Showing posts with label Thailand - Hatyai. Show all posts
Showing posts with label Thailand - Hatyai. Show all posts

Monday, July 27, 2026

Thailand : Hatyai 2.0 Day 3

 

Hi people,

Masih dengan sambungan cerita hari kedua di hatyai, dah lewat petang pukul 5pm kami minta pakcik tuktuk singgah di Masjid Songkhla. Sempat solat jamak sebelum bergerak pulang ke bandar hatyai. Semua dah barai tapi masih bersemangat nak explore tempat lain. 

Adik I cakap dia nak repeat beli sushi dekat Central Mall, so mintak pakcik singgah mall kejap. Dah alang-alang I dan mama pon nak shopping dekat Beautrium.



Penuh umat manusia dekat sini, makanan dekat level underground banyak tak available. Adik I tak dapat beli sushi, dah sold out, I sempat singgah kiosk iced tea murah 19baht untuk hilangkan dahaga. Panas betol hatyai~
 


Depan mall ada banyak tuktuk beratur menunggu penumpang. Lama juga kami tersidai tunggu pakcik sebab peak hour jalan jammed teruk.


Tempat terakhir kami singgah ke Asean Night Bazaar. I nak experience foodcourt dia tapi sesak sangat pastu takde mood nak beli sebab penat.HAHA Family I pon sama cukup pusing satu kali pastu terus nak turun tingkat bawah. Balik airbnb semua berebut nak bersihkan diri. Kami sambung lepak depan tv sambil makan burger 7E dan minum air meiji.surrr

Last day in Hatyai, we woke up late around 6am. Biasa pukul 4 atau 5 pagi dah terjaga, serius penat daytrip semalam. Pagi ni kami breakfast dekat rumah je makan burger 7E dan habiskan buah laici. Van VVIP akan pickup di airbnb pukul 9am, so kami lepak santai depan tv sambil kemas barang. Next time kalau ada family trip memang I akan repeat booking homestay je.

On the way to border Padang Besar, bye Hatyai. Kami melepasi border dengan santai dan bergaya sebab tak ramai orang. Urusan keluar masuk Hatyai kalini smooth sangat, Alhamdulillah. My family pon puas hati datang Hatyai sampai tak berenti request next trip kita datang lagi pastu nak stay Luana House. Kami gerak 12 tengah hari keluar dari Perlis ke Terengganu, sampai rumah dah 12malam. 12jam perjalanan yang penuh dugaan tapi malas la nak coret dalam ni.HAHA sebab mood masih happy. Adios 



With love,

yayadoe

Tuesday, July 14, 2026

Thailand : Hatyai 2.0 Day 2


Hola semua,

Jom sambung kisah hari kedua kami di Hatyai. Semua tidur lena ya semalam, aircond sejuk btol. Awal pagi kami bersiap untuk daytrip. I dah book tuktuk untuk 1 day 8.30am - 10pm, harga 1500baht (RM188). Tuktuk datang pickup on time, pakcik driver ni bawa amoi yang pandai kecek melayu so tak ada masalah sangat untuk kami berkomunikasi.


Tuktuk ni selesa siap ada kipas dan luas untuk kami bertujuh. 

First destination, kami breakfast di Dimsum Chabura. Ada pelbagai pilihan dimsum, mama macam biasa la overwelmed kali ke 44.HAHA So I yang order makanan untuk semua, gini la nasib eldest child aka manager in the family. 

Tomyum goreng, nasgor ketam dan daging bakar wajib order. 

     Team hantu dimsum dan gyoza. Ada juga order salted egg pau 1 set tapi tak sempat amik gambar dah kena ngap. Total untuk 7orang makan habis dalam rm250. Ok la not bad.

My parents tak puas lagi borong jajan, so repeat pasar Kimyong untuk topup ole-ole. Kalini kitorang pergi kedai Arnas lagi banyak pilihan dry snacks dan lagi murah. Servis pekerja Arnas pon terbaik, pandai layan customer dan perut customer confirm kenyang dapat makan tester diorg yang banyak jenis.

Next pakcik tuktuk bawa ke Chang Puak camp untuk melihat gajah. Banyak aktiviti berbayar sebab tu free entry. Tak sampai sejam pon kami lepak sini, cuaca dah start panas. Ni je gambar kami yang cukup ahli, tu pon sebab ada yang offer nak tolong snap gambar. My family I ni takkan suruh stranger amik gambar kami sebab segan.lol

                      

Ada banyak gajah untuk ride tapi kesian sebab diorang macam gunakan gajah untuk tujuan pelancongan. Tempat ni macam biasalah penuh dengan orang Malaysia.


