Tuesday, October 27, 2026

South Korea : Day 5 - Suwon Daytrip


 Hi people,

Hari kelima di Seoul, hujan dari semalam cuaca tak panas tapi berangin. Makan pagi buah epal dan roti buat alas perut sebelum gerak. I had to take metro from myeongdong station to Seonbawi station. Dari situ kena naik red bus No 3000 ke Suwon Culture center. Suwon terletak diluar Seoul, perjalanan mengambil masa 1 jam lebih jadi kena pakai t-money card untuk naik red bus express.


Sepanjang perjalanan hujan tak berhenti, I check ramalan cuaca Suwon harini hujan. Alamak I patut tukar plan, yelah bila dah hujan ni boleh buat indoor activities je.

Tapi entah kenapa I teruskan juga plan asal untuk ke Suwon-si, dalam hati doa semoga hujan makin reda. Sampai di Suwon Culture Center hujan masih lebat, I berjalan tanpa tujuan yang pasti.HAHA I mula persoalkan arah destinasi. 

On naver maps, search Mong Ted Cafe one of the fav kdrama spot. Kalau you guys peminat drama lovely runner wajib datang sini. 

Im Sol House diubah suai menjadi cafe dan rumah Sungjae (pagar biru)  berada di depan cafe. Cafe open 10am, awal pula I sampai also I ada baca review yang makanan sini biasa je. 

Datang semata nak melawat kawasan.lol Pastu ada ahjushi tengah bersihkan kawasan depan cafe, segan pula nak ootd. Masa ni tak ada orang langsung ye. I je yang gila dok berjalan dalam hujan monsoon. Sorry semua gambar di Suwon bermotifkan gloomy & spooky vibes. hmmm

I pun decide ke 2nd kdrama house iaitu filming location Our Beloved Summer, Choi Ung's House. Unfortunately, the house was under renovation. So masa dok berpusing dalam lorong rumah I ternampak satu rumah yang familiar tapi tak ingat la drama apa. Its a cafe, filming house drama The law cafe tak silap dekat je dengan cafe Mong ted.

Hujan makin lebat, pastu I dah basah kuyup kena tempias. I jalan ke Hwaseong Fortress, nak explore pun susah sebab jalan licin. I naik tangga pun slow-slow je risau kut jatuh. Duduklah termenung kejap dekat bangku kosong dekat situ.

Then, I gerak ke GS25 untuk berteduh dan lepak. Tengok pada cuaca macam hujan sampai tengahari. I plan halfday je jalan-jalan area Suwon. Masuk GS25, terus cari ramyum section. Mostly tak halal, I dah bawa ramen halal so nak paper bowl dia je. I pon grab la ramen paling murah dan juga banana uyu.


Memori paling random, makan ramyum sorang-sorang sambil tunggu hujan berhenti. Adik yang jaga kedai ni punya la baik siap ajar I cara guna mesin masak ramen. Dia gigih nak explain dekat I so berayam itik la kami bercakap. If you foreigner, diorang agak nonchalant (not friendly) but if you guys minta tolong diorang terus membantu. Bcos of language barrier, so they tend to ignore foreigners.HAHA

Dah habis melantak, I pun gerak ke bus stop untuk ke Starfield Suwon. Sempat juga cari kedai kimbap dalam drama Attorney Woo Young Woo. Kuyup la satu badan redah hujan yang makin lebat, jalan pula berbukit. Tapi tempat tu dah kosong, macam kedai terbiar.Keciwa laa.

Public bas dekat Suwon ni sama je efficient macam di Seoul cuma tak boleh tap pakai climate card. I tap tmoney dan naik bas hijau bersama warga local. Turun di bus stop depan mall Starfield Suwon, sejuk betul aircond dalam mall sampai mengigil I dengan baju dah lencun kena tempias hujan. Nasib tak demam oii.

Library Starfield yang famous tu berada di level 4, on the way naik escalator ternampak London Bagel shop. Kosong je tak ada long que. I saja la masuk nak usha bagels yang bermacam jenis. 

