Friday, December 31, 2021

The End of 2022 - Achievement Unlocked - End Year Reflection

 


11 YEARS LATER

O-la guys, finally we are reaching the end of the year again. Last year kinda sucked so I didn't update anything on my blog even though last year remarks my 10 years anniversary of being a lowkey blogger. HAHA

This year is the most progressive year bcos I could hit more than 10 posts so far. *So proud huh* Sometimes I forgot to update due to necessary reasons. sigh :(

Here we go my achievement-unlocked list for me to reflect.




1. Bought my first house before I turn 25. Buying a home is not on my bucket list tho bcos I don't even know where I would settle down since I'm not married yet and is worth it in a long-term investment? But Alhamdulillah Allah eases everything during this whole process. So I hope it's a good sign for me to have a home at an early age and start a new life here at Johor.




2. Fully-Furnished Home. I finally did guys...I bought all furniture before the end of this year so that next year I can set a new target. I tried to be as minimalist and economical as I can in choosing my home furniture. I tend to avoid buying housewife-fav house items bcos end up I don't even use them and I think a lot before buying anything. lol




3. Fight Against Covid-19. Fully vaccinated with AstraZeneca. One of the life-death experiences that almost left my heart into pieces after being tested positive covid-19 & made me grateful even more at the smallest/ slightest things that  I have to cherish in my life. I start to love myself more and put myself first before anyone else. Gituu




4. Penang Gateway. Last year I had Cameron Highland Gateway with my fam also went to Melaka & Desaru Gateway with the gals, so this year we took a flight to Penang for food-hunting. It is so fun to explore viral Penang street food and sightseeing tour around Penang Island. Unfortunately, we had to quarantine 2 weeks after the vacation and work from home due to Penang being one of the red zones. My manager was angry as hell bcos of this. HAHA




5. Career Development. Fuh....the most challenging and toughest part of being an adult is to stay strong throughout this exciting-crying-stress-emotional-happy working life. To stay mentally and physically stable in every kind of situation and be professional as I can. But I did it! Alhamdulillah, I got a salary increment and have been assigned to the new project to enhance my career growth. Of course, you can't get away from being under pressure. HAHA

Thank you for the wonderful memories of 2021. 

Assalamualaikum 26 - 2022  and Good-Bye 25 - 2021. Adios

Hakuna Matata,
Yaya Doe

Friday, December 10, 2021

CHAPTER 1: ALTER

 Bab 1 : Sumpahan si Puteri





Adam Zuhair.

“Lepas ni kau nak buat ape?” Soal Paih. Matanya tak lepas memandang sepinggan goreng ubi dihadapannya.

Ni entah kali ke berapa aku kena jawab soalan sama dari org berbeza. Kadang malas aku nak jawab.

“Cari kerja la hoi, sampai bila nak mengganggur makan duit mak bapak” balas Adam yang separuh tergelak mendengar soalan Paih.

Paih tersengih.

“Sekarang nak dapat kerja yang betul-betul kena dengan kelayakan ijazah yang kau belajar bukan senang bai. Jangan memilih sangat.”

Adam mengangguk mengiyakan realiti yang sering menghantui mahasiswa lepasan universiti. Masa belajar memanglah tak terasa sangat beban yang kena pikul, tapi lepas 2 minggu Majlis Konvo terus mak kat rumah membebel suruh mula cari kerja.

Yelah sampai bila nak mengharap duit mak ayah. Tu belum kira hal adik-adik.  Muaz yang sekarang tengah sambung belajar di tahun kedua jurusan Satistik, Helyana kat nun matrik Kedah yang hari-hari merengek telefon cakap environment kat sana tak best. Amboi banyak cantik. Aisar yang  tengah nak SPM.

“Kawan aku ada offer jawatan kosong kat tempat dia kerja. Tapi part time aa kat KL nun. Aku ingat nak cari kerja dekat-dekat sini je.”

“Haa okey la tu, dari kau melangguk basuh pinggan kat warung  mak aku ni baik terima offer tu. Eh perempuan sekarang ni memilih tau, nak pandang lelaki yang kerja dekat bandar-bandar besar je. Hampeh” Paih tarik muka masam.

Kecewa agaknya, pinangannya ditolak oleh anak dara Makcik Renah anak JKK kampung minggu lepas. Tapi  betul jugak. Mak kat rumah tak habis-habis puji cikgu Maisarah yang mengajar Aisar depan aku.

