluhan perlahan.

Adam pula masih menanti jawapan gadis tersebut.

“Saya bukan Amber, saya Diana. Amber tu…er dia tu” Perasaan gugup mula menguasai dirinya. Dia rasa macam ada sesuatu yang berdenyut didalam badannya cuba untuk keluar.

“Bukan sekarang, tolonglah. Tolonglah.” Balas Diana perlahan, dahinya berpeluh. Tangannya menongkat sisi meja. Saluran nafasnya bagaikan disekat.

Adam dah cuak.

“Okey-okey, saya faham. Nama sebenar awak Diana, tapi nama samaran Amber kan? Takpe takpe handphone tu…cik Diana?”

Diana terkaku disisi meja, mukanya menunduk ke permukaan meja. Tak bergerak.

“Cik Diana? Are you alright?” Aku memegang bahunya. Serta merta dia berpaling merenung kearah aku.

“La taqrabu zina, dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk, surah Al Isra’ ayat 32!” Balasnya keras lalu menepis tanganku dibahunya.

Ya Allah bila masa pulak aku nak berzina ni. Ye memang bilik ni suram tapi wallahi aku takde niat pun nak buat pape kat pompuan ni.

Dia memandang aku atas bawah kemudian dia menyentuh rambutnya separuh bahu. Tanpa sebarang amaran dia menjerit melarikan diri ke bawah meja.

Aku memang angkat tangan surrender.

“Cik…cik.”

“Mak Tun!!!!. Mak Tun!! Tolong ana, ada lelaki ajnabi kat dalam rumah ni.”

Tak cukup kaki perempuan tua yang bernama mak Tun merempuh masuk sambil menjinjit kain tudung ditangannya. Diikuti dengan Qais.

“Er..makcik, Encik Qais sumpah saya tak buat apa-apa pun”

“Mana Ainul Mardhiah?” Tanya Mak Tun cemas. Aku ternganga. Ada perempuan lain lagi ke?

“Mak Tun, ana kat bawah meja ni. Cepat selamatkan keaiban ana. Allahu akhbar!”

Encik Qais menarik aku keluar dari bilik bacaan.

“Sumpah Encik Qais, saya takde niat nak buat apa-apa.”

“Nur Diana Sofia. Pesakit dissociative identity disorder.” Ucap Qais. Serius.

“Hah? Dissociative identity disorder?” Aku terdiam. Dissociative Identity Disorder (DID) atau dalam bahasa melayunya kecelaruan identiti.

Pesakit biasanya mempunyai beberapa identiti atau personaliti yang berbeza dalam badan yang sama. Jadi pesakit DID tidak dapat mengingati kejadian yang berlaku ketika personaliti yang lain mengambil alih badannya.

Aku ingatkan penyakit ni berlaku kat negara omputih je. Sebab masa projek final sem aku kena bentang pasal penyakit DID dan pesakit yang mengalami full criteria of DID ni jarang berlaku kat negara asia.

Tapi kenapa Prof Nizam tak pernah cerita pasal dia ada pesakit DID? Yeah, rahsia sulit pesakit kot.

“Jadi tugas Encik Adam ialah tolong tenangkan semua personaliti Cik Diana sementara kami mencari Dr. Pakar Psikitiari sesuai yang dapat sembuhkannya. Sejak Dr Nizam tiba-tiba tidak mahu lagi  merawat Cik Diana, semua personaliti didalam badannya mula tidak dapat dikawal.”

Aku termanggu.


Hakuna Matata,

Yaya Doe