Not sure if muslim friendly bcos mostly ada cross-contamination. Thats why tak boleh nak cakap 100% halal. Then, I observe korean suka bawa anjing diorang ke cafe, mall dan dalam metro. Banyak tempat pet friendly, kalau you guys takut anjing hmm gelabah jugak kalau terserempak. 

Back to story library starfield, the concept was an open-space library. Kebanyakan buku dalam bahasa hangul, tourists datang lepak atas tangga dan ootd. Must visit spot with Instagrammable design and towering bookshelves, less crowded compared to Starfield library in Gangnam.

Mall ni besar sangat, lenguh kaki nak jalan semua kedai. I decided nak pergi Daiso sini je sebab tak ramai orang berbanding Daiso in Seoul. Banyak juga barang I beli untuk family, masa bayar kan kena self check out. I scan the barcode, tapi tak masuk system. Maka terkial-kial la aku, barisan belakang dah makin panjang. Nasib baik ada seorang laki yang tengah beratur tunjuk yang I kena scan the QR on each item bukan barcode. 

Diorang ni muka kerek tapi kadang suka bantu orang, lagi-lagi tourist yang lembab ni.HAHAH Dah siap scan nak bayar, card pula tak detect adoii nasib I bawa dua card. So far card bigpay sangat mudahkan urusan payment overseas. If pakai card visa yang activate international ni kadang ikut nasib.


Jam dah masuk pukul 3 petang, I kena gerak pulang ke Seoul. Follow je naver maps InsyaAllah pulang dengan selamat. I plan nak early dinner di Yang Good BBQ, tapi kena reserve table. I cuba nak reserve tapi susah juga sebab tak ada no phone korea, so I tawakkal je walk in.

Sampai di area Gangnam dah petang, elok pula sepanjang jalan cuaca panas ye. Pagi tadi punya la lebat, maybe I kena repeat lagi Suwon sebab tak puas hati tak dapat bergambar. Yang Good buka 4pm, so I menapak jalan kaki dari bus stop Yeogsam.

Masa masuk kedai, banyak je meja kosong sebab I customer kedua. Boleh solo dining, tapi kalau datang malam mungkin dah tak dapat table. Pertama kali nak cuba halal korean bbq, I order lamb grilled skewer 19k won dan doenjang-jiggae 6k won add on rice.

 Pekerja dia akan datang untuk setup meja dan mereka akan take turn to grill every table sampai dah siap masak. Portion dia banyak untuk I habiskan, kalini paksa jugak makan sampai habis. Daging dia sedap juicy, cair dalam mulut. Kalau I yang grill mesti tak rasa gitu.lol The stew pun sedap, ughh teringat-ingat semua makanan berbaloi datang walaupun harga mahal. 

Nak repeat Seoul bcos of Gosame, Jojo Kalguksu & Yang Good. Kedai lain mid je, boleh skip. On the way balik ke hostel I dah teringat leftovers kalguksu semalam, yums. Singgah 7E beli banana uyu & instant rice in case tengah malam lapar. I sempat beli delimanjoo dekat station Myeongdong. Wajib beli, rasa dia macam kaya ball tapi inti custard.

Sampai dorm, dah penat terus bersihkan diri dan solat jamak. I rehat kejap sementara tu basuh baju yang menimbun. Hostel ni best sebab ada free washer & dryer, owner pon mesra je tiap pagi bagi I epal. 

Tengah dok rehat atas katil tunggu baju siap basuh, ada sorang roommate baru tegur I. Dia pun solo, nak practice english dengan I. Dah lupa nama dia, she's from China pastu banyak celotehnya. I happy dapat borak dengan dia dan dengar cerita dia hiking dan camping di Hallasan Jeju. I minta dia recommend any cities yang best in China. Mana tau ada rezeki untuk kesana dalam masa terdekat.



with love,

Yayadoe

Monday, October 12, 2026

South Korea : Day 4 - The Seoul Trip I'll Never Forget


Hi people,

Masuk hari ke-4, I dah menyesuaikan diri di guesthouse dan makin lincah turun naik public transport. Awal pagi asyik muka I lah yang keluar masuk dorm, pukul 9pagi dah gerak berjalan. Unfortunately hari ke-4 start hujan renyai diawal pagi. Hmmm

Payung dah standby dekat tangan, I berjalan ke Myeongdong main road to catch the blue bus. First destination was National Folk Museum in Jongno district. 

