Wednesday, November 5, 2014

16 September


Aku Kyla tapi kalau nak tau nama melayu aku, Nur Khalis. Ahh, dah lama aku tak dengar nama tu semenjak kali terakhir aku menatap wajah arwah ibuku sewaktu berumur 6 tahun dan sekarang aku sudah berumur 20 tahun. Selepas itu papa menghantarku untuk tinggal bersama nenek di kampung. 

Eh kejap tentu korang terbayangkan kampung bersawah hijau setenang camar yang terbang atau pun kampung ditepian Laut China Selatan yang bayunya meresap sehingga tulang hitam. Maaf kerana tekaan anda salah.

Papa telah menghantarku ke kampung kecil di Peggy's Cova, Canada! Iye mula-mula pun aku ingat papa buat lawak game supernovva yang aku selalu main dengan Dora (anak jiran sebelah) rupanya tidak. Aku pun tak tahu tempat tu ada tercatat dalam peta dunia ke tidak.

Nenekku, Grandma Sierra merupakan penterjemah bahasa Old Hebrew. Bahasa kuno purba yang telah menjadi bahasa komunikasi berabad-abad yang lalu. Kata nenek, tidak sampai 10 orang dalam dunia ni yang fasih dalam menterjemah aksara-aksara Old Hebrew. Nenek nak berlagak la tu.

Selepas menghantarku kesana papa menghilang melarikan diri. Aku pun tak tahu dia dimana sekarang.

 Bahasa Melayu aku? 

Jangan risau setakat berjual beli pantun mampu lagi aku balas hasil jualan. Ni semua berkat usaha ibu angkat aku Puan Ros Arifah dengan anak tunggalnya, Hairin yang tak putus-putus membebel agar aku tak lupa asal usul. Puan Ros Arifah merupakan bekas anak murid  Grandma Sierra dan sekarang menjadi pensyarah bahasa Latin di Islamic Institude of Toronto.

“Kyla! Bukak pintu ni, kau jangan nak buat hal” Hairin menjerit dari luar. Dengan malas aku mengangkat punggung dari kerusi meja solek. Pintu dibuka dari dalam.

“Ada apa Harry?” Nama manja dia sebenarnya. Hairin mencebik. 

“Mummy cakap kau nak batalkan penerbangan ke Malaysia ada betul ke macha?” Rojak mempelam cicah asam boi punye adik angkat. Kyla memuncungkan bibir.

“Isk mummy ni tak boleh simpan rahsia la” Badan dihayunkan kearah katil bercorak Rilakuma.

Hairin menyandar badan di pintu bilik, menanti jawapan.

“So, are you going or not sweetheart?” Hairin cuba memujuk.

“No and never!” Balas Kyla tegas. Kalau boleh dia tak mahu jejak ke situ lagi biarpun rakan-rakannya mempersoalkan kewarganegaraan dirinya. Thailand ke? Filipina ke? Hawaii ke? Madagascar agaknye aku ni. Anak pelarian.

“Kau cakap nak jumpa keluarga arwah ibu kat sana dan ermm…papa kau”

“Papa, huh. Selama ni ada dia ingat kat aku? Tanya khabar aku? Entah-entah aku ni anak luar nikah agaknya sebab tu dia buang aku kat sini lepas mak aku mati” Nafasnya turun naik menahan bara yang tak pernah terpadam sejak 13 tahun yang lalu.

2 minggu lepas surat dari Malaysia sampai di rumah mummy. Nasib baik aku ada kat sana masa tu, cepat-cepat aku sorokkan surat tersebut tanpa membacanya dulu. Akhirnya mummy jumpa jugak masa dia mengemas bilik aku. Mau bergelen air liur aku telan nak jawab soalan mummy.

Malam tu akhirnya terungkai isi kandungan surat. Surat guaman untuk pembahagian harta pusaka arwah ibu jadi dia sebagai salah seorang waris tunggal haruslah pulang kesana untuk pembacaan wasiat. Hatinya berbolak balik untuk pulang, yer aku kena balik kesana untuk mencari pembunuh ibu.

