Showing posts with label Japan - Kyoto. Show all posts
Showing posts with label Japan - Kyoto. Show all posts

Tuesday, July 15, 2025

Japan Travelog - Kyoto Part 3


Ohayo people,

Lamanya nak habiskan part Kyoto ni kan, I menulis ikut mood, kalau mood kelaut hmmm lambat la habis episod travel. Dari Ayam-Ya restoran kami jalan ke bus stop terdekat untuk naik city bus 207 ke Gion District. Keadaan dalam bus amat padat, so I had to keep everyone alert in case ada yang tertolak ke belakang waktu nak turun nanti. Bus turunkan kami di bus stop Higashiyama Yasui dan kami berjalan ke perkampungan Gion. Ada yang nyaris tak dapat turun sebab bus terlampau penuh. Nasib ada yang membantu kami untuk keluar bus. 


 Jalan berbukit dan curam so paham-paham ler mengah dia tu sampai boleh semput. Mama cakap dia bukan datang bercuti tapi datang untuk hiking. Alhamdulilah cuaca okay. Dah sampai sini kena mendaki tangga untuk ke Hokanji Shrine. My parents taknak naik atas so diorg lepak bawah je. I dengan adik-adik je explore area Gion.



Gion district merupakan perkampungan tradisional dan terkenal dengan kebudayaan geisha/geiko. Geisha ialah wanita yang terlatih untuk menghiburkan golongan bangsawan yang boleh menari, menyanyi dan melakukan upacara teh. Setelah beratus steps akhirnya jumpa juga famous spot Yasaka Pagoda, Hokanji temple.


Rumah dan bangunan menunjukkan senibina zaman Edo dan Meiji. Ninenzaka (Lereng 2 tahun) dan Sannenzaka (Lereng 3 tahun) adalah lorong batu di sepanjang jalan ke kuil Hokanji dan Kiyomizudera temple.  Kepercayaan lama rakyat dahulu sekiranya seorang jatuh di sini bakal mendapat nasib malang selama 2 tahun@ 3 tahun.Makngaii. 



 I tabik dekat uolls yang naik sini pakai baju kimono & selipar jepun sebab kitorg yang pakai seluar dan kasut pon barai. Sebenarnya kena naik banyak lagi anak tangga sampai ke atas bukit tapi I dah penat. So lepas ambil gambar kenangan di famous spot terus turun. Tak percaya dah sampai Gion. I need more days to fully explore this area, satu hari tak cukup nak cover semua tempat.



Disepanjang jalan membukit ada banyak souvenirs shops dan streetfoods. Sementara menunggu adik 3 orang naik sampai puncak kami lepak area bawah. Jam dah pukul 4pm kami decide untuk gerak ke destinasi terakhir.



Okay kita sambung ke destinasi terakhir iaitu Fushimi Inari. Kami naik city bus 207 dari bus stop Gion ke Tofukuji. Lama juga kami kena tunggu bus sebab peak hours, semua bus penuh. Culture jepun pula semua tempat kena beratur, takleh berebut karang dilabel kurang kesedaran sivik.HAHA Bas ketiga baru kami dapat naik dan bas turunkan di Tofukuji. Kena jalan 5mins ke station JR sebab nak naik Nara Line.


Baru jalan 5mins dah menyimpang masuk family mart sebelah station, nak beli air dan jajan. Dari Tofukuji Station kami naik train JR dan turun di Inari Station. Pilih laluan yang betul dan alert dengan sign board platform supaya tak tersilap naik train. 


Station Inari paling best, jalan 2mins dah sampai Fushimi Inari shrine. Masa ni pukul 5pm, cuaca mendung dan makin sejuk. Kami menapak ke kawasan utama yang penuh dengan pengunjung. 


