Monday, November 2, 2020

Chapter 7 : Alter

 

Bab 7 : Si Tun Teja




Diana memasang projector didalam pejabatnya. Hampir 4 tahun alter-alternya ditidurkan oleh Dr Nizam sehinggalah 2 minggu yang lepas Amber mula munculkan diri sewaktu papa bagitau Dr.Nizam tidak boleh lagi menjadi Dr Psikitiari peribadinya.


Aku tidak pasti sampai bila aku harus bertahan di dalam tubuh yang setiap hari seolah-olah cuba membunuh diri aku sendiri.


 “Saya pasti Encik Adam dah jumpa Amber dan Ainul Mardhiah. Er tapi boleh saya tahu macam mana Encik Adam boleh kenal Amber?”


Soalan tu bagai menjerut leher aku. Hah jawab la. 

Yang minah goth tu heret kau drift langgar 3 traffic light masa kau nyaris jadi gigolo jalan Bukit Bintang semalam.
“Saya jumpa dia kat stesen minyak semalam, dia cakap nak pinjam handphone lepas tu terus lesap.” Tipu sunat.


 “Oh okey, Amber personaliti pertama yang keluar diberi nama oleh Dr.Nizam. Amber nyaris beberapa kali cuba membunuh Dr. Nizam ketika diagnosis”
“Hah? Dia nyaris apa?” Aku tercengang. Woo aku dah agak 200 ribu sebulan tu bukan sesaja dia nak bagi.
“Oh nak saya cerita dengan terperinci lagi ye, Amber pernah mencekik leher Dr.Nizam dalam 3 kali dan Dr.Nizam pernah terlibat dalam kemalangan kecil berpunca daripada Amber. Saya agak dia potong wayar brek kereta tu” Diana melepas keluhan berat.
Entah berapa kali dia terpaksa meminta maaf, walaupun kata Dr.Nizam itu langsung bukan salahnya. 


Oh tu rupanya sebab kelas batal seminggu, desis Adam. Masa tu minggu presentation, sumpah aku tak prepare apa pun sebab sibuk dengan aktiviti hiking club. Terima kasih Amber sebab selamatkan aku.
“Biasanya waktu bila alter Amber keluar?” Yelah handphone aku entah kat mana dia letak. Tentu beratus whatsapps mak dengan Muaz dalam tu.
“Kebiasaannya dia akan keluar waktu malam atau ketika saya dalam ketakutan. Amber macam personaliti penyelamat tetapi dalam masa yang sama bersikap pemarah dan panas baran. Dia selalu habiskan masa seorang diri dimana-mana kelab malam.”


 “Ainul Mardhiah?”
“Oh, dia tu tak banyak songeh sangat dan jarang keluar. Selalu berkeliaran dimana-mana ceramah agama. Rapat dengan Mak Tun, pembantu rumah. Tahun lepas, pengawal papa berjaya tangkap dia dekat airport sebab dia terlibat dalam sukarelawan dalam misi bantuan kemanusiaan ke Selatan Thailand.” Diana menggeleng sambil tergelak.


“Kenapa gelak?” Aku mengerut dahi.
“Tak lah, kadang saya rasa macam tengah tunggu masa nak kena hantar ke hospital bahagia. Kalau bukan sebab err…tapi saya pasti 2 lagi personaliti  yang akan keluar bila-bila masa saja akan lagi menarik daripada Amber dan Ainul”
“Ada lagi?”
“Tiara dan Shasha. You gonna love them.”

“Makan banyak-banyak sikit, risau Mak Tun tengok badan kamu yang kurus ni. Boleh ke nak jaga Cik Diana tu.” Tangannya lincah menuang air limau sejuk kedalam gelas aku yang separuh kosong. Yelah dari semalam aku tak makan apa-apa. 


Qais menyuruh aku turun makan diruang makan yang menempatkan meja makan panjang 12 kerusi. Terkebil-kebil aku makan seorang diri. Akhirnya aku angkat pinggan nasi pergi dapur makan sekali dengan Mak Tun.
“Sedap Mak Tun masak. Teringat masakan mak saya kat kampung. Tapi kenapa Diana tak turun makan sekali?”


“Cik Diana memang jarang makan, biasanya dia akan turun makan petang je. Kalau boleh kamu pujuklah dia turun makan ye. Kesian Mak Tun tengok dia, sejak penyakit dia datang balik dia dah kurang bercakap.”
Oh macam tu. Okey mula-mula aku akan pastikan dia makan sekurangnya tiga kali sehari.
“Siapa lagi yang bekerja di villa ni? Macam sunyi je.” Ni kalau jarum jatuh atas lantai boleh bergema satu villa.


