Monday, August 25, 2025

Japan Travelog - Kobe


Hi people,

From Nara we took JR train (Kansai Line sub rapid Osaka) to Osaka Station. Turun di Osaka Station and we had to catch another train Tokaido-Sanyo Line (special rapid) to Kobe city. Perjalanan dari Nara city ke Kobe city mengambil masa 1 jam 45 mins. Kobe City terkenal sebagai bandar pelabuhan dari abad ke 19th dan menjadi pusat foreign trade pada tahun 1868. Kobe beef juga terkenal sebagai daging wagyu terbaik di Jepun.

Our destination was the Kobe Mosque, so we get off at Sannomiya station. Dalam maps kena jalan kaki for 15mins (900meter), di Kobe pun ada city loop bus tapi I tak sure bas number berapa yang lalu depan mosque bcos maps tak ada bagi info. 

Before solat, we decided to have lunch at a halal restaurant near the mosque. Ada a few halal shops around the area, we choose to dine in at Naan Inn. Naan Inn is a pakistani/indian restaurant and popular dining spot for muslim.

Kami sampai pukul 2pm, ada satu group from indonesia yang baru lepas order makanan. Disebabkan kelaparan dan rindu nak makan nasi kami order banyak dan harga per plate 1300yen. We ordered our food, which was garlic cheese naan, mutton biryani, chicken biryani, curry masala, and lassi juice. But the service is slow, not recommended if you guys tak sabar. Once our food sampai, tak sempat ambil gambar bcos semua melantak macam 2 hari tak makan. The food is good, but the service is so slow. Others local Japanese lagi laju serve the food compared to this shop.

Lepas dah kenyang, kami terus ke Kobe Mosque untuk solat jamak. Senibina Masjid Kobe bercirikan negara turki dan mempunyai tiga tingkat.

Kobe Mosque dibina pada tahun 1935, merupakan masjid pertama dan tertua di Jepun. It is located at Kitano district and serve as the center of muslim community. Masjid Kobe terselamat daripada 2 tragedi besar iaitu pengeboman perang dunia kedua dan gempa bumi Hanshin pada tahun 1995. Subhanallah.



Keadaan di ruangan solat lelaki. Di tingkat atas pula ruangan solat wanita. Sangat selesa walaupun size masjid tidak terlalu besar. 


Selesai solat kami bergerak ke Kobe Center Plaza untuk shopping. Jarak cuma 750m dari Masjid Kobe, kami berjalan santai sambil usha pokok-pokok bunga disepanjang jalan. Dekat Kobe ada banyak manhole cover yang pelbagai simbol dan corak.



Kobe Center Plaza ada banyak kedai dan tak sesak. Sempat masuk makeup store untuk topup my makeup dan mama beli skincare for herself. 



Book off store ni ada banyak branch di jepun. Ada pelbagai barangan terpakai CDs, video games, electronics dan komik anime. Adik-adik I lepak dalam ni sementara I masuk kedai makeup. Tapi diorg lagi lama okay sampai I pula bosan sebab ni bukan dunia I. HAHA.


Onitsuka Tiger shop di Kobe tak sesak seperti di Dotonburi. Selesai berjalan cuci mata around 5pm kami pun pulang ke Osaka city, train kali ni limited express train (Special Rapid Yasu). Kami dapat naik setelah officer nampak our JR mini pass, kalau tak kena tambah lagi 1000yen sorang. Semua puas hati sebab katanya pass ni boleh naik pelbagai jenis train. Dari Osaka Station kami berkejar untuk naik train JR Osaka loop line diwaktu orang balik kerja. Sesak dia makngaii I nyaris tak dapat keluar dari train sebab yang nak masuk ramai sangat.




With love.

Yaya doe



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.