Tuesday, November 9, 2021

CHAPTER 3: ALTER

 Bab 3: Puteri Ulek Mayang




Bab 3

 

“Eh tempat apa ni? Kau jangan main-main Joe”

“Ikut je lah. Sebelum kau cakap apa-apa kau jumpa bos aku dulu.”

Aku hanya mengikut langkah Joe menyusuri ruang yang  bising dengan gelagat manusia yang mula memenuhi kelab malam tersebut. Dalam hati entah berapa kali aku mengucap tengok berbotol-botol arak beratur diatas kaunter.

“Bos ni kawan yang saya cakap hari tu” Joe menarik Adam yang nampak kekok.

Perempuan yang tengah asyik menghisap rokok dunhill sambil bergelak ketawa dengan beberapa orang lelaki menoleh kearah Joe. Dia tersenyum.

“Adam, ni Nelly. Boss kat sini.” Bisik Joe.

“Oh my goodness, boleh tahan jugak ye kawan you ni.” Adam tersentak apabila tangan Nelly mula merayap di dadanya yang bidang.

“Okeylah kita test dulu macam mana. Lagipun kita memang kekurangan pekerja hari ni. Tugas you Cuma perlu teman perempuan-perempuan di dalam bilik karaoke menyanyi. Satu jam lima ratus ringgit, deal?”

“Deal!” Tanpa sempat aku membalas, suara Joe terlebih dahulu menyahut. Dalam kepala aku tengah fikir nak lari keluar, tapi rilek dulu aku nak tengok sejauh mana si Joe ni nak pedajal aku. Lubang jamban punya member.

Joe mengheret aku keluar. Sebelum sempat mulut aku menyumpah seranah, Joe terlebih dulu susun ayat.

“Okey aku mintak maaf sebab tak bagitau kau tentang kerja ni.”

Aku tayang muka bengang.

“Kau nak aku jadi gigolo ke hah?” Mau tertonggeng mak kalo dia tahu anak dia ni jadi gigolo yang dulunya part time jadi ustaz ajar mengaji iqra’ kat surau.

“Uhh rilek-rilek, kerja kau duduk dalam bilik karaoke tu je. Lepas tu kau ayat la sikit pompuan-pompuan dalam tu. That’s it. Bukan suruh buat one night stand ke hape. See senang je kan.”

Adam angkat kening. Joe kau dah berubah.

“Senang je kan? Habis tu kau nak suruh aku ayat pakai apa? Nasyid? Qasidah?”

“Aku mula-mula pun tak biasa jugak, tapi lepas dua tiga kali kau okey la.”

“Aku tak boleh buat dan aku taknak buat. Dah aku nak balik kampung. Kalau kerja macam ni la yang kau offer, aku rela kerja basuh pinggan mangkuk kat warung”. Jawabnya keras. Dadanya berombak menahan marah.

“Adam…okay fine. Pergi la balik kampung kau tu. Mereput kat warung kopi. Kau ingat senang nak hidup sekarang? Pandai-pandai la kau balik sendiri.” Joe meninggi suara. Kemudian dia tinggalkan aku ditengah-tengah ruang kelab malam.

“There you are darling. Heyy kenapa tak masuk lagi. Oh malu ye” Tiba-tiba Nelly memaut lengan dan menarik tangan aku kedalam bilik karaoke.

Sebaik saja aku masuk, tiga pasang mata menoleh kearah aku. Sekilas pandang aku tahu masing-masing umur linkungan 30-40 an.

“Wow anak ikan baru. Pandai you pilih Nelly memang taste I”

“I bayar extra hari ni tau so jangan kecewakan I ye”

“Cik salah faham ni saya bukan…”

“Sial lah lu ni Nelly, aku yang booking dulu bilik ni kenapa kau bagi kat betina tua ni hah? Kau tau kan ni bilik febret aku”

Tiba-tiba seorang gadis berumur 20-an merempuh masuk bilik. Bahunya turun naik menahan marah. Rambutnya pendek separa bahu. Make up kat muka memang gaya gothic. Subang kat telinga kanan kiri entah berapa pasang.

“Oh my, calm down sayang. I ingat you tak datang malam ni. Yela you kan dah lama tak datang” Nelly kelam kabut meredakan amarah perempuan goth gila meroyan tu. Aku jadi batu tunggul je.

“Hei setan, mind your own words. Kau kenal tak aku siapa hah?” Salah seorang daripada pompuan tu bersuara.

“Do I look like I care bitch?” pompuan goth ‘yang aku tak tahu nama apa’ tersengih sinis. Seolah-olah tidak ambik kesah.