“Dulu ada dalam tiga orang pembantu rumah, lepas tu sekarang tinggal Mak Tun je. Tukang kebun, tu haa Pak Tam merangkap pemandu Cik Diana. Encik Qais pulak selalu dalam pejabatnya kat tingkat bawah. Yang lain pengawal-pengawal peribadi Tuan Fahmi haa yang berjaga siang malam.”
“Tuan Fahmi memang jarang ada kat villa eh?”
“Tuan Fahmi selalu sibuk, kadang tak sampai 2 hari balik sini dah keluar balik terbang sana sini. Biasalah bisnesmengg” Jawab Mak Tun.


“Lama dah ke Mak Tun kerja kat sini?”
“Sejak Tuan Fahmi bercerai dengan isteri keduanya. Suatu hari dia bawa balik Diana ke villa ni dan memecat semua pekerja kecuali Qais”
“Habis macam mana Mak Tun masih kerja kat sini?” Macam menarik je kisah yang berlaku. Mak Tun terdiam.
“Ehem.” Deheman Qais mematikan perbualan aku dengan Mak Tun.
“Beg pakaian Encik Adam saya dah letak dalam bilik. Kalau Encik Adam nak apa-apa boleh panggil je saya. Satu lagi tugas yang Encik Adam suruh, saya dah arahkan pengawal untuk buat.”
Tugas apa? Hahaha, aku suruh dia tumbuk muka Joe bagi pihak aku sebelum ambil beg pakaian tu.

“Tok..tok..tok”
Diam tak berjawab. Kata Mak Tun Cik Diana memang akan berada dalam bilik lepas tengah hari sampai petang. Dia tak bagi orang masuk biliknya.
Sesudah mengemas barang-barang dalam bilik dan solat asar terus aku turun. Mak Tun suruh aku panggilkan Diana sebab dia nak angkat baju kat ampaian.
Setelah 10 minit aku mengetuk biliknya. Terus rasa tak sedap hati. Tombol pintu dipulas. Ahh tak berkunci.
“Assalamualaikum. Cik Diana, Oh cik Diana…?” Pintu bilik aku buka sedikit. Kang dia ingat aku nak mengendap naye je kena baling dengan botol perfume. Padahal nak ajak turun makan je.
“Saya masuk ye.” Sebaik saja aku masuk ke biliknya. Aku hanya lihat katil yang kosong tak berusik.
Aku beralih pada ruang cabinet pakaian yang bersambung dengan bilik yang lain, mak ngaii butik baju ke hape.
Baju-baju bersepah diatas lantai. Aku ternampak bayang lembaga yang terbongkok-bongkok mencari sesuatu.


“Oh hai sayang. Thank god you’re here my cutie pie.” Sapanya. Ceria.
Allahuu siapa pulak ni. Diana yang berada disebalik pintu almari tersenyum lebar.
“Err..Cik Diana?” Dengan serta-merta dia menjeling kearah aku.
Personaliti yang berada didalam diri Diana senyum mengejek.
“I’m not her okay. Perempuan kolot tu asyik pakai baju-baju besar macam bibik je. Ish patutlah I rasa badan I ni gatal-gatal. Tak up to date langsung!” Mulutnya membebel sambil menyelongkar baju-baju didalam almari yang entah berapa pintu tu. Aku malas nak kira.


Aku masih tercongok tak tahu nak buat apa. Shasha or Tiara? Which one?
“Hey you buat apa lagi kat situ. Tolong cari baju-baju I yang perempuan kolot tu sorok. I rimas la pakai baju ni.” Ditayang baju kemeja yang bersaiz M yang tersarung dibadannya.
Aku mengangguk dan turut sama menyelongkar almari yang bertentangan dengannya. Ikut ajelah karenahnya.


“You ni siapa? Tak pernah pun ada orang luar yang berani masuk dalam villa buruk ni lebih-lebih lagi lelaki hensem macam you.” Soalan sama yang ditanya oleh Ainul tadi.
 “Urm, saya kawan Diana. Adam. Jadi kalau awak bukan Diana. So who’re you?”
“Halo you tak kenal I?” Dia bercekak pinggang.
Aku menggeleng.


“Huh okay memang la I tau yang I tak famous lagi. Tapi seriously Diana tak cerita pasal I kat you, Adam? How dare her! Takpa lah kawan Diana pun kawan I jugak.”
Aku tergelak. Kepala menggeleng lagi.
Aku menarik keluar kotak yang tersorok dibelakang kotak kasut. Jelas tertulis ‘JANGAN BUKA’.
“Wah, dah jumpa. Which one yang cantik?” Aku berpaling kearahnya. Dahi berkerut.
Dua summer dress biru bersaiz XS yang sama corak, sama warna, sama jenis kain cuma yang satu lagi tu ada renda ke apa tah nama dia.


