Friday, December 30, 2016

Skin Breakouts Tahap Gaban


Hi I'm back. Yayy
Omaigad tatau nak taip apa. *emo sat*

Sekarang dah 30 Dec 2016. Ye lagi tinggal satu hari before nak masuk tahun baru, sebab tu sis gigih nak buat new post. Aku ada lagi 2 papers to go sebelum cuti sem tapi dah malas nak hadap buku. Tolong sesape lempang aku.Aaaaaa sumpah malas.

Semester ke 3 ni aku dah tak tinggal kat hostel, kena menapak ke rumah sewa pulak. Kehidupan  kat rumah sewa?
Aku dapat bilik master yang maha besar pastu kongsi 4 orang, sume coursemates aku so tak akward sangat la cuma dengan bilik lain tu dalam proses mengenali hati budi memasing.luls. Jenis makan xbasuh pinggan mangkuk periuk belanga, berak tak flush,rambut gugur bersepah,melalak pepagi berebut jantan,malas bayar duit rumah sewa. Kkk dah dah kang tak pepasal aku masuk IIUM confession. Alhamdulilah  rumah sewa aku okey je, takde lagi kisah seram ke hape, tapi bab berak tak flush tu lagi seram kot, sampai kawan aku tak mandi satu hari pi jawab exam final. lol 

Sem ni jugak kulit muka aku breakout teruk, waaaa nak nangis oi. Tapi ni nak akhir sem okey sikit. Nanti dah flawless putih gebu gebas iolls update ye. Pastu azam Tahun Baru? Urm nanti a pikir. kbai 2016

Friday, August 5, 2016

Villa Ivory



CALON-CALON MENANTU PUAN SRI

Riuh seluruh kampung di sekitar Villa Puan Sri Safina apabila satu berita yang mengemparkan telah disebarkan oleh dua bibik kepoh Puan Sri iaitu Mariam dan Suraya. Puan Sri Safina sedang mencari bakal calon-calon menantu untuk anak sulungnya! Rayyan Zikri. 

Buat julung-julung kalinya tuan empunya Villa Ivory memberi peluang kepada orang asing untuk menjadi tetamunya tanpa mengira pangkat dan harta.

Tetapi dengan beberapa syarat. 

Pertama, mestilah perempuan Melayu tulen. Pondan, maknyah atau maknyah pre-op akan direject! Kedua, berumur lingkungan 18 hingga 25 sahaja dan masih anak dara. Hal ini kerana anak sulungnya, Muhammad Rayyan Zikri masih belum menyambut hari jadinya yang ke-25 dan Puan Sri masih lagi berfikiran konservatif jadi peserta berumur 25 keatas (andartu/janda/janda meletop) akan direject tanpa belas kasihan! Syarat ketiga, para calon mesti tinggal di dalam Villa Ivory selama satu bulan dan tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran Puan Sri. Syarat keempat, calon mestilah cekap melakukan kerja rumah dan mempunyai personaliti yang menarik. 

Dan syarat terakhir, calon-calon mestilah menambat hati anak sulung Puan Sri bagi memenangi pertandingan ini!

Emira Hafilza - Cikgu bahasa Melayu termuda yang mengajar di sekolah. Merupakn guru penasihat kelab debat sekolah yang sentiasa bersemangat waja dan taknak kalah. Beliau sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan bagi menyahut cabaran Pengetua. Sekiranya Rayyan Zikri menjadi suaminya dengan serta-merta jawatan Pengerusi PIBG disandang oleh bakal suaminya.

Hani Zulaikha. Anak dara tersohor di daerah di situ. Terkenal disebabkan oleh kecantikkan aslinya setaraf Tun Teja. Pernah di lamar oleh anak pak menteri namun ditolak mentah-mentah kerana ayahnya merupakan orang kuat parti pembangkang.

