Saturday, December 31, 2011

On the last day of 2011

Assalamualaikum :B...harini 31 Dec 2011 hari terakhir dalam tahun 2011 pada pukul 11.60 malam nanti kita akan masuk ke alam 2012. Ntah siapa yang bikin lawak kalau sesiapa yang masuk toilet pada 31 Dec pada pukul  11.59 mlm bila dia keluar dia akan masuk ke masa hadapan.lol yeah aku tau tak lawak =o='

Hari nim ramai blogger yang duk sokseksoksek update blog, kalau on9 facebook bertimbun-timbun blue link facebookers yang duk promote suruh follow blog comel mereka buat kali terakhir 2011~heeee
Banyak aku nak cerita nim almaklum dah nak masuk form4 seminggu orientasi tak belajar fuhh memang best tapi bengang ah derr asyik dengar cikgi-cikgi kaunseling duk berceramah tak sudah-sudah sampai terlupa waktu rehat. Nasib baik de bebudak bajetstar meng'sound kalau nak tunggu yang bajetskema sound alamaknya...sekian terima kaseh!oke slow down derr




Aku rasa demam OMBAK RINDU dah surut kot entah lha malas bercampur menyampah jugak aku baca status sensorang yang duk kecoh-kecoh pasal cerita tuih...Mula-mula aku pun bersemangat gilerr nak tengok OR tapi takde lha macam someone tuh, sanggup pi Mesra Mall sebab KT takde cinema last2 terpengom terbengom depan kaunter tiket sebab tiket OR SOLD OUT! kihkihkihkih

Takde la sedeh sangat sampai mengalirkan air mate dara aku nim. Sedikit bengang dengan jalan cerita yang agak laju macam nak kejar masa takde konflik and straight to the point,yeah mula2 aku layan jah. Tak payah nak menyumpah seranah depan tv sebab cerita tak sama dengan yang dalam novel derr nasib baik mama aku diam jah seolah-olah menghayati cerita... ye aku tipu,mak aku buat muke tak puas hati tapi ape boleh buat diam aje lha hihihi  :p
Tapi mama aku cakap muvee okeh sikit sebab dia selitkan permandangan kat laut yang berombak-ombak nama pun OMBAK RINDU dalam novel mana ada scene kat pantai almaklum Izzah kena kurung dekat tengah-tengah kota metropolitan, ombak apekemende nya sygs oii?
Tapi aku suka komen budak lelaki ni tentang OR dalam facebook  

 "Aku tak tau part mana yang org cakap sedih tahap gaban sampaikan kalau air mata lu tak keluar memang lu keras hati? wthell?! HAHA. Part 18sx tuih banyak lha sebab tu budak perempuan suka sgt tengok kot sampai menangis meleleh hingus sakan"

Amacam okeyh tak? yeah pedas nak mampus komen dia, HAHA. Tapi okelah brader semua orang ada kebebasan untuk bersuara samada suke atau tidak. Tutup cerita pasal OMBAK RINDU muvee tu dah nak basi, meh kita layan drama BICARA HATI  di Astro Prima bermula 3 Jan pulak yang juga di adaptasi  daripada novel karya DAMYA HANNA yang memang syokk gilerr!

 New Cover of Bicara Hati
  Old Cover of Bicara Hati

Sinopsis Bicara Hati :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?


Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Syarhan dan Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka) sebagai Zahlia ! Cinta kontrak memang best derr apa lagi Marsha Londoh yang jadi Si Linda Jahat...kihkihkih

 Senarai Pelakon Bicara Hati
Tengke Syahran – Sharnaaz Ahmad
Zahlia – Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)
Razif -Josiah Hogan
Linda – Marsha Londoh
Fatimah – Abby Nazri
Adli – Lash Mokhtar
Tg Badariah – Azizah Mahzan
Bapak Tg Syah – Zaidi Omar
Raja Khalidah (mak Zahlia) – Zarina Zainuddin
Faizal – Dazrin
Tg Hakimie – Syahriman
Tg Murni (anak Kimie) – Aqish
Pn Azizah – Mislina

Fuhhh...banyak pulak aku mengkerepek ikut aku lha aku punyer belog Kita tengok pulak gimana alkisah BH malas nk kompelin lebih-lebih. Semoga best daripada NORA ELENA & OMBAK RINDU. Habis sudah last but not least babai 2011 and hellohello 2012!

Kepada semua Pengarah Filem: peliss meng'muvee kan novel ANDAI ITU TAKDIRNYA pulak yer Tuan Direktor! mengharap sesangat >.<!

No comments:

Post a Comment