Monday, August 21, 2023

Chapter 13 : Alter

 

13***

Adam Zuhair POV

“Ada apa-apa lagi yang nak Adam tolong?” Tangannya lincah mencuci piring terakhir di dalam sinki.

“Terima  kasih Adam, banyak tolong mak tun dan Diana. Pandai mak kamu didik kamu. Ringan tulang.” Puji Mak Tun. Kehadiran Adam dalam rumah agam yang suram bagai membawa sinar baru.

Mak. Jiwanya bagai tersedar, mesti mak rindu nak dengar suara anak teruna dia. Sudah berminggu-minggu dia terperangkap dalam rumah ni tanpa menghubungi sesiapa.

“Mak Tun, saya nak check keadaan Diana kejap ya.” Kakinya dihayun ke tingkat atas. Sampai di depan pintu bilik Diana dia kembali teragak-agak untuk mengetuk pintu.

Semalam aku teman cik Diana hampir pukul 3 pagi di ruang membaca. Leka sekali dia menghabiskan buku bacaannya yang setebal buku rujukan biologi, sambil aku menconteng pelbagai corak diatas kertas a4 di meja panjang di tengah bilik. Amber, Ainul Mardhiah, Shasha dan err apa alter yang lagi satu?

Sekali imbas, Diana nampak normal seperti wanita diluar sana namun kelakuan spontan wanita itu susah untuk Adam membaca apa yang sedang difikirkan oleh pesakitnya itu.

“Ehem, termenung apa tu abang?” Adam tersentak dari lamunan lalu menoleh kebelakang. Keningnya terangkat.

“Saya? Abang?” Adam kembali menyoal sosok yang terpacak tegak didepannya.

“Sayang baru mandikan anak kita, nanti Tiara masak makanan kesukaan abang ya” Bibirnya tak lekang dengan senyuman sambil tangan kiri menggendong ‘bayi’ yang diselimuti dengan kain putih.

Tiara. Satin long dress.

Adam cuba untuk mengawal raut wajahnya. Otaknya ligat memikirkan alter yang baru ditemui ini. Matanya melirik kearah balutan kain yang dipeluk erat oleh Diana atau Tiara.

“Kenapa abang diam? Abang marah Tia lagi pasal kes itu hari?” Matanya bergenang.

“Tak, abang tak marah Tiara” Adam mengambil langkah selamat. Risau jika alter baru ini bertindak diluar jangkaannya.

Tiara kembali tersenyum gembira. Tiara menarik tangan Adam untuk mengikutinya ke tingkat tiga rumah Agam. Entah berapa buah bilik dalam rumah Agam ni pun aku malas nak kira. Bilik tersebut berada dihujung sekali dan pintu dibuka oleh Tiara dan Adam hanya diam memerhati.

Bilik tersebut penuh dengan barangan bayi dan anak-anak patung. Tiara meletakkan ‘bayi’ nya ke dalam baby cot.

Kemudian Tiara menolak Adam kearah katil.

“Err cik Dia…er Tiara nak buat apa ni” Tiara cuba membuka zip belakang dressnya yang labuh ke lantai. Adam dah telan air liur.

‘Biar betul, dia ingat aku suami dia yang sah ke?’

Adam cuba bangun namun ditolak kembali oleh Tiara.

“Tiara, saya…er abang rasa tak sihat” Adam menolak Tiara yang cuba untuk merangkulnya dan menciumnya.

‘Aku teruna lagi woi’

“Abang sudah tak sayang saya sebab itu abang taknak sentuh saya selepas saya bersalin?!” Matanya kembali bergenang. Adam menepuk dahinya, drama apa ini?

“Bukan macam tu, saya sebenarnya bukan suami cik Tiara.” Jawab Adam tenang.

Tiba-tiba Tiara menangis.

“Sampai hati abang ceraikan saya!” Tiara menangis tersedu sedan. Dibaling semua barang-barang disekitarnya. Adam cuba meredakan Tiara namun raungan makin kuat.

Tiba-tiba ketukan keras kedengaran dari luar bilik.

“Adam buka pintu!”

Adam cuba bangun kearah pintu namun Tiara segera menahan.

“Jangan buka nanti mereka ikat saya”

“Dr.Adam tolong buka pintu sekarang!” Suara Encik Qais kedengaran dari luar.

“Adam buka pintu, itu Ainul Mardhiah ke?” Mak Tun diluar sudah siap menjinjit telekung dan jubah.

“Panggil lagi semua yang berada diluar, it might be 01 (Amber) in the room” Arah salah seorang dari bodyguard Diana.

“Cik Tiara bawa bertenang saya tak akan biarkan mereka apa-apa cik. Percaya dekat saya” Tiara memeluk Adam.


 With love & Hakuna Matata,

Yaya Doe