“You cepatlah, mana satu patut I pakai?”
“Dua-dua cantik.” Aku menolak balik kotak tersebut kedalam almari dan bangun mengadapnya.
“Yes. I tau dua-dua cantik. Tapi takkan I nak pakai dua lapis baju.” Matanya membulat merenung aku.
“Apa kata kalau kita turun makan dulu? You tentu lapar kan Shasha?” Aku agak je nama dia Shasha.
Secara tak langsung awak-saya bertukar menjadi I-you.
Shasha mengangguk. Senyumannya semakin melebar.


Hakuna Matata,
Yaya Doe

Friday, October 30, 2020

Chapter 8 : ALTER

 

Bab 8: Tun Teja





Diana Sofia

Saat papa bagitau yang dia akan lakukan segalanya untuk sembuhkan penyakit aku balik.  

Aku hanya tersenyum hambar.


Mungkin dia masih lagi tak boleh terima yang sebenarnya anak perempuannya sudah menjadi makhluk jadian yang boleh berubah pada bila-bila masa. Dan kalaulah aku bukan pewaris tunggal seorang hartawan mungkin sekarang aku tengah meringkuk dalam hospital bahagia. Kaki tangan diikat dibesi katil.


Dr.Nizam merupakan pakar psikitiari paling lama bertahan dengan aku. Sebelum itu hampir 12 orang psikitiari peribadi yang dipecat atau dengan rela hati berhenti kerja. Yelah siapa tahan kalau tiap-tiap hari terpaksa berkejar sana sini mengawal Amber yang kerjanya tiap hari memecahkan cermin tingkap untuk lari dari rumah.


Amber jugak pernah ketuk cermin kereta papa sampai hancur dan membelasah orang yang menyentuhnya.
Tiara pula hanya tahu meraung dan menjerit. Dia seolah personaliti yang terperangkap dalam tahun 1996. Dia tak banyak cakap sangat kata Pakcik Qais.


Shasha hanya menambah sakit kepala orang dalam villa. Aku pun menyampah dengan perangai dia sebenarnya. Well, ye kalau aku ulang tayang cctv memang dah terpampang muka aku yang tergedik-gedik kepala sewel mintak Mak Tun masakkan Crème Brulee. Manalah orang tua tu reti nak masak mende alah tu. 


Ainul Mardhiah? Setiap kali dia keluar mesti ada video muka dia berkhutbah berjela-jela pasal kedegilan aku yang tidak mahu bertudung. Tak pun dia membebel depan semua cctv dalam rumah.
Diana tersenyum sinis. 

Adakah aku sudah mula menerima mereka semua? Tak.


Mereka seolah parasit yang cuba membunuh diri aku dalam diam kata papa. Jadi aku kena hapuskan mereka.
Papa cuma cakap macam tu sebab…


Dr Nizam tu kawan rapat papa. Dia yang bagi aku harapan yang aku akan sembuh. Mungkin sebab dia pandai kawal alter-alter dalam diri aku yang setiap masa cuba merampas masa dan tubuh aku. Dan akhirnya Dr Nizam berjaya menidurkan semua personaliti aku selama 4 tahun.
Ye masa tu barulah papa boleh lepas lelah menghantar aku ke Perth untuk sambung belajar. Itu pun pengawal peribadi berkampung keliling rumah sewa aku selama setahun!


Dan aku dengar Dr.Nizam jadi Professor di universiti tempatan. Tapi semua tu tak lama.
2 minggu lepas, semua personaliti dalam diri aku mula buat warm up. Bermula dengan Amber kemudian Ainul dan seterusnya Shasha. Tiara jarang keluar. Tapi entahlah.
Dulu sewaktu personaliti Tiara pertama kali keluar, 3 hari aku kena ikat kat katil besi kata Mak Tun. Orang tua tu lah yang bersusah payah melayan karenah Tiara.


Secara tak langsung aku kembali menjadi tahanan didalam villa sendiri. Papa cakap dia akan pujuk Dr.Nizam balik dan untuk sementara pembantu Dr. Nizam yang akan jaga aku.


Mamat  tu?


Aku nak tengok je sejauh mana dia boleh kawal personaliti-personaliti yang keluar.
Huh bila turn aku boleh keluar ni. Aku seolah terkunci didalam badan sendiri. Menanti waktu untuk melihat dunia.


Hakuna Matata,

Yaya Doe

Thursday, October 29, 2020

CHAPTER 9 : ALTER

 

Bab 9: Si Tuan Puteri Gunung Ledang




Adam Zuhair.

 

“Eeii..apa jenis makanan ni.” Shasha menuding jari kearah semangkuk gulai sayur batang keladi. Ditepinya pula ikan patin masak tempoyak dan sayur goreng campur.

“Kenapa dengan lauk ni?” Aku memandangnya pelik.

