Thursday, December 5, 2013

# 1- SPM PROJECT 2013 ( Be A Novelis )


Assalamualaikum guys and gals. 

SPM dah blahh dari hidup aku, dan sekarang aku cuba untuk melupakan hari pada bulan MAC' 14 yg bakal mencemaskan jiwa dan basket bagi semua rakyat SPM'13. Okey forget bout that day...hey we got 3 months, so enjoy it. 

     Aura novelis pingitan yg jejari pendek dah datang so apa lagi menaip lah. Cerita ni aku karang masa tgah berperang dengan SPM, dalam bulan 4-5 camtu la ( xsedar lagi yg awak tu calon SPM 2013 yg bernombor TAO127A126). Ntah camna idea mai cam air paip jiran belakang rumah je...sampaikan kawan-kawan aku cakap yg aku tengah meroyan tulis diary. Tahan je lahh kena kutukk satu dua das. tapi kalau tak tahan sgt mmg aku bagi jgak ayat lempang bisu. >..< JGN PERNAH BERHALUSINASI YG AKU AKAN TULIS DIARY! HELL NO. 
#To-Do-List with My Along

*1- "PESAWAT boeing 747 akan berlepas ke Rome dalam masa 10 minit lagi..." Suara gemersik receptionist jelas kedengaran di seluruh ceruk KLIA.

"Along cepat la heret beg-beg tu, tak makan ke?" Dia dah kalut semacam. Mengalahkan lipas kudung dia mencelah ditengah-tengah orang ramai. 

"Kejap aaa..letih woo". Aihh kecoh tak ingat Mak Senah sorang ni. Kang aku ikat kat bagasi baru meraung.

"Takde kejap-kejap! Are you insane? We just have 5 minutes left, hurry up dude!" laung gadis itu karena ingin menandingi kebisingan sekitar. Megamall ke ni?

"Horlah-horlah.."

*2- "Seat nombor 12 dan 13 dekat hujung sana" jawab pramugari yg dari tadi tak lekang dengan senyuman.

"Along chop nak duduk tepi tingkap"

"No way!"

"Yes way sayang"

"Sape cepat dia dapat laaa. Wekkk". Bagpack along ditarik dengan kuat menyebabkan Along tertarik kebelakang.

"Diana Teja!!!"

*3- "Hello rakyat Italia! Diana Teja is here so please be nice to me!" jerit Didie apabila melangkah keluar daripada pintu utama Rome Fiumicino Airport tanpa mempedulikan manusia disekitarnya

"Assalamualaikum..."bisik Along

Along disebelah dijeling tajam dengan ekor mata. 'Sibuk je!'




A Little Red Jeans


Kisah perjalanan seorang insan yang bergelar Si Gadis Sunti dalam mencari keberkatan Ilahi. Dirinya bukanlah terlalu sempurna di mata dunia. Bagi dunia, dia cuma gadis biasa yang sama sahaja keletahnya dengan remaja yang lain. Tetapi sebenarnya dia penuh dengan pengalamannya yg tersendiri. Dia tidak kisah berseorangan kerana sedari kecil dia diasuh untuk tidak berlagak seperti melukut ditepi gantang. Dia diajar untuk berdikari dan tabah menghadapi ujian Ilahi, meskipun kadangkala hati kecilnya meraung ingin membunuh sesiapa sahaja yang cuba untuk melukakan hatinya. 

Namun kata-kata Si Ibu Hawa harus dijadikan pegangan hidupnya dan disemat kukuh dihati. Semua orang membesar sejajar dengan masa, namaun adakah mereka semakin matang dalam menentang segala masalah remeh temeh yg sering kali diperbesarkan? Pesan Ibu sentiasa dipahat dihati

"Setiap apa yang kita lakukan, kita kena ingat Allah SWT. Kerana semua itu sudah ditakdirkan oleh Allah.". 


                                                                                                                       with love,
                                                                                                                               YAYA DOE

Saturday, March 30, 2013

Warkah Terakhir.


