Monday, August 30, 2021

CHAPTER 6 : ALTER

 Bab 6 : Si Puteri Tidur


“Astaghfirullah, Ya Allah kau ampunkan dosaku disebabkan kejahilan si Diana ni. Dah besar-besar tak reti nak tutup aurat.” Bebel Ainul Mardhiah. Tangannya lentik membetulkan tudungnya yang labuh dihadapan cermin di ruang makan.

Dia menarik kerusi makan kearah cctv di hujung sudut. Lalu berdiri sambil bercekak pinggang.

“Hei Diana! Ni entah kali keberapa perkara sama terjadi kat ana! Enti ingat ana nak sangat menumpang kasih dalam badan enti ni? Jangan lepas ni ana gam tudung saji pulak atas rambut enti, baru padam muka semua.” Tangannya dilayang-layangkan kearah cctv.

Aku menyorok di sebalik dinding. Adam menutup mulut menahan ketawa.

Okey dia sekarang Ainul Mardhiah. Pesan Qais, jangan tersalah panggil nama, kebanyakan personaliti yang keluar tak suka sekiranya mereka dipanggil nama alter dominan iaitu Diana.

“Ehem…anta tak malu ke skodeng ana.” Hampir melatah aku tiba-tiba pompuan ni tercegat depan aku.

“Eh mana ada.”

Ainul Mardhiah mengecilkan matanya.

“Takpa ana faham naluri seorang insan yang bernama lelaki memang suka melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tapi jarang biasanya ada orang luar yang berani datang rumah ni, anta ni siapa ye? Ana Ainul Mardhiah.” Matanya bulat memandang aku. Malu pulak.

“Saya Adam Zuhair, pengganti Dr.Nizam, psikitiari peribadi Cik Ainul buat sementara waktu.” Mungkin ni langkah pertama aku.

Ainul mengundur setapak kebelakang. Air mukanya cuak.

“Anta pun nak hapuskan ana macam Dr tu buat dulu? Tolonglah ana dah lama tak keluar, ana pun nak rasa hidup di atas dunia ni” Rayu Ainul.

Kesian pulak aku tengok. Dah la comel. Astaghfirullah, dia pesakit kau Adam, secara fizikalnya dia tak wujud pun.

“Saya tak ada skill pun nak diagnosis Cik Ainul. Anggap saja saya sebagai kawan…ye kawan. Cik Ainul mesti tak ada kawan kan?”

Tiba-tiba mukanya kembali ceria. Dia mengangguk.

Aku masih lagi tak dapat matlumat sepenuhnya pasal Ainul Mardhiah. Kata Qais, aku terpaksa tunggu sehingga Diana sedar kembali kerana Diana lebih mengenali semua alter (personaliti) dalam dirinya.

“Jom.”

“Pergi mana?”

“Pi masjid. Kan dah nak masuk waktu Zohor.” Balasnya girang.

Cik Diana dan semua personalitinya tak boleh keluar dari rumah buat sementara waktu, sehinggalah aku dapat mengawalnya. Maknanya aku pun akan terkurung dalam ni.

“Tapi kita tak boleh keluar.”

“Ana nak pergi masjid bukannya nak pergi clubbing macam Amber. Tu pun tak boleh?.”

“Ainul kita bukan tak…”

“Ya Allah, apa nak jadi dengan dunia akhir zaman sekarang. Umat Islam di Gaza perlukan doa-doa kita sebagai pelindung mereka. Kalau bukan kita saudara mereka siapa lagi nak tolong mereka. Kau ampunkanlah dosa-dosa hambamu yang jahil ini. Allahu Akhbar!” Becok mulutnya menyambung syarahan. Tangannya melayang-layang diudara.

“Ainul Mardhiah!” Aku menarik nafas

“Er ya?”

“Kita solat kat rumah hari ni. Saya jadi imam”. Uuuu ayat.

 

Seusai saja aku meng’aminkan doa, aku berpaling kebelakang.

Dia memandangku atas bawah.

“Awak okey?” Dia bertanya. Sah Diana. Terus dia meluru kearah aku. Membelek kedua-dua belah pipi aku. Mostly buku-buku tadi jatuh atas muka aku.

Batal air sembahyang aku.

“Er, Cik Diana saya okey.” Diana melepaskan bahu aku. Akward duhh.

“Jadi awak dah jumpa Ainul Mardhiah. How is she?” Diana menilik kain telekung yang dipakainya. Diana menanggalkan tudung disebalik kain telekung.

“Dia okey.” Ye okay. Aku tak nak judge alter yang baru aku kenal. Dan aku tak nak judge pesakit aku.