Mak Tun yang baru keluar dari pintu dapur sambil membawa jag air terdiam dimuka pintu.

“You!! I tak boleh makan la lauk-lauk kampung macam ni.  Nanti kulit I keluar jerawat, jeragat dan bintik-bintik merah.”

Mak Tun menyiku aku. ‘Shasha ke?’

Aku mengangguk kepala.

“Er, habis tu awak nak makan apa?”

“Hmm, I nak makan spaghetti carbonara dan meatballs cheese. I taknak Mak Tun masak tak sedap!”

Dia menjeling kearah Mak Tun.

Mak Tun tarik muka. ‘Aku pun tak ingin nak masak’

Adam mengeluh ditengah-tengah diantara Mak Tun dan Shasha.

“Biar saya masak.” Aku tersenyum kearah Mak Tun. Dengan Mak Tun pun kau nak jual senyuman ubat gigi mukmin ke?

Aku mengganti tempat Mak Tun didapur. Apron bunga-bunga diikat kemas.

Tanganku lincah mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. Semasa cuti sem aku banyak kerja partime dekat kedai-kedai makan. Setakat spaghetti tu celah gigi je.

Wow Adam, pandainya you masak. Lelaki bila masak nampak seksi tau”.  Shasha mengekor dibelakang. Mengintai. Mungkin dia takut aku letak pil tidur kot dalam kuah carbonara dia.

“Ye ke?” Aku menjeling kearah pantulan muka aku dari sink yang berkilat.

“Hahaha. You ni kelakar la.”

Walaupun rupa mereka sama namun lenggok tubuh dan air muka mereka berbeza. Detik Adam.

Shasha personaliti yang inginkan perhatian, berkeyakinan tinggi dan suka mengarah.

Ainul Mardhiah? Penuh dengan sopan santun, merendah diri dan ramah. Rasa nak tergelak pun ada lihat dia membebel depan cctv.

Amber pulak aku harap dia tak keluar buat masa sekarang. Tapi handphone aku? Adushh.

Tentu penuh notifikasi dengan whatsapp group, mesej Muaz  dan panggilan daripada mak. Tiba-tiba aku teringat tentang Iphone12 Pro yang dia bagi malam tu. Nanti la aku tanya kalau si Shasha ni tau password dia.

 

Malam itu, Diana masih jugak tak keluar. Shasha asyik menonton rancangan realiti America Next Top Model sambil mulut terkumat kamit memberi komen. Pajamas hot pink corak Hello Kitty dia memang dari segala sudut dalam villa boleh nampak.

Jarum jam tepat pukul 10.30 malam.

Tadi aku ajak solat Maghrib dengan Isyak sama-sama. Dia cakap yang dia period tak boleh solat terus terkedek-kedek dia on tv.

Habis tadi tu bukan dia yang menangis-nangis nak solat.

‘Umat Islam di Gaza perlukan doa-doa kita sebagai pelindung mereka.’

Okey tadi tu Ainul Mardhiah.

Kalau Aisar buat perangai lagu ni dah lama aku tarik telinga ikat kat batang pokok rambutan depan rumah. Biar padan muka kena gigit kerengga.

“You tercegat kat tepi tangga tu tengok apa? Tunggu Diana keluar ke?” Laung Shasha.

Aku menapak kearahnya dan mengambil tempat di sofa berkembar dua.

“Erm bila dia keluar eh?” Gatal pulak mulut aku bertanya.

“Perempuan penakut tu takkan berani keluar. Mungkin Amber ugut dia macam-macam” Matanya masih fokus pada skrin tv.

Amber ada keluar?

“Apa yang Amber cakap?” Mungkin Amber ada kata sesuatu yang membuatkan personaliti Shasha yang menjadi galang ganti apabila Diana menghadapi tekanan daripada Amber. Pehh hipotesis kau Adam Zuhair.

“Entah. Tapi I pernah tengok video yang Amber hantar pada Diana. Dia cakap yang dia akan bunuh semua orang yang Diana sayang kalau Diana tak bagi dia keluar dari villa.”

Aku terdiam. Shasha masih dalam posisi yang sama. Melipat sila mengadap rancangan tv kegemarannya sambil tangan kanan laju melontar smarties kedalam mulut.

Aku keluarkan Iphone12 Pro dari dalam poket seluar trek gym Muaz yang aku rembat dari ampaian mak.

Lama aku merenung skrin Iphone12 Pro yang baterinya hanya tinggal separuh.

Shasha yang perasan aku merenung lama Iphone ditangan mula membuka mulut. Memang aku nak bagi dia perasan pun.

“You ni ada apa-apa ke dengan Diana? I mean like a serious relationship or something yang sewaktu dengannya?”

“Kenapa?”

