Saturday, December 29, 2012

The End of The Year :p

12-12-12.The end of the world konon. Lepas tu buat statement baru. Paderi2 kristian cakap Neraka tengah direnovate sebab tu ler kiamat tak jadi tahun ni. wtpfffttt?. Ahh semoga mereka memperoleh taufik dan hidayah sesungguhnya mereka adalah golongan yang tidak mengetahui.

Haihh dah sampai ke penghujung tahun 2012, masa berlalu begitu pantas. Mungkin Allah telah menarik sedikit nikmat keberkatan masa sebab tu lah kita  rasa macam sekejap je masa bergerak. 
Tup tup... esok dah kena heret beg roda balik SAIS. Tup tup tup..hari Selasa ni dah bergelar SPM's candidate atau lebih tepat SPM's victim. Aku rasa semua blogger dah buat draft untuk post entri terakhir mereka esok, almaklum esok dah 31 DEC. 

Okay lah, aku pun tengah blurr sekarang ni, taktau nak tulis ape lagi. Kepala dah pening dengan segala hostel-stuff-list bagai. Buku-buku yg perlu bawak pun tak tengok lagi, baju batik asrama masih berkedut tak iron, hadoi banyak nyer kerja. habes yg ko mengadap lappy cam bdak spm cuti 3 bulan pehal?
Sisa-sisa terakhir cuti sekolah dihabiskan dengan packing barang-barang nak balik bostel. Kepada semua budak ASRAMA selamat kembali ke asrama yaw~ Dan kepada calon2 SPM 2013, do the best untuk TOV. SELAMAT TAHUN BARU!

p/s- azam tahun baru biarlah menjadi rahsia hati ini :ppp