Friday, October 8, 2021

CHAPTER 4 : ALTER

 Bab 4: Puteri Lindungan Bulan



Bab 4

Semalaman aku tak boleh tidur. Aku tidur kat mana? Masjid banyak bai. Duit cukup-cukup nak bayar teksi ke UM je esok. Jangan nak mengada pi cari motel bajet. Kang sia-sia kena angkut dalam van jenazah.  Duit tiket bas balik kampung nanti lah aku pinjam dengan Prof Nizam. Hehe.

Iphone6 didalam poket seluar aku seluk keluar.

Peh wallpaper dia. Bunga-bunga. Aku ingat minah ni letak gambar tengkorak skinhead, takpun gambar Adolf Hitler. Perangai mak aii taraf dictator Josef Stalin ketua Soviet Union. Ngeri aku.

Ceit dia letak password. Baru je nak stalk.

 

Keesokannya, terus aku ambil teksi  ke UM. Sampai saja diperkarangan fakulti psycology terus aku berlari mencari bilik Prof. Tak payah cari pun sebenarnya, tu haa bangunan hujung tingkat atas sekali.

“Eh Abang Adam buat apa kat sini?” Tegur salah seorang junior. Shaila. Budak ni lah yang buat rumors pasal aku yang innocent ni di usha oleh pensyarah perempuan muda.

“Er..Prof Nizam nak jumpa.”

“Oh, yeke? Ntah-ntah kena extend semester” Gurau Shaila.

Ewah-ewah mulut. Mentang dulu aku pendiam bajet cool je jangan ingat aku tak bengang. Nak je aku mintak alamat rumah kau lepas tu pos gambar konvo aku yang sebesar rangka tingkap tu. Free postage lagi.

“Bagus jugak, boleh aku pujuk Prof Nizam lingkupkan kau sem ni” Adam meleparkan senyuman yang ter’manis.

Shaila mencebik.

“Okeylah got to go. Oh for extra information, lif rosak.” Shaila angkat kaki ke arah kolej kediaman.

Lif rosak lagi. Damn. 13 tingkat ohoi.

Sampai saja di anak tangga terakhir tingkat 13 aku dah termengah. Tingkat  13 ni memang sunyi sepi. Cuma ada bilik-bilik kosong untuk kelas tutorial, tu pun jarang sangat orang booking sebab jauh sangat. Aku mengatur langkah ke bilik Prof Nizam.

Pintu diketuk.

“Assalamualaikum Prof…”

Aku menguak pintu bilik. Sepi. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, meremang tegak bulu roma bila aku terpandang sekujur tubuh Prof Nizam yang terbaring ditepi meja

Darah bersepah dibucu meja. Aku rasa kepalanya terhantuk.

“Prof…”

Tiba-tiba ada lembaga memaut leher aku dari belakang.

“Syhh..diam” Bisiknya.

“Ka…kau si..apa”

“Anggap saja kau tak nampak apa yang berlaku.”

Terus dia menutup mulut dan hidung aku dengan sapu tangan.  Lepas tu aku tak ingat pape dah.

 

 

Aku tak sedar apa yang berlaku sampai lah aku rasa leher aku perit.

Perlahan aku buka mata. Samar. Aku cuba bangun tapi sia-sia,  boleh rasa ikatan tali yang kemas membalut tangan dan kaki.

“Bos dia dah sedar”

Terkejut aku bila tengok  5 orang lelaki berbaju gaya samseng mengelilingi aku. Salah seorang dari mereka menarik aku supaya duduk dalam posisi melutut. Ya Allah apa pulak kali ni.

Tiba-tiba seorang  lelaki berumur lingkungan 50-an bangun mendekati aku. Air mukanya tenang.

“Korang pasti budak ni yang terlibat dalam projek dengan Doktor Nizam tu?” Tanya Tuan Fahmi.

Aku baru teringat tentang Prof Nizam.

“Ye Boss, kami jumpa dia pengsan didalam pejabat Doktor Nizam. Tapi…” Salah seorang dari mereka terdiam, memandang satu sama lain.

“Tapi apa?”

“Doktor Nizam dah mati.” Aku mengigil mendengar jawapan mereka. Lembaga tu.

Muka Tuan Fahmi terus berubah tegang. Tiba-tiba migrain menyerang kepalanya. Nafasnya turun naik.

Tuan Fahmi memandang Adam yang pucat lesi.

“Kau tahu siapa yang bunuh Dr Nizam?” Tanya Tuan Fahmi. Dia rasa Adam tahu sesuatu.

“Er..aa..hh..”Aku menggeleng.

“Anggap saja kau tak nampak apa yang berlaku.”

Suara lembaga tu terngiang-ngiang didalam otak aku.

“Budak ni akan gantikan Nizam”

“Tapi boss, boleh ke dia jaga Diana? Kami pun tak dapat kawal dia” Kelima-lima orang mengeluh.

“Dia pernah terlibat dengan projek Dr. Nizam tentu dia tahu caranya. Lagipun aku dah tak banyak pilihan.”

Aku hanya diam mendengar perbualan yang aku langsung tak faham. Projek apa? Diana tu siapa pulak? Yang aku tahu Prof Nizam memang  Doktor Pakar Psikitiari kat Jabatan Perubatan Psikologi UM.

“Saya tak faham apa yang tuan cakap. Saya Cuma bekas student Prof Nizam ” Aku tak tahu dari mana keberanian tu mai. Aku memandang Tuan Fahmi.

“Aku nak kau kerja dengan aku. Aku bayar gaji kau dua kali ganda daripada gaji Dr Nizam kalau kau setuju jadi private psychiatrist anak aku.”

Aku terdiam. Private psychiatrist? Tu la impian aku masa aku mula-mula masuk U. Peluang bukan datang banyak kali. Tapi, entah sape-sape pakcik ni dengan komfidennya dia bagi aku kerja.

“Lagipun sekarang ni kau mungkin tengah jadi salah seorang suspek pembunuhan Dr.Nizam. Sebab kau orang terakhir yang ada kat dalam bilik dia.”Tuan Fahmi cuba untuk mengugut Adam yang masih lagi diam merenung lantai.

Aku mengangguk lemah. Memang aku benci diri aku sekarang ni. Tapi kalau aku keluar dari sini mungkin pembunuh sebenar akan cuba bunuh aku sebab aku saksi yang masih ada. Fikir je dah meremang satu badan.

Tuan Fahmi tersenyum puas. Dia menepuk bahu Adam.

“Eh apa lagi bukak ikatan ni. Dan suruh Qais bawak surat perjanjian kesini.” Arah Tuan Fahmi.

Lepas aku menandatangani surat perjanjian baru aku berani bukak mulut.

“Boleh saya tahu, anak Tuan sakit apa?” Soal Adam. Tuan Fahmi berdehem sambil memandang Qais.

“Tuan, saya risau tuan terlepas penerbangan kali ni” Balas Qais.

“Qais pembantu peribadi saya akan jawab semua soalan awak. Kalau ada apa-apa yang kamu perlu minta saja pada Qais. Tolong jaga anak perempuan saya baik-baik” Tuan Fahmi meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Kelakar pun ada, aku yang baru grad ni tetiba jadi psikitiari peribadi entah anak dato’ mana. Ye berdasarkan pemerhatian aku, lelaki tu bukan calang-calang orang. Bilik ni pun dah seluas rumah aku. Tu belum jenguk seluruh kawasan villa lagi.


Hakuna Matata,

Yaya Doe

No comments:

Post a Comment