Cehh..dah macam nak mati je sampai buat warkah terakhir. Tapi mana la tau, ajal maut ditangan Allah kan. Cuti bulan Mac dah habis, dan beberapa jam lagi aku akan fly balik ke bumi SAIS. Jalani hidup aku seperti pelajar sekolah berasrama penuh yg lain.hurm. SPM dah dekat dah cikk kak. huarghhh
Blog ni dah semakin sepi dengan entri-sakai-yg-ntah-pape. Tekanan SPM yg begitu menusuk kalbu-jantung-pisang. Yeah ni mungkin entri terakhir aku untuk masa ni, nak tinggal dulu segala suck things yg tersangat giler best. Sepanjang cuti ni asyik duk mengadap admaths. Yea bukan mudah untuk berjaya. Result pekse TOV pulak dah macam hareeemmm jer. So wish me luck guys. Kepada cik najat,- rajin-rajin lah study dan buat yg terbaik setiap kali exam, SPM cuma sekali kakk, xkan nak ambil 2-3 kali pulak. Masa tu aku dah fly gi Amsterdam dah weyh..haha. Kalau boleh aku nak duduk tepi mung masa dalam flight after SPM and  fly gi abroad sama-sama. Kita hadapi semua pahit manis tinggal di negara orang sama-sama. Tu impian aku bersama mung. Okay tu jer. kbai

Thursday, March 28, 2013

Thug Douce :*






BY- SweetThug’16 (YayaDoe)

“Harghhh? Aku dah jadi isteri  Ziall ?”. Giler tahap kronik!. Kenapa dia Ya Allah? Why? Pourqoui?
Kenapa dalam ramai manusia atas muka bumi ni, dia yang kau pilih sebagai su..erkk?

Raiyan Hurin Akasyah,

Dia gadis sempoi berlagak cool tapi sebenarnya dia agak cuai dan mudah ditipu. Usia yang semakin meningkat memaksa dia cuba untuk menjadi lebih matang. Selalu je kena reject apabila diri dipaksa untuk pergi blind date oleh bffnya, Erina Najatin sewaktu di Paris. Tahun terakhir dia caouple dengan Zayn As Safi lelaki kacukan Indon-Belanda tetapi berasal dari Malaysia. Dan sebelum dia pulang ke Malaysia dia akhirnya clash dengan Zayn kerana Zayn curang.

Firhan Ziall Haizmyth,

Cousin Kasyah. Iceberg  thug. Dulu dia budak mafia, kerja panjat pagar sekolah , racing dan smoking dah jadi part time job. Merupakan ex boyfriend kawan Kasyah, Melissa.

-even mereka sama umur dan Kasyah lagi tua 2 bulan tapi Ziall lebih matured .

Walaupun dia dan Kasyah sepupu tapi hubungan diorang ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Daripada zaman sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Hanya pandangan kosong dan riak muka blur yang terpamer di wajah mereka berdua apabila dua pasang mata bertemu.

Dah macam…’Ko pehal tengok aku?’

7 Tahun berlalu…masing-masing dah besar. Kasyah baru balik dari Paris ambil Degree in French Languages. Tahun terakhir dia kena dumped dengan Zayn, jadi panggilan telefon terakhir daripada ibunya sebelum dia pulang ke Malaysia telah mengubah hidupnya 360 darjah.
Lamaran diterima tanpa banyak bicara, siapa si adam pun dia tidak peduli.  Akhirnya, dia terkesima seorang diri apabila lafaz akad nikah disambut dengan sekali nafas sahaja.

“What the hell Ziall pakai baju melayu putih duduk depan abah waktu genting camni?”. Aku dah macam nak putus nafas.- Raiyan Hurin Akasyah

“Aihh kau pehal Kasyah? Habis kalau bukan Ziall sape lagi yang nak salam tangan abah kau tu.”

‘Semua orang cakap aku bertuah kerana bersuamikan Ziall?’. Heh mamat grunge tu baik?