Fushimi Inari Taisha is a truly iconic place in Kyoto and a must-visit destination. Tak lengkap itinerary kalau tak datang sini. Fushimi Inari Taisha merupakan kuil ibadah tertua yang mempunyai sejarah dari tahun 711 hingga ke era Edo (abad ke 17 hingga abad ke 18). Terletak di kaki Gunung Inari di daerah Fushimi,Kyoto dan menjadi tempat ibadah golongan rakyat berdoa untuk Dewa Inari bagi mendapat hasil ekonomi yang melimpah. 



I just follow the crowds memanjat anak tangga ke Senbon Torii (Shrine with thousands gates). Tempat ni free entrance je, nampak kecik tapi luas ye kawasan shrine sampai boleh sesat. All the red gates ditulis setiap nama sumbangan dari organisasi/persendirian dan menjadi doa untuk mereka.




I read that there's over 10,000 torii gates from downhill until uphills. Untuk sampai ke puncak Gunung Inari mengambil masa 2-3 hours. Kami bergambar di kaki bukit je, itu pun dah mengah tak cukup oksigen.



Exploring the spacious area sementara yang lain panjat tangga torii gate dan my parents pula masuk souvenirs shops.


Ada laluan ke Tamayana Inari Shrine. I would repeat this place again because of the peaceful atmosphere, and it's a really dreamy place to be



Okay kaki dah penat badan dah minta rehat, jom balik ke Osaka. Maka tamatlah hari kedua kami ber daytrip di Kyoto. Malam kami singgah di Lawson untuk beli nasi ready to eat, dinner makan nasi bersama lauk sardin dan seafood.



With love.

Yaya doe


Friday, July 4, 2025

Japan Travelog - Kyoto Part 2

 


Hi moshi-moshi,

Jom gerak ke destinasi seterusnya, Nishiki Market. Dari station JR Saga-Arashiyama naik train dan patah balik ke bandar Kyoto. Kami turun di Nijo Station. Dekat bandar Kyoto ada banyak city bus untuk local dan tourists bergerak ke setiap tempat. Cara paling mudah guna ICOCA card untuk naik bas berbanding bayar cash. ICOCA boleh beli di main station atau airport. Kalau korang stay Kyoto 2-3days better beli daily pass untuk penjimatan maksima.Gitu

Menunggu bas untuk ke Nishiki Market. Berpandukan google maps dan tunggu bas no 201 datang pickup. Di Kyoto, kita naik city bas dari pintu belakang dan pilih tempat duduk atau berdiri je. Dah nak sampai tempat dituju, tekan loceng untuk turun. Keluar melalui pintu depan dan tap ICOCA card di mesin sebelah driver bus. Bas turunkan kami di bus stop Shijo Takakura dan kena jalan kaki 5mins ke Nishiki Market. Angin di Kyoto sejuk sangat sampai mengigil kami semua.

Nishiki Market adalah pasar awam di Kyoto yang menjual pelbagai barangan dan makanan jepun. Merupakan tempat tarikan pelancong dan wajib datang untuk merasai suasana kemeriahan pasar mereka. Untuk makanan halal amat limited, yang muslim friendly hanya seafood. 

Tergoda tengok shrimp tempura yang bersusun cantik.

Kami beli 6 shrimps dan 1 tamagoyaki. Panas2 dia goreng, harga satu 500yen. I dah lupa rasa dia macam mana, tapi bole la kot buat ghaso-ghaso. Dekat market sini pun ada jual matcha tea, kitchenware, sake dan fresh produce. Setelah puas cuci mata kami pun bergerak untuk lunch. Halal restoran di Kyoto tak sebanyak Osaka tapi masih ada pilihan dan easy access.