 Pembunuh yang telah menghuru-harakan hidupnya sehinggakan dirinya tercampak disini. Grandma Sierra hanya diam seribu apabila sejarah hidupnya dipertikaikan. Tapi sebulan yang lepas aku terjumpa sesuatu yang aneh dalam bilik bawah tanah dirumah nenek. Ia sebuah kotak music kayu yang disorokkan didalam laci perabot yang sudah usang.

Kotak dibuka. Terselit kertas yang dilipat dicelah roda not music.

‘Aku yakin dia akan datang untuk membunuhku’

Siapa? Bisikku. Di tepi kotak kayu jelas tertoreh nama Khalisa Gibran. Tiba-tiba tanganku menggeletar seolah-olah ada satu bisikan ditelingaku.

“Tolong saya, tolong…”

“Kyla!” Jeritan nenek dimuka pintu seolah-olah menyedarkan aku yang sudah pucat. Aku berpaling kearah Grandma Sierra dengan wajah bingung. Grandma Sirra sudah tak keruan, rahsia yang dipegang harus diikat mati didalam hatinya, dia masih belum bersedia,detik Grandma Sierra.

“Si..apa bu..nuh ibu?”

“Grandma tak tahu” balasnya sebelum memeluk tubuh anak gadis yang kian meningkat remaja.


AKU memeluk tubuh gempal Grandma Sierra. Mummy disebelah sudah berderai airmata sewaktu aku tersenyum kearahnya. Aku kena kuatkan diri sendiri untuk berdepan dengan halangan dan pesan Grandma Sierra jangan percaya kepada sesiapa pun. Aku tak tahu kenapa nenek berpesan begitu.

“Doakan Kyla ye mummy, bila semua dah selesai Kyla akan balik” Bisikku sewaktu mummy memelukku. Hairin cuba tahan daripada menangis. Aku menarik beanie dikepalanya macam gaya ala-ala menyekeh manja.

“Don’t cry baby boo, you look like mustard Harry” Gurau Kyla. Cuba untuk ceriakan suasana.

“Take care of yourself, don’t forget to call me at least twice a week”

“I will. Okay I’ve to go now. Bye see ya” Aku melambaikan tangan dan tangan kiri mennghayunkan bagasi beroda tanpa menoleh kebelakang. Ya Allah aku tak mampu melihat wajah mereka, mungkin aku akan pulang kembali atau mungkin tidak. Hanya Allah yang tahu kesudahanya.

Aku mengambil tempat dudukku disebelah tingkap pesawat dan aku cuma berharap tiada siapa yang mengambil tempat disebelahku. Mataku fokus memandang setiap baris ayat The Murder As A Fine Art yang baru separuh dibaca. Namun semuanya tidak dapat dihadam oleh otak seolah-olah ada perkara yang lebih menarik selain karya penulisan David Morre itu.

Surat guaman didalam poket letterman jacket dibawa keluar. 

'16 September'. 

Bisikku sebelum menjeling kearah jam tanganku. 31 Ogos. Aku ada masa enam belas hari untuk merungkai misteri hidupku sebelum pembacaan wasiat dilakukan di pejabat peguam keluarga Tuan Gibran, Mr Bernard Wang. 

Tapi apa yang bermain dimindaku sekarang kenapa ia tidak dibacakan di Rumah Agam Gibran?.

“Hey, do you want some nuts? Oh my name is Arian” Sampuk lelaki disebelahku sambil menghulurkan 
sepaket Sweet Chilli Peanut. Cuba untuk meulakan perbualan.

Aku seolah-olah tersentak.Entah bila kerusi disebelahku diisi olehnya. Dari sekali tekaan aku dia mungkin berumur dalam lingkungan 20 an. Tapi dari sekilas pandanganku agak susah untuk aku meneka dia berasal dari mana. Rambut coklat pekat stail Danial Henney ditambah dengan t-shirt berkolar polo.

“Er..no thanks”. Aku cepat-cepat memalingkan wajah ke arah tingkap pesawat, malas untuk memanjangkan lagi perbualan. ‘Lantak aa nak fikir aku sombong ke apa’

“So, you’re on vacation or what?”. Aku menghela nafas perlahan. Baseball cap dikepala dilurut sedikit ke bawah, seolah-olah tidak mahu bertentang mata dengan orang disebelahnya.

