Thursday, December 31, 2015

Review 2015 - Memory Fades Over Time



Memang giler countdown nak masuk tahun 2016. Rasa macam nak update blog setiap hari. Propa duhh.
 Semua ni salah yong ah pagi-pagi dm aku tanya pasal blog. Aku yg memang semulajadi pemalas nak fikir perkara remeh ni lebih-lebih lagi pasal blog yang dah berkurun tak sentuh terus tak boleh fokus study OSHA. Pagi-pagi dh keluar serious conversations-  Memories fade, feeling changes, people leaves but hearts never forget. Haa lebih kurang macam tu la kitorang bermadah kata. 
Esok aku exam baii. 

Misi 2016 ni nak aktif balik blog. Well sekarang aku rasa sistem saraf kepala aku tak berapa nak ingat certain things yang penting yang perlu dia ingat. Mungkin betul kot orang cakap time can make the feeling fade but memory don't tapi bagi aku  EVERYTHING SEEMED TO FADE AWAY WEHHH 


Kalau tanya tengahari hari isnin minggu lepas aku makan apa? Merangkak cari jawapan tak jumpa. Tanpa sedar aku selalu bukak earlier messages random contacts kat whatsapps sebab nak tau apa yang aku dengan dia merepek mengarut bergaduh mencaci mengumpat pada (**.&&.####) haribulan. LOL NAMPAK TAK BERTAPA LONELY AKU SEKARANG! 
Maka sebelum aku dapat amnesic syndrome (Allahuuuu mintak simpang 44 campak jauh2 sampai balik pulau kalo boleh) tak dapat ingat even nama aku sendiri so ni salah satu effective treatment to overcome this type of syndrome. Adudududud. Kak peah speaking.
Setiap post ditujukan kepada diri sendiri yang selalu lupa tentang segala benda.
Sebelum  masuk 12 midnight 2015 aku nak review tahun 2015 aku dengan sekali harung sebab lepas pukul 12 terus nak cuci kaki, dan cuci hati  nak melangkah masuk alam 20-an. Adududududu

Jan 2015.

Dengan azam dan tekad bergunung nak study betul2 sem 2 asasi sebab sem 1 haritu pointer memang jatuh bergolek cecah tanah. Tapi sebenarnya kau study giler bebi macam mana pun tetap tak boleh nak cover untuk CGPA untuk UPU nanti sebab subjek sem 1 kau nyawa2 ikan putus oksigen. *bukan taknak fikir positif ke hape tapi kenyataan.


April 2015

kalau tak silap la bulan April habis asasi. Cuti panjang baii sampai bulan September. Aku buat apa? Tak kerja. Duk rumah layan kdrama. Jadi cik driver. Melawat(kacau) kawan yg tengah kerja. Karang cerita mengarut. Habiskan baca stok buku fixi free. etc 



Aug 2015

Result UPU keluar weh.*berpeluh tangan nak taip no ic. Alhamdulillah dapat sambung degree kos Electronic Engineering di UTHM. UTHM kat JOHOR wei tetiba ingat kat Tunku Jalil. Masa akhir sem 2 asasi selalu meroyan dengan anis pasal TJ. Lepas tu terus je rasa woah memang aku ditakdirkan to be here lepas tu down masuk underground jap lepas tahu UTHM kat Parit Rajooo, Batu Pahat but not at tepi Istana Bukit Serene yang mengadap Danga Bay, JB. Huhuhuhuhuhu.



Sept 2015

Masa ni tak tahu nak rasa apa *rasa nak kambus diri sendiri kot.
Aku takda kawan weh masa orientasi. Semua ex palam masuk UPM, UiTM, UKM, USM, TAYLOR,MSU,OBERSIIII

Maka berhuhu la ngko sorang-sorang dari awal sampai la akhir MHS tu. Makan atas tangga masjid sorg2, kena jalan beriringan dengan stranger (sebab selalu tertukar tukar org), lepas tu dalam dewan  selalu dapat orang sebelah yang kekwat taknak sembang takpun jenis cakap sepatah-sepatah. Oh goodness macam mana la kehidupan aku lepas ni *terdetik dlm hati (muka aku tak mesra alam ke? nampak sangat ke desperate nak cari kawan? Atau aku lupa nak sorok muka bitch aku?) Sumpah rindu palam naik berlevel-level. Terutama Anis, Nurin, Pqah.