Kami bergerak ke daerah Songkhla, perjalanan sejam lebih dari bandar Hat Yai. Songkhla beach ni wajib repeat sebab vibes dia tenang dan banyak kedai murah-murah.Tuktuk drops us off in front of the beach area, then we stroll along the pedestrian walk. Ada banyak street food untuk dicuba, kami beli aiskrim kelapa, air kelapa dan cucur udang. Sempat juga beli ole-ole dekat kedai tepi pantai, then sambung melepak di Amazon cafe sebab bahang.


Matcha strawberry paling sedap dan murah. Peminat matcha pls try okie, yang tak suka matcha boleh skip dan pilih option lain seperti stawberry cheesecake frap atau iced latte (very basic duhh)

Amazon cafe tempat wajib ngopi, I order iced latte, caramel macchiato frap, strawberry cheesecake frap dan matcha strawberry iced. Mama pula beli 4 slices cakes, kami share-share je untuk rasa. Lega dapat sejukkan badan dalam aircond amazon cafe. Summer vibes betol trip hujung bulan 5 ni. Walaupun cuaca panas tapi I masih cool handle perangai ahli group. HAHA

I call pakcik untuk pickup kami, takleh lepak lama sangat banyak lagi tempat nak singgah. Next pakcik bawa kami ke Wat Laem Pho, tempat patung buddha besor tidur. Nak pergi sini kena pusing tasik Songkhla tapi pakcik bawa tuktuk naik tongkang/ferry untuk menyeberang. Kami semua excited.HAHA

Sampai di temple Wat Laem Pho, ayah I dah bising kenapa bawa dekat tempat gini. Tapi I buat taktau je, dah alang-alang datang kena la pergi. Patung buddha baring (sleeping buddha) sepanjang 35meter melambangkan Parinirvana. Free entry untuk pelancong dan ada beberapa kiosk penjaja.

Tak sampai 15mins kami melilau, pastu ayah  I dah rengsek terus naik tuktuk. Masing-masing dah lapar so minta pakcik hantar ke kedai makan viral. On the way ke kedai, amoi pakcik ni ajak singgah satu rumah ibadat diorang yang ada naga besar macam dalam cerita dragon ball tu. Apalagi kami onzz pastu pulun la bergambar.

Ada replica 2 ekor naga besar ditepi Tasik Songkhla iaitu patung Naga Koh Yor. Satu naga melambangkan kesihatan (Pu Phuchong) dan yang kedua melambangkan kekayaan (Mae Ya Thongkham)

Wat Khok Piew merupakan kuil berusia lebih 100 tahun di Pulau Koh Yor Songkhla. Ada beberapa lagi statues di sekeliling temple tapi kami tak sempat nak bergambar. 

Dugaan seterusnya kami sesat sebab jalan utama ke kedai famous Ku Thao Hanging Leg tutup (ada pasar malam). Dah pakcik ni sesat masuk jalan sampai kena berhenti tanya orang kampung. Adehh Sampai je kedai kami dapat nombor giliran dan kena tunggu 15mins untuk dapat meja. Port wajib orang malaysia bila masuk Hatyai. Kami order air buah yang pelbagai jenis.



Servis agak slow dan makanan kami sampai kurang dari 1 jam menunggu. Tapi the food is so good, semua lah sedap. Kalau korang sabar menunggu boleh la try makan sini. Berbaloi je tunggu lama sebab makanan kena selera. Suasana pun tenang damai dikelilingi sawah padi.



with love,

Yayadoe

Friday, July 3, 2026

Thailand : Hatyai 2.0 Day 1

 


Hi people,

Wuhuu new travel story untuk tahun 2026, family trip to Hatyai. Sebenarnya trip ni dah postpone banyak kali disebabkan banjir di Hatyai. Adik I pula dapat sambung asasi setahun di Perlis tahun lepas, so tahun ni kami decide untuk masuk hatyai dah alang-alang dia study sana. We decided to do a roadtrip dari Terengganu to Perlis. Dah lama I tak lalu jalan yang paling mencabar dalam Malaysia iaitu lebuhraya Timur-Barat (Jeli-Gerik). Plan nk tukar2 drive, tapi bila tengok jalan gitu hmmm I duduk diam2 jela dekat seat belakang.HAHA tacod

Our trip akhir bulan may, minggu raya haji ada banyak cuti public so semua ahli keluarga free. Tapi yang problem musim cuti sekolah plus raya so jalan jammed dan kedai banyak tutup. Ditambah Thailand umum raya lambat sehari dari Malaysia. But we still enjoy the trip to the fullest dan I dapat explore new places selain template itinerary rasmi rakyat malaysia.lol Kami ada singgah sekejap di Rnr Titiwangsa tapi kedai makan masih tutup, so amik gambar jela tanda hadir. 