Cikgu tu tinggal selang 3 rumah je selalu hantar kuih lompat tikam petang-petang. Sedap jugak. Eh banyak pulak aku merepek pasal cikgu manis tu.

Tapi mak, sorrylah bukan taste orang.

“Eh dah nk maghrib aku chow dulu, kang lewat pulak pi surau. Malam ni turn aku mengajar budak-budak tu mengaji.”

“Hah, jangan lupa bawak rotan lejen Haji Ismail sekali ye pak ustaz” Paih gelak.

 

“Along!! Handphone along dari tadi bunyi nih. Angkat lah cepat. Kang mengamuk awek tu haa”

Mulut Aisar memang tak boleh senyap, ikut perangai mak la tu. Nyaris terlatah Pakcik Lan tok siak surau mendengar jeritan Aisar, yang masa tu tengah lalu depan rumah. 

Mak yang tengah lipat baju sambil mengadap drama pun boleh lagi balas jeling dengan aku.

“Kawan laki la mak, Aisar tu mulut kepoh” Aku menyambut smartphone ditangan Aisar yang  tersengih.

“Tak tanya pun.” Balas Puan Zailan. Muncung. Mak memang tak berkenan sangat  perempuan bandar.  Macam-macam lah alasan, nanti queen control tak bagi balik raya kat kampung, makan memilih, tak reti masak.

 

“Assalamualaikum?”

“Adam Zuhair ke ni?” Suara dicorong sana kedengaran mendatar.

“Ye saya siapa ni?”

“Ni saya, Prof Nizam. Takkan dh tak kenal suara saya kot”

Secara automatik tangan kanan menepuk dahi.

“Ya Allah, ye Prof ada apa Prof telefon malam-malam ni?” Tak pernah-pernah pun call aku. Dulu masa last semester bukan main aku call dia sebab Prof Nizam tersalah key in carrymarks aku. Tak pernah berjawab. Hangin pulak kalau ingat balik.

“Er…saya ada hal nak bincang dengan awak. Awak boleh datang fakulti tak petang Isnin?” Ya Allah Professor ni ingat Batu Pahat dengan fakulti dia kat KL tu sejengkal.

“Hal penting ke prof? Sebab saya sekarang ada dekat kampung. Kalau Prof nak jumpa jugak saya boleh ambil bas pagi Ahad esok.”

“Er okey boleh, saya jumpa awak kat bilik saya petang Isnin esok.” Terus talian terputus. Cuak pulak aku. Ke dia nak tarik balik ijazah aku sebab 2 assignment dia aku suruh budak junior buat.

Profesor Nizam tu pensyarah psikologi aku. Sebab dia terlampau best lah aku berjaya tamatkan ijazah sarjana muda psikologi. Aku tergolong dalam top student dia, tapi at the end aku masih merempat kat kampung walau pointer aku tiap kali exam 3.5 above. Orang lain dengar citer dah mula kerja.

Tu orang cakap rezeki ditangan Tuhan. Aku tak kesah bila orang kampung persoalkan kenapa aku pilih kos psikologi. Nak rawat orang gila ke? Atau bercita-cita nak jadi cikgu kauseling sekolah rendah?. Hahaha. Aku gelak je. Biar orang nak kata apa pun.

Tapi bila dah grad, mula terasa terbeban bila surat ptptn sampai petang semalam. Tawaran kerja dari Joe bermain di setiap sel saraf.

Tiba-tiba pesanan ringkas naik di notification.

‘Beb apa citer? Takkan lama sangat fikir’- Joe

‘Okay jadi. Malam esok aku jumpa kau.’ Alang-alang dah jumpa Prof Nizam esok.


Hakuna Matata,

Yaya Doe :)


Thursday, December 2, 2021

CHAPTER 2: ALTER

 Bab 2: Puteri Diana



Bab 2

“Cari budak tak guna tu sampai dapat! Macam mana dia boleh terlepas hah?” Jerkah Tuan Fahmi. Kayu besbol ditangan salah seorang pengawal peribadinya dirampas. Sekali hayun berkecai pintu kaca cabinet bukunya.

“Kalau tak jumpa budak tu sebelum esok, macam tu la nasib korang semua.” Ditunding hujung kayu besbol kearah kaca yang berderai.