Haaa dah layan memory lane. Ni lagi berapa jam nak masuk 2016 so please stop stressing, let go and move on. Tadi baru habis paper OSHA. Whoa exam tadi seriously tak kelakar weh. Sebab apa yang lecturer email keluar sebijik dan kalo kau jenis tak amik hal tengok sekilas pandaang sepintas lalu memang azabb nak rempuh 2 jam dalam exam hall tadi. Kemain hafal segala akta-akta sekali dengan regulations, risks control. Jadi half part dlm diri aku asyik rebel je sebab kena hafal subjek yang dia tak suka . Propa.


Dah 4 bulan berlalu, peh dah nak masuk sem 2 degree tapi perangai sewel masih tak leh nak tarik  dan buang dalam blowholes  campak sampai tengah laut. Apa yang lagi menyanyat hati, pada malam new year aku sorang2 dlm bilik layan lagu Walinong Sari (aku bukan psycho) sebab roommates lain semua menghilang(ad hal penting kot) lol cakap je la ngko dating depan tasik tunggu bunga api.

So kata-kata terakhir daripada diri ini kepada diri sendiri sebelum masuk tahun 20-an, jangan lupa diri. loh bij.
Aku cuma berharap dapat jawab paper EC next week. Tu je harapan eden.

Lepas tu mohon diri ini buang sindrom nebesss suara garau bila pegang mic masa presentation, ohoii u still have 7 semesters to go through maaaaa.-

Lagi satu please menabung duit utk travel. Duit asyik menabung kat kedai roti canai cafe TDI jek. Kalau boleh siap nak melabur kat situ.
Semoga 2016 ni hidup aku tak sehambar sekarang. Huahua. Mohon Mr.Future jatuh dari langit cepat sikit bagi memeriahkan hidup aku. lol

k malas nak mengarut lelebih.Kbai







Here's the future because I'm done with the past. Bismillah.

Monday, December 28, 2015

‘DRUNK’




“Okay yang ni last. Aku janji.”

Tapak tangan kanan disua ke muka Jee.

“Last kepala kau. Ni dah masuk mangkuk ke sembilan kau bedal air cendol pulut. Kau call aku suruh datang sini sebab ni je ke?”

“Kau tak pernah faham aku.”  Jee diam sejenak.

Matanya berkaca semula. Straw didalam mangkuk cendol di kacau bersama air batu.
“Ye aku nak cuba faham la ni. Ahh sudah. Wei kesat air mata kau, orang tengok lah bingai.” Jee menoleh kiri kanan.

“Dik bak semangkuk lagi!” Laungnya.

“Habis nak cerita ke tak ni? Kalo tak aku blah.” Jee bangun dari kerusi warung.

“Jee please.” Tangannya memaut lengan Jee. Matanya seolah-olah merayu mengharapkan Jee kembali duduk dihadapannya.

Jee melepaskan keluhan berat sebelum kembali duduk.

“Tell me. Kau takkan minum air cendol Cik Renah berliter-liter kalo saja-saja. Sebab kau tu cerewet nak mampus bila bab makan minum tau. Tak suka manis. Tak suka bau pencuci pinggan. Tak suka flush toilet.”

Sera tergelak.

“Tak sangka kau ingat lagi ek.”

‘Aku tak akan pernah lupa Sera’ jawab Jee dalam hati.

“Kau ingat kan mamat yang tumpahkan kuah kacang kat baju kurung lip lap aku masa majlis reunion sekolah kita akhir tahun lepas?”