Aida Tuah- Usahawan kosmetik termuda di dalam kampung dan produk sabun ‘Ploles’ nya laris keras disebabkan oleh berkebun-kebun tebu manis dipacak  di hujung bibir. Riuh sekampung di canang bahawa sabun ‘Ploles’ tersebut merupakan rahsia kecantikan kulit flawlessnya sejak tadika lagi. Walhal  ibunya, Makndak Ismi mempunyai bekas suami yang darah kacukan Arab-Parsi iaitu bapa kandung Aida sebelum menikah lagi sekali.

Dan calon terakhir ialah...

Lydia Ros- Siapa dia ni? Apa kelayakan dia? Sejauh mana kecantikannya? Dia ni siapa sebenarnya???! Seluruh kampung terdiam bisu.

Tiba-tiba Kak Long mencelah.
“ Lydia Ros tu Edi.” Satu kampung tercengang. Keadaan sepi seketika sebelum disambut oleh gelak ketawa makcik-makcik kepoh yang diketuai oleh Makcik  Karomah, janda meletop dalam kampung. Tak puas hati lettew sebab anak dara dia, Saodah Che Mat di reject oleh Puan Sri sebab mempunyai banyak skandal dengan abang-abang motor kampung sebelah.

Lydia Ros. Gadis lepasan ipta yang sedang melangut di warung kopi kakak iparnya sementara menunggu panggilan kerja. Atau nama glemernya Edi. Mukanya pucat, kusam,lemau,kosong tanpa secalit make up. Hanya tudung bawal hitam selempang di bahu serta motosikal EX5 arwah abah menjadi temannya. Semua kerja dia buat bagi mencari duit bagi menampung hidup.

“Ros kat celah mana? Macam bunga tahi ayam aje.” Edi kat belakang dapur warung nyaris mencarut sambil tangan yang pegang sudip di acah-acah gaya menunjal mulut celupar Makcik Karomah.

Muhammad Rayyan Zikri- Anak sulung Puan Sri yang baru pulang dari oversea. Khabar angin mengatakan bahawa Rayyan bakal mengambil alih syarikat kerana Puan Sri ingin bersara dan bakal mewarisi separuh harta Puan Sri yang dikatakan makan 7 keturunan pun tak luak. 
Oleh sebab itu, seluruh anak-anak dara kampung tak senang duduk tak tidur malam apabila berita Puan Sri sedang mencari menantu untuk Rayyan tersebar luas. 
Ditambah pula mulut kepoh Mariam yang tak habis-habis memuji  peribadi Rayyan Zikri yang dikatakan terlalu perfect melebihi Encik Perfect 10!  Suraya di sebelahnya hanya mampu mengangguk kepala.





 Hakuna Matata,
Yaya Doe



Tuesday, June 21, 2016

Review Blackmores Bio Ace Plus & Hiruscar


Assalamualaikum gais. 

Its been a while since I hv posted last entry yang entah apa aku merepek. By the way, Salam 16  Ramadhan. Maigad dah masuk separuh bulan puasa. Cepat gileh. Hamboi tajuk, nampak sangat nk sailang traffic

Sekarang aku tengah go through final exams for 2nd semesters. Lagikk 2 papers, tapi dia punya gap tu mak ngai jaoh bebenor. 29 June baru habis. Ayuhla berhuhuhuhhuhuhuhu
Sempena lagi 2 minggu nak raya ni aku nak buat review pasal supplement/product apa yang aku pakai sebab since dari sekolah menengah, jerawat batu/blackheads/jerawat nanah/blemishes/scar/dark spots or hape lagi you name it sume aku dah rasa. 

Masa tu banyak gileh product aku pakai kat muka tapi semua tak jalan. Lagi banyak jerawat yang berkampung adalah deknon. Sampaikan nenek aku suh solat hajat 12 rakaat lepas tu basuh muka pakai air zam zam. Lol.

