Monday, January 29, 2024

THAILAND (Backpacker Diary) Part 3 - Hatyai

 Day 3

Okay jom sambung alkisah Day 3 di Hatyai,

Disebabkan servis tuktuk uncle semalam tiptop kami repeat lagi sewa dengan dia. Punya la banyak tempat dia excited nak bawa, kitorang sampai melecet nyahh.HAHA

Awal pagi uncle dah tunggu kami di depan hotel. First destination kami adalah Kim Yong Market, hmm ada apa pagi-pagi sudah ke pasar? Nantikan episod huru hara yang bakal berlaku. 

Mostly makanan yang dijual di area Kim Yong Market ada yang halal dan ada yang tak, disini ada pelbagai bahan segar/basah/buah/kekacang. My first impression this market sebijik macam Pasar Payang. lol. Disebabkan kami masih belum sarapan dan waktu sudah pukul 9 pagi kami semua pun mencari the most viral stall di Hatyai - Kaitod Meena. 

Kebanyakan local disana tak berapa fasih english so kami tunjuk gambar kedai dan acik tu cakap pukul 10am baru gerai buka. Melopong lah kami yang tengah kebulur. Maka sejam kami beratur tanpa sebab yang pasti sampai orang Thai pon confuse kenapa ramai awek-awek tanah melayu beratur depan gerai buah tapi tak beli buah.HAHA


Lagi 15mins nak pukul 10am owner gerai datang bawa motor je guys. Santai terox. Owner start setup semua preparations dan keluarkan nombor giliran. Waktu dia nak bagi nombor giliran memang berebut habis. Kami dapat no 5 tau tapi lama juga sebab semua customer order banyak. Nasib dah tapau burger and peach tea dekat 7/11 takda la lapar sangat. Selepas 1 jam berlalu akhirnya kami berjaya beli nasi khaomok dan pulut ayam kaitod meena. Disebabkan tak ada ruang untuk kami makan so uncle bawa kami ke warung berdekatan.


Muka kenyang melantak. Next uncle bawa kami ke tempat-tempat dia dapat komisyen.HAHA 
Layan kan aje lah and this place ramai juga van-van pelancong singgah untuk beli sovenirs. Macam-macam la ada. I just bought kain batik thailand untuk yang tersayang. kuikui

Lepas tu uncle bawa kami ke kedai borong jajan/asam/jeruk/coklat thailand. Banyak juga pilihan cuma harga tak la murah sangat so kami beli asam dan pes tom yam buat ghaso2.


Day 3 ni kami hanya nak santai-santai sebab semalam dah banyak berjalan. Tiba-tiba uncle suggest tempat 'kuetiaw' kitorang pon follow je sebab cafe Bingsu Nom6 full house and service pun slow. Maybe sebab too much demand on peak hour. Setelah 40mins perjalanan sampai juga kami ke tempat 'kuetiaw' - Ohh Khu Thao namanya, cantik sangat restoran ni betul-betul sebelah sawah padi. Makanan disini ala-ala boat noodle. Disebabkan ada yang masih lapar kami repeat Khlonghae Market kali kedua untuk food hunting. Area boat bawah memang penuh orang so I just beli area pondok atas dan tapau untuk dinner.


Our last destination on day 3 adalah Asean Night Market. Banyak sangat shops yang menjual pelbagai barangan dan harga murmur. I suggest you guys datang sini dulu untuk explore prices and food hunting dekat area food court. Masa ni semua dah tak rasa kaki sebab penat amattt. Habis 1 botol yoko2 share 6 orang. 


bersambung to next entry untuk Day 4.

with love,

hakuna matata





No comments:

Post a Comment