Monday, April 1, 2024

SINGAPORE - (Backpacker's Diary) Part 1

 

Hai people & Salam Ramadan,

As per mentioned in the title, yayadoe kembali merentasi samudera bersama semangat baru dan jitu. Honestly, I'm been living in Johor for almost 10 years but tak pernah rasa nak masuk Singapore until Ain decided to join me when I said nak start solo travel.

 I just wanted to let you know, this was a day trip during Taylor Swift's last day concert tour. That's why most places were quite lively and crowded. Ayuhhh kita bersama-sama menyelusuri perasaan orang Malaysia yang kerja balik hari JB-SG-JB. Day trip kali ini penuh dengan suka duka dan juga haru biru yayadoe & rakan-rakan sebaya.lol



By the way, this trip only cost me below RM150. Anyone yang nak melancong ke SG please download MyICA and register your SG arrival card 3 days before departure. Lepas dah approve baru boleh scan your passport dekat autogate CIQ MY/Woodlands.

                                                                  

Pukul 7 pagi dah gerak pickup Sammy dan terus ke Larkin Sentral. Kami park kereta area Plaza Larkin sebab dah plan nak breakfast foodcourt situ dan jalan kaki ke Larkin Sentral. Sementara tunggu Ain dari Skudai, kitorg makan dulu. I order mee rebus johor & Sam pula bubur sup daging. Harus makan dulu ya sebelum naik bas.


                                                

Agak-agak nak pukul 9am baru terhegeh nak beli tiket bas. Kaunter tiket Larkin ni sampai 13 kaunter tapi bila nak beli tiket bas pergi Singapore semua cakap pergi kaunter 1. Kaunter 1 pula kosong tak ada orang. Pening. Lama juga kami termenung, Ain dengan Sam lagi la tak study aci redah. I terus gerak pergi tanya abang hensem yang jaga gate bas JB-SG. Rupanya kena beli boarding pass (qr code) RM 1/pax dulu dekat gate dan tunggu sehingga operator Bas Express SG panggil anda untuk naik bas. HAHA


Nasib sempat lari pergi tukar duit dekat money changer, sebab bas akan gerak lagi 10mins. Bayar cash ya RM4.80 tix Larkin > Queenstreet. Bas SBS Transit akan melalui JB Sentral (CIQ Malaysia) dan juga CIQ Woodlands serta direct ke Queenstreet. Simpan tiket elok-elok, hilang tiket tu memang naya. Sampai sahaja di CIQ kami dah culture shock dengan suasana yang rushing. Semua orang lari wey naik escalator dan kami hanya santai melihat ragam manusia. HAHA


Nampak lengang sebab semua jalan laju & ada yang lari naik escalator.fuyoo

Alhamdulillah berjaya lalu autogate dengan bergaya walaupun nebes terox ya. Sekali lagi di platform bas boleh silap beratur line bas Causeway Link, padahal tiket SBS Transit. Ko nape nyahhh. Nyaris kena tinggal bas di CIQ JB Sentral, hahahha sampai uncle operator tu pekik suruh cepat. Maka kami bertiga berdiri jela dalam bas sepanjang jammed nak ke Woodlands. After settle CIQ Woodlands around 10.30am kami bergegas naik bas yang sama risau kena marah pula sebab noobs. sobs  nasib baik dapat seat untuk duduk.

                                           

Cuci mata dulu. 7/11 pon ada desserts taraf Starbies.

Around 11am sampai di Terminal Bas Queenstreet,  I on app Citymapper untuk cari nearest MRT station > Bugis St to start our first destination - Arab Street (Sultan Mosque). Sepanjang day trip I roaming hotlink je RM10. Jimat sangat dan internet not bad. Citymapper bagus dan user-friendly untuk korang yang subjek geografi tak power. Ain dan Sam macam biasa akan follow jejak kaki yayadoe-yang-acah-confident pernah masuk SG 10x dah.

Suasana di Bugis station busy with local, Exit Raffles Hospital paling dekat jika nak ke main attractions.

                                            

Public transport di SG sangat mudah untuk difahami jika anda sudah terbiasa menggunakan LRT/monorail/mrt di KL. Keadaan di semua tempat sangat bersih dan teratur. Disebabkan Ain dan Sam tak ada Bigpay@Wise card, so menapak mencari 7eleven dulu di area MRT Bugis untuk beli Ez-link card for transportation. 1 card berharga 10sgd, btw Abg cashier  7/11 ni bagitau 1 hari daytrip 10sgd dah cukup untuk public transport. Topup another 5sgd bcos baki card tak boleh less than 5sgd for every transaction.    

                                               

Terik sungguh, langsung tak cloudy seperti forecast weather. Tapi best je jalan-jalan sekitar lorong-lorong Arab street, gambar yang kami snap semua lawa. Salah satu tourist spot dan wajib datang sini bcos ada banyak pilihan restaurants & cafe yang halal.

yayadoe
Teruja sangat dapat tengok masjid ni depan mata

One of the oldest mosques, Sultan Mosque or Masjid Sultan was built in 1824 by Sultan Hussein Shah and is an iconic landmark in SG. I was starstruck by its architecture and its massive golden domes. The mosque was surrounded by small local/international shops lot. Disebabkan masih kenyang so kami hanya berjalan-jalan di deretan kedai mencari ootd spots.



Kami meneruskan perjalanan di celah-celah streets dan akhirnya sampai di Haji Lane. Melayan Ain dan Sam ootd di setiap street arts.Ambil masa 10 mins untuk clearkan lorong ni tau, kalau petang confirm sesak.  Macam dekat Jonker walk melaka bak kata Sam. 


Si Yayadoe played Lost Tourist in the Haji Lane Wanderlust. Cantik dan aestetic tau setiap cafes di Haji Lane. Mostly operating time lewat petang. Taknak sesak dengan ramai  orang pls datang waktu matahari tegak atas kepala.


Haji Lane area ni memang spot tourist dan best kalau nak cafe hunting. For me dekat sini kena spent at least half day untuk cover semua area termasuk Little India & Chinatown. Tourist attractions are within walking distance, tak larat jalan boleh naik public bus.



Lorong ni tak silap di belakang Sultan Mosque, ada beberapa local cuisine yang viral dan ramai yang beratur. I pula tak suka beratur dan sanggup pergi kedai yang tak ada orang sebab nak cepat. Asalkan perut kenyang. settle.



Demam Swifties di semua kawasan, kedai/cafes pon pasang soundtrack Taylor Swift untuk tarik tourists masuk kedai diorg.


Area Haji Lane ada banyak gift shops untuk beli souvenir. Masa terhad so kitorg hanya singgah 1-2 kedai sahaja untuk beli keychain/magnet fridge buat diri sendiri. Elakkan convert agar hati kekal tenang.lol

Now, gerak ke Mrt Bugis untuk ke next destination. Ada pandestrian walk yang vibes ala-ala Junggle's Book@ semak samun,  disapa angin sepoi-sepoi bahasa. Ada beberapa kawasan yang berkonsepkan nature/forest city tapi bahang panas tu masih sama.


With love & Ramadan Kareem.

Yaya doe


No comments:

Post a Comment