Sampai la lepas habis SPM. Aku pi farmasi tanya akak kerja situ yang asyik ikut belakang bontot pelanggan sambil tanya nak cari barang hape. lol detail gileh hahahahaha

Aku rasa half products yang dia promot suh pakai sume aku dh pernah cuba siap aku debate lagi, tak de kesan, makin banyak keluar jerowot blabla ke muka saya kena cuci pakai racun tikus baru hilang aaaa. Sampai la dia dh give up :((((

Then masa tu owner farmasi kot, suh aku makan supplement. Maybe there's something wrong with your hormones, genetic problems or mental problems. 


Ni haa. Blackmores Bio Ace Plus. Highly recommended uollss. Aku dah pakai berbotol-botol lepas SPM 2013 sampai masuk Asasi 2014. Setahun lebih jugak aku pakai. 1 botol kecik tahan sebulan. Tapi kena sabar la sebab it takes time sayang. Masuk New York Skin Solution pun amik masa nk sental/toyoh kulit berkawah awak tu. :ppp

Harga dia : RM5+-RM6+
Sebab last aku beli tahun ni dah RM63 included gst
Lepas tu segala produk sapu kat muka aku dah stop pakai, sebab mostly banyak merkuri. Masa tu aku ingat zaman tak pakai bedak/day cream langsung.

Bila jerawat dah kecut, parut memang bersepah la bhai so solution yang paling pehh sekali nak hilangkan parut acne
Hiruscar paling cepat bagi kesan dekat muka aku berbanding Mederma, Bio Oil, Dermatix, racun tikus. Produk ni memang aku pakai sampai sekarang. Mende wajib yang perlu ada dalam beg dan dh jadi rutin harian. Dia best sebab tk berbau dan tekstur clear gel, jadi takde la bertompok-tompok muka ngko. 

Harga : RM 16- RM18 ( tube kecik)
Dan yang ni aku pakai sekarang. Hiruscar post acne. Function dia sama je tapi yang ni lebih pada jerawat dan parut muka berkawah macam muka aku. Huhuhuhu.

Harga : RM 2+- RM3+

Testimoni since 2013. Hahahahhaha plis jgn kecam


Masa SPM 2013 duhh. Muka berjerawat  hahahahahahhahaha kbai. Abaikan braces kat gigi.




Lepas SPM. Ni time Asasi kot 2014. Guhh I need to lose weight.


Teng-teng-teng
Now (Degree 2015/2016). Muka sememeh baru balik class.




Sunday, March 20, 2016

Backpackers ( Langkawi Island)





Assalamualaikum :))

Its been a while maa. Last update was 1st January 2016 dan sekarang dah pertengahan bulan March. Ohoi sembang kencang sangat ngko yer nak update post everyday kununn. 
Aku sekarang dah masuk semester 2 first year in degree. Banyak benda nak cerita tapi postponed dulu.

Sekarang nak share tentang trip/vacation/holiday/travel etc aku ke Langkawi. Yang ni kira first time aku plan pi jenjalan tanpa mak ayah. Acecece *Anak mak ni dh besar okayyyyy.
Mulanya si Zan, coursemate aku ajak-ajak ayam pi rumah dia kat Penang. So aku cecepat bukak google map dan nampak Pulau Langkawi nun jauh di Kuala Perlis. 

Lepas habis meeting dan capai keputusan muktamad dalam bilik aku *berdua je masa tu. Memang takda orang nak join oi kitorang punya plan sebab nak pi lepas last paper final exam. Sume orang cakap kitorang hardcore/pelik/tak rindu mak/culture shock. Huahuhaahua. Lantaklah. Account ig aku kehausan gambar hipster. Asyik tayang selfie depan fakulti/dewan exam/ tandas je.lololol. Ko apehal doe? Kesian giler hidup.




