Saturday, December 29, 2012

The End of The Year :p

12-12-12.The end of the world konon. Lepas tu buat statement baru. Paderi2 kristian cakap Neraka tengah direnovate sebab tu ler kiamat tak jadi tahun ni. wtpfffttt?. Ahh semoga mereka memperoleh taufik dan hidayah sesungguhnya mereka adalah golongan yang tidak mengetahui.

Haihh dah sampai ke penghujung tahun 2012, masa berlalu begitu pantas. Mungkin Allah telah menarik sedikit nikmat keberkatan masa sebab tu lah kita  rasa macam sekejap je masa bergerak. 
Tup tup... esok dah kena heret beg roda balik SAIS. Tup tup tup..hari Selasa ni dah bergelar SPM's candidate atau lebih tepat SPM's victim. Aku rasa semua blogger dah buat draft untuk post entri terakhir mereka esok, almaklum esok dah 31 DEC. 

Okay lah, aku pun tengah blurr sekarang ni, taktau nak tulis ape lagi. Kepala dah pening dengan segala hostel-stuff-list bagai. Buku-buku yg perlu bawak pun tak tengok lagi, baju batik asrama masih berkedut tak iron, hadoi banyak nyer kerja. habes yg ko mengadap lappy cam bdak spm cuti 3 bulan pehal?
Sisa-sisa terakhir cuti sekolah dihabiskan dengan packing barang-barang nak balik bostel. Kepada semua budak ASRAMA selamat kembali ke asrama yaw~ Dan kepada calon2 SPM 2013, do the best untuk TOV. SELAMAT TAHUN BARU!

p/s- azam tahun baru biarlah menjadi rahsia hati ini :ppp



Wednesday, December 26, 2012

# 2 Short Story- Aku Bukan Mr.Right Kau !


Aku Bukan Mr.Right Kau!

Scene 1


“GOLLLLLLLLLLLLLLLLLL!”………..

“Woi!”

“Pehal?”

“Agak-agak aa brader”

“Huh?”

“Ekeleh mamat ni, aku sekeh karang, terbang sampai alam bunian mne ntah.”

“Ape kau cakap?”

“Eh tarakpape brader, lu sumpah hensem, wa tak tipu.”

“Aku hensem ek?”

“Alah layan feeling pulak. Wehh jangan nak PERASANTAN la!.”

“Kau buat ape kat sini?”

“Tengah copypaste ilmu kimia yg baru turun dari langit bro.”

“Banyak la kau punya ilmu kimia. Ni pehal mushy lebih tepi padang sekolah?. Tau ler heartbroken sebab failed Bio tapi jangan la sampai nak tembus mamat jersi nombor 16 tu kau laser”.

“Sembang la kau. Bila masa aku pandang mamat jersi 16 tu. Hah yang kau tercongok kat sini buat ape? Cakap ada mesyuarat ahli lembaga tingkap-mangkuk-terbang-melayang.”

“Mesyuarat dibatalkan. Semua orang semangat nak tengok game petang ni. Tapi kalau girls memang tak sabar nak tengok mamat 16 tu.”

“Ohh kay. Mata air kau apa citer? Sihat?”

“Ehem. By the way, EX okay. Ntah malas ah aku nak layan semua tu,  sekarang aku nak tumpu pada SPM dulu and then tengok lah. Kalau ada jodoh, tapi kalau tak sampai-sampai jugak jodoh aku…akan aku heret kau jumpa tok kadi.”

“Haihh masin mulut kau, tak pasal-pasal aku jadi mangsa. Kat mane aku nak sorok Mr.Forever aku?. Nope! takkan kubiarkan dia bermadu dengan mamat kerek macam kau.huh”
“Hahaha.Camna dah jumpa unlucky guy yg boleh pegang title tu? Ada calon-calon ke? Hurmm, let me guess. Mamat jersi 16 kan?”

“Eh mamat tu player la, satu lagi kalau betul aku suka kat dia, mau heboh satu sekolah. Kau suka tengok aku kena gelak dengan geng hotstuff?. Then, diorang semua pakat malukan aku.Kau nak?. Cukuplah sekali aku kena perli dengan geng-leuynie-senget-tonggek tu sebab aku rapat dengan kau yg jugak hotstuff.”

