Showing posts with label South Korea - Seoul. Show all posts
Showing posts with label South Korea - Seoul. Show all posts

Thursday, August 20, 2026

South Korea : Seoul Day 1 - My Seoul Travel Diary



Anyeong people,

Kisah hari pertama solo travel di Seoul, keluar je arrival hall terus mata melilau cari CU! Haha Benda pertama wajib beli banana uyu, baru lah korea. I beli juga climate card dekat CU untuk guna public transport dalam Seoul. Boleh activate climate card di kiosk train station dan untuk t-money card I belum beli. 

Masa ni dah pukul 7.50am, I bergerak ke kaunter ticket airport bus. Walk in sahaja di deretan self kiosk dan nasib baik ada bus available pukul 8am berharga 17k won one way dari T1 ke Myeongdong station. Keluar pintu airport terus ke ruang menunggu bas 6015. 

Perjalanan mengambil masa 1jam lebih, eyy I serius terpegun ternganga dalam bas sebab tak percaya selamat sampai Korea. I terharu gilaa dengan diri sendiri sebab berani solo sorang-sorang datang Seoul. Rasa macam masuk dunia kdrama tanpa subtitles. 

Sampai di bus stop Namdaemun semua pakat turun, I dan sorang matsalleh kena sidai sebab laluan bus 6015 ikut route berpusing untuk ambil passenger yang akan bergerak ke airport. So Myeongdong station tu hujung sekali bersambung dengan trip baru yang akan pickup untuk pergi balik Incheon. Aihh pishangg benda sejam lebih dah jadi 2 jam.

Pakcik bas tu cakap apa ntah, maybe dia nak make sure beg kami tak bercampur dengan roundtrip ke Incheon nanti. Dah I dan matsalleh tu kena turun untuk confirmkan bagasi kami. Pukul 10am baru ler sampai myeongdong station, 2jam perjalanan sebab kena sidai.Sabar jela

I dengan cool heret beg mencari arah guesthouse. Tau jela muka confident aku macam dah 5x jejak korea.HAHAHAH Yang bestnya jarak bus stop ke Seoulview guesthouse cuma less than 350m. Memang best decision ever.

For accommodation, I booked a guesthouse at Myeongdong area. It's a female dorm with 6pax per room. The host and his wife were so kind and welcoming. I tak sunyi pun throughout my solo trip journey. 

Disebabkan check in pukul 3pm, so I drop off the luggage di kaunter check in dan keluar untuk berjalan. I singgah GS25 untuk beli americano + banana uyu, serius asyik dahaga je. Sejuk tekak. Kemudian berjalan ke underground myeongdong station untuk topup climate card 7days (20k won). Perut dah lapar so I decide untuk ke Namdaemun market, dalam kepala dah aim nak try hairtail braised  fish di kedai Necktie Man. Tapi rupanya ahad banyak kedai tutup termasuk the famous hotteok. Keciwaa

Nak singgah kedai kak salmah taktau kena masuk lorong mana, I tak study lagi pasal ni. So I pon tukar plan ke Gosame Sinchon. Public transport dekat Seoul senang je untuk navigate using naver map. Situ dah tulis which route yang cover climate card. Bus biru dan hijau semua cover climate card. Tap card waktu boarding dan tap out waktu get off the bus. Pastu jangan lupa tekan loceng stop sekiranya nak turun stesen berikutnya. Kadang driver tak berhenti atau tak buka pintu belakang.

Sampai je depan Gosame dah pukul 12pm lunch hour, nasib ada banyak lagi meja kosong. I order sotong sambal dia, portion banyak. Boleh bayar by card atau cash. 

Tak menyesal ye first day terus datang Gosame, rasa nak repeat lagi sebab makanan dia rasa the real authentic korean dish. Disebabkan datang sorang so order satu dish je, tu pon tak habis I minta tapau.



Kemudian I berjalan santai layan suasana, masuk daiso dengan olive young. Daiso penuh orang, I beli sikit je dulu sebab nak survey harga. 



Kemudian terus gerak ke Lotte Department Store Myeongdong. Start last month Lotte ada open free tourist membership so dapat free 1 card yang ada 2 function iaitu discount card and T-money. Nak jimat taknak beli t-money 6k won so I dengan pantas bertindak.lol 


Dah nak pukul 3pm, kaki pon dah cramp berjalan nonstop, I bergerak la ke guesthouse untuk check in. Urusan semua di self check in kiosk, host tak ada masa ni. First time I stay bilik sharing macam ni, waa excited. Rindu feeling asrama.

Harga I dapat untuk dorm room ni rm700/pax lebih untuk 7D6N. For me sangat berbaloi, toilet dalam bilik dan setiap katil ada langsir privacy. Cuma ruang untuk solat tu sempit dan nak buka bagasi besar tu kena gilir2.HAHA

I bersihkan diri, melekit badan berjalan musim summer ni. Tapi masih ada angin sepoi dan cuaca kejap panas pastu mendung. Roommate I ni silih berganti orang, mostly solo travel dari China dan Japan so diorang banyak buat hal sendiri.

Perut dah lapar balik, so I naik tingkat 3 untuk ke ruang dapur. The host provides free ramen and instant rice. Also ada free tomatoes, tea and maxim coffee. I sambung makan leftovers Gosame untuk alas perut kemudian sambung rehat dalam bilik.

