Wednesday, November 26, 2014

16 September - Bab 3- Bab 4


Bab 3

“Cik, Cik…kita dah sampai”

Aku terpisat-pisat dalam kegelapan malam. ‘Dah sampai? Haram sebuah rumah pun aku tak nampak’
Pemandu teksi nampak agaknya riak wajah aku yang kehairanan.

“Er, Cik lalu je lorong sana kemudian dalam 100 meter Cik jumpalah rumahnya.”

“Kenapa tak hantar sampai kesana?”

“Bukan apa Cik, tu kawasan perumahan elite jadi bukan semua kenderaan boleh masuk.” Balas pemandu teksi.

Tuan Gibran telah berkahwin dengan seorang anak kerabat diraja, Tengku Hasnah bt Tengku Jalil dan hasil perkahwinan yang pertama dia mempunyai tiga orang anak Tuan Mikail, Tuan Serena dan Tuan Hanis. Namun rupa-rupanya, Tuan Gibran telah berkahwin secara rahsia dengan kekasih lamanya, Maria tanpa pengetahuan Tengku Hasnah.

Maria kemudian menjadi pembantu dirumah agam Tuan Gibran bersama anak perempuannya, Khalisa. Selepas kematian Tengku Hasnah, barulah Tuan Gibran memperkenalkan Maria kepada semua. Pembantu rumah dirumah agam adalah Intan dan ibu Soraya(daripada Indon) serta Pak Wan merupakan tukang kebun.

Itu saja info yang aku perlu tahu sebelum aku melangkah masuk kedalam Rumah Agam Gibran. Masa yang berlalu seolah-olah memadamkan segala memori yang ada dalam kepala budak kecil yang dulunya hanya berumur 6 tahun.

 Buku nota Jackson ditutup rapat dan mataku tak lepas memandang Rumah Agam dihadapanku.
Rumah Agam Gibran sungguh suram kerana hanya dihiasi lampu besar di pintu pagar. Sekilas pandang tak ubah seperti Haunted Mansion. Butang loceng ditekan olehku. Apakah reaksi mereka bila aku tiba-tiba memunculkan diri?

“Iye siapa tu”

“Ni saya Khalis cucu Tuan Gibran”. Ye walaupun berat untuk aku katakan tapi aku perlu berdepan dengan realiti untuk dapatkan jawapan sebenar. Mungkin mereka boleh tolong aku atau lebih tepat lagi hanya mereka dapat menolongku.

Suara dicorong sana terdiam dan secara automatik pintu pagar terbuka luas.

Aku teragak-agak untuk masuk namun memandangkan cuaca yang gelap dan angin bertiup kuat, mungkin hari nak hujan.

Sewaktu aku melalui laman depan, keadaannya masih cantik seperti 14 tahun yang lalu walaupun suasananya agak kelam. Kolam cetek sepanjang 20 meter bersama air pancut diserikan lagi dengan ikan-ikan koi putih dan hitam. Pokok-pokok bunga tulip tumbuh subur di perkarangan laman.

Bayangan ibu yang sedang ralit menyiram pokok bunga melur bersama anak kecil polos  disisinya bagai terlayar diruang mata bagaikan pita rakaman.

Pada ketika itu dari tingkat atas, terdapat bayangan seseorang merenung tepat pada setiap langkah Khalis melalui tingkap kaca.

Pintu utama Rumah Agam yang tidak berkunci aku tolak perlahan, dan secara tiba-tiba seorang perempuan dalam lingkungan 30 an memelukku erat.

“Akhirnya Khalis dah balik. Kami semua menunggu kepulangan Khalis selama ni” Ucap wanita itu dalam tangisan kecil.

Aku hanya mampu tersenyum.

Kemudian ditarik tanganku ke ruang utama Rumah Agam Gibran, dari situ aku dapat lihat 2 tangga yang menyambungkan tingkat atas dan bawah seakan tangga Cinderella. Lantai marmar hitam yang berkilat ditambah dengan cahaya terang dari chandelier mewah yang megah tergantung ditengah-tengah rumah seakan menyambut kepulanganku.

“Tuan Mikail! Tuan Serena! Khalis dah balik. Intan! Ibu Soraya! Khalis dah balik” Perempuan yang belum aku kenali namanya dan apa hubungannya dengan aku nampak teruja.

