Monday, January 29, 2024

THAILAND (Backpacker Diary) Part 3 - Hatyai

 Day 3

Okay jom sambung alkisah Day 3 di Hatyai,

Disebabkan servis tuktuk uncle semalam tiptop kami repeat lagi sewa dengan dia. Punya la banyak tempat dia excited nak bawa, kitorang sampai melecet nyahh.HAHA

Awal pagi uncle dah tunggu kami di depan hotel. First destination kami adalah Kim Yong Market, hmm ada apa pagi-pagi sudah ke pasar? Nantikan episod huru hara yang bakal berlaku. 

Mostly makanan yang dijual di area Kim Yong Market ada yang halal dan ada yang tak, disini ada pelbagai bahan segar/basah/buah/kekacang. My first impression this market sebijik macam Pasar Payang. lol. Disebabkan kami masih belum sarapan dan waktu sudah pukul 9 pagi kami semua pun mencari the most viral stall di Hatyai - Kaitod Meena. 

Kebanyakan local disana tak berapa fasih english so kami tunjuk gambar kedai dan acik tu cakap pukul 10am baru gerai buka. Melopong lah kami yang tengah kebulur. Maka sejam kami beratur tanpa sebab yang pasti sampai orang Thai pon confuse kenapa ramai awek-awek tanah melayu beratur depan gerai buah tapi tak beli buah.HAHA


Lagi 15mins nak pukul 10am owner gerai datang bawa motor je guys. Santai terox. Owner start setup semua preparations dan keluarkan nombor giliran. Waktu dia nak bagi nombor giliran memang berebut habis. Kami dapat no 5 tau tapi lama juga sebab semua customer order banyak. Nasib dah tapau burger and peach tea dekat 7/11 takda la lapar sangat. Selepas 1 jam berlalu akhirnya kami berjaya beli nasi khaomok dan pulut ayam kaitod meena. Disebabkan tak ada ruang untuk kami makan so uncle bawa kami ke warung berdekatan.


Muka kenyang melantak. Next uncle bawa kami ke tempat-tempat dia dapat komisyen.HAHA 
Layan kan aje lah and this place ramai juga van-van pelancong singgah untuk beli sovenirs. Macam-macam la ada. I just bought kain batik thailand untuk yang tersayang. kuikui

Lepas tu uncle bawa kami ke kedai borong jajan/asam/jeruk/coklat thailand. Banyak juga pilihan cuma harga tak la murah sangat so kami beli asam dan pes tom yam buat ghaso2.


Day 3 ni kami hanya nak santai-santai sebab semalam dah banyak berjalan. Tiba-tiba uncle suggest tempat 'kuetiaw' kitorang pon follow je sebab cafe Bingsu Nom6 full house and service pun slow. Maybe sebab too much demand on peak hour. Setelah 40mins perjalanan sampai juga kami ke tempat 'kuetiaw' - Ohh Khu Thao namanya, cantik sangat restoran ni betul-betul sebelah sawah padi. Makanan disini ala-ala boat noodle. Disebabkan ada yang masih lapar kami repeat Khlonghae Market kali kedua untuk food hunting. Area boat bawah memang penuh orang so I just beli area pondok atas dan tapau untuk dinner.


Our last destination on day 3 adalah Asean Night Market. Banyak sangat shops yang menjual pelbagai barangan dan harga murmur. I suggest you guys datang sini dulu untuk explore prices and food hunting dekat area food court. Masa ni semua dah tak rasa kaki sebab penat amattt. Habis 1 botol yoko2 share 6 orang. 


bersambung to next entry untuk Day 4.

with love,

hakuna matata





Friday, January 12, 2024

THAILAND (Backpackers Diary) Part 2 - Hatyai

 Day 2

Jom kita bersambung ke Day 2, semangat tahun baru masih membara untuk update blog. Mood padam karang terus menghilang tanpa jejak. Letsgo


Awal pagi dah ready untuk redah Hatyai Thailand! Kitorg sewa tuktuk for 1 day (1500baht/ Rm200/7pax) untuk melawat semua attractions. Boleh nego kalau nak lagi murah tapi max 1500baht ye per day kalau driver charge lebih tu dah scam. Sangat berbaloi sebab uncle ni layan je kitorg nak pergi mana sampai malam. Ada driver yang limit service until 5pm lepas tu dia dah renyah, so korang kena rajin bertanya. 