“Tu.” Mulutnya muncung kearah tangan kanan aku.

Aku on skrin dan tayang skrin depan yang tertera password  kearahnya.

“Shasha tau password Iphone Amber? Dia ambil handphone Adam hari tu dan dia bagi Iphone dia”

Shasha ternganga.

“Tu Iphone Diana la! Kejap you dah jumpa Amber? Exchange handphone?! You dah gila ke?”

Aku terkejut melihat Shasha yang tiba-tiba bangun mengadap aku. Kedua-dua belah tangannya mencengkam bahu aku. Jelas riak wajahnya yang resah.

“Ada tak dia cakap yang you ni taste dia dan nak you jadi boyfriend dia?”

“Ada.”

“You jawab apa?”

“Er...Yes.”

Shasha memegang kepalanya yang terasa berat. Terus dia rasa badannya seolah-olah melayang seperti orang yang ber’sky diving.

“Sha…shasha. Awak okey ke tak ni? Shasha!” Nasib aku sempat menyambut badan Shasha yang nyaris jatuh terjelepok atas lantai.

“Mak Tun! Encik Qais!”


Hakuna Matata,

Yaya Doe

Monday, October 19, 2020

Chapter 10 : Alter

 

Bab 10: Si Puteri Walinong Sari





Aku merenung lama skrin Iphone12 Pro milik Diana. 

Kemudian aku pandang dua buah kereta Mercedes hitam yang berada di halaman villa dari atas beranda bilik. Aku nampak Pak Tam membawa dulang yang berisi jag-jag air dari pintu belakang dapur untuk pengawal-pengawal peribadi Tuan Fahmi.
Lebih kurang 6 orang yang berkawal pada setiap malam sebab kata Encik Qais, personaliti Amber selalu keluar pada waktu malam.


Tadi lepas Shasha pengsan terus Encik Qais dan Mak Tun terkocoh-kocoh keluar. Encik Qais suruh aku dukung Shasha letak dalam bilik Diana. Terus dia call orang-orang suruhan Tuan Fahmi supaya mengawal disekeliling villa.
Macam manalah Tuan Fahmi tu boleh yakin sangat yang aku boleh jaga anak dia tu. Mungkin dia terdesak disebabkan oleh berita pembunuhan Prof Nizam.
Kes Prof Nizam tu pun satu hal. Tentu UM sekarang tengah gempar dengan berita pembunuhan Prof Nizam. 


Tiba-tiba aku teringat yang aku terserempak dengan Shaila sebelum aku berjumpa Prof. Kau rasa dia bagi keterangan tak ke polis tentang aku orang terakhir yang pada hari tu berjumpa dengan Prof? Aku garu kepala.
 Sekarang aku dah takut nak tidur dalam gelap. Suara lembaga yang berada didalam pejabat masa tu seolah-olah bermain di dalam kepala.
Terus aku tutup pintu beranda dan buat kuak lentang atas katil.
Arghh malas nak fikir.

Pagi itu aku pula jatuh katil. Aku dekat mana ni? Ambil masa 3 saat untuk  ingat kembali ape yang dah jadi.
Terus aku teringat kat Diana. Tak lupa peristiwa Shasha yang tiba-tiba pengsan.
Lepas solat subuh terus aku turun ke bawah mungkin Mak Tun dah jenguk dia. Kalo ikutkan hati nak je aku rempuh masuk bilik dia.
Sampai saja di dapur semerbak bau mee goreng tom yam.
“Sedapnya bau.”
Aku menegur Mak Tun yang sibuk membilas isi ayam yang dipotong kecil-kecil.
“Awal Adam bangun.”
“Awal apanya dah pukul 7.00 pagi ni. Banyaknya masak ada kenduri ke ni?”
Adam mengusik. Sudip dicapai lalu dikacau bawang yang sudah di blender dalam kuali sehingga masak.
“Biasanya Mak Tun sediakan sekali sarapan untuk mereka yang berkawal semalam. Kesian mereka terpaksa berjaga malam. Eh Adam, Mak Tun boleh buat semua ni. Nanti kan tak pasal-pasal Encik Qais ingat Mak Tun buli hang pulak.”


“Alah, saya bosan ni. Ingat nak jogging tapi baru sampai pintu depan, tu haa dah kena jeling dengan bodyguards kat luar.”
 

