Thursday, October 21, 2021

HOW TO SURVIVED WORKING LIFE (UNDER PRESSURE)




Assalamualaikum everyone,

It's been 2 years already mehh since I graduated from UTHM! Sekejapnya masa berlalu. 
Dulu kemain ghisau tak dapat kerja lepas habis degree. Next phase yang paling mendebarkan aku selepas je tamat last paper and unofficial results pun dah update in UTHM system. 
Pointer tinggi penting tak?  Am I under qualified because I'm a fresh graduate? Is it bcos I have zero experience?
So many questions tau. Before this aku tak pernah kerja part-time, so been officially working under an organization is such a large step for me as a young adult. 

In this post aku nak share a little tips for fresh graduate to survive in working environment with flying colors gituuu. Bcos I know ramai yang masih struggle nak adapt with new working culture.

1. Be Friendly 

Firstly, apabila berada di tempat baru kita mesti ramah dengan semua orang. Jangan buat muka kerek, anda masih lagi baru! HAHA
Masa mula-mula kerja aku gerak solo sebab tak pandai nak bergaul dengan akak-akak office. But after a few days, I push myself to be an extrovert around older colleagues...Dengan asked about their job position and their role in the organization. Soon or later, they will naturally open up to you about their working experience.

2. Fast-learner

Secondly, to be at the entry level you have to learn and know every process, hazard & procedure that happened in the company. So apa yang berlaku is that aku ni agak slow apabila my senior collegue assign aku untuk buat desk job for example key in data in excel. Excel pula aku cuma tau basic so I skekk if I accidently messed up the calculation/formula. HAHA
So apa yang perlu kita buat is always take a note and jotted down every details okehh. Always bertanya! Jangan jadi bodoh sombong, at first akak officemate maybe annoying sebab asyik tak faham je...but at least you ada passion/effort to learn new things.

3. Communication

Communication ni one of the soft skills yang perlu adik-adik fresh graduate asah sampai tajam. Why? Bcos in working life you gotta face various type punya perangai orang. For me, as an industrial employee I had to communicate dengan every department, management, third-party vendors & customers. So, aku ni sumpah introvert untuk bercakap dengan stranger dan teragak-agak untuk sampaikan sesuatu. Also aku jenis yang akan explain panjang berjela, then I realise I gotta fix this habit. Make it short, simple and easy to understand. Don't be too confident or to intimidate bila bercakap.
You gotta be confident waktu communicate with people and look at their eyes bila bercakap.


4. Problem-solving (Face your own problem! Don't run away!)

Tips no 4 ni  agak menarik, aku perasan ada dua jenis manusia apabila berdepan dengan masalah di tempat kerja. Pertama, bila masalah timbul mereka akan buat tak endah/ tak peduli dan akhirnya orang lain yang terpaksa finish the job. Kedua, datang la segala bala tentera bugis pon dia tetap keep calm and fix the problem till the end. Masa mula-mula kerja aku memang surrender bila problem datang, selalu senior akan settle kan for me but rugi tau bcos pengalaman yg akan buat hati kita lebih kental mengharungi ombak duri worklife. Now aku dah comfortable dengan my position, datang apa masalah....aku dah boleh hadap sampai habis. 

5. Be responsible

Lastly, after you dah dapat solve the problem and make a final decision of course you have to be responsible if anything bad happens along the way. Masa tu baru you can find other alternatives to avoid those challenges, jangan buat tak tauu or diam. Kena marah/maki tu biasaa. Esok datang kerja sengih2 macam tak ada apa jadi. HAHA Kbai



Hakuna Matata,
YAYA DOE

 

Friday, October 8, 2021

CHAPTER 4 : ALTER

 Bab 4: Puteri Lindungan Bulan



Bab 4

Semalaman aku tak boleh tidur. Aku tidur kat mana? Masjid banyak bai. Duit cukup-cukup nak bayar teksi ke UM je esok. Jangan nak mengada pi cari motel bajet. Kang sia-sia kena angkut dalam van jenazah.  Duit tiket bas balik kampung nanti lah aku pinjam dengan Prof Nizam. Hehe.

Iphone6 didalam poket seluar aku seluk keluar.

Peh wallpaper dia. Bunga-bunga. Aku ingat minah ni letak gambar tengkorak skinhead, takpun gambar Adolf Hitler. Perangai mak aii taraf dictator Josef Stalin ketua Soviet Union. Ngeri aku.