Ikutkan malas nak keluar malam sebab badan penat, tapi otak I ni cakap jangan malas.HAHA So I bersiap la untuk keluar lepas magrib, nak usha nightlife in Myeongdong. Honestly Myeongdong ni crowded dengan tourist sebab it has everything for a beginner traveller.lol Easy access to public transport and also banyak halal food options. 

Street food dia banyak ye, cuma nak beli tu ikut ler mazhab masing2 malas nak ulas. I cuma beli roti telur sebab masih kenyang. Tak sampai 2 jam cuaca dah makin mendung nak hujan. Jangan lupa bawak payung uv, benda wajib selain portable bidet. I sempat singgah daiso 12tingkat tu tapi penuh umat sampai takde mood nak usha barang. Melilau kejap je pastu terus bergerak balik ke guesthouse untuk beradu.


with love

yayadoe

Thursday, August 6, 2026

South Korea : SIN > SEOUL - My Solo in Seoul Travelog

 


Hi Annyeong everyone,

My first solo trip was to Seoul, South Korea. *jawdrop* I finally pulled the trigger!

I dengan beraninya beli tiket promo airasia paling murah awal bulan 7 (I know it's summer). Bagi I kalau tak beli sekarang hmm nanti menyesal. Ramai juga la I tanya siapa berminat nak join, tapi semua busy dan tak free termasuk my mom. Ughh

So I nekad untuk pergi solo ke Korea. Lantaklah janji sampai sebab dari zaman sekolah lagi teringin nak jejak kaki ke sana. *pengaruh kpop dan kdrama. My first plan was KL-Busan via Airasia then return flight Incheon-KL but unfortunately airasia cancelled the Busan route due to war crisis.hmmm

Terpaksa la refund the tix & I booked a direct flight from Singapore to Incheon. Total 9D8N termasuk perjalanan pergi dan pulang, but I only spent 7days in Seoul. Masa tu T'way airlines ada open new route SIN-Seoul inc 15kg checked-in luggage. One way tix around RM600, the price quite competitive since others airlines also offer same price but with long layover at Hanoi@Jinan. Untuk tix balik Seoul-KL still with AirAsia (promo rm350 one way) but they reschedule the date.

On 4/7 dengan langkah bismillah I pun bergerak ke JB CIQ, dah booked ktm train (Rm5/one way) pukul 5.45pm. Gerak dari rumah naik grab ke terminal bas untuk catch bas pink J22 (nak jimat bayar rm3.60 je) dalam pukul 4.30pm sampai JB sentral. I call my mom, borak2 untuk hilangkan nervous ni.HAHA

Masa nak masuk gate ktm, passport I pulak lambat detect. Cuak betol tapi maintain muka tenang. Officer datang check haaa baru la mesin gate tu nak detect muka aku.

Aishhh from station KTM Woodlands to Changi T2 I naik bas rapid SG (Bas 858) tapi hmmm ada 20 pitstop ye, sakit pinggang duduk 2jam dalam bas tu. Tapi jimat la rm10 je dia caj.HAHA Next time nak naik bas express TS1 je.

Sampai T2 masa tu dah pukul 8pm ye, terus bergegas cari counter check in. Urusan check in dan drop luggage mudah, make sure prepare all the documents (passport & K-ETA wajib).


Semua yang beratur korean dan singaporean, terselit I dalam que T'way tengah nervous kut kena denied boarding. Dalam masa sama tak percaya I berjaya sampai changi airport dengan selamat sorang diri tanpa roaming internet.

Bagasi I tak sampai 15kg pon, pencapaian tertinggi 2026. I sempat ws mama pakai wifi airport sebelum masuk departure.

 Kemudian gerak masuk ke departure area melepasi immigration, terus cari prayer room. Kena naik escalator, tingkat atas di sebelah 7E ada prayer room. Perasaan I masa ni dah tenang dan ready untuk solo trip, Alhamdulillah Allah bagi kekuatan. But the day before I'm skek.lol #overthinking

Around 10pm dah boleh boarding, excited gilaaa. Officer dekat gate semua strict ye, botol air pon kena buang. Nasib dia buang air je botol kosong dia bagi balik dekat I. Mau dehydrated aku tak minum air. Water dispenser ada je dalam boarding hall.

I dapat seat window-aisle sebelah kanan, the plane configuration 2-4-2 wide body. Penerbangan TW162 11pm seperti dijadualkan Alhamdulillah tak delay. Crew dia semua korean pastu passengers pon ramai korean. Boleh la cuci mata kejap. T'way airline ni level Airasia so makanan kena beli, I tak beli pon sebab tak ada yang halal. Kita tidur jela sampai pagi esok. Pukul 4.30am I terjaga, fajar sudah menyingsing dan pukul 5am dah cerah macam pukul 7am.

Alhamdulilah touchdown Incheon pukul 6.45am waktu Seoul. Turun je terus debor nak lalu immigration dia.Adehh maklumlah banyak dengar cite tak best. Singgah toilet dulu cuci muka pastu pakai makeup, jangan tunjuk muka busuk #mukadatangnakkutipbuah Sejam lebih juga beratur sambil berzikir baca semua doa, tiba giliran I officer scan passport dan terus tampal sticker. Uishh jantung dah nak luruh. Malu la kalau kena hantar balik.Waaa~ 

Sumpahh waktu jalan ke baggage claim mata bergenang nak nangis sebab tak sangka Allah mudahkan urusan I. Officer perempuan tu tak tanya apa pon.hmmm #mukakena confident pastu file documents pegang je dekat tangan. Ceh mentang dah lepas dengan bergaya terus bagi tips.


with love

yayadoe