Saturday, December 31, 2011

On the last day of 2011

Assalamualaikum :B...harini 31 Dec 2011 hari terakhir dalam tahun 2011 pada pukul 11.60 malam nanti kita akan masuk ke alam 2012. Ntah siapa yang bikin lawak kalau sesiapa yang masuk toilet pada 31 Dec pada pukul  11.59 mlm bila dia keluar dia akan masuk ke masa hadapan.lol yeah aku tau tak lawak =o='

Hari nim ramai blogger yang duk sokseksoksek update blog, kalau on9 facebook bertimbun-timbun blue link facebookers yang duk promote suruh follow blog comel mereka buat kali terakhir 2011~heeee
Banyak aku nak cerita nim almaklum dah nak masuk form4 seminggu orientasi tak belajar fuhh memang best tapi bengang ah derr asyik dengar cikgi-cikgi kaunseling duk berceramah tak sudah-sudah sampai terlupa waktu rehat. Nasib baik de bebudak bajetstar meng'sound kalau nak tunggu yang bajetskema sound alamaknya...sekian terima kaseh!oke slow down derr




Aku rasa demam OMBAK RINDU dah surut kot entah lha malas bercampur menyampah jugak aku baca status sensorang yang duk kecoh-kecoh pasal cerita tuih...Mula-mula aku pun bersemangat gilerr nak tengok OR tapi takde lha macam someone tuh, sanggup pi Mesra Mall sebab KT takde cinema last2 terpengom terbengom depan kaunter tiket sebab tiket OR SOLD OUT! kihkihkihkih

Takde la sedeh sangat sampai mengalirkan air mate dara aku nim. Sedikit bengang dengan jalan cerita yang agak laju macam nak kejar masa takde konflik and straight to the point,yeah mula2 aku layan jah. Tak payah nak menyumpah seranah depan tv sebab cerita tak sama dengan yang dalam novel derr nasib baik mama aku diam jah seolah-olah menghayati cerita... ye aku tipu,mak aku buat muke tak puas hati tapi ape boleh buat diam aje lha hihihi  :p
Tapi mama aku cakap muvee okeh sikit sebab dia selitkan permandangan kat laut yang berombak-ombak nama pun OMBAK RINDU dalam novel mana ada scene kat pantai almaklum Izzah kena kurung dekat tengah-tengah kota metropolitan, ombak apekemende nya sygs oii?
Tapi aku suka komen budak lelaki ni tentang OR dalam facebook  

 "Aku tak tau part mana yang org cakap sedih tahap gaban sampaikan kalau air mata lu tak keluar memang lu keras hati? wthell?! HAHA. Part 18sx tuih banyak lha sebab tu budak perempuan suka sgt tengok kot sampai menangis meleleh hingus sakan"

Amacam okeyh tak? yeah pedas nak mampus komen dia, HAHA. Tapi okelah brader semua orang ada kebebasan untuk bersuara samada suke atau tidak. Tutup cerita pasal OMBAK RINDU muvee tu dah nak basi, meh kita layan drama BICARA HATI  di Astro Prima bermula 3 Jan pulak yang juga di adaptasi  daripada novel karya DAMYA HANNA yang memang syokk gilerr!

 New Cover of Bicara Hati
  Old Cover of Bicara Hati

Sinopsis Bicara Hati :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?


Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Syarhan dan Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka) sebagai Zahlia ! Cinta kontrak memang best derr apa lagi Marsha Londoh yang jadi Si Linda Jahat...kihkihkih

 Senarai Pelakon Bicara Hati
Tengke Syahran – Sharnaaz Ahmad
Zahlia – Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)
Razif -Josiah Hogan
Linda – Marsha Londoh
Fatimah – Abby Nazri
Adli – Lash Mokhtar
Tg Badariah – Azizah Mahzan
Bapak Tg Syah – Zaidi Omar
Raja Khalidah (mak Zahlia) – Zarina Zainuddin
Faizal – Dazrin
Tg Hakimie – Syahriman
Tg Murni (anak Kimie) – Aqish
Pn Azizah – Mislina

Fuhhh...banyak pulak aku mengkerepek ikut aku lha aku punyer belog Kita tengok pulak gimana alkisah BH malas nk kompelin lebih-lebih. Semoga best daripada NORA ELENA & OMBAK RINDU. Habis sudah last but not least babai 2011 and hellohello 2012!

Kepada semua Pengarah Filem: peliss meng'muvee kan novel ANDAI ITU TAKDIRNYA pulak yer Tuan Direktor! mengharap sesangat >.<!

Thursday, December 29, 2011

It hurts to say goodbye 2011, we'll miss you :')


Masa berlalu dengan pantas, sedar sedar dah akhir tahun. Macam2 yang berlaku pada tahun ni, unbelieveable PMR dah TAMAT rasa baru aje lepas buat homeworks maths Cg Nazila sambil mulut terkumat kemik menyebut formula2 comel. 

2011 banyak mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan dalam menempuhi segala macam karenah dunia yang semakin menjadi-jadi...cewah ayat kaloh A.Samad Said derr! Yalah baru bukak textbook science capture 4 tetiba facebook duk melalak memanggil katanya , hotstuff fb baru jah mengupdate statusnya setiap 3 minit takkan xmooo like kot!