Ceit dia letak password. Baru je nak stalk.

 

Keesokannya, terus aku ambil teksi  ke UM. Sampai saja diperkarangan fakulti psycology terus aku berlari mencari bilik Prof. Tak payah cari pun sebenarnya, tu haa bangunan hujung tingkat atas sekali.

“Eh Abang Adam buat apa kat sini?” Tegur salah seorang junior. Shaila. Budak ni lah yang buat rumors pasal aku yang innocent ni di usha oleh pensyarah perempuan muda.

“Er..Prof Nizam nak jumpa.”

“Oh, yeke? Ntah-ntah kena extend semester” Gurau Shaila.

Ewah-ewah mulut. Mentang dulu aku pendiam bajet cool je jangan ingat aku tak bengang. Nak je aku mintak alamat rumah kau lepas tu pos gambar konvo aku yang sebesar rangka tingkap tu. Free postage lagi.

“Bagus jugak, boleh aku pujuk Prof Nizam lingkupkan kau sem ni” Adam meleparkan senyuman yang ter’manis.

Shaila mencebik.

“Okeylah got to go. Oh for extra information, lif rosak.” Shaila angkat kaki ke arah kolej kediaman.

Lif rosak lagi. Damn. 13 tingkat ohoi.

Sampai saja di anak tangga terakhir tingkat 13 aku dah termengah. Tingkat  13 ni memang sunyi sepi. Cuma ada bilik-bilik kosong untuk kelas tutorial, tu pun jarang sangat orang booking sebab jauh sangat. Aku mengatur langkah ke bilik Prof Nizam.

Pintu diketuk.

“Assalamualaikum Prof…”

Aku menguak pintu bilik. Sepi. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, meremang tegak bulu roma bila aku terpandang sekujur tubuh Prof Nizam yang terbaring ditepi meja

Darah bersepah dibucu meja. Aku rasa kepalanya terhantuk.

“Prof…”

Tiba-tiba ada lembaga memaut leher aku dari belakang.

“Syhh..diam” Bisiknya.

“Ka…kau si..apa”

“Anggap saja kau tak nampak apa yang berlaku.”

Terus dia menutup mulut dan hidung aku dengan sapu tangan.  Lepas tu aku tak ingat pape dah.

 

 

Aku tak sedar apa yang berlaku sampai lah aku rasa leher aku perit.

Perlahan aku buka mata. Samar. Aku cuba bangun tapi sia-sia,  boleh rasa ikatan tali yang kemas membalut tangan dan kaki.

“Bos dia dah sedar”

Terkejut aku bila tengok  5 orang lelaki berbaju gaya samseng mengelilingi aku. Salah seorang dari mereka menarik aku supaya duduk dalam posisi melutut. Ya Allah apa pulak kali ni.

Tiba-tiba seorang  lelaki berumur lingkungan 50-an bangun mendekati aku. Air mukanya tenang.

“Korang pasti budak ni yang terlibat dalam projek dengan Doktor Nizam tu?” Tanya Tuan Fahmi.

Aku baru teringat tentang Prof Nizam.

“Ye Boss, kami jumpa dia pengsan didalam pejabat Doktor Nizam. Tapi…” Salah seorang dari mereka terdiam, memandang satu sama lain.

“Tapi apa?”

“Doktor Nizam dah mati.” Aku mengigil mendengar jawapan mereka. Lembaga tu.

Muka Tuan Fahmi terus berubah tegang. Tiba-tiba migrain menyerang kepalanya. Nafasnya turun naik.

Tuan Fahmi memandang Adam yang pucat lesi.

“Kau tahu siapa yang bunuh Dr Nizam?” Tanya Tuan Fahmi. Dia rasa Adam tahu sesuatu.

“Er..aa..hh..”Aku menggeleng.

“Anggap saja kau tak nampak apa yang berlaku.”

Suara lembaga tu terngiang-ngiang didalam otak aku.

“Budak ni akan gantikan Nizam”

“Tapi boss, boleh ke dia jaga Diana? Kami pun tak dapat kawal dia” Kelima-lima orang mengeluh.

“Dia pernah terlibat dengan projek Dr. Nizam tentu dia tahu caranya. Lagipun aku dah tak banyak pilihan.”

