Friday, December 10, 2021

CHAPTER 1: ALTER

 Bab 1 : Sumpahan si Puteri





Adam Zuhair.

“Lepas ni kau nak buat ape?” Soal Paih. Matanya tak lepas memandang sepinggan goreng ubi dihadapannya.

Ni entah kali ke berapa aku kena jawab soalan sama dari org berbeza. Kadang malas aku nak jawab.

“Cari kerja la hoi, sampai bila nak mengganggur makan duit mak bapak” balas Adam yang separuh tergelak mendengar soalan Paih.

Paih tersengih.

“Sekarang nak dapat kerja yang betul-betul kena dengan kelayakan ijazah yang kau belajar bukan senang bai. Jangan memilih sangat.”

Adam mengangguk mengiyakan realiti yang sering menghantui mahasiswa lepasan universiti. Masa belajar memanglah tak terasa sangat beban yang kena pikul, tapi lepas 2 minggu Majlis Konvo terus mak kat rumah membebel suruh mula cari kerja.

Yelah sampai bila nak mengharap duit mak ayah. Tu belum kira hal adik-adik.  Muaz yang sekarang tengah sambung belajar di tahun kedua jurusan Satistik, Helyana kat nun matrik Kedah yang hari-hari merengek telefon cakap environment kat sana tak best. Amboi banyak cantik. Aisar yang  tengah nak SPM.

“Kawan aku ada offer jawatan kosong kat tempat dia kerja. Tapi part time aa kat KL nun. Aku ingat nak cari kerja dekat-dekat sini je.”

“Haa okey la tu, dari kau melangguk basuh pinggan kat warung  mak aku ni baik terima offer tu. Eh perempuan sekarang ni memilih tau, nak pandang lelaki yang kerja dekat bandar-bandar besar je. Hampeh” Paih tarik muka masam.

Kecewa agaknya, pinangannya ditolak oleh anak dara Makcik Renah anak JKK kampung minggu lepas. Tapi  betul jugak. Mak kat rumah tak habis-habis puji cikgu Maisarah yang mengajar Aisar depan aku.

Cikgu tu tinggal selang 3 rumah je selalu hantar kuih lompat tikam petang-petang. Sedap jugak. Eh banyak pulak aku merepek pasal cikgu manis tu.

Tapi mak, sorrylah bukan taste orang.

“Eh dah nk maghrib aku chow dulu, kang lewat pulak pi surau. Malam ni turn aku mengajar budak-budak tu mengaji.”

“Hah, jangan lupa bawak rotan lejen Haji Ismail sekali ye pak ustaz” Paih gelak.

 

“Along!! Handphone along dari tadi bunyi nih. Angkat lah cepat. Kang mengamuk awek tu haa”

Mulut Aisar memang tak boleh senyap, ikut perangai mak la tu. Nyaris terlatah Pakcik Lan tok siak surau mendengar jeritan Aisar, yang masa tu tengah lalu depan rumah. 

Mak yang tengah lipat baju sambil mengadap drama pun boleh lagi balas jeling dengan aku.

“Kawan laki la mak, Aisar tu mulut kepoh” Aku menyambut smartphone ditangan Aisar yang  tersengih.

“Tak tanya pun.” Balas Puan Zailan. Muncung. Mak memang tak berkenan sangat  perempuan bandar.  Macam-macam lah alasan, nanti queen control tak bagi balik raya kat kampung, makan memilih, tak reti masak.

 

“Assalamualaikum?”

“Adam Zuhair ke ni?” Suara dicorong sana kedengaran mendatar.

“Ye saya siapa ni?”

“Ni saya, Prof Nizam. Takkan dh tak kenal suara saya kot”

Secara automatik tangan kanan menepuk dahi.

“Ya Allah, ye Prof ada apa Prof telefon malam-malam ni?” Tak pernah-pernah pun call aku. Dulu masa last semester bukan main aku call dia sebab Prof Nizam tersalah key in carrymarks aku. Tak pernah berjawab. Hangin pulak kalau ingat balik.

“Er…saya ada hal nak bincang dengan awak. Awak boleh datang fakulti tak petang Isnin?” Ya Allah Professor ni ingat Batu Pahat dengan fakulti dia kat KL tu sejengkal.

“Hal penting ke prof? Sebab saya sekarang ada dekat kampung. Kalau Prof nak jumpa jugak saya boleh ambil bas pagi Ahad esok.”

“Er okey boleh, saya jumpa awak kat bilik saya petang Isnin esok.” Terus talian terputus. Cuak pulak aku. Ke dia nak tarik balik ijazah aku sebab 2 assignment dia aku suruh budak junior buat.

Profesor Nizam tu pensyarah psikologi aku. Sebab dia terlampau best lah aku berjaya tamatkan ijazah sarjana muda psikologi. Aku tergolong dalam top student dia, tapi at the end aku masih merempat kat kampung walau pointer aku tiap kali exam 3.5 above. Orang lain dengar citer dah mula kerja.

Tu orang cakap rezeki ditangan Tuhan. Aku tak kesah bila orang kampung persoalkan kenapa aku pilih kos psikologi. Nak rawat orang gila ke? Atau bercita-cita nak jadi cikgu kauseling sekolah rendah?. Hahaha. Aku gelak je. Biar orang nak kata apa pun.

Tapi bila dah grad, mula terasa terbeban bila surat ptptn sampai petang semalam. Tawaran kerja dari Joe bermain di setiap sel saraf.

Tiba-tiba pesanan ringkas naik di notification.

‘Beb apa citer? Takkan lama sangat fikir’- Joe

‘Okay jadi. Malam esok aku jumpa kau.’ Alang-alang dah jumpa Prof Nizam esok.


Hakuna Matata,

Yaya Doe :)


No comments:

Post a Comment