Jee garu kepala. Cuba untuk ingat balik peristiwa yang sudah 6 bulan berlalu.

“Lelaki tu kerja offshore kan? Apa nama dia Rizan? Rakwan?

“Ridhuan lah ngok”

“Kenapa dengan dia ngok?”

“Aku baru lepas dump dia depan public.”

Jee ternganga.

“Since when? Tak cerita pun”

“Entah tak ingat.” macam mana aku nak cerita kat kau Jee sedangkan keadaan sekarang dah berubah. Kau…

“Habis kalo kau yang dump dia, patutnya dia yang menangis meratap sambil minum air cendol Cik Renah tepi simpang sekarang ni bukan kau.”

Sera angkat bahu. Dia kembali menyisip straw dalam mangkuk cendol. ‘Sebab dia tak sama macam kau  Jee’ balas Sera dalam hati.

“Taknak tanya why on Earth aku dump dia depan orang ramai?”
“Huh kenapa?”

“Mamat tu pyscho. Dia  buat gila pi propose aku depan kolam air pancut depan mall. Siap ada beberapa orang pakcik orchestra main violin lagu O Sole Mio. Heh gila ke apa? Otak dia campak kat mana?”

‘Maksudnya  aku suka style kau Jee. Tak over, humble dan...’

“Kahkahkah.”

“Hah gelak lah. Memang aku cerita ni nak bagi kau gelak puas-puas.”

“Lepas tu apa jadi?” Jee semakin tertarik dengan cerita Sera.

“Aku senyum je la wei, ramai kot orang tengok masa tu kan semalam hari sabtu. Bodoh betul. Lepas tu dia melutut dan cakap “Will you marry me Sera?”.

Jee telan air liur. ‘Sera paling benci gaya propose macam tu!’

“Gi-la. Hahaha. Habis kau jawab apa?”.

“Ramai orang kat situ menjerit ‘Yes.Yes..Yes’. Lebih-lebih lagi girls yang baru keluar TGV dan makcik-makcik yang layan drama Melayu petang-petang. Aku suruh dia bangun tapi dia berkeras jugak, aku pun lempang muka dia pakai Swarovski handbag kat tangan. Mana tau dia mabuk kena rasuk dengan jinn Ifrit ke masa tu. Lepas tu terus aku blah.”

“Peh sakit sial. Tak berperikemanusian la kau ni.” Jee ketawa. Dulu pun Jee selalu jadi tempat Sera melepaskan perasaan marah,kecewa,SEDIH.

“Tu nama dia lempang ‘Back to the Earth’. Banyak telan air paip gamaknya.”

“Ahaha. Aku tak nak komen lebih but that guy really deserves that kind of treatment.”

“Rantai apa pulak kau pakai kat leher tu? Macam rantai orang asli Zimbabwe je.” Tak minat betul Sera bila lihat orang lelaki memakai rantai atau gelang.

“Sakinah bagi kat aku minggu lepas. Dia cakap souvenir dari Bali. Aku pakai je la kan membebel pulak cakap aku dah tak sayang dia.”

“Eh kau cakap dah dump dia dalam tong sampah kaw-kaw ni apa kes kutip balik seh?”

“Dia dah insaf dan nak mulakan kehidupan baru yang jauh daripada fitnah-fitnah dunia. Alhamdulilah dia pakai tudung balik. Dia nak aku berada disisi dia dan bimbing dia kearah kebenaran. Syukur.” Jee tersenyum bangga.

Sera mencebik. Tolonglah sedar wahai Muhammad Jefri. Tak salah aku ni kali ke-3 aku dengar dialog sama dari kau.

Sakinah tu cam ye ye je. Hari tu masa sekolah kemain lagi menonggeng  ikut mamat motor Kawasaki. Tudung tu tumpang letak kat ekzos agaknya.

Lepas mamat tu pakai dia baru terhegeh cari Jee. Menangis cakap dia kena game, pukau  apa tah. Mengarut.

