Monday, August 30, 2021

CHAPTER 6 : ALTER

 Bab 6 : Si Puteri Tidur


“Astaghfirullah, Ya Allah kau ampunkan dosaku disebabkan kejahilan si Diana ni. Dah besar-besar tak reti nak tutup aurat.” Bebel Ainul Mardhiah. Tangannya lentik membetulkan tudungnya yang labuh dihadapan cermin di ruang makan.

Dia menarik kerusi makan kearah cctv di hujung sudut. Lalu berdiri sambil bercekak pinggang.

“Hei Diana! Ni entah kali keberapa perkara sama terjadi kat ana! Enti ingat ana nak sangat menumpang kasih dalam badan enti ni? Jangan lepas ni ana gam tudung saji pulak atas rambut enti, baru padam muka semua.” Tangannya dilayang-layangkan kearah cctv.

Aku menyorok di sebalik dinding. Adam menutup mulut menahan ketawa.

Okey dia sekarang Ainul Mardhiah. Pesan Qais, jangan tersalah panggil nama, kebanyakan personaliti yang keluar tak suka sekiranya mereka dipanggil nama alter dominan iaitu Diana.

“Ehem…anta tak malu ke skodeng ana.” Hampir melatah aku tiba-tiba pompuan ni tercegat depan aku.

“Eh mana ada.”

Ainul Mardhiah mengecilkan matanya.

“Takpa ana faham naluri seorang insan yang bernama lelaki memang suka melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tapi jarang biasanya ada orang luar yang berani datang rumah ni, anta ni siapa ye? Ana Ainul Mardhiah.” Matanya bulat memandang aku. Malu pulak.

“Saya Adam Zuhair, pengganti Dr.Nizam, psikitiari peribadi Cik Ainul buat sementara waktu.” Mungkin ni langkah pertama aku.

Ainul mengundur setapak kebelakang. Air mukanya cuak.

“Anta pun nak hapuskan ana macam Dr tu buat dulu? Tolonglah ana dah lama tak keluar, ana pun nak rasa hidup di atas dunia ni” Rayu Ainul.

Kesian pulak aku tengok. Dah la comel. Astaghfirullah, dia pesakit kau Adam, secara fizikalnya dia tak wujud pun.

“Saya tak ada skill pun nak diagnosis Cik Ainul. Anggap saja saya sebagai kawan…ye kawan. Cik Ainul mesti tak ada kawan kan?”

Tiba-tiba mukanya kembali ceria. Dia mengangguk.

Aku masih lagi tak dapat matlumat sepenuhnya pasal Ainul Mardhiah. Kata Qais, aku terpaksa tunggu sehingga Diana sedar kembali kerana Diana lebih mengenali semua alter (personaliti) dalam dirinya.

“Jom.”

“Pergi mana?”

“Pi masjid. Kan dah nak masuk waktu Zohor.” Balasnya girang.

Cik Diana dan semua personalitinya tak boleh keluar dari rumah buat sementara waktu, sehinggalah aku dapat mengawalnya. Maknanya aku pun akan terkurung dalam ni.

“Tapi kita tak boleh keluar.”

“Ana nak pergi masjid bukannya nak pergi clubbing macam Amber. Tu pun tak boleh?.”

“Ainul kita bukan tak…”

“Ya Allah, apa nak jadi dengan dunia akhir zaman sekarang. Umat Islam di Gaza perlukan doa-doa kita sebagai pelindung mereka. Kalau bukan kita saudara mereka siapa lagi nak tolong mereka. Kau ampunkanlah dosa-dosa hambamu yang jahil ini. Allahu Akhbar!” Becok mulutnya menyambung syarahan. Tangannya melayang-layang diudara.

“Ainul Mardhiah!” Aku menarik nafas

“Er ya?”

“Kita solat kat rumah hari ni. Saya jadi imam”. Uuuu ayat.

 

Seusai saja aku meng’aminkan doa, aku berpaling kebelakang.

Dia memandangku atas bawah.

“Awak okey?” Dia bertanya. Sah Diana. Terus dia meluru kearah aku. Membelek kedua-dua belah pipi aku. Mostly buku-buku tadi jatuh atas muka aku.

Batal air sembahyang aku.

“Er, Cik Diana saya okey.” Diana melepaskan bahu aku. Akward duhh.

“Jadi awak dah jumpa Ainul Mardhiah. How is she?” Diana menilik kain telekung yang dipakainya. Diana menanggalkan tudung disebalik kain telekung.

“Dia okey.” Ye okay. Aku tak nak judge alter yang baru aku kenal. Dan aku tak nak judge pesakit aku.

“Dr.Nizam ada bagitau saya dia akan hantar pembantu dia untuk sementara waktu, so it is you. So how long you can take to get rid of her, Oh I mean all of them?” Soalan Diana yang seolah-olah berharap buat aku terdiam sejenak.

Aku rasa Tuan Fahmi tak bagitau dia lagi yang Prof Nizam dah mati. Mungkin tidak mahu anaknya berputus asa.

Aku tak sempat pun jumpa Prof, tetiba dia cakap Prof yang hantar aku. Macam ada sesuatu yang tak kena.

“Boleh saya tau ada berapa personaliti yang pernah keluar?” Soalan Diana aku balas dengan soalan.

“Oh sure, apa kata kita bincang dalam pejabat saya. By the way, saya Tuan Nur Diana Sofia bt Tuan Fahmi, pesakit DID Encik err?”

“Adam…Adam Zuhair. Panggil je Adam. Psikitiari sementara Cik Diana.” Aku tersenyum.


No comments:

Post a Comment