We booked a homestay at Kangar on 28/5 sebab dah penat drive 8jam dari Terengganu to Perlis. Malam tu kami dinner di Rohani Ikan Bakar Kuala Perlis. Fuhhh puas hati harga murah pastu portion banyak, patut la kedai ni selalu fullhouse. Keesokkan pagi kami terus gerak ke Padang Besar selepas sarapan di Kangar. Berita border jammed ni kami dah boleh jangka sebab itu I decide untuk naik van VVIP dari ktm Padang besar terus ke hatyai. Kereta park je dkt stesen ktm untuk 3hari 2mlm total fees RM15.

Alhamdulilah urusan kami cross border tak sampai pon 1jam, shout out to Pens Leisure agency! Good service! HAHA kereta persendirian lain semua sangkut beratur 3-4jam ye di border. Tengok pon dah penat lagi2 kereta yang sangkut di border Bukit Kayu Hitam. Harga van VVIP masih lagi sama, one-way trip RM30/pax.

Perjalanan ke Hatyai memakan masa 1 jam, van hantar kami terus ke penginapan. We booked airbnb Luana House for 3D2N, can fit max 8pax bcos they provide 4 queen beds. Check in 4pm so we just drop off our baggage and hop on tuktuk. I dah topup duit dalam grab tapi bila masuk signal thai ni terus takleh access the grab ewallet.benci

So terpaksa book grab pastu pay by cash jela, nasib mama dah tukar cash baht. I book tuktuk dalam apps grab je malas nak nego harga. Homestay ni pula area perumahan so tuktuk/van confuse waktu nak pickup/drop off kami, selalu terlepas simpang. Bukan la masalah besar pon, kami okay je kena jalan kaki tapi driver gigih juga nak cari rumah dan hantar sampai depan pagar. servis diorg memang toppp, tak pelik orang malaysia suka repeat masuk Hatyai.


Our first destination was Kim yong market, tempat wajib untuk borong jajan, dry fruit, kekacang dan buah. Dah aim nak beli dekat kedai Arnas Kimyong tapi tutup, esok baru buka. So my parents beli dekat kedai muslim lain in case esok kami tak sempat singgah. Mama habis rm400 ye borong ole-ole untuk orang kampung, semalam cakap taknak beli, datang hatyai nak makan je. #janganpercaya

Then singgah kaitod bangloh, their pulut ayam 40baht dah habis tapi orang depan I yang baik hati sanggup bagi dekat I satu pulut ayam dia. Terharu doii, memandangkan que di kaitod meena panjang nau I tak sanggup nak beratur. Kemudian we all gerak to Central festival mall by tuktuk, cuaca tengahari panas terik so nak sambung lepak dalam mall sampai pukul 4pm.

Central festival mall ramai orang malaysia je sebab 29/5 banyak kedai cuti raya lagi. Adik I tapau sushi 2x sebab murah do'oh. Kami naik tingkat 4 sebab dekat bawah tak ada meja, foodcourt level 4 lagi meriah. My family macam biasa la too overwhelmed sampai taktau nak makan apa. So we decided makan foodcourt je, beli beef noodles, beef teriyaki, korean chicken & banana pancake. Banyak je pilihan cuma ramai orang dan servis slow. Kedai pula tak accept cash so kena bayar QR promptpay, so I pakai bigpay scan untuk bayar.

Dah makan kami pun masuk beautrium untuk shopping dan adik I ada yang tukar duit dekat money changer level 1. If korang stay area lee garden banyak je money changer, tapi area airbnb kami takde. Sampai airbnb semua dah barai ea, tapi masih mood excited sebab Luana House ni cantik sangat. Family I semua happy stay sini, harga pon masih affordable.

Ruang dapur luas dan semua area ada aircond. Bilik air ada 2 so senang tak berebut nak mandi. Kelengkapan dapur owner dah asingkan untuk customer Muslim pakai.

Lepas isyak kami sambung berjalan, nak rasai nightlife in Hatyai. Kami pergi ke Lee Garden, tapi sesak sangat, so tapau je udang dan ketam. Lepastu jalan kaki pergi 7E besar depan Aloha Hotel, borong  burgers dan susu meiji. 

