Saturday, October 17, 2020

Chapter 11 : ALTER

Bab 11 : Si Puteri Hang Li Po






Akhirnya aku berjaya memujuk Amber untuk menyamar sebagai Diana. 


“Boleh pakai ke idea kau ni?”
“Eh ape ke gila aku kena pakai baju kurung?”
“Kalo kantoi aku sendiri yang akan humban kepala kau dalam lubang jamban! Kau dengar tak ni?”

Aku keluar dari bilik dan turun ke bawah. Tak mahu Mak Tun tertunggu-tunggu.
Encik Qais pun dah ada di ruang makan. Dia menoleh ke arah aku. Serius.


“Diana tak turun lagi? Dia macam mana okey tak?” Soalan Encik Qais buat jantung aku tiba-tiba rasa disentap. Sumpah bila aku tengok muka ketat dia serta-merta mulut gatal nak cakap yang dalam bilik tu sekarang bukan Diana tapi Amber!
Belum sempat aku buka mulut.


“Ehem.” Amber berdehem dari belakang.
Dia cuba untuk senyum macam Diana tapi nampak kekok.  Macam Dark Grim Reaper senyum masa nak seret nyawa manusia keluar dari badan.
“Cik Diana dah sihat? Nak saya sediakan apa-apa?” Mak Tun yang turut berada disebelah Encik Qais menegur.
“Sa..saya dah sihat.” Ish payah betul. Ni semua gara-gara kau la ni gigolo! Nak menyamar bagai, heh aku boleh hentak je kepala dua-dua anjing Tuan Fahmi ni sampai pengsan.
Aku hanya buat isyarat dengan mata, menyuruh Amber cepat-cepat duduk. Sebelum Encik Qais perasan apa-apa yang pelik.


“Kami semua risau sangat yang Cik Diana takkan muncul. Cik tentu lapar kan?” Mak Tun mengelus lembut rambut Diana. Bertambah risau apabila dia melihat muka Diana yang semakin cengkung.
Nak aje dia merentap tangan orang tua yang berani-berani menyentuhnya. Digigit bibir bawah. Menahan rasa marah. Kemudian dia duduk mengadap Adam yang tersenyum manis kearahnya.
Adam menghulurkan sepinggan bihun tomyam. Amber mengambil tanpa banyak soal.


Belum sempat Adam mengangkat tangan untuk baca doa, Amber dah mencekik.
“Sepanjang Cik Diana takde Adam yang sentiasa melayan kerenah mereka yang keluar. Untung betul Cik Diana. Semalam semasa Shasha pengsan semalam, Adam lah yang dukung bawa naik atas. Bertuah betul Cik Diana..Pot pet pot pet”
Mak Tun menuang teh susu kedalam cawan Adam. Adam telan air liur.
“Oh yeke. Untunglah Shasha.” Sarkastik.
Matanya tajam menikam. Diana tu..Diana ni. Eh menyampah lah telinga aku dengar. Bertuah kat celah mananya pompuan sial tu. Bentak Amber lalu kakinya menendang kaki Adam di bawah meja.
“Arghh.”
“Eh kenapa?”
“Err..kaki tersepit kat celah meja.”
“Ya Allah…macam-macam lah kamu ni.”
Mak Tun menggeleng dan kembali ke dapur meninggalkan aku dan Dian..er Amber.


“Kenapa kau dukung Shasha heh? Dia pun ada usha kau ke? Pompuan murahan tu memang nak kena! Tak habis-habis menggatal.” Suaranya yang keras cuba diperlahankan. Cemburu.
Garfu ditangan kiri disua tepat pada batang hidung Adam.
“Dia pengsan semalam, jadi saya bawak naik atas sebab Encik Qais suruh. Tu je. Dia tak ada buat pape pun.”
Gaya aku ni macam baru lepas ke tangkap curang dengan awek sendiri. Lepas tu yang aku beria bagi explaination kat minah ni dah kenapa? Dah isytihar awek kau ke? Seram.
Teringat peristiwa ketika di kelab malam, tanpa mengendahkan pertanyaan wanita tersebut dia secara tidak sengaja menjawab ya.
Kehadiran Encik Qais diikuti dengan lima orang bodyguards Tuan Fahmi diruang makan buat selera makan aku hilang serta-merta.
Amber yang turut sama menoleh, mengetap gigi.  Kalau boleh sekarang jugak aku nak belasah sekor-sekor yang kejar aku malam tu.
Pisau rambo dalam poket baju kurung di seluk. Berjaga-jaga.


“Cik Diana mahu saya arahkan mereka supaya berkawal pada siang hari jugak ke? Bukannya apa saya takut mereka yang keluar lepas ni buat masalah lagi terutamanya Amber.” Tanya Encik Qais.
Amber mengecilkan anak matanya.
“Pecat mereka semua.”
Adam Zuhair terbeliak, cucur udang rasa tersekat di saluran esofagus.
“Apa?”
“Ak..saya kata pecat mereka semua.”
Nada suaranya dikawal semula.
“Tapi kenapa Cik?”
“Sebab mereka! Amber terlepas malam tu. Saya tak perlukan bodyguards yang bod..hmm yang tak pandai buat kerja macam mereka.”
“Tapi Tuan Fahmi tentu akan marah kalau saya…”

“Dah cukup! Aku taknak dengar pasal orang tua bodoh tu lagi. Hei mana kunci kereta aku hah?”
Amber membentak, pisau rambo diacu kearah Qais.


“Amber.”
Encik Qais bagi isyarat mata kearah bodyguards Tuan Fahmi. Salah seorang mengeluarkan Electric Stun Gun.
Dah agak desis Encik Qais. Ni bukan kali pertama.
“Wowowo…saya rasa Cik Diana alami tekanan perasaan ni. Err…biasanya pesakit DID memang emosinya tak stabil sebab tu kelakuan dia pelik-pelik. Cik Diana kena tarik nafas dalam-dalam, meh sini pisau Amber tu saya simpan ek.” Dia cuba untuk redakan keadaan.
Adam menarik lengan baju Amber, cuba untuk mengambil pisau rambo. Amber merenung tajam kearah Qais.
 “Kereta Cik Amber dah saya jual.” Saja dia mengumpan.
“Oh shit!. Hoi lahanat siapa bagi kebenaran kau sentuh kereta aku hah?!” Amber berpaling dan merampas semula pisau rambo ditangan Adam.

Berlaku pergelutan antara aku dengan Amber dan aku berjaya merampas pisau ditangan kirinya. Tak sia-sia aku belajar silat rumah Tok Guru Salleh dari darjah lima sampai Tingkatan 3 dulu. Seorang bodyguard menerpa kearah Amber dari belakang sambil mengacukan Electric Stun Gun. 

Tanpa aku sedar badan aku menghayun laju memeluk Amber, cuba untuk melindungi pesakit aku sendiri daripada terkena renjatan electric. Shit apa aku dah buat ni. 

Akhirnya aku dan Amber pengsan di tengah ruang makan. 




Hakuna Matata,

Yaya Doe.

No comments:

Post a Comment