“Jangan jaga tepi kain orang” Balasku dengan nada yang dingin.Aku yakin dia memang langsung tak faham bahasa melayu memandangkan dia seperti tercengang mendengar setiap patah perkataan yang laju keluar dari mulutku.

“Oh, okay I takkan jaga tepi kain you, but where’s the ‘kain’?” Balas Arian selamba sambil matanya melirik kearah skinny jeans aku. 

Ek eleh minah ni, baru jejak kaki kat luar negara dah nak berlagak, balik Malaysia. Kejutan budaya la tu. Arian menarik earpiece ke telinga kirinya sambil menyilangkan kaki. Mata ditutup rapat. Tangan kanannya masih rancak melontarkan sweet chilli peanut satu persatu kedalam mulut.

‘Heiya, you and your’s peanut are totally driving me nuts!’

Kuranghajaq. Aku menggigit bibir bawah. Tak kuasa aku nak layan. 12 jam seterusnya diisi dengan hal masing-masing.






 Bab 2

Sebaik sahaja keluar daripada pintu imegresen, dia terpaku apabila melihat salah seorang memegang cardboard yang tertulis namanya.

“Cik ni Nur Khalis bt Khairi?” Tegur gadis kecil molek berbaju kurung moden yang bernama Naira. Cantik. Patutla Jackson sanggup convert masuk Islam, desis Kyla

“Hurmm, ye” Balas Kyla.

“Ni kunci loker 5632, semua yang cik mintak semua dah disediakan oleh Encik Jackson.” Naira menghulurkan kunci perak, cepat-cepat diambil lalu dimasukkan kedalam poket belakang.

“Send my regards to him, and please tell Mr Jackson, do not tell anyone about me.” Naira mengangguk.

Bagasi diheret kearah deretan loker di KLIA. Matanya meliar mencari loker bernombor 5632, lalu tangannya pantas memasukkan anak kunci kedalamnya. Sebuah buku nota sebesar separuh kertas A4 diambil dan dimasukkan kedalam messanger bag yang menyilang dibahunya.

Baru saja dia berpaling kebelakang tiga orang lelaki berpakaian lengkap mengerumuninya.

“Cik Khalisa, tolong ikut kami sekarang.” Kedua belah tangan di pegang erat oleh kedua-dua pembantunya.

“Hei lepas lah, siapa yang hantar kau semua hah?”

“Kami hanya dapat arahan untuk mengiringi Cik Khalis ke tempat penginapan. Shall we?"

“Hei kau ingat aku tak tahu ke yang korang semua anjing dia? Tolong! Tolong mereka nak cabul saya” Pekik Kyla, cuba untuk menarik perhatian orang ramai. Secara refleks salah seorang dari mereka menutup mulutku. 

“Boss, macam mana ni? Perempuan ni buat hal” Aku cuba meronta-ronta. Tiba-tiba satu tumbukan hinggap pada pipi lelaki berkot hitam disebelah kiri aku.

“Mamat kacang tanah?”

“Eh, Hai?” Satu lagi tumbukan dituju ke perut lelaki disebelah kananku dan dengan sekali hayung flying kick tersadai ketiga-tiga. Arian menarik tanganku yang masih kebingungan. Drama apakah?

“Tunggu apa lagi, kejar mereka bodoh” Pekik salah seorang dari mereka, aku rasa dialah ketua dalam misi menangkapku.

“Tuan, Cik Khalisa terlepas. Tuan Muda Arian tiba-tiba menyerang kami” Ucap lelaki itu ketika panggilan disambungkan kepada kliennya.

Aku hanya mengikut langkah Arian tapi dalam kepala senak memikirkan cara untuk aku terlepas darinya. Kegilaan apakah ini, kalau ingat nak jadi hero dalam cerita aku boleh angkat kaki sebab aku takde masa nak fikir semua tu, desis diriku.