Before pergi tu aku mintak kau tempah dulu tempat penginapan kat sana. Aku tempah kat Booking.com aje senang. Kitorang takde credit card oii. villagepeople gitu. Hahahah. So pilih la yang booking without payment, tapi tak banyak choice sebab aku berkeras nak stay Pantai Cenang. Situ kira the centre of attraction of Langkawi island la. Ha ambik kau.


Masa ni dah sampai Alor Setar taksalah aku. Sempat amik masa dalam bas. Gigih uols. Zan kat sebelah tidur je start dari Batu Pahat sampai la masuk Perlis. Terpaksa la aku main sorang2. Aku amik bas Batu Pahat-Kuala Perlis sebab dekat dengan jeti ke Langkawi. Jalan kaki 5 minit dah sampai.


Sampai je stesen bas terus cari makcik sorang lagi, Mekzie! *Dah la tak balas whatsapp! Aku dah fikir bukan-bukan waktu dalam bas oi. Manalah tau kau kena tinggal dengan bas ke apa. Takpun fon kena curik. Kena gertak dengan flasher. Dia naik bas dari Terengganu sorang-sorang semata-mata nak teman aku. Wahahaha. Sumpah lepas ni nama kau masuk dalam list bff till jannah.



 Kitorang booked di Villa Thai area Pantai Cenang untuk 3 orang. Okay la not bad. Dia ala-ala Bed&Breakfast Guest House. Highly recommended untuk students macam aku yang nak murah, selesa dan murah dan murah lagi.Lol. 3 hari 2 malam kitorang dapat RM140 jer. Omaigadssz. Murah oi. King bed kau toilet dalam bilik. Si Zan nyaris nak booking cottage yang sumpah murah giler tapi bila baca accomodation dia- Toilet Kongsi. Lolololol Sakit perut aku gelak.Cuma parking je la kena berebut dengan customer lain. last-last aku parking kat depan rumah tuan rumah. Haa senang.

Untuk transport kitorg dh call awal-awal before datang tapi kalau nak cari kat sana pun boleh. Sebab start aje kaki kau melangkah kat kaunter tiket Kuala Perlis, haaa ramai la akak2 abg2 yang akan berebut tarik kau untuk amik pakej diorg. Boleh deal mintak diskaun ke apa masa tu. Kitorg sewa kereta Viva Auto untuk 3H2M-RM100 dan deposit Rm50. Kut la kau ada calarkan keta, lumba haram, eksiden bontot keta masa nak berebut parking kat HIG mall ke hape, So RM50 tu burn la. Tapi serious tak sesat drive kat Langkawi. Best kalo nak training test JPJ ke hape.


Masa dekat jeti tu kitorg baru pilih pakej Island Hopping, RM35 satu kepala haa. Okay la kan. Aku agak dalam 4 pulau yang kitorg pergi. Tiket feri RM18 one way. Tapi kalo boleh elakkan datang masa cuti sekolah sebab Ya Rabbi semua naik harga termasuklah harga coklat.

Akhirnyaaaa. Sampai jugak weh. 




















Kbai.

Friday, January 1, 2016

HAPPY NEW YEAR- 2016


Its already 2016 babehh. Gonna start making some new year resolutions walau tak pernah satu pun tercapai( dek akal). Sekurangnya nampak usaha kearah menyelami tujuan hidup aku yang semakin hanyut tak tahu arah nk pi mana. Mungg nok gi kuane benornye eh? Korea Selatang ke Afrika Selatang?? Laut China Selatanggg sayang.

Takda semangat nak sambut new year sebab final exam tak habis lagi. 3 papers ohoii. Eleh cakap je la kau tkda pakwe nak fefeeling sambut new year sambil mendongak ternganga hadap fireworks dekat Danga Bay. Duhh HUHUHU 



Selamat Tahun Baru kepada diri sendiri yang dah selamat masuk tahun umur 20-an. Lagi setahun nak masuk umur mengundi lepas tu kau tunggu la nasib kau bang maslan. Tiap2 hari nama kau naik jadi trending.