Wednesday, September 24, 2025

Japan Travelog - Osaka Day 4 Part 2



Moshimoshi people,

Dari Osaka castle kami berjalan ke tepian sungai Daini Neya untuk naik Aqualiner. Ramai pengunjung di kawasan luar castle tapi tak la crowded. Disepanjang sungai penuh pokok cherry blossom. Cuaca mendung tapi suhu tak sejuk sangat macam di Nara dan Kobe. 


Sampai je dekat kaunter, officer inform our OAP takleh pakai untuk naik aquabus, hmm. I tak pasti sejak bila diorg exclude dalam OAP attractions. 


Masing-masing dah lapar so kami nak makan area Dotonburi. Suhu di Osaka city waktu tengahari dalam 23celcius, so I tak pakai heatech sebab panas bhai. Spring coat sudah memadai. 



Riverside cherry blossoms. Tempat famous warga local dan tourist berpicnic di bawah pokok sakura. Waktu weekday tak ramai orang tengah picnic bawah pokok sakura maybe weekend lagi meriah dengan pengunjung.




On the way ke subway station terserempak dengan Detective conan statue. Disebelah statue pula ada their broadcasting ytv station and Detective Conan exhibition. Anime yang paling I suka Detective conan, sekarang dah jarang layan sebab busy. Netflix pun ada Detective Conan, hmm nanti nak marathon semua episod.


Setelah 30mins perjalanan, kami turun di stesen subway Shinsaibashi. Semua nak makan ramen dan takoyaki so I decide untuk pergi Gyumon Halal Ramen. Jauh jugak kami berjalan dari station ke area Dotonburi.


Sebelah restoran ramen ada kedai takoyaki yang famous dikalangan malaysian. Kedai ni jual seafood takoyaki je, sederet dengan kedai 100yen coin waffle. 


fuhhh octopus takoyaki. Tak silap 1 box takoyaki costs around 1000yen. Sementara tunggu meja kosong di Gyumon Halal ramen kami mencekik takoyaki. 



Kami tak dapat duduk sama-sama, 3 orang dapat seat tingkat atas dan 4 orang dekat bawah. Kedai dia comel je tak besar so kena berpecah.


Nampak menggiurkan betul, walaupun harga pricey, 2000yen untuk 1 bowl ramen tapi tak menyesal sebab sedap. Ramen paling sedap for me adalah Gyumon ramen, nak repeat japan semata nak pergi kedai ni.



Next destination was Osaka port, area sini ada banyak attractions. From Dotonburi, kami berjalan ke Namba station untuk naik subway sennichimae line (pink line) dan bertukar ke Chuo line (green line). Transportation harini dan esok kami tap QR code OAP di subway gate, senang dan pantas.



Perjalanan mengambil masa 30mins, cuaca agak mendung. Turun Osakako station dan kena jalan 500meter ke arah Tempozan harbor village. Kami belum solat zohor asar so singgah prayers room di dalam Tempozan mall. The room quite spacious, you can get the passcode at the information center di tepi kaunter tiket Kaiyukan. Masa diberi untuk solat hanya 20mins, so tak boleh lepak lama-lama.



Disebabkan waktu dah petang kami sempat naik Tempozan ferris wheel je. Tak ramai pun orang, sampai je terus scan OAP untuk naik gondola. Ada dua jenis gondola, yang lutsinar dan gondola biasa. Kami pilih yang biasa sebab taknak beratur lama. Satu pusingan mengambil masa kurang dari 15mins, dapat la tengok sunset dari atas walaupun gayat.



Dari atas ni boleh nampak keseluruhan kawasan Kansai. Tempozan ferris wheel salah satu tarikan di Osaka port selain dari Aquarium Kaiyukan. Kami tak masuk aquarium sebab tak cukup masa dan perlu beli tiket tambahan yang berharga RM77 di Klook apps.


Sepatutnya kami naik Santa maria cruise dan ferry captain line tapi dah lewat petang dan kaunter sudah tutup. Kami postpone esok jela, baru pukul 6pm dah gelap. On the way ke Osakako station hujan turun maka berlari lah kami yang malas bawa payung ke mini market berdekatan. We bought grocery lagi untuk topup snacks, seafood and eggs. Harga di mini market murah compare to konbini. Balik airbnb kami rehat dan masak dinner. Dinner simple je sebab pakai dapur induction, boleh la goreng ikan dan masak sardin. Nasi putih beli yang ready to eat so panaskan dalam microwave je.





With love.