Sebaik sahaja sampai di pintu utama KLIA, Arian menahan sebuah teksi dan aku mengambil kesempatan untuk menolaknya. Lantas aku meloloskan diri kedalam perut teksi dan meninggalkannya. Dari jauh aku lihat air mukanya yang tercengang untuk kali kedua.

Aku melepaskan keluhan lega. Baru saja menjejakkan kaki di tanah melayu dah berlari keliling KLIA melarikan diri. Betullah kata nenek aku tak boleh percayakan sesiapa pun buat masa ni. Tentu mereka semua merancang untuk membunuhku sebelum pembacaan wasiat dilakukan
.
Deheman pemandu teksi menyedarkan aku. Dia bertanya kemana aku nak pergi, tiba-tiba aku teringat alamat yang tertera didalam mesej yang dihantar oleh Jackson sebelum dia terbang ke Shanghai 2 hari lepas.

“Pakcik tahu tak alamat ni?” Aku menayangkan skrin telefon pintar kearah pemandu teksi. Reaksi terkejut diraut wajahnya cuba untuk disorokkan.

“Ehem, alamat ni agak jauh dari sini lagipun kawasan tu dilereng bukit” Jawab pemandu teksi dengan teragak-agak.

“Saya sanggup bayar berapa sahaja”. Aku mengeluarkan 6 keping not seratus  lalu dihulurkan kepadanya.

“Tak cukup ke?”

Nampaknya pakcik tersebut setuju seusai sahaja dia mengambil kepingan-kepingan not tersebut. Aku mengeluarkan buku nota yang diberikan oleh Jackson dari messenger bag dan baru aku perasan yang aku tertinggal bagasiku ketika menolak mamat kacang tanah tadi. Nasib baik semua dokumen peribadi termasuk passport masih ada bersama.

Helaian pertama diselak, aku cuba untuk memahami tulisan Jackson.
.
Tiba-tiba mataku terasa berat, aku mengambil peluang untuk merehatkan mataku memandangkan jauh lagi perjalanan.

-To be continue.( Kalo rajin laa) 

Hakuna Matata,
Yaya Doe











Thursday, September 18, 2014

To-do-list with my Along


Aku tak tahu nak karang apa, sebab dah lama menyepi. Ye aku hidup lagi. Hari ni tetiba rindu blog sebab classmate aku cakap tdi
 "Ehhhh sayee bace blog awakkkk" 
Dan aku macam 
"Whattt? Kenapa bace blog saye? Ehhh saya takde blog! Ohhhemmmjeyy awk salah orang! LOL" ayat malu nak angkat muka sebab aku selalu lupa apa yang aku mengarut dalam blog. 

Dulu aku pernah post cerita yang ntah macam pape, then aku delete sebab laptop kena curi. Ohh aku taknak ingat kejadian ngeri tu. Ni sebenarnya cerita baru, mungkin sambungan To-do-list With My Along. Sebab aku hanya menulis bila idea menerjah dalam kepala. Aku akn rasa macam nak sepak terajang semua kerusi dalam lecture hall bila  idea datang mencurah-curah tapi masa tu aku kena layan formula Avogandro's Law. *sigh
Aku baru buat babak then, xsambung lagi. Memang macam jigsaw puzzle gambar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Berserabut je semua.

# To-Do-List With My Along 



Bab 1
“Woyhh memekak je dari tadi. Diam sekejap boleh tak? Orang nak hafal jadual berkala unsur ni” Pekik Zach tak tahan. 

Pintu bilik sebelah kanannya diketuk bagai nak pecah. Lantaklah hape nak jadi.

 ‘Dah la otak aku ni biul, kalau tak hafal cukup 49 kali selagi tu tak masuk dalam kepala!’

Lagu GROWL nyanyian artis korea kumpulan EXO semakin rancak. Volume dinaikkan ketahap maksimum. Ape nak heran, abah tak ada nak sound kaw-kaw.  Setakat maki hamun Zach tu boleh je aku nak tahan pakai wireless headphone yang beli kat pasar malam. Eddy menggumam dalam hati, tangannya lincah membelek majalah epop keluaran terbaru.