Dari Nishiki market kami berjalan 700meter, dalam 10mins ke Ayam-Ya Halal Kyoto. Alhamdulilah tak perlu menunggu terus dapat meja untuk kami satu family. Order di mesin dan perlu standby duit 1000yen or coins sebab duit besar tak diterima. Amik masa nak order untuk 7 orang sebab kena bayar satu-satu. Pekerja restoran pon sabar menunggu kami yang noobs nak kira duit syiling yen ni. We ordered 2 spicy ramen, 2 salty ramen & 2 soy sauce ramen.


chicken and rice bowl (500yen) mama yang order sebab dia taknak makan ramen. Nampak kecik tapi kenyang je untuk mama. Harga halal ramen untuk 1 orang makan 950yen-1200 yen.


Soy sauce ramen sedap dan mangkuk dia besar gedabak sampai tak habis. I tak makan spicy ramen sebab masih batuk. Adik-adik I cakap broth spicy ramen padu. Next time boleh datang lagi. Amboi tak sabar nak repeat Japan ye masing-masing. Kami tumpang solat jamak di sini sebab restoran ada sediakan prayer room tapi di banguan lain.




With love.

Yaya doe



Friday, June 20, 2025

Japan Travelog - Kyoto Part 1

 



Hi people,

Bersambung hari kedua di Jepun, awal pagi my parents dah bangun. I antara yang siap awal sebab tak sabar nak jenjalan. Subuh masuk pukul 3.30pagi dan pukul 6pagi dah cerah. Our airbnb ni pon comel je, ada 1  bilik air dan toilet so kena ambil giliran ye untuk bersihkan diri dan solat subuh.

Mama confident awal pagi dah masuk dapur untuk prepare breakfast, plan nak masak nasi lemak tapi jadi bubur lemak santan. Haha tak tau siapa yang salah, so kami semua makan roti je. Tak berani nak komen banyak nanti mama merajuk.HAHA

Today plan kami akan bergerak ke Kyoto. A day trip to Kyoto dari Osaka. 7.30am dah ready untuk ke station tapi macam biasa la bila ramai ni semua buat lambat. Tertinggal bag lah, kad pass lupa letak mana lah. Baru hari kedua dah test kesabaran kakak sulung. 

Kami guna JR mini pass naik osaka loop line dan turun di Osaka Station. Dari Osaka station perlu catch another train ke Arashiyama station. Gerak awal ni cons dia korang akan bersesak dalam train bersama warga jepun yang nak pergi kerja dan sekolah. Kami belajar untuk senyap dalam train dan offer seat to elders. Tapi i perasan elders pun kadang tolak offer kami. Maybe diorg kesian tengok stamina kami yang lemah ni.HAHA

Baru sampai Osaka Station, adik bongsu I dah moody sebab dia rasa pening nak muntah. Kami rehat kejap sambil beli jajan dekat 7/11 untuk adik alas perut. Sebelum jalan memang mama akan ingatkan semua untuk makan novomin (motion sickness) dan sapu counterpain cream. Lagipun dalam train panas sebab ada heater so kalau baju berlapis pastu bersesak memang akan rasa tak sedap badan.

Perjalanan memakan masa 1 jam 30 mins dari Osaka ke Kyoto. Train pula penuh so kami yang muda-muda ni berdiri je, kalau ada seat kosong prefer bagi mama atau ayah untuk duduk. Around 10am kami sampai di Arashiyama, Kyoto sebab nak pergi Bamboo Forest dulu. We just follow the crowds yang berpusu-pusu ke tempat yang sama. Suhu di Kyoto lagi sejuk dari Osaka.

Dalam 15mins juga kami berjalan dari station Arashiyama ke Bamboo Forest. Tempat wajib sampai sekiranya datang Kyoto. 

Suasana ala-ala dalam komik jepun.

Masing-masing busy ber ootd di fav spot.

Tak tahan sejuk. Tak sampai 2 jam pun kami berjalan di area Bamboo Forest. Pusing balik lalu jalan lain untuk ke next destination. 


Sebelum naik train kami singgah di Family Mart, nak beli jajan. Hampir setiap hari masuk konbini sebab nak usha jajan, masuk toilet dan buang sampah. 


With love.

Yaya doe