Aku dapat lihat dua orang wanita terkocoh-kocoh keluar dari dapur disebelah timur Rumah Agam. Reaksi gembira jelas terpapar pada wajah mereka dan tanpa sempat aku berkata apa mereka sudah meluru memelukku.

Aku yakin merekalah Intan dan Ibu Soraya, pembantu rumah Tuan Gibran. Tuan Mikail yang merupakan anak sulung Tuan Gibran keluar dari biliknya ditingkat atas setelah mendengar hirup pikuk jeritan kegembiraan Intan dan Ibu Soraya.

“Apa yang bising-bising ni? Dunia dah nak kiamat ke Intan? Ibu Soraya?”

“Khalis…Khalis dah pulang Tuan” Jawab Ibu Soraya. Aku mendongak ke tangga sebelah kananku. 

Mungkin lelaki ini yang dipanggil Tuan Mikail, setiap langkahnya tegap dan wajahnya masih segak seperti gaya kebanyakan usahawan yang berjaya walaupun dia hanya memakai striped pyjamas.

Aku merasakan kedatanganku mengundang tanda tanya di hati Tuan Mikail kerana reaksinya agak berbeza berbanding yang lain. Dia hanya tersenyum nipis kearahku sebelum mengarahkan Intan untuk membawaku  ke bilik tetamu.

Rupanya wanita yang tadi ialah Cik Salmi bekas pengurus peribadi Tuan Gibran namun selepas itu dia menjadi pengurus Rumah Agam Gibran setelah Tuan Gibran meninggal dunia.

Aku hanya membuntuti Intan dan Cik Salmi ke tingkat atas. Aku masih mencari kelibat dua orang lagi anak perempuan  Tuan Gibran, Tuan Serena dan Tuan Hanis. Sesampai sahaja didepan muka pintu bilik aku terdengar bunyi pekikkan seseorang memanggi Cik Salmi, lantas Cik Salmi meninggalkan aku dan Intan. 

Intan nampak selamba masuk kedalam bilik dan membuka lampu utama kemudian dia mengibas-ngibaskan cadar katil yang nampak agak berdebu.

“Masuklah, Cik Khalis berehat dulu. Tentu Cik Khalis masih letih.” Ucap Intan sopan setelah dia memerhatikan  aku yang keletihan.

“Okay, er tapi Intan…bilik mama saya kat mana?” Belum sempat Intan mahu menjawab pertanyaanku Cik Salmi datang kembali dan mengarahkan Intan untuk turun menyediakan air kopi O panas dan menghantarnya ke bilik Tuan Mikail.

“Kalau ada apa-apa yang Cik Muda Khalis perlukan, Cik cuma perlu panggil saya. Esok sarapan akan disediakan tepat pada pukul 7 pagi. Tuan Mikail mahu semua berada di ruang makan pada masa tu. Saya harap Cik boleh sesuaikan diri” ucap Cik Salmi panjang lebar sebelum menutup pintu bilikku.
Aku mengangguk perlahan. Badan terasa berat akhirnya aku terlelap diatas katil.



BAB 4

Ketukan pintu yang bertalu-talu menyedarkan aku daripada buaian mimpi. Aku melilau mencari jam tangan di meja lampu tidur.

“Cik Khalis…” Suara ibu Soraya yang lembut memanggilnya dari luar diselangi dengan ketukan diluar pintu kamar.

‘6.50 pagi’.

 Macam tak cukup kaki aku berlari ke kamar mandi. Hari pertama aku disini, mestilah aku kena menunjukkan lagak yang baik.

Hanya sempat membasuh muka dan gosok gigi, lantas aku berlalu ke almari. Baju kurung berbunga rona biru cair menggamit perhatianku. Tanpa berfikir panjang aku menyarungnya.

Langkahku perlahan menuju ke ruang makan Rumah Agam Gibran. Selepas sahaja aku menuruni anak tangga terakhir, kedengaran bunyi bising seperti suara orang bergaduh dan aku pasti puncanya datang dari arah barat Rumah Agam tersebut. 