Pemilik bilik sebelah kirinya mula buat warm up, lagu Basshunter- NOW YOU GONE berkumandang dari corong radio bilik Didie. Ditambah pula suara serak basah Didie yang baru baik demam. Perghhh. Feeling habis.

Zach yang duduk ditengah-tengah hampir pitam. ‘Mama dan abah  takda korang naik hantu ye!’

“Kalau aku failed SPM, sume salah korang”. Jerit Zach. Buku-buku rujukan dan buku latihan ramalan SPM disumbat kedalam beg galas nike. Pintu biliknya dihempas. Berdesing telinga.

“Sorang giler korea sorang lagi bajet mat saleh. Study kat padang bola lagi best. Boleh lepas gian sumbat gol kalau dah stress sangat. Apa la nasib..blablabala” Zach tak henti-henti membebel.

Eddy dan Didie terkekeh-kekeh ketawa di dalam bilik masing-masing. Suka sangat dia dan Eddy menyakat Zach yang cepat melenting. Tapi Zach yang lebih matang berbanding dia, Eddy dan Ayien.
Setelah Zach turun kebawah, baru dia dan Eddy memperlahankan volume nyanyian masing-masing.
Zach membetulkan ikatan kasut sukan. Helmet dan anak kunci moto LC dicapai diatas rak buku. Pintu rumah dibuka dari dalam.

“Angah nak pergi mana?” Helmet terjatuh dan terhempas cantik diatas kaki kirinya. Nasib sudah pakai kasut. Ayien yang baru balik dari Persatuan Mensa berdiri tegak dibalik pintu.

“Astaghafirullahalazim, terkejut angah!”.

“Ala gitu pun sentap ke?”

Zach malas nak melayan.

“Eh kejap Angah, tunggu kejap Ayien ada sesuatu yang penting nak cakap” Ayien cuba menahan Zach.
“Ape lagi, cepat siket!”

Angah tau tak gaya yang diperlukan untuk angah mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.”  Ayien menerangkan fakta baru yang diperoleh dari Persatuan Mensa.
 Zach melopong.


 “How old are you Ayien?”

“Twelve” Ayien buat muka bodoh.

“So, stop being seventeen!” Zach membalas. Pintu rumah dibiar terbuka luas tidak ditutup.

“Kakak! Ayien lapar”

Didie yang baru turun tangga mengangguk. “Okey.” Jawab Didie sepatah.

...............................

“Along nak balik sini berapa haribulan?” Suara ibunya, Puan Safiyya jelas kedengaran di corong telefon.

“Hari sabtu minggu depan, Insya Allah Along balik. Kenapa ibu dah tak sabar nak peluk cium Along yer” usik Along.

“Ibu sentiasa sayang Along tau, Along harapan ibu dan ayah jadi jangan kecewakan kami. Jaga nama baik keluarga kita semasa dekat sana.” Lembut Puan Safiyya memberi nasihat.

“Yelah ibu, Yuyen dengan Nick sihat?”

“Sihat aje si Yuyen, Nick pula macam tu lah asyik merengek tak nak tinggal kat asrama penuh” adu Puan Safiyya.

Along tahan gelak bila ibunya mengadu pasal Nick. Adiknya hanya dua orang Yuyen dan Nick. Yuyen atau nama panjangnya, Nur Ayuni Illiyin. Tingkatan 5 di Kolej Tunku Kurshiah, manakala Nick, Nur Nizreen Aulia, tingkatan dua di Sekolah Sains Muar.

Tiga tahun diperantauan membuatkan dia matang dalam kehidupan. Susah senang hidup dinegara orang dilalui dengan tabah. Entah kenapa akhir-akhir ini, dia rindu yang teramat sangat kepada ibunya.

“Ibu! Siapa telefon? Along ke?” Suara Yuyen yang termengah-mengah sayup kedengaran. Baru balik sekolah agaknya,telah Along.

“A’ah Along kamu telefon”balas Puan Safiyya. Ganggang telefon diserahkan kepada Yuyen.

“Along ada hot news!” jerit Yuyen dicorong telefon. Aduih nak pekak pun ada sikit.