Disebabkan tak puas lepak kami pon amik tuktuk ke Florida Night market. Pasar malam ni best sebab tenang je tak ramai orang, yang bestnya ada kedai donut udang viral. Mama 3x repeat beli donut udang. Kitorg beli teh ais dan greentea pon 30baht je gelas besar. Tapi yang pishang nya kena tunggu adik punya ayam penyet sejam lebih baru siap.Nyirap ea kitorang tunggu.

Ayah I dah meratib nak balik airbnb sebab dah 11pm, I tahan je tuktuk dekat pasar malam pastu nego harga 120baht untuk bawa kami balik airbnb. Barai betul harini, sampai Luana terus semua serbu dapur untuk makan lauk tapau. Dah kenyang I terus bersihkan diri untuk tidur, esok masih perlu banyak tenaga untuk jalan. 


with love

yayadoe

 

Thursday, February 1, 2024

THAILAND (Backpacker's Diary) Part 4 - Hatyai


Day 4

Ayuh sambung part akhir bebelan drama yayadoe. Pada pukul 6 am semua sudah ready untuk check out. Kenapa awal sangat? Ceritanya, tix return seat cuma available 9.45am, slot lain dah full. So kami taknak berpecah terpaksa booked the earliest train.
.
Lepas check out nasib ada tuktuk lalu depan hotel tapi uncle ni caj 30baht (Rm3.80) sorg untuk ke terminal van alasan dia terminal jauh. Tuktuk dia pun agak kecil untuk kami 7 orang plus bacpack/luggage. Redha je la walaupun kami tiba terminal tak sampai 5 mins hmmm apa yang jauhnya. Tunggu jela episod akhir drama yang harus kami tempuhi. 

Awal pagi memang lengang je kawasan terminal, ada seorang lelaki approach kami dan offer untuk ambil servis van VIP dia. Pakej 900 baht (Rm120) for 7 pax ke Padang Besar memang murah. Sementara tunggu van datang banyak pula celoteh abang yang arrange van ni, kami dah la mengantuk lagi. Malas nak bersembang. Social energy bar memang dah 5%.



Kami sampai Immigration office around 7.30am waktu Thailand sedangkan Malaysia sudah 8.30am. Faham tak bertapa rushing nya kami takut terlepas train.HAHA
Van pula drop kami diluar pintu Immi dan pada saat ini kami nyaris di scam. Ada seorang driver cab approach us and offer untuk bawa kami melepasi kastam dengan harga yang tak masuk akal. Dia offer kami 800baht (Rm108 untuk 2 kereta) maksudnya we had to split into 2 groups. Caj dia dah macam servis nak pergi Hatyai balik sedangkan jarak perjalanan Immigration-KTM tak sampai 10mins.



Nasib baik D'elfira bertegas nak kereta mpv untuk pickup kami so ada driver lain yang sanggup bawa kami semua. Urusan dekat kastam pula mengambil masa 1/2 hour kerana masih awal pagi. Lepas je border terus ke KTM station, kitorang ada 30 mins je untuk beli breakfast & tukar simcard di booth.


Sepanjang perjalanan pulang masing-masing lena diulik mimpi, penat berkejaran dari pagi. Kami sampai di KL Sentral pukul 3.30pm dan terus ambil Klia Transit ke TBS. Unfortunately our 5.30pm bus to JB delay sampai pukul 6.30pm. Highway plus delay from south and north due to Deepavali Holidays. We reached pasir gudang around 2am guys.HAHA 8 jam sangkut dah macam nak balik Ganu.

Trip kali ini buatkan kami saling mengenali perangai masing-masing. Puas hati boleh plan sendiri trip dan I banyak gelak je sepanjang trip ni dengan ragam luar alam. Repeat Hatyai? Yezzaaa. Kalau ada rezeki nak repeat lagi sekali Asean Night Market foodie, Khu Tao  Noodles, Kaitod Decha, Dimsum Chabura and KhlongHae Market. Social energy limit 3 hari je pastu dah penat nak balik berhibernasi. Bosan tol hidup yayadoe versi matang ni.

