Thursday, August 4, 2016

Villa Ivory



CALON-CALON MENANTU PUAN SRI

Riuh seluruh kampung di sekitar Villa Puan Sri Safina apabila satu berita yang mengemparkan telah disebarkan oleh dua bibik kepoh Puan Sri iaitu Mariam dan Suraya. Puan Sri Safina sedang mencari bakal calon-calon menantu untuk anak sulungnya! Rayyan Zikri. 

Buat julung-julung kalinya tuan empunya Villa Ivory memberi peluang kepada orang asing untuk menjadi tetamunya tanpa mengira pangkat dan harta.

Tetapi dengan beberapa syarat. 

Pertama, mestilah perempuan Melayu tulen. Pondan, maknyah atau maknyah pre-op akan direject! Kedua, berumur lingkungan 18 hingga 25 sahaja dan masih anak dara. Hal ini kerana anak sulungnya, Muhammad Rayyan Zikri masih belum menyambut hari jadinya yang ke-25 dan Puan Sri masih lagi berfikiran konservatif jadi peserta berumur 25 keatas (andartu/janda/janda meletop) akan direject tanpa belas kasihan! Syarat ketiga, para calon mesti tinggal di dalam Villa Ivory selama satu bulan dan tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran Puan Sri. Syarat keempat, calon mestilah cekap melakukan kerja rumah dan mempunyai personaliti yang menarik. 

Dan syarat terakhir, calon-calon mestilah menambat hati anak sulung Puan Sri bagi memenangi pertandingan ini!

Emira Hafilza - Cikgu bahasa Melayu termuda yang mengajar di sekolah. Merupakn guru penasihat kelab debat sekolah yang sentiasa bersemangat waja dan taknak kalah. Beliau sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan bagi menyahut cabaran Pengetua. Sekiranya Rayyan Zikri menjadi suaminya dengan serta-merta jawatan Pengerusi PIBG disandang oleh bakal suaminya.

Hani Zulaikha. Anak dara tersohor di daerah di situ. Terkenal disebabkan oleh kecantikkan aslinya setaraf Tun Teja. Pernah di lamar oleh anak pak menteri namun ditolak mentah-mentah kerana ayahnya merupakan orang kuat parti pembangkang.

Aida Tuah- Usahawan kosmetik termuda di dalam kampung dan produk sabun ‘Ploles’ nya laris keras disebabkan oleh berkebun-kebun tebu manis dipacak  di hujung bibir. Riuh sekampung di canang bahawa sabun ‘Ploles’ tersebut merupakan rahsia kecantikan kulit flawlessnya sejak tadika lagi. Walhal  ibunya, Makndak Ismi mempunyai bekas suami yang darah kacukan Arab-Parsi iaitu bapa kandung Aida sebelum menikah lagi sekali.

Dan calon terakhir ialah...

Lydia Ros- Siapa dia ni? Apa kelayakan dia? Sejauh mana kecantikannya? Dia ni siapa sebenarnya???! Seluruh kampung terdiam bisu.

Tiba-tiba Kak Long mencelah.
“ Lydia Ros tu Edi.” Satu kampung tercengang. Keadaan sepi seketika sebelum disambut oleh gelak ketawa makcik-makcik kepoh yang diketuai oleh Makcik  Karomah, janda meletop dalam kampung. Tak puas hati lettew sebab anak dara dia, Saodah Che Mat di reject oleh Puan Sri sebab mempunyai banyak skandal dengan abang-abang motor kampung sebelah.

Lydia Ros. Gadis lepasan ipta yang sedang melangut di warung kopi kakak iparnya sementara menunggu panggilan kerja. Atau nama glemernya Edi. Mukanya pucat, kusam,lemau,kosong tanpa secalit make up. Hanya tudung bawal hitam selempang di bahu serta motosikal EX5 arwah abah menjadi temannya. Semua kerja dia buat bagi mencari duit bagi menampung hidup.

“Ros kat celah mana? Macam bunga tahi ayam aje.” Edi kat belakang dapur warung nyaris mencarut sambil tangan yang pegang sudip di acah-acah gaya menunjal mulut celupar Makcik Karomah.

Muhammad Rayyan Zikri- Anak sulung Puan Sri yang baru pulang dari oversea. Khabar angin mengatakan bahawa Rayyan bakal mengambil alih syarikat kerana Puan Sri ingin bersara dan bakal mewarisi separuh harta Puan Sri yang dikatakan makan 7 keturunan pun tak luak. 
Oleh sebab itu, seluruh anak-anak dara kampung tak senang duduk tak tidur malam apabila berita Puan Sri sedang mencari menantu untuk Rayyan tersebar luas. 
Ditambah pula mulut kepoh Mariam yang tak habis-habis memuji  peribadi Rayyan Zikri yang dikatakan terlalu perfect melebihi Encik Perfect 10!  Suraya di sebelahnya hanya mampu mengangguk kepala.





 Hakuna Matata,
Yaya Doe



No comments:

Post a Comment