“Aku hotstuff ek? Taktau pun. Alah aku tau kau kuat semangat. Lain kali kalau diorang kacau kau lagi kau backswing jelah.”

“Banyak lah kau. Kalau aku kena demerit karang dengan PK Hem besok sape nak jawab?”

“”Alah, aku back up kau.”

“Tak payah. Tau lah aku nak jaga diri aku sendiri.”

“Kau, masih ingat kan dia?”

“Siapa?”

Mr Ice-beku-tahap-sodium-chloride…hahaha”

“ LOL. Tak.”

“Jangan nak tipu aku. Tell me the truth.”

“Takmau.”

“Kasyah!”

“Yer saya.”

“Poyo kau ek, takpe aku taknak tolong kau buat homework Bio Cikgu Rosnah.”

“Erkk, woi jangan la. Mampuih aku kena tetak dengan handbag labuci-vogue-Las Vegas dia tuh”

“Ada aku kesah”

“Yer lah. Sometimes…puas hati?”

“Kasyah!”

“Hailoh2..all day all night maa..”

.................................................................................................................................................................

Aihh...semalam tetiba meroyan nak karang citer, disebabkan bosan tahap y=mx+c terkurung dalam pejabat tempat mak aku kerja akhirnya terciptalah babak diatas. Mula-mula cam malas jer nak buat citer baru disebabkan masih trauma dengan rompakan G-Shock aitu...sedihh lagi toqqq. Tapi nak buat camne, tentu ada hikmah disebaliknya. Tuhan lebih mengetahui. Ilham masih disusun didalam kepala tapi tengok lah jejari pendek di rajin ke idak nak menaip apa yang bermain diminda...okeylah lagi beberapa hari lagi nak sampai ke penghujung 2012, sekarang ni tengah duk pikir nak reka azam apa tahun depan...wehh tahun depan SPM...omaigakkk!~






# 1 Short Story- Querida Versus


QUERIDA VERSUS.

One sided love, how does it feel ? </3



Scene 1

Bingung memikirkan apa yang berlaku sekarang, tapi biarlah ia berterusan. Tak rela kalau ia menjadi terlalu dalam. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya semoga ia boleh menjadi inspirasi buat  diri yang hanyut ini.

Scene 2

Tidaklah terlalu keterlaluan untuk dipandang. Senyumannya yang jarang dilihat tetapi terlalu menawan apabila melihatnya. Hidup dalam kemisterian dan selalu menjadi tanda tanya orang yang melihatnya. Namun satu persatu persoalan yang bermain diminda dirungkai oleh pancaindera.

Scene 3

Apabila dicari ia menghilang, tidak kelihatan dimana-mana. Seolah-olah dirinya terlalu hebat untuk dipertontonkan kepada umum. Tapi diri ini yang sentiasa menunggu tidak akan pernah penat menunggu dan masih menunggu dan terus menunggu. Namun kadang-kadang hanya sia-sia sahaja…
Tapi kini, keadaan tiba-tiba berubah. Manusia itu kembali menonjolkan dirinya dihadapan dia yang menunggu. Bukan sekali, bukan dua kali tapi tidak terhitung banyaknya. Adakah ia satu kebetulan? Atau satu ujian yang bakal diterima olehnya tidak lama lagi? Entahlah, biarkan masa yang menentukannya.

Scene 4

Terlalu banyak perbezaan diantara dua hamba Ilahi. Masing-masing leka dengan dunia mereka yang tersendiri. Namun tanpa disedari mungkin perbezaan itu bakal menyimpul persamaan yang sejati, simpulan yang akhirnya bakal menjadi simpulan mati diantara mereka. Tuhan lebih mengetahuinya.

Scene 5

Hati sering keresahan tidak menentu, minda sering dikacau bilaukan oleh perasaan. Kehidupan yang dulunya agak suram kian menghampiri sinar cahaya sang suria. Walaupun dada sering berkocak mengalunkan irama breakdance, namun jauh disudut hati, hanya Tuhan yang tahu bertapa tenangnya hati ini apabila ditakdirkan berjumpa dengan diri itu. Penguat semangatnya untuk terus berjuang dan berjuang.