“Dr.Nizam ada bagitau saya dia akan hantar pembantu dia untuk sementara waktu, so it is you. So how long you can take to get rid of her, Oh I mean all of them?” Soalan Diana yang seolah-olah berharap buat aku terdiam sejenak.

Aku rasa Tuan Fahmi tak bagitau dia lagi yang Prof Nizam dah mati. Mungkin tidak mahu anaknya berputus asa.

Aku tak sempat pun jumpa Prof, tetiba dia cakap Prof yang hantar aku. Macam ada sesuatu yang tak kena.

“Boleh saya tau ada berapa personaliti yang pernah keluar?” Soalan Diana aku balas dengan soalan.

“Oh sure, apa kata kita bincang dalam pejabat saya. By the way, saya Tuan Nur Diana Sofia bt Tuan Fahmi, pesakit DID Encik err?”

“Adam…Adam Zuhair. Panggil je Adam. Psikitiari sementara Cik Diana.” Aku tersenyum.


Thursday, August 26, 2021

BUYING MY FIRST HOUSE ( HOME SWEET HOME)

 


GUYSSS PLEASE KEEP CALM BECAUSE I FINALLY BOUGHT MY FIRST HOUSE! *Kesat air mata syahdu

Oh My, aku still tak percaya at the age of 25 I can afford buying a house. Serius tak pernah dalam plan nak beli rumah awal sebab aku tak tau lagi nak settle down dekat mana! I'm still young tho.*TAK KAWEN LAGIK. But Allah is the best of planners. Everything was going freaking smooth guys.

In this entry I'm going to explain the 5 basic procedures yang uolls should know if you nak beli rumah pertama.

1. Find your dream house. 



Korang boleh search dekat mana-mana platform contohnya mudah.com, iproperty, propertyguru, facebook property group. Mostly rumah yang diiklankan sudah ada house agent yang diiktiraf. So everything related to the house you can to ask house agent. Pastikan korang selidik dulu agent tu punya company! Aku kalau boleh nak rumah dekat dengan workplace. Takde mood tau nak hadap jammed  lama-lama. Yihh
 Lepas itu pastikan  harga installment rumah mesti 30% daripada gaji pokok korang. So setiap bulan tak la rasa terbeban untuk bayar kan.ukur baju di badan sendiri. Huhu. Lepas dah jumpa rumah yang kena with your budget, korang boleh booked appointment with the agent untuk viewing rumah. 

2. House Viewing 




Waktu viewing aku paksa Hanis Jalika & Dewy Puspawangi untuk teman. Aku taknak pergi sorang-sorang kan semua nampak indah je. Hanis lah yang berjaya pengaruh aku untuk beli rumah so dia kena bertanggungjawab lahh sepanjang proses ni. tiberrr. Dewy pula sangat sesuai diguna pakai waktu ini sebab cerewet dia sampai petala kelapan. House agent akan explain semua mengenai rumah dan procedure seterusnya sekiranya anda berminat. 

3. AHH-LOAN




AHHH step ini sangat mencabar ya. Apabila confirm nak beli rumah, agent akan minta 6 months payslip untuk submit to banker. *payslip mesti cantik ye
Banker akan buat calculation based on payslip/bank statement/saving statement(TH@ASB@KWSP)/others loan/creditcard sama ada korang mampu ke untuk beli rumah pada harga tersebut. If lulus barulah House Mortgage akan submit documents loans to a few banks. Disebabkan aku belum kahwin banyak bank yang reject aku.sobsobsobs.Setahu aku 2-3 weeks sudah boleh dapat good feedbacks from bank but for my case house mortgage terpaksa kerja OT untuk cari bank yang sudi terima aku. sedihh gilaa. Masa ni dah redha. Selepas 2 bulan berlalu akhirnya loan lulus, seriuss rasa tak percaya.


4. LAWYERS FEES




This part sangat penting, lawyer fees terbahagi pada dua - Lawyer fee rumah & Lawyer fee bank. Untuk kes aku, owner rumah lama sudah assigned lawyer dan rumah yang aku nak beli adalah international lot because aku bukan bangsa Johor.huhu So process urusan jual beli sangat cepat untuk settle berbanding korang beli rumah bumiputera bak kata agent aku.  Less than 3 months dah boleh dapat kunci! Untuk bayar lawyers fees anda kena ada saving paling kurang 10k. Banker akan korek segala rahsia kewangan korang dan most of them akan suggest a few ways to settle this thing if korang ada saving less than 10k. Nasihat aku jangan sentuh KWSP korang pls. This one maybe one of you saviour >..<