“Er..er baik Tuan.” Lintang-pukang kelima-lima orang pengawal peribadinya keluar meloloskan diri.

Tuan Fahmi mengurut kepala yang migrain.

“Air yang Tuan mintak tadi” Segelas air kosong dihulur. Tiada sebarang ekspreasi yang terpamer di wajah Qais pembantu peribadi Tuan Fahmi.

“Terima kasih Qais”

“Tuan jangan risau saya rasa kali ni dia tak pergi jauh. Mungkin dia masih berkeliaran di mana-mana kelab malam.”

Dia cuba untuk menenangkan perasaan Tuan Fahmi yang berkecamuk.  Hampir 15 tahun dia berkerja dengan Tuan Fahmi. Segala rahsia dan masalah Tuan Fahmi memang dalam genggamannya.

Para pekerja di villa Tuan Fahmi dipaksa kunci mulut tentang apa yang mereka nampak dan dengar di dalam villa. Sekiranya sebarang khabar angin cuba keluar dari villa tersebut, memang nyawa para pekerja dihujung gaung.

Ada cerita yang mengatakan Tuan Fahmi pernah membelasah salah seorang pekerjanya yang telah membocorkan rahsia yang ada didalam villanya sampai nyawa-nyawa ikan. Pekerja tersebut ditahan di wad ICU selama 3 bulan dan mengalami lumpuh seluruh badan.

Tapi disebabkan tawaran gaji yang tinggi, memang ada antara mereka semua yang sanggup tanggung risiko.

Villa yang terasing daripada villa-villa yang lain nampak suram dari jauh. Seolah-olah ia cuba menegah orang luar untuk mendekatinya.

 **************

 

Mak nampak happy betul bila aku cakap yang aku dapat offer kerja kat Kuala Lumpur. Apa yang nak dibangga entah dengan bandar yang tak pernah tidur tu. Mungkin mak dah naik bosan dengar bebelan orang kampung yang asyik cakap aku ambil kos yang mengarut di universiti lepas tu kerja di warung kopi.

“Mak orang pergi dulu eh”

“Haa duduk jauh tu nanti jangan nak buat balik perempuan bandar rambut karat. Memang mak tak restu okey” Puan Zailan menyambut tangan anak lelaki sulungnya.

Aisar kat sebelah tersengih. Kaki report mak ni memang aku kena block dia awal-awal dari Facebook, Wechat,Instagram dan Telegram desis Adam.

“Iyer mak, Along tau sangat taste mak tu. Solehah, tudung labuh, sopan-santun dan pandai masak kan?”

“Bagus la kalau dah tau sebab mak dah letih nak ulang” Lagi bagus kalau mak tak ingat terus.

Panggilan telefon daripada Professor Nizam macam ada sesuatu yang tak kena. Namun aku cuba fikir positif mungkin dia nak mintak pendapat aku yang bernas ni kot berkaitan reserach paper atau nak minta aku bagi talk kat juniors sem 1.

Aku sampai di stesen bas BTS tepat pukul 3.30 petang.

“Joe kau ada kat mana? Aku dah sampai.”

“Iye aku dah nak sampai ni kau tunggu kat luar”.

BMW 5 series m sport betul-betul berhenti depan aku. Siap hon hon lagi. Anak orang kaya mana yang nak berlagak depan aku ni. Cermin tingkap di sebelah pemandu diturunkan.

“Hoi, taknak naik ke abang hensem” Terbeliak mata aku tengok Joe yang dulu bukanlah yang sekarang.

Joe ni dulu housemate aku. Dia amik kos apa tah, aku lupa. Selalu menghilang bila weekend sebab dia banyak buat kerja part time.

“Mana kau dapat duit beli menatang ni?” mata Adam melilau kearah kerusi belakang. Dijeling kearah kemeja Joe yang langsung takde kedut. Tengok pun dah tahu kemeja Van Heusan.

“Ni bukan aku punya, aku pinjam kejap datang nak ambil kau" Adam hanya mengangguk. Beg baju dipeluk, segan pulak nak campak dekat seat belakang BMW

 "Nanti jap, kau nak pakai baju ni ke malam ni?” Joe angkat kening. Adam angkat bahu.

Terus dipusing stereng kearah One Utama Mall.


Hakuna Matata

Yaya Doe