"Aku dah solat istikarah sebanyak tiga kali dan aku nampak dia..."- Firhan Ziall Haizmyth

Sepanjang 7 tahun Kasyah berada di abroad,  dan tanpa pengetahuan Kasyah, rupanya Ziall dah insaf, nyawanya hampir melayang ketika dia merempit dan kawan baiknya maut.  Ziall akhirnya, sambung belajar di madrasah Tahfiz Al-Quran selama 4 tahun dan fly ke Mesir selama 3 tahun.  

Pertemuan di Istanbul telah membuatkan jantung Ziall separuh giler memikirkan Kasyah. Tapi Kasyah tak kenal Ziall disebabkan rambutnya yang panjang dan Ziall pakai lens dark green. 

"Lost hurmm?". Matanya masih terlekat pada sketchbook ditangan kanannya. Permandangan Hagia Sophia bakal memukau mata siapa sahaja yang memandang apatah lagi pada waktu matahari terbenam.

"Jyeah...help?".

Thursday, January 24, 2013

Dia Dah FORM 5 !


24th Jan. Adakah terlalu lewat untuk aku ucap Happy New Year?. Hooyahh tak kesah aa. Ouh btw,Salam Maulidur Rasul to all muslims, then selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebanyak 7x yer, buat lebih pun baguihh ;). Ohh yer, aku dah tukar design blog. Semangat tahun baru!

Hepi wehh boleh balik dumah. Rindu belog! rindu RyanHiga! rindu Najat! rindu encik samsung! ckap jelah mung meroyan sebab terperap dalam SAIS ==' . Kehidupan sebagai budak paling senior kat sekolah?, aihh tahun lepas pun aku gak senior, okeyh double senior!. 

1st day di SAIS mmg teruja tahap keagungan sampai terpengom dan terbengom. Dapat dorm MERAH 9 Wahh aras 3 bohh, lenguh urat sendi bala tentera beta nak heret bagasi-bagasi. Maafkan kakak mithali mu ini yer dikk. Tu lah orang suruh duduk kat rumah, meroyan nak ikut. padam muka. Tapi orang cakap kalau nak layan feeling duduklah kat tempat tinggi. Molek sangat, sekolah aku atas bukit, dorm  kat tingkat atas sekali dan aku tidur atas katil double decker tingkat atas. heaven. 
2 bulan kemudian, aku dah boleh jadi galah buluh pokok petai bak papan lapis. 

Dan apa yg tak best aku dah jadi The Khaldunian, sbb dah tukar kelas 5 Ibnu Khaldun, wahh khaldunian dah macam bunyi bunian dan aku sekelas pulak dengan para-para hottstuff?. Kelab hockey pun dimonopoli oleh hottstuff? kelab Kesihatan pun hottstuff?? wtpffftttt.

 Ahh lupakan, janji boleh jumpa balik Iedo-Faro-Eno-Nadeq-Liyoh The Forever Alone-Hudo yg super duper gilerr. Malas nak merangkak naik tingkat 4 aku lepak jer kat dorm Liyoh TFA. 
Tapi time belajar mmmg best, tetibe jadi hantu Chemistry-Biology-Addmaths. kan best kalau dari form4 lagi aku dah faham semua tu jadi bila masuk F5 semua dah smooth. Tahun ni kena berusaha keras sikit sebab banyak gilahh benda yg aku belum buat revision. TOV  dah nak start aduyaii. Pray for me :'( Doakan supaya budak-pemalas ni tak tidur masa tgh ulangkaji.

Minggu depan adik-adik form 4 dah maii, wehh jangan nangis nak balek dumah pulak. Be strong la. Minggu depan mungkin budak form 5 busy sket dgn orientasi F4 bagai. Wehh aku taknak terlibat!. Merentas desa dalam felda kelapa sawit pun dah nak mati rasanya. Bertemankan pulak dgn abe-abe bangla! haihh separuh jalan aku. :pppp