5. Valuation Report




Last step is Valuation report! Okay before bank release payment to house lawyer, they need valuation report. Apa itu valuation report? Senang cakap just a basic house inspection by an eligible house surveyor untuk determine the house value based on the current property market. Valuation Report fees is around RM6++ bergantung pada jenis rumah dan size keluasan. Lepas dah settle last step baru house agent akan estimate bila anda akan dapat your house keys. For my house, after settle a few maintenance service baru dapat keys bcos the old owner agreed to tukar semua kipas, lampu, kitchen sink, toilet bowl baru dan tukar cat color putih. Bcos previous wall color mak kau hijauu. yihhh


Yuhuu. Finally after 3 months berhempas pulas. phew


I bought an apartment at Pasir Gudang Johor.

Kosong gilaa. Now dah penuh barang-barang. Konsep all white gituu


                  Master bedroom pun nice. Siap ada small balcony for mini garden maybe  >..<

But unfortunately my family tak dapat datang johor since merentas negeri tak dibenarkan. Senduu. kbai


Hakuna Matata,
Yaya Doe

Wednesday, August 18, 2021

TRIP TO PENANG ( FOOD HUNTING ) PART 2

 


Hai uolls!!!!

Untuk part kedua saya eksaited tauuu. Dalam entri kali ini suggestion makanan yang you guys wajib try bila dah sampai Penang. teng-teng-tengtengg!!

During this trip, everyone was assigned with their own task and mine was 'Must-Eat-Penang-Street-Food- List'. First one is NASI KANDAQQ wehh Kalau korang google nasi kandar memang berderet keluar tapi kita mesti bijak filter ya guys! So waktu itu rushing sebab lapar so we olls pergi Original Penang Kayu Nasi Kandar. Tak mengecewakan betol ayam madu dia ditambah sayoq+telo asin+ kuah campoq. Pehh



Next! Kopi Peng Aunty Evelin ni sumpah kaw terox sampai cucuk langit guys. Lokasi di tengah-tengah bandar  Georgetown. Nak sampai sini memang berkicap jalan kaki sebab ingat kan dekat so kami parking kereta di Chowrasta Market. Uncle yang bancuh kopi ni ramah sangat siap dia open table extra untuk kitorg sebab waktu itu no-dine in semua kena beratur tengah panas. 

Menggoda betul!! Harga sangat murahh. Kak Nad belanja so aku maless nak tanya harga *serba salah ler tuu kitorg kena redah bandar Georgetown sebab nak penuhi kempunan dia



Seterusnya, ROTI CANAI GEMAS ROAD, kitorang datang sini after touchdown pukul 9 pagi. Berbaloi sangat breakfast sini sebab servis dia laju gila walaupun customer tak putus-putus datang. Parking lot pun luas and no park fees. We olls order roti canai-kuah ayam-telur mata goyang-cheese. Padu mak aihhh. Kuah kambing dan daging pun ada order tapi tak sempat ambil gambar terus ngap. muehehe

Char kue teow Udang

Malam hari kami singgah makan malam di Padang Kota Lama Food court. Banyak pilihan penang street food dekat sini. Suasana meriah betul ditambah dengan angin laut Selat Melaka sepoi-sepoi bahasa gitu. 

Mee udang Padang Kota Lama. 


Akhirnyaa merasa juga pasemboqq original penang. Ni first time kitorang try tau! Dulu selalu tanya Jenin Filzah & Zann mcm mana rasa kuah dia. HAHA Diorg pun tak reti nak explain cemana. Aku pun dah lupa rasa dia persis gimana. Itulahh berkurun sudahh baru nak update belog. 
Tapi serius sedap bagi aku! But Kak RamonaZAM cakap Johor punya makanan lagi sedap. Adeh spoil mood tol. HAHAHAA
Untuk beginner please jangan ambil banyak-banyak sebab nanti confirm tak habis. Harga agak kayangan ya kalau hang amik udang-sotong-ketam. So playsafe ambil yang beshe-beshe jerr. cucur-ubi kentang-tempe-fisbol-hahahaahahahah. ok bai

p/s: Okay di sini aku nak bagitau yang kitorg terpaksa kuarantine 2 weeks after balik from Penang. Thats all. Mereput WFH 2 minggu bai. Manager aku membebel sebab tak inform dia dulu nak pergi Penang. Kalau bagitau confirm takleh pi HAHAHAH


Hakuna Matata,

Yaya Doe

Monday, August 16, 2021

TRIP TO PENANG ( SHORT GATEAWAY) PART 1

KAK PEAH POSING TAKNAK KALAH YAA!!