Lepas sarapan pagi siap, aku memanjat anak tangga dengan riang untuk memanggil… erm Diana. Mak Tun cakap pagi tadi dia ada jenguk, memang dia dah sedar tapi Mak Tun tak pasti siapa sebab dia senyap je tak bercakap.
“Cik Diana, sarapan pagi dah siap.” Aku mengetuk biliknya. Senyap tak menyahut. Ke dia tak dengar.
“Cik Diana!!..Oh Cik Diana. Sarapan dah siap ni tak nak makan ke?. Cik Di…”. Aku terdiam sebaik pintu dibuka dari dalam.
“Eh diam lah bodoh. Kau dah kenapa bising memekak pagi-pagi ni hah si…al?” Suara disebalik pintu memetir tapi cuba dikawal agar tidak didengari oleh orang lain yang mungkin ada dalam rumah.
 Mata aku membulat.
Dia mengangkat muka memandang aku. Matanya turut membesar satu kali ganda.
“Eh kau gigolo, apa kau buat kat sini hah?” Amber menarik tombol pintu yang jadi pemisah antara dia dan Adam.
Bala.


 Adam pula cuba untuk menutup balik pintu bilik. Kenapa sekarang? Ya Allah aku baru je nak menikmati pagi yang indah ini sambil pekena bihun tom yam  Mak Tun.
“Aaa..Amb..”
“Diana dah bangun belum Adam?”
Laung Mak Tun dari bawah.
Amber membuat isyarat ‘Kalo kau cakap aku yang keluar bukan Diana.Siap!’ sambil tangan kiri ditarik ke lehernya.
“Er..dia dah bangun. Dia cakap nan…ti dia turun.”
Namun entah dari mana kekuatan si Amber ni datang terus dia menarik lengan Adam masuk ke dalam bilik dan menutup pintu rapat sebaik mendengar suara Mak Tun dari bawah.


“Eh awak nak buat apa ni?” Sumpah babak aku sekarang ni macam gigolo yang sama level dengan Izzah Ombak Rindu. Mungkin aku boleh jadi Izzat Ombak Tsunami.
Kolar baju Adam dicengkam kemas.
“Macam mana kau boleh ada kat sini hah? Lalat-lalat tak guna tu ikut kau ke malam tu?”
“Sa..saya kerja kat sini.”
Mati kalo dia tau aku jadi psikitiari Diana!
“Kerja kat sini? Orang tua tu paksa kau ke? Kenapa kau setuju bodoh!” Amber dah naik angin.
Amber melepaskan cengkamannya dan terus menolak Adam kearah katil.
 “Aku dah agak mesti orang tua kerepot tu akan gunakan macam-macam cara nak hapuskan aku. Sekarang dia gunakan kau pulak. Takpa jangan risau aku akan lindungi kau. Diorang ada pukul kau kat mana-mana tak?”
Adam memandang Amber pelik. Dia tak tahu agaknya.


Dia meluru kearah aku. Habis semua ditilik.
Sumpah kalo dia suruh aku bukak baju sebab nak pastikan ada kesan lebam memang aku backhand je.
“Saya okey. Er tapi..” Aku baru tersedar yang aku terbaring atas katil dan Amber memegang kedua belah pipi aku. Dua-dua diam merenung kedalam anak mata masing-masing.
Kalau kau tengok dia betul-betul, dia ada aura yang Diana tak ada desis Adam.
Tiba-tiba Amber melastik dahi aku.
“Hah bagus la kau okey. Jangan lembik sangat. Hah amik ni, amik ni” Jawab Amber lalu menyambung sesi melastik dahi aku.
“Ahh..aduh. Sakit la.”
Amber melompat dari katil dan menarik langsir tingkap sedikit. Orang-orang suruhan Tuam Fahmi masih ada di halaman.
“Babi la, diorang tak balik lagi pehal?”
“Hah?”
“Bukan kau, tapi lalat-lalat kat bawah tu. Apa aku nak buat ni.”

Aku teringat pasal handphone aku.
“Saya nak handphone saya balik.”
“Kau lagi risau pasal henpom ke hah? Nyawa kau bila-bila masa je boleh bercerai dari badan tau. Takpa aku ada plan. Aku belasah diorang lepas tu kau cabut ikut pintu belakang. Okey? ”
Amber lantas mengambil kayu besbol dari bawah katil.


“Nanti dulu. Apa kata awak menyamar jadi Diana?” Aku cuba untuk batalkan plan gilanya.
“Fuck. Ape kau cakap? Ulang balik!” Pantang betul bila nama alter dominan itu disebut. Kayu besbol tepat di hala kearah muka Adam.
Aku menikus sambil peluk batal atas katil. Aku bagi cadangan je.
“Kenapa pulak aku kena menyamar jadi perempuan bodoh tu? Kalo boleh dah lama aku bunuh pompuan tak guna tu.Haa lagi satu tadi aku dengar beria betul suara kau panggil nama pompuan tu ajak turun makan. Dia ada mengorat kau ke?” Tangannya dikepal.
 Kayu besbol diacah-acah kearah Adam. Aku menggeleng.
 Amber tersenyum puas.
Lama-lama aku pulak yang boleh jadi gila. Tu belum dia tahu yang aku ni sekarang bekerja sebagai psikitiari Diana , mungkin nasib aku nanti berakhir sama macam Prof Nizam dulu. Perasaan aku macam sepinggan nasi kandar kuah banjir. Macam-macam kau rasa dalam satu pinggan tu.
 “Jom turun makan, tentu awak lapar kan?”
Dia menjeling kearah aku.
“Aku tak lapar.”
‘kriuk,kkriuk’


Aku tersenyum.