Yaya doe

Tuesday, September 2, 2025

Japan Travelog - Osaka Day 4 Part 1




Hello semua,

Jom sambung cerita jepun yang masih berbaki 2 hari, so hari ke 4 kami bangun tidur awal macam biasa untuk solat subuh. Bila letak 7 orang dalam apartment ni memang ada je la huru hara dan bombastic side eyes. Disebabkan JR mini pass dah expired so I plan untuk pakai Osaka Amazing Pass untuk harini dan esok. 

I bought the pass dekat Klook apps 1 month before our trip dan harga dia boleh tahan mahal juga. Tapi yang bestnya you can enjoy unlimited subway rides (Osaka metro) and city bus also access to more than 40 attractions around Osaka City. After purchasing the pass, Klook sent an email, so on that day I kena tekan link to generate the QR code.


Pagi tu I try la tekan link dalam email, tapi tak keluar apa pon...haa sudah. Dah la mahal pass nya, I contact klook assistant dan robot je yang jawab. Serius risau dan gelabah sebab intinerary 2 hari ni memang kena pakai pass, so I cakap dekat mama kita kena pergi tourist info centre dekat city sebab I dah blur nak solve this issue.

Tapi tak sempat pergi sana bcos adik I try tengokkan email dan link yang diberi, suddenly dah dapat masuk dalam website yang generate the QR code tu.Fuhh nasib baik.

So our first destination was Osaka Castle. Pada bulan April kawasan castle penuh dengan pokok cherry blossom yang merimbun. From our airbnb kena jalan kaki 10mins to Daikokucho subway station, we took Midosuji line (red line) and Chuo line (green line). 



From subway station to Osaka Castle kena jalan kaki 20mins. Hari ke 4 ni kaki dah kebal untuk jalan 30k steps. Kami masuk ke castle melalui Ote-mon gate main entrance.



Semua spot la kami berhenti nak ootd, sempat bergambar di Tamon yagura Turret iaitu menara utama dan dinding pertahanan kedua setelah kita masuk main gate. Ia pernah musnah pada tahun 1628 dan dibina semula pada tahun 1848.






Osaka Castle dibina pada tahun 1583 iaitu lebih pada 440tahun yang lalu oleh panglima perang Toyotomi Hideyoshi. Setelah kematian Toyotomi, berlaku perebutan kuasa diantaraToyotomi klan dan  Tokugawa klan. Dua peperangan telah terjadi dan merosakkan struktur Osaka castle.



Pukul 9pagi dah ramai pelancong beratur untuk masuk ke dalam Osaka castle. Kami pun berpeluang untuk masuk menggunakan Osaka Amazing Pass, ada laluan khas disediakan di kaunter tiket. Officer akan scan our bar code dan semua dinasihatkan untuk tidak merakam video sewaktu didalam castle.


I rasa berbaloi masuk sini kalau korang first time datang sebab boleh belajar banyak sangat sejarah jepun. If you guys tak suka history hmm maybe akan bosan. Dekat sini pun ada stamp section untuk collect.


Masuk je dalam istana terus nampak artifak emas besar yang bernama fusetora (golden tiger). Ia merupakan lambang kekayaan Toyotomi Hideyoshi dan dipercayai boleh melindungi istana dari bahaya api. Istana mempunyai lapan tingkat dan setiap tingkat ada pameran artifak,  dokumen asli, senjata samurai dan replika. Baru je naik tangga tingkat lima I dah dahaga pastu panas sebab I pakai heatech.


Observation deck di tingkat 8, boleh tengok kawasan luar Osaka castle. Diluar Osaka castle ada parit yang dalam, jambatan Gokuraku dan taman awam yang terdapat lebih 600 pokok sakura.



Selepas keluar dari castle kami ke Gozabune pier. Ada booth kecik di sebelah lawson untuk exchange physical ticket naik boat ride, just tunjuk your OAP qr code. Kami punya slot 10.30am bersama satu group acik-acik dari China.


 We were roaming around the garden sementara tunggu giliran nak naik gozabune boat. Penuh galeri dengan bunga-bunga sakura.




Menyelusuri parit disekeliling Osaka castle. Ada guide dalam boat yang akan explain sejarah parit dan ada satu ketoi batu yang famous dekat dinding parit. Batu tu bentuk muka orang jepun, so local percaya ia dapat halau evil spirits dari masuk ke dalam istana. I pula tak dengar sangat pastu sibuk selfie dan amik gambar castle dari angle bawah parit.lol


Boat ride tak sampai 20mins, kami terus gerak ke next destination iaitu Aqualiner. Unfortunately, the lady dekat counter said our OAP tak cover for Aqualiner. So we decided to have lunch at Dotonburi sebab masing2 dah lapar.



With love.

Yaya doe