Menentang karenah dunia yang semakin kejam ini. Wajah yang tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mempamerkan riak iceberg kutub Utara tak berperasaan telah berjaya mengukir senyuman pada si dia yang memandang.

Scene 6

Bodoh! Bodoh! Bodoh! Adakah  dia telah melakukan perkara yang bodoh? Salahkah dia memuaskan hatinya sendiri sedangkan selama ini diri ini sering disajikan dengan perkara yang cincai-cincai sahaja? Adakah perbuatanya ini bakal diperlekehkan oleh dirinya sendiri pada 7 tahun akan datang? Ya! Dia selalu melakukan perkara bodoh tapi biarkanlah dia dengan dunianya sendiri. Jangan patahkan lagi hatinya dengan segala cacian dan makian. Gam Uhu sudah tidak ada ruang lagi untuk menyambungkan kembali hatinya yang sering retak-patah-berderai-berkecai-tercalar oleh tangan-tangan manusia yang selalu memperlekehkan dirinya. 

Namun, semua itu dia tidak kesah kerana baginya itu cuma ujian Tuhan yang Maha Esa kepadanya. Tapi,apabila dirinya dengan mudah dihina dan dikeji oleh si dia yang sering dipuja dalam diam, dia terkaku seorang diri. Hanya, hembusan angin yang berlalu membawa hikayat sadisnya ke seluruh pelosok alam. Hatinya remuk, dadanya bagai nak pecah, tubuhnya lemah terkaku. Masa seakan berhenti seketika.

Scene 7

Fantasikah dia? Atau dia sememangnya berada dialam mimpi panjang  yang tak berpenghujung ? Kalau dia hanya bermimpi, cepatlah bangunkan dirinya daripada lena. Tolong jangan biarkan dirinya terus hanyut ditelan halusinasi. Dia sedar siapa dirinya dengan diri itu. Itu cuma angan-angan minah senteng pingitan sepertinya. Ahh sudah berkali-kali kata-kata pujangga cuba menyedarkannya daripada lena. Masakan Ferarri F12 Berlinetta mahu bergandingan dengan Proton Kancil tahun 90-an.

                                                                                                                     with love by,
                                                                                                                          YAYA DOE

-

# Project 7- Resepi Simple Buah Melake ^^' awww~


Wahwahwahhh~dah maju rupanya anak dara sengkekk nieyh. Molek sangat lah. Huish, ko ingat aku ni tak terer er masak. Yakk bilang aja mau aku masakin apa. yak bisa, bisa. Mudah aja*pegang senduk kayu cap Ikea made in Thailand sawadikap-siakap~

Tetiba teringin nak makan kuih nih. Yeah boleh saje kalau nak beli kat pasar pagi, berlambakk. Namun ntah datang hangin hape tetiba bersemangat nak buat sendiri. Pepagi buta meredah hujan renyai semata-mata nak cari kelapa parut, tengok bertapa semangatnya aku ni. Then, pergi rumah gadis klate celop mulakan projekk.



 Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1 ketul gula melaka @ 1 kerek nisan ( dipotong dadu kecil )
1/2 biji kelapa muda ( isinya diparut halus )
Sedikit pewarna hijau/biru/merah/kunig
Garam secukup rasa


  1.  First, campurkan tepung pulut, tepung gandum, dan sedikit garam.
  2.  Kemudian masukkan pewarna hijau ( aku guna biru-merah-hijau) dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh dan boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan (anggaran sebesar ibu jari) dan leperkan untuk letakkan gula melaka di tengahnya.
  4.  Kemudian tutup semula dan bulatkan jadi macam bebola ikan yang comel2. Sedap kalau buat saiz kecil comel molek.
 5. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Dah mendidih boleh masukkan bebola onde-onde tadi.

 6.Apabila kuih onde-onde timbul, boleh diangkat dan toskan atas tapisan.- aku letak dalam pinggan jek



7. Dah siap toskan, golek2kan kuih onde-onde dengan kelapa parut yang bercampur dengan sedikit garam.
 8.  Siap untuk dihidangkan.