Hakuna Matata,

Yaya Doe

Saturday, October 17, 2020

Chapter 11 : ALTER

Bab 11 : Si Puteri Hang Li Po






Akhirnya aku berjaya memujuk Amber untuk menyamar sebagai Diana. 


“Boleh pakai ke idea kau ni?”
“Eh ape ke gila aku kena pakai baju kurung?”
“Kalo kantoi aku sendiri yang akan humban kepala kau dalam lubang jamban! Kau dengar tak ni?”

Aku keluar dari bilik dan turun ke bawah. Tak mahu Mak Tun tertunggu-tunggu.
Encik Qais pun dah ada di ruang makan. Dia menoleh ke arah aku. Serius.


“Diana tak turun lagi? Dia macam mana okey tak?” Soalan Encik Qais buat jantung aku tiba-tiba rasa disentap. Sumpah bila aku tengok muka ketat dia serta-merta mulut gatal nak cakap yang dalam bilik tu sekarang bukan Diana tapi Amber!
Belum sempat aku buka mulut.


“Ehem.” Amber berdehem dari belakang.
Dia cuba untuk senyum macam Diana tapi nampak kekok.  Macam Dark Grim Reaper senyum masa nak seret nyawa manusia keluar dari badan.
“Cik Diana dah sihat? Nak saya sediakan apa-apa?” Mak Tun yang turut berada disebelah Encik Qais menegur.
“Sa..saya dah sihat.” Ish payah betul. Ni semua gara-gara kau la ni gigolo! Nak menyamar bagai, heh aku boleh hentak je kepala dua-dua anjing Tuan Fahmi ni sampai pengsan.
Aku hanya buat isyarat dengan mata, menyuruh Amber cepat-cepat duduk. Sebelum Encik Qais perasan apa-apa yang pelik.


“Kami semua risau sangat yang Cik Diana takkan muncul. Cik tentu lapar kan?” Mak Tun mengelus lembut rambut Diana. Bertambah risau apabila dia melihat muka Diana yang semakin cengkung.
Nak aje dia merentap tangan orang tua yang berani-berani menyentuhnya. Digigit bibir bawah. Menahan rasa marah. Kemudian dia duduk mengadap Adam yang tersenyum manis kearahnya.
Adam menghulurkan sepinggan bihun tomyam. Amber mengambil tanpa banyak soal.


Belum sempat Adam mengangkat tangan untuk baca doa, Amber dah mencekik.
“Sepanjang Cik Diana takde Adam yang sentiasa melayan kerenah mereka yang keluar. Untung betul Cik Diana. Semalam semasa Shasha pengsan semalam, Adam lah yang dukung bawa naik atas. Bertuah betul Cik Diana..Pot pet pot pet”
Mak Tun menuang teh susu kedalam cawan Adam. Adam telan air liur.
“Oh yeke. Untunglah Shasha.” Sarkastik.
Matanya tajam menikam. Diana tu..Diana ni. Eh menyampah lah telinga aku dengar. Bertuah kat celah mananya pompuan sial tu. Bentak Amber lalu kakinya menendang kaki Adam di bawah meja.
“Arghh.”
“Eh kenapa?”
“Err..kaki tersepit kat celah meja.”
“Ya Allah…macam-macam lah kamu ni.”
Mak Tun menggeleng dan kembali ke dapur meninggalkan aku dan Dian..er Amber.


“Kenapa kau dukung Shasha heh? Dia pun ada usha kau ke? Pompuan murahan tu memang nak kena! Tak habis-habis menggatal.” Suaranya yang keras cuba diperlahankan. Cemburu.
Garfu ditangan kiri disua tepat pada batang hidung Adam.
“Dia pengsan semalam, jadi saya bawak naik atas sebab Encik Qais suruh. Tu je. Dia tak ada buat pape pun.”
Gaya aku ni macam baru lepas ke tangkap curang dengan awek sendiri. Lepas tu yang aku beria bagi explaination kat minah ni dah kenapa? Dah isytihar awek kau ke? Seram.
Teringat peristiwa ketika di kelab malam, tanpa mengendahkan pertanyaan wanita tersebut dia secara tidak sengaja menjawab ya.
Kehadiran Encik Qais diikuti dengan lima orang bodyguards Tuan Fahmi diruang makan buat selera makan aku hilang serta-merta.
Amber yang turut sama menoleh, mengetap gigi.  Kalau boleh sekarang jugak aku nak belasah sekor-sekor yang kejar aku malam tu.
Pisau rambo dalam poket baju kurung di seluk. Berjaga-jaga.