Apa yang aku ingat disitu terdapat sebuah perpustakaan yang selalu menjadi tempat kegemaran arwah atuk, Tuan Gibran.

Baru sahaja aku ingin kesana, suara Cik Salmi memanggil Intan dan ibu Soraya telah mematikan langkahku.
Sebaik sahaja sampai diruang makan, semua mata di meja makan memandangku. Mungkin ada yang tak menyedari kehadiran aku memandangkan semalam hampir lewat malam aku sampai.

“Er..Selamat pagi. Maaf sebab saya terlewat”

“Abang, siapa pulak budak ni?” Tanya Tuan Serena. Dari raut wajahnya nampak reaksi tidak senang dengan kehadiranku. Cik Salmi membawa aku ke salah sebuah kerusi di meja makan.

“Dia perempuan simpanan Pak Long ke?” Tanya lelaki muda disebelah Tuan Serena. Mungkin dia sebaya dengan aku.

“Eh, mulut kau tu takleh diam ke? Dah la balik mabuk setiap malam” Sampuk gadis berambut perang gelap dihadapannya. Dia nampak berang dengan lelaki dihadapannya, namun dua orang remaja ni menjadi tanda tanya aku. Siapa diorang ni?

“Habis, ingat kau tu baik sangat? Bergaul dengan budak-budak pengkid. Apa dah terfikir nak jadi lesbian pulak kali ni?”

“Tiara, Rayyan! Sudah jangan nak memekak pagi-pagi, kamu semua kalau tak bagi darah mama naik tak senang!” Tuan Serena nampak dah hilang sabar. Bihun goreng dalam pinggannya langsung tidak berusik.

“Ehem. Dia anak Khalisa”. Jawab Tuan Mikail. Matanya masih fokus pada helaian terakhir surat khabar NST.

“Anak Khalisa? Tak mungkin!” Tuan Serena tersentak dan berpaling kearahku. Tangannya menggeletar.

“Anak Mak Lang?” Tiara pun ikut sama terkejut dengan jawapan Tuan Mikail.

“Mak Lang yang dah mati tu ke ? Khalisa tu siapa pulak mama?”  Tanya Rayyan selamba, mungkin dia hanya ingin berada bersama dalam perbualan pagi ni.

Aku memaparkan reaksi tenang kerana aku dah agak mereka tentu terkejut dengan kehadiranku.

“Tengok la parut di leher dia tu. Betullah dia anak Khalisa”Balas Tuan Mikail. Nampaknya dia seakan malas untuk mengulas dengan lebih mendalam mengenai aku.

“Maaflah kalau kehadiran saya ni, mengundang rasa tidak selesa Tuan Mikail dan Tuan Serena. Saya mohon Tuan benarkan saya tinggal disini sampai 16 September sahaja. Selepas  urusan pembahagian harta pusaka mama selesai saya akan meninggalkan Malaysia.”

“Kenapa kami perlu benarkan kau tinggal kat sini?” Lantang Tuan Serena bersuara.

“Saya perlu  tahu siapa yang membunuh ibu saya” Jawabku tegas.

“Habis kau syak kami semua yang bunuh Khalisa?”

“Saya tak bermaksud..”

“Mak kau dah buat aku menderita!. Puas hati dia sekarang?” Pekik Serena, dadanya berombak menahan perasaan amarah.

“Serena cukuplah tu!”

“Tinggallah disini sampai pagi 16 September, selepas itu jangan datang kesini lagi!” ucap Tuan Mikail sebelum meninggalkan ruang makan.

Tuan Serena juga turut meninggalkan ruang makan. Jelingan matanya memang buat aku kecut perut. Adakah kedatangan aku telah mengucar-kacirkan Rumah Agam Gibran?

“Jangan ambil hati sangat dengan kata-kata mama.” Ucap Rayyan sebelum melayangkan ciuman dipipiku. Aku tersentak. Nyaris sahaja sudu ditanganku melayang melempang mukanya.

“Tu sebagai tanda selamat datang daripada sepupu sendiri” Bisiknya.

Sekarang hanya tinggal aku dan Tiara terkulat-kulat dimeja makan. Tiara hanya merenungnya pelik.


To be continue.

Hakuna Matata,
Yaya Doe.





No comments:

Post a Comment