“Baguslah kalau dah bertaubat. Tapi kau pun move on lah. Cari yang lebih baik. You don’t deserve her. Kau dah buang dia then kutip balik. Are you mad?” Balas Sera. Nak aje aku humban kepala kau Sakinah dalam lubang jamban masa kau mempergunakan Jee dulu.
Jee angkat bahu.

“Alang-alang kau tengah feeling down meh ikut aku balik kampung hujung minggu ni.” Jee sengih.
“Tak boleh. Mak dan abah  nak naik KL this weekend.”          
Jee mengangguk faham.


___________________**

“Bae”
“Hmm apa?” Matanya fokus memandu Toyota Camry.

“You memang selalu lepak dengan Sera ke?” Soal Sakinah. Cemburu.

“Tak la kerap sangat. Tapi memang I selalu lepak dengan dia. Why?”

“I tak suka!” Bentak Sakinah.

Panas betul telinganya ketika rakan-rakan sepejabat dengannya terserempak dengan Jee dan Sera sedang bergelak ketawa di sebuah restoran. Macam-macam yang diumpat oleh mereka. Sakinah tak pandai jaga boipren la, Jee curang dengan awek cun dan ada juga yang melebih-lebih memuji kecantikan Sera. Menyampah.

“Dia kawan I Ina. Kawan dari kecik. Lagipun dia dah bertunang sekarang.”
“Tapi dia bekas isteri you!”

Jee tersentap.

Betul kami pernah berkahwin. Dan ia satu kesilapan. Kami terlalu muda untuk melayari alam perkahwinan. Ia tak semudah yang disangka.


Lepas peristiwa Sera separuh mabuk minum air cendol Cik Renah, selang seminggu dia dapat berita yang Sera sudah bertunang. Mak cakap bakal menantu bekas besan dia bau-bau bacang dengan kerabat diraja. Hamboi kemain Sera.

Dan tentu korang semua ingat aku dengan Sera cool nak mampus atau dua-dua sakit mental level nak mapus sebab  still lepak and contact each other lepas cerai. Bergelak ketawa sakan macam tak ada apa yang pernah terjadi.

Kalau orang tanya kenapa bercerai? Tak sehaluan. Tak sesuai. Tak sependapat. Tak sukalah!
Tapi kes aku dengan Sera ialah tak boleh hidup bersama.

Selepas setahun kami kahwin. Mak aku buatlah majlis doa selamat mudah-mudahan Sera cepat-cepat pregnant.  Nampak tak bertapa gelojohnya mak aku nak timang cucu
.
Lepas tu Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Boleh dikatakan sekampunglah datang, siap panggil pelajar-pelajar agama pondok lagi bernasyid Ya Hanana.
Tiba-tiba ada seorang nenek bersuara keras ditengah orang ramai.

“Ya Allah Sarimah!(Tu nama mak aku) apa yang dah kau buat ni. Kau tak ingat hukum Tuhan ke?”
Seluruh tetamu senyap.

Mak aku yang tak tahu apa-apa cuit bahu Puan Hasnah (Ibu Sera). Kemudian aku nampak muka ibu pucat lesi.

“Ya Allah mak kenapa tak cakap nak datang!”

“Mak Wan apa khabar? Kenapa nak marah-marah ni mak.”  Puan Sarimah memaut lengan nenek tu.
Aku dengar orang-orang kampong  berbisik cakap yang perempuan tu mak angkat mak aku dan mak Sera. Dia jaga mereka dari kecik sampai la dah menikah. Lepas tu dia berhijrah ke Singapura ikut anak kandung dia. Tapi  masa tu aku kecik lagi jadi tak sempat kenal.

“Kenapa aku kena buat appointment dulu ke kalau nak datang sini. Ni aku nak tanya kamu berdua, betul ke Jefri dah menikah dengan Maserah?”

Mak aku mengangguk laju.
“Astaghfirullahalazim! Ya Allah kamu nak kena laknat ke?!” Suara Nek Wan bergema satu khemah luar rumah.