Hai everyone, phew

 

Its been  a long time since last post yang aku update. Sampaikan dah blur nak menaip macam mana. Entry kali ini sebenarnya dah berkurun lama tapi disebabkan memori ni berlaku awal tahun ni so aku nak jugak update. Boleh la menjadi tatapan di hari tua kelak. tiberr


Awal tahun 2021, we olls dalam misi mencari next shortgateway ya walaupun keadaan covid19 masih membelenggu jiwa masing-masing. But this time we got the opportunity to fly with AirAsiaX to Penang. The return tix quite affordable for us to explore Penang for 3 days 2 Nights. Tapi kes semakin meningkat dari hari ke hari pada waktu itu dan kawalan pergerakan merentas negeri masih dibolehkan.

Masing2 ada yang dah give up untuk pergi. Ya aku faham keselamatan mesti diutamakan walaupun kau dah bayar everything. But kami berempat (RamonaZAM, DEWY PUSPAWANGI, NADYA DHIA & YAYA DOE)  tak putus semangat dan serahkan segala-galanya kepada yang MAHA ESA. AJAL MAUT DITGN TUHAN. gittew. Later aku bagitau what deals we have to face for this redah-kasi-jalan-trip)

 




First part aku akan story the best thing to do in Penang for you guys yang bukan oghang utaqa selain daripda makan dan makan dan makan. Dan korang taknak spend to much money for entrance tix! Korang wajib pergi Bukit Bendera @ Penang Hill tauu, the view is sooo breathtaking. Rasa tenang sangat jiwa ku ini. By the way aku bukanlah seorang yg gemar to explore the nature sebab masih lagi trauma Hiking-Scam-Bukit-Payung-Batu-Pahat...kuikui

Tapi kali ini best sebab boleh naik tram, woohooo. But they still have stairs if you guys love to enjoy the scenery while climbing the stairs. HAHA but nope for me. The return tix for adults is around RM10 and kids only RM5. Okay la kan. For me waktu turun hill paling best!!! bcos rasa so thrill macam naik roller coaster but the speed is bearable lah kan.


My skin looks so nice. muehehe. dahi licin baqangg

Here we are on top of Penang Hill. from left (Dewy Puspawangi, RamonaZam, me, Nadya dhia)


muka mintak kaki tauuu. Acah masing2 ek eksyenn. 
But no doubts we look cute aite

 

fefeeling diva sangattt. Kah

Dah2  bagi orang lain pulak nak bergambar. hang dah limapulohminit amik gambar dkt tmpt sama.

Next stop is Pulau Jerejak! I swear guys, you should come here. My buddy Jenin Filzah  pun suggest untuk kitorg pergi sana. Please datang if korang memang kaki instagrammer. Harga return  ferry only RM20 guys. Murah la kan. 










Next place yang kitorg visit adalah Hard Rock Cafe Penang. Perjalanan nak ke sini sangat mencabar ya! Jalan dia mak aii kena redah lereng-lereng bukit Batu Ferringhi but the view cantik sangat. 
The entrance tix is free but you guys boleh jalan-jalan area lobby/cafe/restaurants/souveniers shops only ya! We olls tak stay sini. Ehem *buka dompet nipis;'(
If you guys nak honeymoon sangat la recommended untuk stay here. Masa ni la nak merasa kan. *hulur debit card sambil pejam mata k



On the way turun jangan lupa singgah Batu Ferringhi Beach! Kitorg sesat banyak kali sebab laluan masuk sangat lahh confusing. Waktu ni kitorg rushing gila nak singgah makan sebab pukul 4 petang nanti dah kena naik bot pergi Pulau Jerajak. So makan pun lajuu gila sampai aku tak tau nak explain makanan tu sedap ke ta. TAK INGAT. I harap after covid season berakhir *bila entahh akan berakhir* I want to come here again. Nak spend at least 3 hours here. 

Hubby RamonaZAM drive kereta tak rilek yerr. Nak kejar timing punya pasal takut terlepas bot pergi Pulau Jerejak. At the end kena naik bot pukul 5 petang dan we olls sangkut dekat Pulau tu sampai pukul 10 malam. Hareyy. Kalau hang datang bawa marka boleh la stay energetic untuk bermadu asmara lama-lama. Ni aku datang dengan member2. Puas seronok2 1-2 jam terus monyok muka penat.

For 2nd part aku akan update tempat makan yang kami singgah. So stay tune babehh. eksaited nau


Hakuna Matata,

Yaya Doe