“Hurm amende” Iphone5 ditekap diantara telinga dan bahu. Tangan kanan sibuk  membelek helaian list-to-do sebelum pulang ke Malaysia. ‘Yuyen’s punya novel Diary of Wimpy Kid combo set.Checked. Nick punya beanie. Checked. Ayah?’ Tangan kiri lancar memutar pen free bersticker anti-smoking.

“Ada orang datang merisik Along minggu lepas”. Bisik Yuyen. Matanya liar ke kiri kanan. Takut-takut agendanya didengari oleh ibu.

Pen yang memutar laju terlepas dari jari runcingnya. Kertas A4 yang mengandungi to-do-list entah melayang kemana. Along terkaku. Namun perasaan terkejut dikawal. Tak mungkinlah! Jerit Along perlahan.

“Along! Along! Are you still there? Alamak ke dah pengsan? Kahkahkah” Yuyen gelak sakan.

“Nice try. Tapi tak lawak” balas Along dingin. Tak guna punya adik.

“Alaa…emosi la pulak. Okey, okey Yuyen mintak sorry okey? Minggu lepas family Auntie Rafa datang, ibu buat makan-makan sebelum Nick masuk asrama penuh. Kak Didie pun ade.” Jawab Yuyen riang.  Hujung tudung sekolahnya dimain dengan hujung jari.

‘Didie’. Bisik Along perlahan. Macam mana agaknya rupa budak tu sekarang, adakah masih bertocang dua dengan baju yang besar gerabak? Adakah masih melalak nyanyi lagu Bruno Mars tengah-tengah malam di beranda bilik? Along tersenyum seorang diri.  Mereka hanya berjiran diperumahan Taman Kiara Oatleaf. Biliknya dulu boleh dikatakan hampir dengan beranda bilik Didie. Budak tu pulak jenis melalak lagu omputih malam-malam. Memang bala. Sampaikan semua lagu Taylor Swift, Demi Lovato, Jonas Brother dan Maroon5 aku dah khatam.

“Heh Along? Ohh Along? Takkan sebut nama kak Didie terus  termenung sorang-sorang.”

“Takda la…Along tengah cuba ingat balik Didie yang mana satu yang Yuyen tengah membebel ni. So, macam mana dia sekarang? Masih bertocang dua berjerawat batu?” Along tahan gelak.

“Eeei…balik lah cepat kalau nak tengok Kak Didie. Tapi perangai tak tentu arah dia semakin parah.” Dua beradik ni kalau bab bergossip memang boleh tahan.

“Minggu lepas dia tempah 5 kotak red velvet cupcakes ibu, macam orang nak buat kenduri! Ibu sempat cakap yang kalau Didie jadi menantu ibu tiap-tiap hari boleh makan red velvet cupcakes.” sambung Yuyen.

‘Pandainya ibu cari menantu, mengayat pakai cupcakes dia aje.’

“Habis Didie cakap apa?”

“Dia tayang tumbs up”


Hakuna Matata;
YayaDoe







Sunday, June 15, 2014

Kehidupan Sekarang Apa Macam baii?


Assalamualaikum.

Alhamdulilah, sudah hampir 2 minggu aku berhijrah ke tempat baru. Orientasi sudah beres.Syukur weh. Punyalah azab masa orientasi, naik turun tangga maut Palam macam makan burger tepi jalan. Oh sapa yang belum tau tangga maut Palam boleh tengok kat SINI . Tapi lebih kurang macam Tangga Kejayaan. Kalau taknak makeup cair boleh tahan rapidKL kat bus stop depan kolej kediaman. Lepas tu bermacam aktiviti yang agak best ( kpd kak2 n abg2 Faci, lain kali tolong buat game yang berfaedah sikit eh) tapi not bad laa. Semua tu pengalaman kan? 

Sebenarnya, aku rasa masa berlalu dengan cepat. Dah macam lama aku merempat disini. Minggu ni dah start masuk kelas. Satu sem kau ade 14 weeks sahaja untuk khatam semua chapter biology,chemistry dan physics. Jadi satu minggu satu chapter dan dalam seminggu kuliah kau ada dua kali sahaja. Mmg perghh. Aku sampai takut nak berkelip mata masa dalam dewan kuliah, kang tak pasal lingkup tak paham. 


