Friday, October 30, 2020

Chapter 8 : ALTER

 

Bab 8: Tun Teja





Diana Sofia

Saat papa bagitau yang dia akan lakukan segalanya untuk sembuhkan penyakit aku balik.  

Aku hanya tersenyum hambar.


Mungkin dia masih lagi tak boleh terima yang sebenarnya anak perempuannya sudah menjadi makhluk jadian yang boleh berubah pada bila-bila masa. Dan kalaulah aku bukan pewaris tunggal seorang hartawan mungkin sekarang aku tengah meringkuk dalam hospital bahagia. Kaki tangan diikat dibesi katil.


Dr.Nizam merupakan pakar psikitiari paling lama bertahan dengan aku. Sebelum itu hampir 12 orang psikitiari peribadi yang dipecat atau dengan rela hati berhenti kerja. Yelah siapa tahan kalau tiap-tiap hari terpaksa berkejar sana sini mengawal Amber yang kerjanya tiap hari memecahkan cermin tingkap untuk lari dari rumah.


Amber jugak pernah ketuk cermin kereta papa sampai hancur dan membelasah orang yang menyentuhnya.
Tiara pula hanya tahu meraung dan menjerit. Dia seolah personaliti yang terperangkap dalam tahun 1996. Dia tak banyak cakap sangat kata Pakcik Qais.


Shasha hanya menambah sakit kepala orang dalam villa. Aku pun menyampah dengan perangai dia sebenarnya. Well, ye kalau aku ulang tayang cctv memang dah terpampang muka aku yang tergedik-gedik kepala sewel mintak Mak Tun masakkan Crème Brulee. Manalah orang tua tu reti nak masak mende alah tu. 


Ainul Mardhiah? Setiap kali dia keluar mesti ada video muka dia berkhutbah berjela-jela pasal kedegilan aku yang tidak mahu bertudung. Tak pun dia membebel depan semua cctv dalam rumah.
Diana tersenyum sinis. 

Adakah aku sudah mula menerima mereka semua? Tak.


Mereka seolah parasit yang cuba membunuh diri aku dalam diam kata papa. Jadi aku kena hapuskan mereka.
Papa cuma cakap macam tu sebab…


Dr Nizam tu kawan rapat papa. Dia yang bagi aku harapan yang aku akan sembuh. Mungkin sebab dia pandai kawal alter-alter dalam diri aku yang setiap masa cuba merampas masa dan tubuh aku. Dan akhirnya Dr Nizam berjaya menidurkan semua personaliti aku selama 4 tahun.
Ye masa tu barulah papa boleh lepas lelah menghantar aku ke Perth untuk sambung belajar. Itu pun pengawal peribadi berkampung keliling rumah sewa aku selama setahun!


Dan aku dengar Dr.Nizam jadi Professor di universiti tempatan. Tapi semua tu tak lama.
2 minggu lepas, semua personaliti dalam diri aku mula buat warm up. Bermula dengan Amber kemudian Ainul dan seterusnya Shasha. Tiara jarang keluar. Tapi entahlah.
Dulu sewaktu personaliti Tiara pertama kali keluar, 3 hari aku kena ikat kat katil besi kata Mak Tun. Orang tua tu lah yang bersusah payah melayan karenah Tiara.


Secara tak langsung aku kembali menjadi tahanan didalam villa sendiri. Papa cakap dia akan pujuk Dr.Nizam balik dan untuk sementara pembantu Dr. Nizam yang akan jaga aku.


Mamat  tu?


Aku nak tengok je sejauh mana dia boleh kawal personaliti-personaliti yang keluar.
Huh bila turn aku boleh keluar ni. Aku seolah terkunci didalam badan sendiri. Menanti waktu untuk melihat dunia.


Hakuna Matata,

Yaya Doe

No comments:

Post a Comment