Sebelum start berjalan mesti la harus singgah breakfast dulu, plan nak ke Dim Sum Chabura tapi disebabkan beratur panjang so uncle tuktuk drop kami depan Marita Halal Dim Sum. Tak sampai 10mins beratur terus dapat meja dan dim sum yang kitorg pilih waktu tengah beratur dah sampai. Excited nak rasa salted egg pau & iced greentea je. Yang lain ada yang add on nasi goreng, kuew tiaw & etc. For me, mostly makanan dekat Hatyai rasa agak salty (fish sauce) & air pula too sweet (iced thai tea). Overall 7/10 for Marita Dim Sum.

                                                 

First stop, Magic Museum. For me tempat ni too overated unless you guys memang suka 3D Art. Pls skip this one if driver bawa datang ke sini. Ambil gambar dekat main entrance je cukup, 300 baht melayang sebab masing-masing masih tak familiar dengan basic rate fees setiap attractions.HAHA 



Chang Puak Camp ni wajib tau datang but don't expect too much bc this place is quite crowded, especially during the weekend. Free entrance for everyone but for activities like elephant riding, 
ATV, Talent show & etc packages come with reasonable prices. Mostly attractions fee harga masih lagi marhaen but I just mingle around bc kesian tengok gajah penat, tak sampai hati. Hmm



If nak ke Songkla City dari Hatyai memang berbaloi sewa 1 day tuktuk. Jarak antara attractions ada yang dekat dan ada yang jauhnya sampai 40mins-1 jam perjalanan. Kami teruskan perjalanan ke Samila Beach ditemani hujan gerimis. We decided untuk menapak ke souveniers stalls yang berderet. I bought souveniers here bc the price murah sangat compare to Hatyai, maybe bc countryside. Sempat bergambar dengan mermaid monument walaupun ramai yang beratur.


Next, uncle bawa kami semua jalan-jalan mengelilingi Songkla Lake menuju ke salah satu infamous Sleeping Buddha. Idk the exact location bc this one not on our itinerary but I guess it's near Songkla Lake.


Tak pasti monument apa but I guess their local source of economy comes from the fishery around the Songkla lake.



Haa siapa tau ni masjid apa? Selalu dengar orang kahwin dekat siam kan, haa ni la tempatnya. Central Mosque of Songkla. Akak-akak yang nak cari suami yang hilang tanpa jejak boleh letak masjid ni dalam list pencarian.lol 

Masjid berkonsepkan Taj Mahal. My friends semua nak lepak area luar bc mereka malas nak panjat tangga. So I jela masuk sorang sebab curious nak tau keadaan dalam masjid. Salah satu benda pelik is their mosque don't has fan or aircond. Kalau dekat Malaysia mau AJK masjid kena complain sebab jemaah panassss.



Seaverse Cafe. This cafe is located just in front of the mosque but is not suitable for walking distance bc you need to cross the highway. The entrance fee was 30 baht. Vibes ala-ala Bali and this cafe are not on our list pon but we just want to join the viral hype.HAHA. Tak sempat nak rasa makanan dekat sini bc we already decide to dinner at the mall. Many good reviews on their foods tho so maybe next time kita cuba ya.




So our last destination was Hatyai Central Festival Mall. Sampai sini around 6pm and uncle cakap dia akan drop kami nanti nak balik call je. Sempat ambil gambar depan ni je sebab semua dah excited nak food hunting & shopping. Ada banyak halal foods and the price quite affordable dekat ground level, yang penting bersih selesa. I bought a dozen of sushi and iced grapes tea meh macam dekat JB takde sushi Sushi here so good guys, tak tipu. 


My friends memang beli macam-macam tom yum goong, raw oysters, kerabu megi, thai ommelette etc. I banyak makan yang diorang je sebab nak rasa-rasa dulu kot tak kena tekak. Tak habis bazir je. Dah kenyang baru naik level atas mall untuk ke Boots & Beautrium. Beautrium ni ala-ala SaSa dan Boots pula macam watsons/guardian.Waktu ni Beautrium ada buat weekends sales for makeup. So ofcos Zamona & I laju rembat bestseller items to add into our cart. Apa sahaja sales girl promote kami ambil, tenung lama-lama bukan faham pon tulisan dekat packaging.lol

Yang lain sabar menunggu kami berdua shopping, terus hilang penat jalan siang tadi. Arisya nak beli fries viral tapi que dia makk aii. Sementara tunggu turn dia, I sempat lari ke Boots untuk membeli skincare.lol
 
Uncle pickup kami dalam pukul 9 malam dan dia tanya kami nak jalan dekat mana lagi? Semangat ya uncle ni tak tau penat nak drive untuk kami dari pagi sampai malam. Tapi apakan daya tilam hotel bagai menyeru kami untuk balik beradu~

bersambung to next entry untuk Day 3.

with love & happy new year,

hakuna matata








Monday, January 1, 2024

THAILAND (Backpacker's Diary) - Hatyai

 


Hi peeps,

Maka bermula pengembaraan pertama yayadoe merentas samudera. Over nau
Plan kasi jadi bersama officemates berakhir dengan jayanya. This trip cost us below 1k sahaja untuk seorang.