Aihh rase cam blog mak-mak cyber-vogue pulak main post resepi2 ni. Nasib ler dapat kawan dengan budak Katering~



Monday, December 24, 2012

# 3 Wordless- Korean Souvenirs





# Project 6- Hangout Lagii??












# Project 5- Chocolate Moist Cake.

bahan-bahan chocolate moist cake  :

2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan susu sejat
1 cawan minyak
secubit garam

1 3/4 tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking bowder
1 1/2 sudu teh baking soda       } ayak

2 biji telur - dipukul seperti buat telur dadar
1 sudu teh esen vanila

cara buat kek :

1. mula2 sekali kena panaskan oven dulu sebelum buat kek. panaskn suhu 180 degree celcius.
2. masukkan gula, air panas-pukul hingga gula larut. pastu masukkan susu.pukul sebati. masukkan minyak n garam lak. pukul sebati.( guna mixer low speed saja ye sebab adunan memang jenis cair. takpon guna whisk pon boleh)
3. masukkan adunan tepung yang dah diayak sikit demi sedikit. gaul sebati.-guna low speed gak
4. masukkan telur dan esen, kacau sebati.
5. masukkan dlm loyang yang dah disapu butter/minyak/marjerin dan dialas dengan kertas minyak.(supaya x melekat)
6. masuk dlm oven. tadi dah panaskan oven 180 kan, masukkan kek, turunkan suhu kepada 160 je.bakar suhu 160 degree celcius sampai masak. aku memng saja guna suhu rendah, tapi lambat sket lah masak nya. dekat 2 jam baru masak.  depends pada oven korang sebenarnya. so korang kena sentiasa jaga2 kek dlm oven tu. agak2 dah bau wangi u...dah nak masak lah tu. tips: tolonglah jgn asyik2 nak bukak pintu oven nak tengok kek jadi ke tak. memang lah confirm kek tu akan bantat kalo korang baru je 5 minit letak dlm oven dah sebok nak bukak2 nak tengok jadik ke tak. jgn bukak pintu oven 30-40 min pertama. takpon tak yah je bukak sampai lah die dah bau2 wangi kek. barulah bukak, test ngan lidi cake tester utk check kek dah masak lom. kalau lidi tu keluar bersih, maksudnya kek dah masak. keluarkan dr oven. tunggu kek sejuk br letak topping nya ok.



resepi topping kek

1 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan minyak masak/minyak sayur



cara buat: masukkan semua dalam periuk. masak atas api sederhana.pastikan sentiasa kacau supaya tak berketul2. agak2 dah start nak mengelegak tu,tutup api. biar cool kejap, kemudian sapu atas kek coklat tadi. hiaskan guna choc rice atau ikut kreativiti masing2 ye:)

# Project 4- Hangout Pizza Huh?

Sebenarnya event ni tak basi lagi. Sebab sepatutnya aku update 4 minggu yg lepas ckp je lah sebulan yg lepas . Tapi disebabkan malas nak sign in blog, dgn password blog yg ingat-ingat lupa ditambah pulak wayar USB yg dah macam hareemm nak connected dgn komputer =..=' yeah rase cam hidup dalam zaman kegelapan dan kehancuran. main pakai keyboard biskut Hup Seng seyh. Guna je lah apa yg ada cik kak wehh. Masa pakai netbook main campak-campak je bawah katil, time kena rompak dgn penyamun G-Shock mulalah shock bagai tahap menangis peluk kaki katil =='.

Masa cuti ni lah nak ajak keluar bagai, mmg kacau rutin harian betul.  Tapi sebab ada org nak belanja terus je "SETUJU!" *mate bersinar-sinar dgn mulot ternganga. Pagi tu lepak kat library dulu dgn mak nenek Najat. Mula-mula face to face tu cam kekok je. Cakap pun main kepit2 macam cakap ngam mak mentua, awkward la konon sebab dah 8 bulan tak jumpa.

 2 minit kemudian...Pokpekpokpekpokpek..last sekali kena poke paler dgn mak guard. hambek ko.













#Project 3- Geledah Library.


-At American Station. It is all about AMERIKAAA!