There's no entrance fee, dekat kawasan luar museum ada hanok style houses in Joseon era and old street replica that portrays Korean culture in 80s. 

Nak bergambar tapi cuaca mendung hujan, so gambar I tak cantik.huhu Tak jadi nak share dalam blog.

Museum ni ada indoor and outdoor space, hujan makin lebat so I terus gerak masuk indoor area. 

The exhibition based on story of life in Korea since birth until death. Ada banyak ilmu sejarah korea yang I dapat, how they evolve through centuries from Joseon era to Modern era.


I melilau dalam hall sampai 2 jam lepas tu rasa lapar, jam dah pukul 11 lebih. Ayuh la kita lunch, I plan nak makan Jojo Kalguksu. I sampai awal 11.30am tapi dah ramai office workers beratur untuk lunch,  kena scan QR catchtable untuk dapat que number. Tak lama pon tunggu sebab I solo, dalam 10mins dah dapat masuk. Cuba elakkan peak hours, bcos its nearby office area so selalu full and long waiting que.

I order clam kalguksu dan seafood pancake, amik yang non spicy. Pedas korea ni kadang lidah tak leh nak tolerate.  Memori yang I paling ingat melantak kalguksu tanpa hirau orang sekeliling. I suka gila sebab noodles chewy, the clams fresh & broth kalguksu rasa authentic.

 Nak repeat Korea sebab tak puas makan kalguksu. Harga pon murahh satu mangkuk besar tu 10k won dan seafood pajeon 15k won. I tak habis pon makan, siap tapau bawa balik hostel. Kadang amaze dengan diri sendiri sebab confident betol makan sorang dekat kedai local.

Sebelum balik hostel I turun di bus stop Gwanghwamun square, nak bergambar di King Sejong Statue. King Sejong was a 4th Joseon dynasty emperor that implement hangul in writing system. Zaman itu golongan bawahan yang tidak diberi pendidikan telah melalui kesukaran untuk memahami chinese character (Hanja). King Sejong created 28 easy hangul alphabet untuk semua rakyat belajar dan guna dalam urusan harian. Tapi urusan official kerajaan masih menggunakan Hanja.

Kemudian sambung jalan ke Admiral Yi sun-sin statue, the statue ada police officer yang jaga untuk control kawasan tourist. Laksamana Yi sun sin ialah pahlawan tentera laut yang berani pada abad ke 15 dalam mengetuai 23 peperangan laut melawan musuh tanpa kalah. 



Sejarah mencatat hubungan diplomatik yang kuat antara Dinasti Ming China dan Dinasti Joseon. Hal ini telah menimbul konflik dari Japan yang ingin menakluki China. General Toyotomi Hideyoshi mengutus surat meminta kerajaan Joseon untuk turut berkerjasama menakluki China dengan memberi laluan jalan darat. Namun surat tersebut tidak diendahkan oleh Kerajaan Joseon, maka bermula serangan laut pertama pada tahun 1592 iaitu Imjin War.


I decide nak balik ke hostel untuk simpan lauk tapau dan solat. Tempat solat dekat korea limited, so rutin setiap hari mesti balik dorm untuk solat jamak. Hujan dah reda, I keluar balik dalam pukul 3pm.

Next destination was Gyeongbukgung Palace in Jongno district. Entrance fee 3000 won, tapi kalau pakai hanbok masuk free. I pun mencari kedai rental hanbok, I masuk kedai The artist Hanbok tapi sangat crowded dengan tourist china dan Indonesia. Serabut la nak pilih baju. 

I pun gerak ke Daehan hanbok, sini tak sesak dan pilihan garments pun banyak. I ambil basic hanbok for 1 hour 10k won. Dapat free accessories dan locker untuk simpan barang.

Susah juga nak berjalan bila pakai hanbok, lagi-lagi bila naik turun tangga. 