Kbai

with love,

hakuna matata







 

Monday, January 29, 2024

THAILAND (Backpacker Diary) Part 3 - Hatyai

 Day 3

Okay jom sambung alkisah Day 3 di Hatyai,

Disebabkan servis tuktuk uncle semalam tiptop kami repeat lagi sewa dengan dia. Punya la banyak tempat dia excited nak bawa, kitorang sampai melecet nyahh.HAHA

Awal pagi uncle dah tunggu kami di depan hotel. First destination kami adalah Kim Yong Market, hmm ada apa pagi-pagi sudah ke pasar? Nantikan episod huru hara yang bakal berlaku. 

Mostly makanan yang dijual di area Kim Yong Market ada yang halal dan ada yang tak, disini ada pelbagai bahan segar/basah/buah/kekacang. My first impression this market sebijik macam Pasar Payang. lol. Disebabkan kami masih belum sarapan dan waktu sudah pukul 9 pagi kami semua pun mencari the most viral stall di Hatyai - Kaitod Meena. 

Kebanyakan local disana tak berapa fasih english so kami tunjuk gambar kedai dan acik tu cakap pukul 10am baru gerai buka. Melopong lah kami yang tengah kebulur. Maka sejam kami beratur tanpa sebab yang pasti sampai orang Thai pon confuse kenapa ramai awek-awek tanah melayu beratur depan gerai buah tapi tak beli buah.HAHA


Lagi 15mins nak pukul 10am owner gerai datang bawa motor je guys. Santai terox. Owner start setup semua preparations dan keluarkan nombor giliran. Waktu dia nak bagi nombor giliran memang berebut habis. Kami dapat no 5 tau tapi lama juga sebab semua customer order banyak. Nasib dah tapau burger and peach tea dekat 7/11 takda la lapar sangat. Selepas 1 jam berlalu akhirnya kami berjaya beli nasi khaomok dan pulut ayam kaitod meena. Disebabkan tak ada ruang untuk kami makan so uncle bawa kami ke warung berdekatan.


Muka kenyang melantak. Next uncle bawa kami ke tempat-tempat dia dapat komisyen.HAHA 
Layan kan aje lah and this place ramai juga van-van pelancong singgah untuk beli sovenirs. Macam-macam la ada. I just bought kain batik thailand untuk yang tersayang. kuikui

Lepas tu uncle bawa kami ke kedai borong jajan/asam/jeruk/coklat thailand. Banyak juga pilihan cuma harga tak la murah sangat so kami beli asam dan pes tom yam buat ghaso2.


Day 3 ni kami hanya nak santai-santai sebab semalam dah banyak berjalan. Tiba-tiba uncle suggest tempat 'kuetiaw' kitorang pon follow je sebab cafe Bingsu Nom6 full house and service pun slow. Maybe sebab too much demand on peak hour. Setelah 40mins perjalanan sampai juga kami ke tempat 'kuetiaw' - Ohh Khu Thao namanya, cantik sangat restoran ni betul-betul sebelah sawah padi. Makanan disini ala-ala boat noodle. Disebabkan ada yang masih lapar kami repeat Khlonghae Market kali kedua untuk food hunting. Area boat bawah memang penuh orang so I just beli area pondok atas dan tapau untuk dinner.


Our last destination on day 3 adalah Asean Night Market. Banyak sangat shops yang menjual pelbagai barangan dan harga murmur. I suggest you guys datang sini dulu untuk explore prices and food hunting dekat area food court. Masa ni semua dah tak rasa kaki sebab penat amattt. Habis 1 botol yoko2 share 6 orang. 


bersambung to next entry untuk Day 4.

with love,

hakuna matata





Friday, January 12, 2024

THAILAND (Backpackers Diary) Part 2 - Hatyai

 Day 2

Jom kita bersambung ke Day 2, semangat tahun baru masih membara untuk update blog. Mood padam karang terus menghilang tanpa jejak. Letsgo


Awal pagi dah ready untuk redah Hatyai Thailand! Kitorg sewa tuktuk for 1 day (1500baht/ Rm200/7pax) untuk melawat semua attractions. Boleh nego kalau nak lagi murah tapi max 1500baht ye per day kalau driver charge lebih tu dah scam. Sangat berbaloi sebab uncle ni layan je kitorg nak pergi mana sampai malam. Ada driver yang limit service until 5pm lepas tu dia dah renyah, so korang kena rajin bertanya. 


Sebelum start berjalan mesti la harus singgah breakfast dulu, plan nak ke Dim Sum Chabura tapi disebabkan beratur panjang so uncle tuktuk drop kami depan Marita Halal Dim Sum. Tak sampai 10mins beratur terus dapat meja dan dim sum yang kitorg pilih waktu tengah beratur dah sampai. Excited nak rasa salted egg pau & iced greentea je. Yang lain ada yang add on nasi goreng, kuew tiaw & etc. For me, mostly makanan dekat Hatyai rasa agak salty (fish sauce) & air pula too sweet (iced thai tea). Overall 7/10 for Marita Dim Sum.