“Apa yang mak mengarut ni? Kenapa pulak nak kena laknat dengan Tuhan kami mana ada buat salah apa-apa.” Balas Puan Sarimah tak puas hati.

Puan Hasnah hanya diam menunduk lantai.

“Mak jom kita berbincang dalam rumah, tak elok bising-bising tengah orang ramai ni.”

“Hei aku datang ni nak bagitau kebenaran. Kalau tak sekali dengan aku menanggung dosa.”

“Imah tak fahamlah. Kak Hasnah apa yang mak cakap ni?”

“Jefri dengan Maserah tak boleh kahwin sebab mereka adik beradik susuan!”

Panggg.
Mak akhirnya diam terduduk.
Ibu hanya mampu menangis di bahu abah.
Sera pulak ternganga tak percaya disebelah Farah (adik aku)
Tetamu pula tak jadi bangun nak tambah nasi hujan panas.

“Mak ingat lagi lepas seminggu kau lahirkan Jefri, anak Hasnah, Khairi (abang Sera) masuk wad kes denggi. Jadi dia terpaksa tinggalkan Sera (waktu tu baru sebulan). Jadi kau ada susukan dia masa tu. Mak tak sangka blablabla..”

Begitulah lebih kurang. Jadi aku dan Sera tak tahulah nak salahkan siapa.

Adakah salah mak aku yang main aci bagi je neneng dia waktu tu?

Adakah salah ibu yang terlupa tentang hal sepenting itu?

Adakah salah Khairi yang terkena denggi waktu itu? Kalau tak aku masih lagi bersama dengan Sera!

Atau mungkin salah aku dan Sera yang masa tu merenyam bercinta monyet sampai ke pelamin. 

Padahal masa tu baru umur 18. Nak ikut trend la konon kahwin muda.

Boleh dikatakan sebulan kisah kami jadi bedtime/daytime story kat warung-warung kampong. Kampung sebelah kanan, kiri, depan belakang pun tau.

Jadi terpaksalah aku melepaskan Sera dengan talak satu.

Dan aku kembali menjadi anak bujang mak yang selalu terbabas waktu subuh. Kbai





Hakuna Matata,
Yaya Doe.











ALTER (SINOPSIS)


Sinopsis

Aku bukan puteri raja yang sering menemani mimpi malammu tapi aku tak ubah seperti makhluk jadian  yang perlu dikurung dan disisih dari dunia luar.

Kau pernah dengar penyakit DID? Tak pernah? Dah pi google sekarang!
Kerana aku penghidapnya!

Tanpa kira masa dan tempat ‘mereka’ akan muncul. Amber Si Kaki Nightclub. Ainul Mardhiah Pejuang Muslimah Terkini. Shasha pula mengaku dirinya setaraf dengan adik-beradik Kardashians. Akhir sekali Tiara, wanita berumur pertengahan yang dikatakan terperangkap di dalam tahun 90-an, sering meraung dan bercakap seorang diri.

“Oh shit! Hoi celaka siapa bagi kebenaran kau sentuh kereta aku hah?!” – Amber

“Mak Tun, ana kat bawah meja ni. Cepat selamatkan keaiban ana. Allahu akhbar!” – Ainul Mardhiah

“You!! I tak boleh makan lauk-lauk kampung macam ni.  Nanti kulit I keluar jerawat, jeragat dan bintik-bintik merah.” – Shasha

“Bagi balik pisau tu aku nak kelar leher orang yang dah bunuh anak aku!” Pekik Tiara.

‘Mereka’ semua telah terperangkap didalam badan aku.
Seperti Puteri Fiona yang dikurung oleh Ayahandanya sendiri disebabkan sumpahan yang menyebabkan dirinya bertukar menjadi hodoh pada malam hari, begitu juga seperti nasib aku. Namun sekurangnya Puteri Fiona hanya perlukan ciuman sejati untuk menghapuskan sumpahannya.
Aku? Nak cium siapa?