I berjalan bersama tourist yang lain ke pintu gerbang utama Gyeongbukgung Palace feeling ala-ala rakyat marhaen. 

Kawasan palace besar sangat, tak sempat nak explore semua tempat. Tangga yang naik ke palace pun besar nau, payah nak melangkah bila dah pakai hanbok. Gyeongbukgung Palace merupakan istana pertama yang dibina pada abad ke 13 oleh Raja Taejo (pengasas Dinasti Joseon). Ini menandakan perpindahan ibu kota rasmi di Hanyang (Seoul). Ketika perang Imjin, istana ini telah dibakar oleh Jepun dan dibiarkan selama 273 tahun sebelum dipulihkan. Pusat pemerintahan terpaksa dipindahkan ke Istana Changdeokgung.

Everyone so cute and has their own moments at every corner of area. I yang solo ni gigih la nak bergambar juga, I dah berani approach stranger to take my pictures. 

Pada abad ke-18, istana ini telah dibaik pulih dan dibesarkan seluas 40 hektar, termasuk 500 buah bangunan. Namun pada penjajahan Jepun pada tahun 1910, istana ini diruntuhkan sebanyak 90% untuk menghapus simbol kedaulatan monarki. Korea Selatan mendapat kemerdekaan pada tahun 1945 setelah 35 tahun dijajah Jepun dan pada tahun 1995 kerajaan mengambil inisiatif untuk membina semula struktur istana. 

Jam dah pukul 4.30pm I terus gerak ke Daehan Hanbok to return the clothes. Alhamdulillah, cuaca cerah. So kita terus cari nearest subway station to Yeuido Park.


Seoul ada banyak sangat park tepi sungai Han untuk you guys terjah. Seronok tau ambil angin petang tepi sungai sambil makan ramyun. I pilih Yeouido park sebab plan nak naik hangang bus (ferry), korang wajib cuba! 

Ticket cuma 3000 won one way. Masa ni kan confuse nak beli macam mana, so I acah pandai beli sendiri dekat kiosk machine. Rupanya you kena bagitau staff dekat gate situ dulu nak turun dekat mana. So nanti diorang akan bagi QR. I tak tau nak turun mana pastu dengar la diorang yang local dok sebut Magok, I pon cakap la Magok.HAHA

Hangang bus operating hours 6.30am until 22.30 during weekdays. I naik from Yeouido pier dah pukul 5.30pm, ferry sampai tepat waktu. Boleh je duduk dekat mana-mana seat, masa ni tak ramai orang. Before ferry berlepas, passengers kena isi declaration form for safety reasons.

 Perjalanan mengambil masa 15mins, ferry berhenti di Mangwon dan I terus turun situ. 

Boleh lepak area luar deck, berangin sambil layan view jambatan hangang. Akan ada safety officer yang remind passenger untuk jaga keselamatan sewaktu ferry sedang berlayar.

Best la solo, I tak rush pun dan boleh ikut timing sendiri. Masa ni baru I sedar yang I jenis santai je bila solo. Trip kalini takde masalah sangat pon, Alhamdulillah smooth je.

I lepak dekat Mangwon Park, ambil angin petang. Ramai local tengah beriadah, rasanya I je tourist tengah layan perasaan tepi sungai. 

Dari Mangwon park I jalan kaki ke bus stop Mangwon, kena naik green bus untuk balik ke hostel. Sampai hostel dah malam, I nak panaskan leftover kalguksu tiba-tiba Wu (roommate from China) datang ajak lepak rooftop. Rupanya Wu tengah lepak dengan Arzu, diorang tunggu I balik bilik. Kitorang bergambar sama-sama, Arzu cakap esok dia dah last day pastu dia gerak ke Busan, pasni dah takde membe nak borak. Wu pula esok pagi dah check out, flight dia esok balik China. Take care guys, see you again.


with love,

yayadoe

Tuesday, September 22, 2026

South Korea : Seoul Day 3 - I Fell in Love with Seoul


Hi semua,

Masih lagi cerita Seoul, rasa sampai akhir tahun baru habis post Korea ni. Semua benda lah nak cerita sebab terlampau excited. Awal 5 pagi I dah bangun tapi masih lambat sebab subuh pukul 3.40am, dah terlajak. Rutin macam biasa solat subuh lepas tu lepak layan phone sampai 7am baru mandi. Musim summer subuh awal pastu maghrib lewat 7.48pm. 