“Cik Diana mahu saya arahkan mereka supaya berkawal pada siang hari jugak ke? Bukannya apa saya takut mereka yang keluar lepas ni buat masalah lagi terutamanya Amber.” Tanya Encik Qais.
Amber mengecilkan anak matanya.
“Pecat mereka semua.”
Adam Zuhair terbeliak, cucur udang rasa tersekat di saluran esofagus.
“Apa?”
“Ak..saya kata pecat mereka semua.”
Nada suaranya dikawal semula.
“Tapi kenapa Cik?”
“Sebab mereka! Amber terlepas malam tu. Saya tak perlukan bodyguards yang bod..hmm yang tak pandai buat kerja macam mereka.”
“Tapi Tuan Fahmi tentu akan marah kalau saya…”

“Dah cukup! Aku taknak dengar pasal orang tua bodoh tu lagi. Hei mana kunci kereta aku hah?”
Amber membentak, pisau rambo diacu kearah Qais.


“Amber.”
Encik Qais bagi isyarat mata kearah bodyguards Tuan Fahmi. Salah seorang mengeluarkan Electric Stun Gun.
Dah agak desis Encik Qais. Ni bukan kali pertama.
“Wowowo…saya rasa Cik Diana alami tekanan perasaan ni. Err…biasanya pesakit DID memang emosinya tak stabil sebab tu kelakuan dia pelik-pelik. Cik Diana kena tarik nafas dalam-dalam, meh sini pisau Amber tu saya simpan ek.” Dia cuba untuk redakan keadaan.
Adam menarik lengan baju Amber, cuba untuk mengambil pisau rambo. Amber merenung tajam kearah Qais.
 “Kereta Cik Amber dah saya jual.” Saja dia mengumpan.
“Oh shit!. Hoi lahanat siapa bagi kebenaran kau sentuh kereta aku hah?!” Amber berpaling dan merampas semula pisau rambo ditangan Adam.

Berlaku pergelutan antara aku dengan Amber dan aku berjaya merampas pisau ditangan kirinya. Tak sia-sia aku belajar silat rumah Tok Guru Salleh dari darjah lima sampai Tingkatan 3 dulu. Seorang bodyguard menerpa kearah Amber dari belakang sambil mengacukan Electric Stun Gun. 

Tanpa aku sedar badan aku menghayun laju memeluk Amber, cuba untuk melindungi pesakit aku sendiri daripada terkena renjatan electric. Shit apa aku dah buat ni. 

Akhirnya aku dan Amber pengsan di tengah ruang makan. 




Hakuna Matata,

Yaya Doe.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK UTHM ( GRADUATION DAY)


Salam.
Post ni untuk adik-adik lepasan Matriks/Asasi dan akak-akak STPM yang baru lepas dapat keputusan UPU. Dah jangan sedih2 (Aku pun dulu taktau nak rasa apa bila dapat result UPU)

Alhamdulilah dapat Electronic Engineering Deg di UTHM. UTHM stands for Universiti Tun Hussein Onn terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor ye. Bulan 9 ni aku dah masuk Tahun 2, wei cepat gileh. Hahaha. 

UTHM Best Tak? From scale 1 to 10

Bagi aku best je. Sebab rasa tenang dan damai dari kesibukan ibu kota. Ceh. Pastu ada banyak tempat posing/selfie/wefie cantik. Library dia terbaik beb (Utk port dating/study group/layan kdrama). Wifi UTHM pun laju gilos (Kalo peak hour mmg lembab nak mampos)

Students UTHM Okay Tak?

Umm. Kitorang okay. 




Hi, Its been a while huh? By the way aku cuma nak buat life update, yeah aku dah setahun grad. hahahahahhah. Draft di atas berkurun lama since Tahun 2 Degree. Now aku dah hampir satu tahun bekerja di company baru. Alhamdulilah aku tak menganggur lama, syukur sangat. Tak sampai 3 months lepas habis final exam aku dah dapat kerja.

4 tahun in engineering school memang sangat mencabar dan fun untuk aku. So many upside down in this wonderful journey. Adik2 hargai dan nikmati la your university life at the fullest, bcos 4 years sangat lah cepat. Sekarang aku dah faham perasaan rindu nak belajar dengan kawan2, tapi itu tak bermakna aku tak suka working life. Life is short so enjoy it.


 



Thank you guys for a great journey. We finally get through this together no matter how miserable ( Assignment,FOC, Projects, FYP) we have to be during 4 years degree.


Hakuna Matata,
Yaya Doe