Aku hanya diam mendengar perbualan yang aku langsung tak faham. Projek apa? Diana tu siapa pulak? Yang aku tahu Prof Nizam memang  Doktor Pakar Psikitiari kat Jabatan Perubatan Psikologi UM.

“Saya tak faham apa yang tuan cakap. Saya Cuma bekas student Prof Nizam ” Aku tak tahu dari mana keberanian tu mai. Aku memandang Tuan Fahmi.

“Aku nak kau kerja dengan aku. Aku bayar gaji kau dua kali ganda daripada gaji Dr Nizam kalau kau setuju jadi private psychiatrist anak aku.”

Aku terdiam. Private psychiatrist? Tu la impian aku masa aku mula-mula masuk U. Peluang bukan datang banyak kali. Tapi, entah sape-sape pakcik ni dengan komfidennya dia bagi aku kerja.

“Lagipun sekarang ni kau mungkin tengah jadi salah seorang suspek pembunuhan Dr.Nizam. Sebab kau orang terakhir yang ada kat dalam bilik dia.”Tuan Fahmi cuba untuk mengugut Adam yang masih lagi diam merenung lantai.

Aku mengangguk lemah. Memang aku benci diri aku sekarang ni. Tapi kalau aku keluar dari sini mungkin pembunuh sebenar akan cuba bunuh aku sebab aku saksi yang masih ada. Fikir je dah meremang satu badan.

Tuan Fahmi tersenyum puas. Dia menepuk bahu Adam.

“Eh apa lagi bukak ikatan ni. Dan suruh Qais bawak surat perjanjian kesini.” Arah Tuan Fahmi.

Lepas aku menandatangani surat perjanjian baru aku berani bukak mulut.

“Boleh saya tahu, anak Tuan sakit apa?” Soal Adam. Tuan Fahmi berdehem sambil memandang Qais.

“Tuan, saya risau tuan terlepas penerbangan kali ni” Balas Qais.

“Qais pembantu peribadi saya akan jawab semua soalan awak. Kalau ada apa-apa yang kamu perlu minta saja pada Qais. Tolong jaga anak perempuan saya baik-baik” Tuan Fahmi meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Kelakar pun ada, aku yang baru grad ni tetiba jadi psikitiari peribadi entah anak dato’ mana. Ye berdasarkan pemerhatian aku, lelaki tu bukan calang-calang orang. Bilik ni pun dah seluas rumah aku. Tu belum jenguk seluruh kawasan villa lagi.


Hakuna Matata,

Yaya Doe

Friday, October 1, 2021

REVIEW SKINCARE ROUTINE #HOLYGRAIL #KBEAUTY




Hey-O

Tajuk kemain tau. Aku risau nak share pasal aku punya skincare routine since last post aku pasal review skincare was on 2016. That time was the moment yang aku bangga gila sebab dapat cure my highschool acne! But it didn't last that long. View post tu sampai 20k wei, terkejutt kita.

Back to the story, I survived First year degree but masuk 2nd year Degree aku terciduk disebabkan produk kilo again. That time famous macam-macam brand produk kulit mulus licin kulit telo. I don't have to name it bcos everyone know about it. Bila kau dah ada lab-tested/safe/healthy skincare routine but everyone around you sanjung pinkish-milk-skin. Waktu itu nafsu menguasai diri.HAHAA kita pompuan so kita tauu feeling ituhh

So aku belajar dari kesilapan. Kulit aku breakout again in the early year 2017 until the end of 2019.  Three freaking years aku struggle untuk dapatkan balik a healthy skin. In the year 2020, I told myself  - This time I'm gonna love my skin color no matter what everyone says! I change my whole skincare routine and say no more to unsafe whitening products.

My biggest game-changer in my skincare routine was from K-beauty products. I found these fellas on TikTok #Racuntiktok
All the products that will be mention below were my knights in shining armor. It might suit me but I don't claim it will be suitable for you. I am testing the products for 1 year 5 months already. Alhamdulilah okay sangat! The products boleh purchase at any kbeauty website - Hermo, Althea or Shopee ( trusted seller)


Cleanser : Innisfree Blueberry Rebalancing 5.5 Cleanser.


