Thursday, December 31, 2015

Review 2015 - Memory Fades Over Time



Memang giler countdown nak masuk tahun 2016. Rasa macam nak update blog setiap hari. Propa duhh.
 Semua ni salah yong ah pagi-pagi dm aku tanya pasal blog. Aku yg memang semulajadi pemalas nak fikir perkara remeh ni lebih-lebih lagi pasal blog yang dah berkurun tak sentuh terus tak boleh fokus study OSHA. Pagi-pagi dh keluar serious conversations-  Memories fade, feeling changes, people leaves but hearts never forget. Haa lebih kurang macam tu la kitorang bermadah kata. 
Esok aku exam baii. 

Misi 2016 ni nak aktif balik blog. Well sekarang aku rasa sistem saraf kepala aku tak berapa nak ingat certain things yang penting yang perlu dia ingat. Mungkin betul kot orang cakap time can make the feeling fade but memory don't tapi bagi aku  EVERYTHING SEEMED TO FADE AWAY WEHHH 


Kalau tanya tengahari hari isnin minggu lepas aku makan apa? Merangkak cari jawapan tak jumpa. Tanpa sedar aku selalu bukak earlier messages random contacts kat whatsapps sebab nak tau apa yang aku dengan dia merepek mengarut bergaduh mencaci mengumpat pada (**.&&.####) haribulan. LOL NAMPAK TAK BERTAPA LONELY AKU SEKARANG! 
Maka sebelum aku dapat amnesic syndrome (Allahuuuu mintak simpang 44 campak jauh2 sampai balik pulau kalo boleh) tak dapat ingat even nama aku sendiri so ni salah satu effective treatment to overcome this type of syndrome. Adudududud. Kak peah speaking.
Setiap post ditujukan kepada diri sendiri yang selalu lupa tentang segala benda.
Sebelum  masuk 12 midnight 2015 aku nak review tahun 2015 aku dengan sekali harung sebab lepas pukul 12 terus nak cuci kaki, dan cuci hati  nak melangkah masuk alam 20-an. Adududududu

Jan 2015.

Dengan azam dan tekad bergunung nak study betul2 sem 2 asasi sebab sem 1 haritu pointer memang jatuh bergolek cecah tanah. Tapi sebenarnya kau study giler bebi macam mana pun tetap tak boleh nak cover untuk CGPA untuk UPU nanti sebab subjek sem 1 kau nyawa2 ikan putus oksigen. *bukan taknak fikir positif ke hape tapi kenyataan.


April 2015

kalau tak silap la bulan April habis asasi. Cuti panjang baii sampai bulan September. Aku buat apa? Tak kerja. Duk rumah layan kdrama. Jadi cik driver. Melawat(kacau) kawan yg tengah kerja. Karang cerita mengarut. Habiskan baca stok buku fixi free. etc 



Aug 2015

Result UPU keluar weh.*berpeluh tangan nak taip no ic. Alhamdulillah dapat sambung degree kos Electronic Engineering di UTHM. UTHM kat JOHOR wei tetiba ingat kat Tunku Jalil. Masa akhir sem 2 asasi selalu meroyan dengan anis pasal TJ. Lepas tu terus je rasa woah memang aku ditakdirkan to be here lepas tu down masuk underground jap lepas tahu UTHM kat Parit Rajooo, Batu Pahat but not at tepi Istana Bukit Serene yang mengadap Danga Bay, JB. Huhuhuhuhuhu.



Sept 2015

Masa ni tak tahu nak rasa apa *rasa nak kambus diri sendiri kot.
Aku takda kawan weh masa orientasi. Semua ex palam masuk UPM, UiTM, UKM, USM, TAYLOR,MSU,OBERSIIII

Maka berhuhu la ngko sorang-sorang dari awal sampai la akhir MHS tu. Makan atas tangga masjid sorg2, kena jalan beriringan dengan stranger (sebab selalu tertukar tukar org), lepas tu dalam dewan  selalu dapat orang sebelah yang kekwat taknak sembang takpun jenis cakap sepatah-sepatah. Oh goodness macam mana la kehidupan aku lepas ni *terdetik dlm hati (muka aku tak mesra alam ke? nampak sangat ke desperate nak cari kawan? Atau aku lupa nak sorok muka bitch aku?) Sumpah rindu palam naik berlevel-level. Terutama Anis, Nurin, Pqah.







Haaa dah layan memory lane. Ni lagi berapa jam nak masuk 2016 so please stop stressing, let go and move on. Tadi baru habis paper OSHA. Whoa exam tadi seriously tak kelakar weh. Sebab apa yang lecturer email keluar sebijik dan kalo kau jenis tak amik hal tengok sekilas pandaang sepintas lalu memang azabb nak rempuh 2 jam dalam exam hall tadi. Kemain hafal segala akta-akta sekali dengan regulations, risks control. Jadi half part dlm diri aku asyik rebel je sebab kena hafal subjek yang dia tak suka . Propa.


Dah 4 bulan berlalu, peh dah nak masuk sem 2 degree tapi perangai sewel masih tak leh nak tarik  dan buang dalam blowholes  campak sampai tengah laut. Apa yang lagi menyanyat hati, pada malam new year aku sorang2 dlm bilik layan lagu Walinong Sari (aku bukan psycho) sebab roommates lain semua menghilang(ad hal penting kot) lol cakap je la ngko dating depan tasik tunggu bunga api.

So kata-kata terakhir daripada diri ini kepada diri sendiri sebelum masuk tahun 20-an, jangan lupa diri. loh bij.
Aku cuma berharap dapat jawab paper EC next week. Tu je harapan eden.

Lepas tu mohon diri ini buang sindrom nebesss suara garau bila pegang mic masa presentation, ohoii u still have 7 semesters to go through maaaaa.-

Lagi satu please menabung duit utk travel. Duit asyik menabung kat kedai roti canai cafe TDI jek. Kalau boleh siap nak melabur kat situ.
Semoga 2016 ni hidup aku tak sehambar sekarang. Huahua. Mohon Mr.Future jatuh dari langit cepat sikit bagi memeriahkan hidup aku. lol

k malas nak mengarut lelebih.Kbai







Here's the future because I'm done with the past. Bismillah.