 Tahun ni jugak aku stay kat Rumahku mokpok aku punyer! so byebye  Budiman's hostel apasalahnya kalau paggil asrama budiman?  Sejak menjadi pembaca setia Hanis Zalikha dan Maria Elena perangai speakin' sengal aku semakin menjadi-jadi. Oh yeah dimana kita tadi?, duduk kat rumah memang best tak terikat dengan peraturan asrama nak study pukul 3 pagi  boleh sesangat! asal jangan bukak lampu sebab bil elektrik rumah terlebih dilambung-lambung. Mana taknya onlines punyer pasal wa sanggup bersengkang mata sampai ke subuh serta menonton ANTM @ America Next Top Model episod ulangan sambil menyunyah biskut meri kering di pagi hari :)

Pepagi sampai sekolah walaupun dah lambat buat muke cool jalan control steady jerr...watlek ah, jelingan menggoda MPP di pagi hari kubiarkan begitu sahaja biasa lekk ujian Tuhan di waktu pagi.Sampai aje di dataran fikrah mulalah mengelabah org duk khusyuk bace surah yaasin kau duk terpengom terbengom membelek cari mukasurat takpun buat muke tak malu tarik surah yaasin org lain.

Apapepom 2011 adalah tahun yang paling banyak drama lehh sukaduka tu biasa memang rencah cukup rasa kehidupan. Beberapa hari lagi kita bakal memasuki alam 2012 harap2 2012 merupakan tahun yang terindah buat aku. Azam 2012?


#Cuba untuk menyelami hati budi addmath.bio.fizik.kimia etc. I hope we'll be good friends yaw~
# Aktif dlm kokorikulum balik dan always berjogging setiap jumaat dan sabtu bersiap sedia untk merentas desa
# Homeworks kena beress sokmo derr
#Learn to speak english and arabic fluently and confidently
# Kurangkan onlines kecuali dah memang tedesak sangat2!
#Be great daughter,sister,student,muslim girl, grandaughter etc.
# Jage besi pink dan gigi leklok jgan bagi terkena kaviti.kalkulus. dan sespesis dgnnya

jyeah...habis sudah wa merepek kerepek pada entri kali nim penat memerah otak dan ketiak memikirkan azam tahun baru. Last but not least, goodbye 2011 and hello 2012 !!!!







HEYLO 2012



Thursday, December 22, 2011

Thanks to Allah. I got it :)


Heylo peeps ! Harini keputusan PMR di umumkan, berdebar siot ! Pepagi lagi aku dah bangun semangat punyer pasal walaupun semlm aku bersengkang mata mengadap mukabukuSampai sekolah dalam pukul 9.50am bersama mama tersayam*muuaahh*. Dupdappdupdap....tett...tett...tett jantung dah makin kritikal menahan debar yang sudah gundah gulana. Hilang sudah sifat cool and steady aku !
Pah sowg2 Tcher Salmi panggil nama budak2 yang boleh 9A mengikut angka giliran  naik kepentas untuk menerima slip PMR sekaligus memeluk cium tangan Pengetua SMKATJ dan PK HEM yang amat gorjes....wow wow wow.

92 pelajar SMKATJ boleh straight A's. hebad bukan? ya aku tau SMKA Sheikh Abdul Malik lagi lagi awsome coz 128 straight A's, tapi ade aku kesah semah? Pah sorang2 berlari marathon naik atas pentas dengan mokpok masing2. Ade tersengih2 ade nangis2 ade sembey2 macam-macam ade !
Aku tak confident pun akan dapat 9A, yelah siapalah aku ni? perangai bengom sokmo derrr...wa bukan dilahirkan dengan 9 akal 1 nafsu so wa tak cukup akal le kankankan :p

Suke sangat tengok anokbranok duk berpelukan di kalayak ramai sebab boleh straight A's tanpa menyedari Cg. Photographer duk snapsnapsnap aksi diorang  dan akhirnya terpampam di muka depan majalah An-Nur 2012 edisi terhad. huishhh best gilerr! aku pun nak :B Aku mau ucapkan thanks yaw~ kepada fathiah dan kyra coz sudi meminjamkan your shoulder to cry on...ewahewah mane derrr!

Penantian satu penyeksaan. aku nak sangat rasa perasaan memeluk cium tangan pengetua untuk mengambil slip PMR...fathiah dan kyra boleh straight A's but aku yang di tengah2 antara mereka. Ermm kau nak tau result aku? yeah :)
Time nama aku di umumkan memang terbengam terbengom aku. what?! I believe i can fly~erkk
Pe nok nyanyi lagu Selena Gomez jah ! I, I love you like a love song babeyh! oooo yeahh :)
Akhirnyaaa...setelah 3 tahun aku bertunggang terbalik dalam SMKATJ so itulah hasilnya...ttaaaadddaaa!
                    
                     RABIATUL ADAWIYAH  BINTI MOHD YASIN                   
                          STRAIGHT A'S IN PMR EXAM 2011
 
Kepada adek2 form 2 tahun ni belajar rajin-rajin dan jangan ponteng kelas tambahan yaw~ susah sekejap jah lepas habis PMR ikut kau la nak buat apepom dah takde owg nak kesah!    Buat revision balik subjek2 yang membengongkan otak anda dan jangan kedekut ilmu! sharing is caring derr :) Penat lelah korang akan hilang apabila melihat riak kegembiraan di wajah makayah uollsss apabila nama anak emasss 24 karat mereka di umumkan untuk naik ke atas pentas untuk memeluk cium tangan Pengetua....siyes nim!
 
In a nutshells(ececehceh pe wat literature pulok), jangan tinggal solat dan amalkan solat sunat hajat selepas solat isya',aku tau lain waktu korang always busy! nak study mukabuku :p
Okeyyh lak derr...banyak pulak wa menggoreng kerepek repek dalam entry kali nim. Congrats to all pmr candidates. terimalah result anda dengan hati yang tenang setenang alunan ayat2 al-Quran. Do the best for SPM pulak yee 11A+...
 

                                           
                  .         Teka teki teka tekuk, yang mana satukah tuan empuyer belog? Siapa betul aku bagi penampor jarak jauh :)
                

Thursday, December 1, 2011