Serius kerja tutorial berlambak, jotter untuk lab belum sentuh lagi dan pelbagai assigment masih menanti. (habis yg kau melalut kat sini buat hape?) Nasib kelas aku start pukul 10.30 pagi setiap hari Isnin. Heaven. Kepada budak-budak tomey SPM  yang tak lama lagi bakal meninggalkan sekolah, tolong sayangi sekolah anda sehabis daya yang mungkin. Siyes korang akan jadi macam aku, setiap kali habis kuliah mesti, " Wei aku rindu sekolah, dulukan cikgu bio aku selalu explain sampai aku paham" "Dulukan Cikgu fizik tak habis2 bagi nota extra kat aku blablabla" "Cikgu Chem pulak asyik membebel sebab aku tak hafal jadual berkala unsur" Aku rindu semua tu. 

Kat sini semua terserah kat diri sendiri. Kau nak study ke tak, ikut suka. Tak nak tidur sebab nak layan korea pun takde orang nak bebel. Kalau kau tak faham, pandai2 la pergi bilik lecture atau malam-malam bakar minyak tanah study sampai pukul entah berapa pagi. Kepada budak diploma terutama Cik Najat, aku jelly kat kau. :'( Sebenarnya dekat mana pun kita berada, it's doesn't matter beb. Budak straight's A kalau belajar kat Uni yang Top 100 around the world pun belum tentu keluar-keluar jadi doctor, engineer atau lawyer. Kenapa? dah kalau setiap hari asyik skip class, tangguh kerja dan blablabla(perkara negatif) siyes aku malas nak membebel sangat. 

Belajar je apa yang kau minat dan suka atau bila kau habis study nanti terus dapat gaji beribu riban. Tak payah nak dengar sgt apa orang kata. Mereka hanya mampu berkata-kata. Takkan dunia ni nak dipenuhkan dengan doctor dan engineer sahaja? Weh habis tu lepas ni siapa  pulak nak jadi Chef kat kedai-kedai makan? Siapa nak design rumah baru Menter Besar? Siapa pulak nak terhegeh kawal pertahanan negara dari diserang godzila? Siapa nak jahit baju raya setiap tahun?  siapa? siapa?.




Wednesday, May 21, 2014

Sekejap je kan?




Sekejap je kan? Pejam celik dah dekat 6 bulan aku tinggalkan alam persekolahan. Aku pun dah lama tak menjenguk blog ni.  Instagram, Whatsapps, Wechat telah berjaya menaikkan peratus kemalasan aku untuk melayan blog yg ntah pape ni. Nak kena bukak lappy. Tunnggu wifi brsmbung dgn lappy. Lepastu bukak pulak gmbar tumblr nak kasi blushing sket entri aku tapi at the end otak takde idea nk update hape. Beg sekolah adik aku rabak ke? Harga nasi pagi naik 15sen ka? Test JPJ asyik kandas ka? Adun Seberang Takir dah jadi Menteri Besar ka? Arghh sume masalah buat otak aku terteleng 90drjah.
 Tapi macam ade org nk bace kisah tragis hidup aku pun  .



 6 bulan tanpe sentuh buku ilmiah membuatkan otak aku kering untuk menaip, setiap hari aku tengok RunningMan. Kalo lelaki kata hidup mereka macam sial tanpa online games. Hidup aku macam nak musnah tanpa RunningMan. agak cliche tapi biarlah. Aku dah jarang melayan fb. Kenape? Wei bosan do kalo tiap2 kali bukak fb gambar selfie maut gaya nak bagi tapak kaki bangla bertepek di HOME aku. The best pranks ever memang melambak di facebook, facebookers punya status mmg macam-macam hal. Tapi lantak dorg lahhh ape berserabut dgn hidup aku pun, ko tak suke ko blah jgn nak byk komplin sgt lah wei. Dulu pun ko tu 2x5 sepuluh je. Update status ayat mcm hareeemmm je.

