Saturday, March 30, 2013

Warkah Terakhir.


Cehh..dah macam nak mati je sampai buat warkah terakhir. Tapi mana la tau, ajal maut ditangan Allah kan. Cuti bulan Mac dah habis, dan beberapa jam lagi aku akan fly balik ke bumi SAIS. Jalani hidup aku seperti pelajar sekolah berasrama penuh yg lain.hurm. SPM dah dekat dah cikk kak. huarghhh
Blog ni dah semakin sepi dengan entri-sakai-yg-ntah-pape. Tekanan SPM yg begitu menusuk kalbu-jantung-pisang. Yeah ni mungkin entri terakhir aku untuk masa ni, nak tinggal dulu segala suck things yg tersangat giler best. Sepanjang cuti ni asyik duk mengadap admaths. Yea bukan mudah untuk berjaya. Result pekse TOV pulak dah macam hareeemmm jer. So wish me luck guys. Kepada cik najat,- rajin-rajin lah study dan buat yg terbaik setiap kali exam, SPM cuma sekali kakk, xkan nak ambil 2-3 kali pulak. Masa tu aku dah fly gi Amsterdam dah weyh..haha. Kalau boleh aku nak duduk tepi mung masa dalam flight after SPM and  fly gi abroad sama-sama. Kita hadapi semua pahit manis tinggal di negara orang sama-sama. Tu impian aku bersama mung. Okay tu jer. kbai

Thursday, March 28, 2013

Thug Douce :*






BY- SweetThug’16 (YayaDoe)

“Harghhh? Aku dah jadi isteri  Ziall ?”. Giler tahap kronik!. Kenapa dia Ya Allah? Why? Pourqoui?
Kenapa dalam ramai manusia atas muka bumi ni, dia yang kau pilih sebagai su..erkk?

Raiyan Hurin Akasyah,

Dia gadis sempoi berlagak cool tapi sebenarnya dia agak cuai dan mudah ditipu. Usia yang semakin meningkat memaksa dia cuba untuk menjadi lebih matang. Selalu je kena reject apabila diri dipaksa untuk pergi blind date oleh bffnya, Erina Najatin sewaktu di Paris. Tahun terakhir dia caouple dengan Zayn As Safi lelaki kacukan Indon-Belanda tetapi berasal dari Malaysia. Dan sebelum dia pulang ke Malaysia dia akhirnya clash dengan Zayn kerana Zayn curang.

Firhan Ziall Haizmyth,

Cousin Kasyah. Iceberg  thug. Dulu dia budak mafia, kerja panjat pagar sekolah , racing dan smoking dah jadi part time job. Merupakan ex boyfriend kawan Kasyah, Melissa.

-even mereka sama umur dan Kasyah lagi tua 2 bulan tapi Ziall lebih matured .

Walaupun dia dan Kasyah sepupu tapi hubungan diorang ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Daripada zaman sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Hanya pandangan kosong dan riak muka blur yang terpamer di wajah mereka berdua apabila dua pasang mata bertemu.

Dah macam…’Ko pehal tengok aku?’

7 Tahun berlalu…masing-masing dah besar. Kasyah baru balik dari Paris ambil Degree in French Languages. Tahun terakhir dia kena dumped dengan Zayn, jadi panggilan telefon terakhir daripada ibunya sebelum dia pulang ke Malaysia telah mengubah hidupnya 360 darjah.
Lamaran diterima tanpa banyak bicara, siapa si adam pun dia tidak peduli.  Akhirnya, dia terkesima seorang diri apabila lafaz akad nikah disambut dengan sekali nafas sahaja.

“What the hell Ziall pakai baju melayu putih duduk depan abah waktu genting camni?”. Aku dah macam nak putus nafas.- Raiyan Hurin Akasyah

“Aihh kau pehal Kasyah? Habis kalau bukan Ziall sape lagi yang nak salam tangan abah kau tu.”

‘Semua orang cakap aku bertuah kerana bersuamikan Ziall?’. Heh mamat grunge tu baik?

"Aku dah solat istikarah sebanyak tiga kali dan aku nampak dia..."- Firhan Ziall Haizmyth

Sepanjang 7 tahun Kasyah berada di abroad,  dan tanpa pengetahuan Kasyah, rupanya Ziall dah insaf, nyawanya hampir melayang ketika dia merempit dan kawan baiknya maut.  Ziall akhirnya, sambung belajar di madrasah Tahfiz Al-Quran selama 4 tahun dan fly ke Mesir selama 3 tahun.  

Pertemuan di Istanbul telah membuatkan jantung Ziall separuh giler memikirkan Kasyah. Tapi Kasyah tak kenal Ziall disebabkan rambutnya yang panjang dan Ziall pakai lens dark green. 

"Lost hurmm?". Matanya masih terlekat pada sketchbook ditangan kanannya. Permandangan Hagia Sophia bakal memukau mata siapa sahaja yang memandang apatah lagi pada waktu matahari terbenam.

"Jyeah...help?".