Hi people,
Sambungan dari previous post, turun je dari cruise kami terus ke kaunter ferry. I perasan tak ramai yang explain cara naik ferry dari Kaiyukan pier ke USJ port, so I redah je cari jetty. Kaunter ferry ni kecik je dan berada di belakang bangunan Aquarium Kaiyukan, dalam google maps tak ada info. Setiap sejam ada slot ferry so dekat kaunter ada jadual operasi ferry yang bermula pukul 9am hingga 5pm.
Pondok kecil tu la kiosk untuk beli tiket ferry. Untuk OAP user kena ke kaunter tiket untuk redeem physical ticket. Kami naik ferry dari Kaiyukan west pier ke Universal City port dan perjalanan mengambil masa 10mins.
Haa inilah ferry Captain line, masa ni dah mendung macam nak gerimis. Staff ferry sangatla welcoming dan friendly, we really enjoyed the ride.
Boleh duduk di mana-mana seat kosong. If korang taknak naik train boleh consider ferry to USJ but the ferry schedule tak on time it depends on the weather condition. Dah sampai USJ port kami pun berjalan ke arah Universal Studio Japan.
Kena jalan kaki 10mins je, kami tak beli pun USJ pass sebab tak cukup waktu. Target nak ambil gambar depan globe USJ je.HAHA Lagipon kitorang seram tengok roller coaster berselirat atas kepala, terus anxiety.
Yeayy, dah sampai. Waktu petang tak ramai orang dekat USJ Globe, if nak bergambar dekat sini jangan datang pagi sebab sesak dengan pengunjung.
Universal Studio Japan sama macam USS theme park tapi USJ ada exclusive rides seperti Super Nintendo World, Jurassic Park river ride, Hogwarts Castle & Space Fantasy. Ticket masuk dan express pass boleh beli di Klook, boleh jimat banyak.
Manhole di USJ menghala ke jetty.
Kami ambil return ferry pukul 3.30pm. Waktu ni kami naik tingkat atas ferry nak layan view pesisiran Osaka bay yang pesat. Lepas sampai Kaiyukan pier kami pun berjalan kaki ke mini market dekat Osakako station, nak tapau grocery sikit dengan buah. Kami sempat beli jajan dan air minuman untuk bekal esok. Harga air minuman botol murah di mini market berbanding beli di konbini@mesin air.
Disebabkan belum makan, kami decide untuk dinner di Naniwaya Halal ramen area Dotonburi. Dari Osakako station ambil chuo line dan turun di Homachi station sebab kena transfer ke Yotsubashi line dan turun di Namba station. Kami kena jalan kaki 7mins, dan nasib baik kedai tak penuh so tak perlu tunggu lama. Naniwaya halal ramen ni salah satu kedai fav orang malaysia.
The staff can speak bahasa, and the price range 1000yen-2000yen untuk satu mangkuk ramen. Ada banyak pilihan ramen seperti shoyu, miso soup, spicy miso soup dan wagyu special ramen.
I masih lagi batuk, so I order shoyu chicken ramen dan surprisingly sedap kena dengan selera orang malaysia. Rasa lega tekak dapat hirup kuah shoyu dan ayam dia juicy.
Mama order special naniwaya ramen dan adik bongsu order spicy miso ramen.
My dad dan 2 orang adik dah craving nasi, so diorang order chicken rice set. Menu dekat sini banyak pilihan, boleh juga try wagyu halal ramen harga 2200yen-3500yen per bowl. Overall puashati makan dekat sini sebab portion besar so kenyang tersandar nak habiskan. I heard their chicken karage also sedap tapi lupa nak order.HUHU
Selepas itu kami pun habiskan waktu dengan shopping di donki dan free duty shops. Last shopping sebab esok awal pagi dah nak balik, we spent more than 10,000yen juga untuk coklat.
Coklat kapal versi ni sedap, I beli banyak untuk bagi-bagi dekat office. Lepas je settle bayar coklat, I perasan adik 3 orang dan ayah hilang entah kemana. Masa tu phone I tiber internet no connection, hmmm dah la penat pastu dah nak malam. I dengan mama pun cari free wifi dekat mana-mana kedai. So adik I datang pickup kami, pastu sambung lagi jalan 2km nak pergi kedai anime dia dekat Denden town. Serius I barai, nape la jauh sangat kena menapak ni. I dah marah-marah, kalau tak beli memang I pukul diorang.HAHA Guess what, diorang cuci mata je tak beli pon.Hmmmm. *laser pakai mata batin* Diorang nak sambung window shopping tapi I dengan my parents dah gerak balik ke airbnb untuk rehatkan kaki.
With love.
Yaya doe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.