Sekarang aku dah mula membusykan diri dengan persiapan nak smbung study. Manyak oii nk beli. Ma aku pulak dh kalut. anak nk masuk U dh mcm nak sambut kenduri akad nikah. hushh.

Keputusan SPM aku? Jangan menggedik nak tanya.











Thursday, December 5, 2013

# 1- SPM PROJECT 2013 ( Be A Novelis )


Assalamualaikum guys and gals. 

SPM dah blahh dari hidup aku, dan sekarang aku cuba untuk melupakan hari pada bulan MAC' 14 yg bakal mencemaskan jiwa dan basket bagi semua rakyat SPM'13. Okey forget bout that day...hey we got 3 months, so enjoy it. 

     Aura novelis pingitan yg jejari pendek dah datang so apa lagi menaip lah. Cerita ni aku karang masa tgah berperang dengan SPM, dalam bulan 4-5 camtu la ( xsedar lagi yg awak tu calon SPM 2013 yg bernombor TAO127A126). Ntah camna idea mai cam air paip jiran belakang rumah je...sampaikan kawan-kawan aku cakap yg aku tengah meroyan tulis diary. Tahan je lahh kena kutukk satu dua das. tapi kalau tak tahan sgt mmg aku bagi jgak ayat lempang bisu. >..< JGN PERNAH BERHALUSINASI YG AKU AKAN TULIS DIARY! HELL NO. 
#To-Do-List with My Along

*1- "PESAWAT boeing 747 akan berlepas ke Rome dalam masa 10 minit lagi..." Suara gemersik receptionist jelas kedengaran di seluruh ceruk KLIA.

"Along cepat la heret beg-beg tu, tak makan ke?" Dia dah kalut semacam. Mengalahkan lipas kudung dia mencelah ditengah-tengah orang ramai. 

"Kejap aaa..letih woo". Aihh kecoh tak ingat Mak Senah sorang ni. Kang aku ikat kat bagasi baru meraung.

"Takde kejap-kejap! Are you insane? We just have 5 minutes left, hurry up dude!" laung gadis itu karena ingin menandingi kebisingan sekitar. Megamall ke ni?

"Horlah-horlah.."

*2- "Seat nombor 12 dan 13 dekat hujung sana" jawab pramugari yg dari tadi tak lekang dengan senyuman.

"Along chop nak duduk tepi tingkap"

"No way!"

"Yes way sayang"

"Sape cepat dia dapat laaa. Wekkk". Bagpack along ditarik dengan kuat menyebabkan Along tertarik kebelakang.

"Diana Teja!!!"

*3- "Hello rakyat Italia! Diana Teja is here so please be nice to me!" jerit Didie apabila melangkah keluar daripada pintu utama Rome Fiumicino Airport tanpa mempedulikan manusia disekitarnya

"Assalamualaikum..."bisik Along

Along disebelah dijeling tajam dengan ekor mata. 'Sibuk je!'




A Little Red Jeans


Kisah perjalanan seorang insan yang bergelar Si Gadis Sunti dalam mencari keberkatan Ilahi. Dirinya bukanlah terlalu sempurna di mata dunia. Bagi dunia, dia cuma gadis biasa yang sama sahaja keletahnya dengan remaja yang lain. Tetapi sebenarnya dia penuh dengan pengalamannya yg tersendiri. Dia tidak kisah berseorangan kerana sedari kecil dia diasuh untuk tidak berlagak seperti melukut ditepi gantang. Dia diajar untuk berdikari dan tabah menghadapi ujian Ilahi, meskipun kadangkala hati kecilnya meraung ingin membunuh sesiapa sahaja yang cuba untuk melukakan hatinya. 

Namun kata-kata Si Ibu Hawa harus dijadikan pegangan hidupnya dan disemat kukuh dihati. Semua orang membesar sejajar dengan masa, namaun adakah mereka semakin matang dalam menentang segala masalah remeh temeh yg sering kali diperbesarkan? Pesan Ibu sentiasa dipahat dihati

"Setiap apa yang kita lakukan, kita kena ingat Allah SWT. Kerana semua itu sudah ditakdirkan oleh Allah.". 


                                                                                                                       with love,
                                                                                                                               YAYA DOE