                               

First stop, Magic Museum. For me tempat ni too overated unless you guys memang suka 3D Art. Pls skip this one if driver bawa datang ke sini. Ambil gambar dekat main entrance je cukup, 300 baht melayang sebab masing-masing masih tak familiar dengan basic rate fees setiap attractions.HAHA 



Chang Puak Camp ni wajib tau datang but don't expect too much bc this place is quite crowded, especially during the weekend. Free entrance for everyone but for activities like elephant riding, 
ATV, Talent show & etc packages come with reasonable prices. Mostly attractions fee harga masih lagi marhaen but I just mingle around bc kesian tengok gajah penat, tak sampai hati. Hmm



If nak ke Songkla City dari Hatyai memang berbaloi sewa 1 day tuktuk. Jarak antara attractions ada yang dekat dan ada yang jauhnya sampai 40mins-1 jam perjalanan. Kami teruskan perjalanan ke Samila Beach ditemani hujan gerimis. We decided untuk menapak ke souveniers stalls yang berderet. I bought souveniers here bc the price murah sangat compare to Hatyai, maybe bc countryside. Sempat bergambar dengan mermaid monument walaupun ramai yang beratur.


Next, uncle bawa kami semua jalan-jalan mengelilingi Songkla Lake menuju ke salah satu infamous Sleeping Buddha. Idk the exact location bc this one not on our itinerary but I guess it's near Songkla Lake.


Tak pasti monument apa but I guess their local source of economy comes from the fishery around the Songkla lake.



Haa siapa tau ni masjid apa? Selalu dengar orang kahwin dekat siam kan, haa ni la tempatnya. Central Mosque of Songkla. Akak-akak yang nak cari suami yang hilang tanpa jejak boleh letak masjid ni dalam list pencarian.lol 

Masjid berkonsepkan Taj Mahal. My friends semua nak lepak area luar bc mereka malas nak panjat tangga. So I jela masuk sorang sebab curious nak tau keadaan dalam masjid. Salah satu benda pelik is their mosque don't has fan or aircond. Kalau dekat Malaysia mau AJK masjid kena complain sebab jemaah panassss.



Seaverse Cafe. This cafe is located just in front of the mosque but is not suitable for walking distance bc you need to cross the highway. The entrance fee was 30 baht. Vibes ala-ala Bali and this cafe are not on our list pon but we just want to join the viral hype.HAHA. Tak sempat nak rasa makanan dekat sini bc we already decide to dinner at the mall. Many good reviews on their foods tho so maybe next time kita cuba ya.




So our last destination was Hatyai Central Festival Mall. Sampai sini around 6pm and uncle cakap dia akan drop kami nanti nak balik call je. Sempat ambil gambar depan ni je sebab semua dah excited nak food hunting & shopping. Ada banyak halal foods and the price quite affordable dekat ground level, yang penting bersih selesa. I bought a dozen of sushi and iced grapes tea meh macam dekat JB takde sushi Sushi here so good guys, tak tipu. 


My friends memang beli macam-macam tom yum goong, raw oysters, kerabu megi, thai ommelette etc. I banyak makan yang diorang je sebab nak rasa-rasa dulu kot tak kena tekak. Tak habis bazir je. Dah kenyang baru naik level atas mall untuk ke Boots & Beautrium. Beautrium ni ala-ala SaSa dan Boots pula macam watsons/guardian.Waktu ni Beautrium ada buat weekends sales for makeup. So ofcos Zamona & I laju rembat bestseller items to add into our cart. Apa sahaja sales girl promote kami ambil, tenung lama-lama bukan faham pon tulisan dekat packaging.lol

Yang lain sabar menunggu kami berdua shopping, terus hilang penat jalan siang tadi. Arisya nak beli fries viral tapi que dia makk aii. Sementara tunggu turn dia, I sempat lari ke Boots untuk membeli skincare.lol
 
Uncle pickup kami dalam pukul 9 malam dan dia tanya kami nak jalan dekat mana lagi? Semangat ya uncle ni tak tau penat nak drive untuk kami dari pagi sampai malam. Tapi apakan daya tilam hotel bagai menyeru kami untuk balik beradu~

bersambung to next entry untuk Day 3.

with love & happy new year,

hakuna matata