Thursday, August 14, 2025

Japan Travelog - Nara

 

Hi people,


Hari ke 3 kami di Osaka, today we planned to visit Nara. Our JR mini pass expires today, so intinerary I masukkan Nara and Kobe on our third day. Kobe punya cerita I akan letak dalam next entry. Semalam kepenatan so masing-masing lena tidur dan my parents yang paling awal terjaga. Gilir-gilir mandi dan solat, mama masakkan simple breakfast. Around 7.30am kami dah tercegat depan station bersama warga local. Kami berhimpit ye dalam train, tapi seronok je melihat karenah mereka.HAHA


Happy sebab dah faham sikit cara nak bezakan train-train. Dari Imamiya St ambil train Yamatoji Line (Hijau) di platform satu dan follow arahan google maps.HAHA Train stop di Tennoji St dan takperlu turun kerana ia bertukar ke Yamatoji-Rapid Nara.

Hello Kitty Shinkansen was not included in our JR mini pass. JR Haruka Limited express train kena booked tix awal, masa pun jimat sebab train tak banyak berhenti dekat semua station.


Kami sampai di Nara Station pada pukul 9 pagi, sebelum keluar gate I nampak stamp section di area pintu besar. Hari ketiga baru mata melilau cari stamp section, sebelum ni stress aje nak pahamkan laluan train sampai tak sempat collect stamp. Dari JR Nara station just follow signage ke bus stop. Ada banyak city bus yang boleh bawa tourists berjalan di area Nara, untuk ke Nara Deer Park we took Nara loop bus number 2 and swipe ICOCA card - 210yen. Perjalanan ambil masa 10minit dan bus turunkan kami di bus stop depan Himuro temple. 

Sekumpulan rusa berkeliaran disekitar Nara Park, kami dah excited nak beli makanan rusa (shika senbei). Harga deer cracker 200yen untuk 4pcs. Kebanyakan rusa sudah dipotong tanduk bagi tujuan keselamatan, tersilap bergurau disondol karang.



Awal pagi rusa-rusa tengah kelaparan, tak menang tangan nak bagi makan. Diorang bijak tau, nampak je tourists bayar dekat kiosk crackers terus diserbu. Situasi tourists terjerit-jerit ketakutan terjadi disekitar kami. Kami pun ikut sama terjerit.


Sempat beli 2 ketoi besar keledek dengan makcik jepun. Sedap dan manis keledek bakar. Terpaksa makan sorok-sorok sebab rusa-rusa ni akan aim sesiapa yang tengah pegang makanan.


Area Nara Park menghala ke temple ada deretan kedai yang menjual souvenirs. Harga lagi murah dari Kyoto dan Osaka. Adik-adik I ni semua kedai la diorang nak masuk.


Pintu gerbang masuk ke Todaiji Temple. Todaiji temple merupakan salah satu rumah ibadah tertua di Nara dan terdapat beberapa patung kayu buddha bersaiz gergasi yang dibina sejak 1000 tahun yang lalu. Ia dipilih sebagai Unesco world heritage site dan tiket masuk berharga rm25 (boleh beli di Klook apps).


Freely roaming deer around Nara Park. Sempat berposing bersama cik rusa yang jinak. Rusa diangkat sebagai simbol dewa yang menjaga keselamatan Nara, sebab itu populasi rusa semakin banyak berkeliaran disekeliling Nara dan dijaga oleh government/local. Para pemandu juga harus berhati-hati ketika memandu kerana rusa sering melintas jalan.


Rusa-rusa akan tunduk untuk meminta makanan dari para pelancong. Ia bersesuaian dengan adat jepun yang akan tunduk ketika berinteraksi, its a sign of respect and gratitude.




The deer too friendly with us, masa ni lapar tau so mama bagi kami biskut oat dan rusa datang juga nak makan.  Eee, too cute. Nara Park is so peaceful with fearless deer roaming around us. I missed this place,  kalau datang Osaka wajib singgah sini. Tak sempat ke Nakatanidou untuk beli mochi viral nara.
Kami berjalan-jalan disekitar Nara park selama 2 hours, and around 12pm we took the city bus back to JR Nara Station. 

With love.

Yaya doe


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.