Mula-mula terjebak dengan twitter guru's thread and most of them recommend low pH cleanser so I perasan this one guy suggest cleanser from Innisfree. His review is quite legit so I pun teracun untuk try and guess what, i loike! Bila cleanse muka rasa fresh sangat and langsung tak pedih kulit muka. I still trauma with sabun pemutih-hakis-melanin-kulit. But if you guys pakai heavy makeup please start with cleansing oil and then baru used this one. The price is so affordable and the brand is well known already by kdrama's fans. HAHA



Toner : Son & Park Beauty Water


For toner, I used Beauty Water...this one kan feeling dia ala-ala toner mahal duh. I said what I said. At first aku tak expect anything pun from this toner but after dah habis sebotol you guys can see the glow. I suka finishing toner ni sebab langsung tak melekit-lekit.HAHA best dooh. This toner ada 2 functions tau...you guys can also used it as micellar water. Aku rasa kulit muka aku dah tak kusam lepas pakai this toner.   


Essence: Snail Bee High Content Essence



Ini adalah permulaan kepada this holygrail routine, I teracun from tiktok guys! This essence so freaking good wehh untuk sensitive skin. My skin is acne-prone skin so ada merah2 and blemishes, bila time of the month memang teruk! This essense helps to soothe my blemishes weyy. Acne pun tak singgah lama, harini sapu esok dh surut. Woww
I know, if ada acne mesti rasa sakit-gatal-rasa nk cuit2 kan...so this essence buat your acne tak meragam and you feel nothing on your face. It controls the acne activities gituu.

Ampoule : SKIN1004 Madagascar Centella Asiatica Ampoule


Ampoule ni macam side kick tau kepada essence. For me, it repairs my skin barriers and gives hydration. I suka this one sebab dia tak ada bau and a bit watery so the absorbtion kinda cepat. Say no to melekit-lekit. HAHA
Sumpah aku ni cerewet sebab my skin type oily and sensitive. Salah step memang merana. This one harga tak mahal tak murah tapi berbaloi. Satu botol kecil tahan 3-4 months. and kalau besar maybe tahan 6-7months. 



Serum : AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum


For serum, ada banyak option and most of them are quite pricey. I totally in love with axis-y serum sebab I punya darkspot dah banyak pudar lepas pakai and parut acne baru pun tak gelap if you konsisten pakai every night.  Before this aku pakai local serum but the price a bit mahal for me, so i used this one sebab viral. HAHA and 1 tube tahan 2-3 months, berbaloi. Now on my 3rd tube already. This serum ada niacinamide so it helps to correct the spot and buatkan my skin glow. Kalau nak skin glow memang you need this one!



Moisturizer/Sunblock : 3W Clinic Multi Protection UV Sunblock




Haaa ni highlight! Hang toksah dok pung pang pungg sembang pasal skincare kalau sunblock pun tak pakai. Ini pantang larang beauty guru ya! awassss. I pakai 3W sunblock dah masuk 2 tube, so good and cheaper than Biore sunblock yg color kuning. Before this pakai yang tu je sebab I student kan. The 3W sunblock tak ada whitecast dan absorbtion dia padu! Lepas pakai sunblock baru apply makeup tau. AM routine I belum jumpa fav moisturizer so I only pakai sunblock to lock everything. For night moisturizer I sudah eyeing a few products but aku tak boleh bagitau lagi, nanti dah try and berkesan aku akan update. Insyaallah.


Extra - AXIS-Y mugwort mask



Extra routine maksudnya bila si YAYA DOE rajin nk self-love yaa. Aku pakai mask 2x a week...I really can see the diff tho. The mask is so calming bila ada acne merah-merah. The price is reasonable and 1 jar boleh tahan lama, mine around 7-8 months baru habis. You have to scoop it out guna spatula cute atas lid jar. HEHE. Before this, aku jarang pakai any sheet mask or mudmask but after tried this one. I like it dohh




Before : 

Masa ni baru start kerja, i think bulan 9 2019. Maybe tak nampak all the complexion sbb malam, but darkspot, blemishes, acne mmg selambak ya! Phone lama rosak so muka lagi buruk waktu last sem dah takda. HAHA. Budak dekat belakang tu dah kenapa. huhu

 


After: 2021

Tadaaa...dahi licin baqangg! setelah tiga tahun bersabar try & error skincare, akhirnya I can say that i found my holy grail routine! I have been using this for quite some time now and am really satisfied with the outcome! Harap2 lepas ni tak ada godaan produk putih bersinar-lutsinar. YIHHH



Hakuna Matata,
Yaya Doe