Day 1

Our group consisted of 6 adults and 1 kid so we took a midnight bus from JB to TBS station (Rm40/one way). Reached there around 5.00am because of the heavy traffic sebab lagi 2 hari Deepavali holidays. HAHA

We got only 2 hours to settle everything lepas sampai station TBS (Breakfast/Buy Tix Klia Transit via kiosk) so from TBS station to KL Sentral we used KLIA transit (Rm6.50/one way). We need to catch our morning KTM train at 7am - KL Sentral to Padang Besar (Rm105/one way). Nasib sempat beli nasi lemak before kejar train. Rushing gila ya dengan macam-macam ragam. Each one of our team members dah assigned specific tasks throughout this trip. So tak ada istilah goyang kaki jadi pak turut. Semua harus proaktif ya!


Basically, our journey was estimated around 5 hours and Alhamdulilah everything went smoothly. At Padang Besar KTM station, memang banyak simcard vendors yang offer their service and we just get our sim card there sebab nak senang. We chose telco sim card yang for 7 days (Rm21) and from KTM station to Immigration P.Besar & Thailand naik VIP Van Service (Rm30/pax) to Hatyai.



The view sepanjang perjalanan ke Hatyai, sama je macam Malaysia tapi cuaca redup tak panas sangat. HAHA. Btw, urusan dekat Immi Malaysia & Thailand sangat cepat ya hari jumaat. Less than 1 hour sudah settle without any questions from officer. Takpayah nebes sgt  So please avoid sabtu & ahad bcos the que memang panjang sampai luar office. Oh, Thailand lambat 1 hour so 1pm settle Immi Malaysia dan terpaksa tunggu van untuk pickup ke Hotel, around 1 hour jugak la tersidai dekat Immi Thailand sebab peak hour.


Accommodation for 4 days and 3 nights was booked via Agoda.Sakura Hotel, Rm180 for 3 nights - 2 pax. Murah but not recommended walaupun depan Hotel ada banyak tuktuk and money changer rate nice (7.5baht). Old hotel so semua nampak agak umm usang lol, lift dia sumpah seram. Max 3 org dan pernah la kami aci naik 4 org sebab nak cepat. Lif stuck weh. Anxiety terok sebab lift tu kecik. My room nice je besar sangat cuma spoil shower head malfunction and malam bising bc sebelah hotel ada karaoke/pub so please request middle room. Kurang la sikit pencemaran bunyi.

After solat, mandi and rehat terus gerak cari tuktuk. Lapar wei.
The first destination was the Khlong Hae Floating Market, which is 15 minutes from Hatyai main center. The varieties of street food were insane guys! Semua nak beli.HAHA the price after convert around rm3-5 per portion. So far everything is below 100baht. If you guys are on a tight budget boleh makan sini je.


From Floating market ambil tuktuk untuk ke Lee Gardens Plaza. Public transport sangat senang cuma kena pandai nego sahaja. We just roaming around Lee Gardens Plaza cuci mata tengok environment malam di center Hatyai, sangat meriah dengan busking & street foods stalls.
Disebab kan masih kenyang so I just bought passport cover & shower gel viral dekat Boots. Menyesal tak try banana pancake and coconut ice cream situ.HUHU 


Sempat singgah 7/11, I just grab few burgers and snacks untuk makan pagi esok. 
The cashier so friendly to us siap ajar cara bayar bcos kami masih pening nak faham baht punya currency. Waktu bayar dapat 2 sticker gambar minions and they informed us next purchase boleh pakai sticker if tak cukup small change, 1 sticker = 1 baht...wow 7/11 malaysia take note please, madah bagi free sticker tapi kena cukup 10 baru boleh redeem merch.

Tak sampai 2 jam jalan-jalan dah penat nak balik Hotel. We decided to jalan kaki bcos check google map less than 10mins walking distance sahaja tapi ya Allah rasa jauh gila.

bersambung to next entry untuk Day 2.

with love & happy new year,

hakuna matata