 Teng.teng.teng *ketuk tin besi biskut hupseng.

Well bukan nak acah pyscho ke hape tapi cabar diri sendiri. Lagi satu terpengaruh dengan drama Hyde,Jekyll,Me dengan Kill Me,Heal Me. Tapi ni versi tanah melayu punya kepala jadi tukang karang.Kbai






LIFE GOES ON


Yeah.
Aku hidup lagi. Alhamdulillah.

Lama tak jenguk blog. Semalam study nationhood selongkar semua blog cari maksud Islam Hadhari dan berakhir di blog sendiri. Aku punya search engine pun dah confuse 'ngko ni nak carik hape? website Kdrama free takdak loading lettew.' jangan harap history aku nak penuh dengan segala url kesultanan melayu melaka kalo tak sebab esok final exam. Phuh 

Dah Final Exam? Iye. Last update hari tu pasal merengek sebab Degree life tak best macam asasi palam dulu. Move on please. How's life bij? *sangat mudah terpengaruh dengan mulut puaka paihdiki.
Oh how do i stop myself from swearing.lol

Sekarang tengah final so mood nak layan kdrama + mengarang cerita mengarut tinggi melangit berbanding perasaan gigih nak study. Nationhood dah lepas satu paper so 5 papers more to go, Doakan je la.

Engineering? Sesuai tak dengan aku? Apa yang boleh aku simpulkan di akhir first sem ni adalah the first step is always the hardest. Truly from the bottom and the deepest part of hati aku. Ye la kan kalo cakap senang macam bajet baguih. Wei pakcik Edison pun gagal beribu riban kali nak cipta lampu study ngko. Hatta aku yang nak berlagak tau serba serbi n bila baru faham macam mana ac bridges berfungsi dalam litar.

Lagi 3 hari nak masuk 2016. Aku tak ready lagi oi nak masuk umur 20-an. Pi mekdi pun masih order happy meal sebab nak kumpul mainan dia. Lepas tu boipreng pun takdak lagi nak tahan muka bila kena soal raya tahun depan. Hmmmmmmmmm 

Takpa la awak kita jumpa kat 'sana' je la. :'( *berangan level 8899788767664567721321 

(Al Fatihah untuk TJ) :'''(


Kbai. Nak sambung study exam.


Tuesday, September 22, 2015

AKU DAH MASUK UNIVERSITI. choiii





Phew. How fast time goes by. Ahaks

Dah masuk alam degree dah ngko yer. I was absolutely tergaman sebab rasa macam baru lagi daftar masuk darjah satu. Lol propa sgt.
Dulu masa kecik selalu je membebel 'bila la aku nak besar haaa.'
Sekarang bila dah besar merengek rindu zaman 'askar payung terjun', zaman 'coklat murah dalam batang bendera', alah sume yang lejen tu aku rindu.

Alhamdulilah Asasi Sains di Puncak Alam dah lama habis. Walaupun CGPA aku tak la pehh sangat sampai boleh masuk course medic for degree but for the god sake, thanks goodness I didn't get 'kos lelong'. Seram.

Tkde kaitan langsung. Hiks

So currently aku berada di Johor Darul Takzim. JDT horr. Luaskan Kuasamu. And aku dapat UTHM. If korang still blurr 'apemende uthm? Tak pernah dengar pun. Uni swasta ke? lol'. UTHM stands for Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Aku dapat Degree in Electronic Engineering with hons. Umm aku tak expect langsung dapat masuk engineering sebab aku rasa budak engine acah cool bajet baguih. Well aku dulu amik asasi sains kat palam. ( masih  terbawa-bawa perasaan menyampah kat budak engine) *mudah terpengaruh dgn khabar angin*. Pompuan kann cepat emosi. Lebih-lebih lagi terpaksa   hafal segala bagai mechanism, system, cycle process dalm biology subject. Tu salah hormon kayy.