“Amber, you tak boleh buat macam ni. Nanti I bagi bilik lain okay.” Pujuk Nelly. Oh Amber nama dia.

“No. Aku nak bilik ni jugak kau tak faham ke hah? Korang semua keluar!” Tiga-tiga wanita  tersebut tercengang mendengar nama Amber.

Mereka saling berbisik.

“Mel ni la Amber yang Quinn cakap tu, ko jangan cari pasal dengan dia. Kang sia-sia je muka kita lebam”

Terus air muka masam Mel bertukar ceria.

“Its okay Nelly, kitorang boleh ambil bilik lain.” Mencicit ketiga-tiga mereka keluar.

Adam yang masih tercegat menanti babak seterusnya terus berjalan perlahan kearah pintu keluar. Babak dah habis. Aku nak balik.

“Ehem, nak pergi mana tu?” Tanya Amber selamba. Dia melipat sila diatas sofa panjang. Tangan kanan menyeluk poket jaket kulitnya.

Nelly cepat-cepat menolak Adam supaya duduk disofa dan meninggalkan Adam dan Amber berdua. Amber bukan boleh kira sangat perangai panas barannya.

“Jadi pakwe aku.” Tiga perkataan lancar keluar dari mulut Amber.

“Er..ya, ya. Hah apa?” Adam mengerut dahi. Aku cakap ya? Perempuan gila ni meroyan lagi ke. Amber merenung Adam. Lama.

“Kau taste aku. Dah jom” Amber menarik lengan Adam. Keluar ke ruang luar.

“Eh kejap cik, saya rasa awak salah faham ni. Saya bukan…”

“Shit Babi!! Sial, macam mana dia boleh jumpa aku” Amber menyupah seranah sebaik sahaja melihat empat orang lelaki sasa yang sedang mencarinya di ruang bawah kelab malam menyedari kehadirannya.

Adam tercengang. Bahasa memang out.

“Eh kau tercegat kat situ kenapa? Nak mati?” Amber memekik kearah aku.

Berlaku adegen kejar mengejar. Biasanya lelaki yang tarik tangan pompuan lari dari orang jahat ni terbalik. Aku pulak tergedik ikut langkah Amber mencari pintu keluar belakang.

Buggati Veyron Amber yang diparking di belakang kelab malam buat aku ternganga. Minah ni jual dadah ke siot.

“Awak sape? Saya taknak terlibat dengan kerja haram yang awak buat. Saya nak balik sekarang”

“Dah terlambat, tadi ko dah setuju nak jadi pakwe aku. Dan lelaki-lelaki sial tadi dah cam muka ko. Masuk dalam kereta sekarang!!!”

“Hoi Amber!! Jangan nak lari”

Aku berpaling ke belakang, mamat-mamat tadi! Terus aku melompat masuk di tempat duduk disebelah pemandu.

Tak sampai sejam hidup aku aku dah jadi chaos. Kena tipu dengan member. Disalah anggap jadi gigolo murahan. Entah sesape pompuan ni tetiba nak jadi makwe aku.

 Kena kejar dengan abang-abang sado. Sekarang aku tengah tunggu si buggati veyron ni accident dengan mana-mana pembahagi jalan. Ni dah masuk tiga lampu merah dia langgar.

“Er, awak  boleh drive slow sikit tak? Saya rasa nak muntah la.” Aku mengurut leher. Memang aku ada lemah semangat bila tengok  orang bawak kereta laju-laju. Di tambah dengan air cond aku dah rasa sesak nafas.

Amber menjeling kearah aku. Tanpa sebarang amaran di berhenti di bahu jalan. Kepala aku on the spot terhantuk di dashboard.

“Aiseh mamat hensem ni, bak sini handphone kau.” Amber menghulur tangan.

Ooo sekarang dia nak rompak aku pulak. Cis memang aku dah agak mana ada orang sesaja bagi tumpang si Buggati Veyron. Aku Cuma mendiamkan diri.

“Oh taknak bagi…” Terus tangan Amber merayap di poket seluar aku. Eh pompuan ni. Sekarang nak mencabul pulak.

“Hah dah dapat. Sekarang keluar sebelum mamat-mamat tadi jumpa aku kat sini. Sebelum tu amik Iphone ni, nanti aku call ko.” Amber melemparkan Iphonenya. Nasib aku cepat tangkap kalau tak sesaja Iphone tu tembus keluar kat cermin tingkap.

 “Jap sebelum tu, saya bukan gigolo yang macam awak fikir.”

“Aku tau, dah keluar cepat.”. Arah Amber.

Terus dia memecut Buggati Veyron meninggalkan aku.



Hakuna Matata,

Yaya Doe