Monday, December 28, 2015

ALTER (SINOPSIS)


Sinopsis

Aku bukan puteri raja yang sering menemani mimpi malammu tapi aku tak ubah seperti makhluk jadian  yang perlu dikurung dan disisih dari dunia luar.

Kau pernah dengar penyakit DID? Tak pernah? Dah pi google sekarang!
Kerana aku penghidapnya!

Tanpa kira masa dan tempat ‘mereka’ akan muncul. Amber Si Kaki Nightclub. Ainul Mardhiah Pejuang Muslimah Terkini. Shasha pula mengaku dirinya setaraf dengan adik-beradik Kardashians. Akhir sekali Tiara, wanita berumur pertengahan yang dikatakan terperangkap di dalam tahun 90-an, sering meraung dan bercakap seorang diri.

“Oh shit! Hoi celaka siapa bagi kebenaran kau sentuh kereta aku hah?!” – Amber

“Mak Tun, ana kat bawah meja ni. Cepat selamatkan keaiban ana. Allahu akhbar!” – Ainul Mardhiah

“You!! I tak boleh makan lauk-lauk kampung macam ni.  Nanti kulit I keluar jerawat, jeragat dan bintik-bintik merah.” – Shasha

“Bagi balik pisau tu aku nak kelar leher orang yang dah bunuh anak aku!” Pekik Tiara.

‘Mereka’ semua telah terperangkap didalam badan aku.
Seperti Puteri Fiona yang dikurung oleh Ayahandanya sendiri disebabkan sumpahan yang menyebabkan dirinya bertukar menjadi hodoh pada malam hari, begitu juga seperti nasib aku. Namun sekurangnya Puteri Fiona hanya perlukan ciuman sejati untuk menghapuskan sumpahannya.
Aku? Nak cium siapa?




 Teng.teng.teng *ketuk tin besi biskut hupseng.

Well bukan nak acah pyscho ke hape tapi cabar diri sendiri. Lagi satu terpengaruh dengan drama Hyde,Jekyll,Me dengan Kill Me,Heal Me. Tapi ni versi tanah melayu punya kepala jadi tukang karang.Kbai






No comments:

Post a Comment