Never mind dah lepas pun. Sekarang dah masuk minggu ke-3 aku di UTHM. Alhamdulilah once again bcos everything goes well even sebelum datang sini bermacam-macam masalah datang (aku malas nak citer). Mood aku masa tu memang down cecah lapisan tanah paling bawah.

Orientasi pulak hmmm okay la. *yg ni pun aku malas nak ulas panjang lebar. Tapi not bad, sebab aku agak kitorang akan dibuli teruk dengan faci but diorang baik-baik je sume. Masa Minggu Haluan Siswa diorang jemput Izzue Islam dan Fahrin Ahmad. Siot ahh.  *tetiba rasa mmg I was destiny to be there sejak dari dalam perut mak. lol

Aku punya course tu 4 Tahun sebab aku dari asasi, and budak matriks pun sama. Subjek diorang takde la tough sangat *ayat freshie sem 1 first year.huahuhua. Ngko tunggu la masuk 2nd year nanti azab ke idok. Kbai





Sunday, March 8, 2015

Midnight Memories


Aku tak tahu pun miracle thing could happen tapi sumpah aku dh tak ingat email mana yg aku pakai untuk blog ni and suddenly menda alah ni terkeluar on another tab.

I am listenng to River Flows in You while writing this entry. *waaa nk nangis. Sorry for all the tears mehh.

How fast the time flies, sekarang aku dah nk habis semester kedua dlm Science of Foundation. Macam-macam nk ckp sebenarnya, and there is someone that accidently push my sweet ‘kenangan’ on this blog. Acewahh.

Is he Yiruma? It is yes but technically no.

Mekti! Hahahahha, aku secara tak sengaja bukak blog tetengok komen menyayat hatimuuu. Okay sumpah nk nangis.

Sebenarnya sejak akhir ni aku rasa lost giler, tak tahu tujuan hidup. Tak tahu apa yg aku kejar dan apa yg aku dh dpt. Baru sedar yg apa yg aku minat lebih penting dari apa yg orang pandang. Sekarang bala UPU pulak mai, lagi la mengkacau bilaukan cita-cita. Kita letak tepi dulu masalah tu.

Okay aku malas nk ckp pasal assignment,tutorials sebab perkara tu tak pernah habis.

Dan sekarang aku rasa mcm aku nk lari terjun parit, nk mandi air banjir. Main lompat tikus dlm kelas masa cikgu mesyuarat. Bergelak bergosip dlm kelas 3 Ar Rahman. Layan je Kyra bercerita pasal korea dia walhal masa tu tak faham satu benda pun pasal Negara Korea.wahahahhaahha. Main baling air kolah asrama Budiman dengan geng IOB konon. Kena denda dgn Najat sebab masuk lewat kelas Bahasa Arab.

Tapi aku sedar semua tu dh jadi kenangan. Dah lepas pun. Sedih kalau dikenang sebab aku tak boleh replay kenangan tu balik.

Sekarang aku seorang diri dlm bilik. Takda roommate sebab dia dh keluar Asasi. Ye mmg aku nmpak agak menyedihkan. Aku nk lepak dgn semua org yg pernah masuk dlm kenangan aku, sbb tu je yg kita mampu. Kita ulang tayang cerita lama.

Tapi aku sedar semua org dah ada jalan mereka. Semua sibuk, aku pun sama. Dan ada masa aku tak keluar bilik langsung sbb aku takut yg aku akn cipta kenangan yg buat aku layan memory lane sesorang sambil dgr pakcik Yiruma ni main piano. Yes people change but memories don't. Ye aku pun banyak berubah.

Semakin besar, semakin byk dugaan yg kau akn terima. Aku cuba herat diri sendiri untuk matang walau selalunya keputusan aku mmg mcm gali kubur sendiri. Nk taknak hold yourself together because we don’t know what our future might be. 
Aku takut.

Kau pun takut. Kita sama-sama takut.

Apa kata kita pegang tgn sama-sama? Okay?

Okay.

Truly from the bottom of Hakuna Matata’s heart. Acecece

Yaya Doe