Hari ketiga baru I sempat berbual dengan host, dia tengah busy dekat dapur. Host offer buah apple korea, malu tapi mahu.HAHA sedap dan manis. Sajangnim siap kupas dan potong untuk guest.

Plan pagi ni nak ke Eunpyeong Hanok Village. Sejam perjalanan dari myeongdong, tak silap kena turun naik subway & bas 2x baru sampai ke daerah Eunpyeong. Hanok village sini less crowded dan tenang je nak bergambar sebab kosong. Jalan pun mendatar tak ada berbukit, view pun cantik siap ada background Bukhansan Mountain. 

Semua rumah berpenghuni jadi tourist tak boleh buat bising. I start to enjoy solo travel pada hari ke-3, waktu lepak di bawah pavillion layan view Bukhansan mountain. Bestnya kalau setiap tahun datang Korea, I nak gatekeep Korea so boleh datang solo lagi.

 I tak sempat beli tripod so pakai jela otak kreatif ni letak phone dekat atas mana2 then set timer. Tapi dah banyak kali juga orang tolong ambilkan gambar I, maybe dia kesian kot huhu.

Matahari dah makin tinggi, I sanggup basah ketiak lama2 tengah panas demi gambar lawa.



 I decide untuk gerak ke next destination iaitu Yonsei University. Bas berhenti dekat gate belakang, adehh gigih menapak untuk sampai ke lokasi kdrama. Lokasi wajib untuk peminat kdrama, tempat shooting drama Goblin, True beauty, Snowdrop, Extraordinary You  & banyak lagi 


Sempat la bergambar depan bangunan famous ni, gambar cantik sebab matahari tegak atas kepala. Bila masuk musim summer, dinding bangunan penuh dengan pokok menjalar sampai ke atas. Kalau datang musim autumn/winter semua daun dah mula kering. I siap masuk dalam bangunan sebab nak tumpang toilet. Dah settle terus gerak ke main gate, masa ni ramai student keluar masuk, so follow je diorang ke main gate. 

Tengah santai jalan melihat keindahan ciptaan Ilahi tiba-tiba ada lelaki tegur I, dia tanya I Indonesia ke Malaysia. Lepas I cakap Malaysia terus riak muka dia happy.HAHA Kami pun bersembang la, dia ingat I student sini. Kami sempat bertukar ig. I jarang bertegur sapa stranger tapi bila dah solo ni rasa best betul dapat bercakap dengan someone. #introvertsyndrome

Kemudian I sambung berjalan ke bus stop untuk naik bas ke Hongdae. Masa ni dah panas terik, I masuk kedai olive young sebab nak sejukkan badan tapi terbeli pula skincare.Huhu Duit macam air lah bila masuk sini, I dah pergi offbeauty semalam tapi banyak brand yang tak famous tapi harga murah. Kalau Olive young mostly product from well known brand dan harga pon range rm60-rm150 depends on item. Ada banyak sales dan promo deals so I prefer beli skincare disana, offbeauty kalau you nak beli untuk ole-ole okay la. 



Tekak dah haus so I singgah Mixue beli orange juice, datang jauh-jauh minum mixue. I teringat mixue hatyai sedap betol orange juice dia, duduk la lepak dulu minum air depan bangku kedai mixue. Bukan rushing nak pergi mana pun, I banyak layan suasana je, then masuk kedai-kedai yang nampak menarik. 

Sempat la singgah CU untuk beli triangle kimbap buat isi perut sebelum ke Itaewon. I plan nak makan area Itaewon, so sementara tu cuci mata area Hongdae street. Dekat sini jarang nampak foreigners kerja cleaner, mostly yang jadi cleaner local people terutama elderly. Dekat subway pon diorang akan jaga lalu lintas pergerakan passengers waktu peak hours untuk elak crowd crush.

Untuk ke Itaewon I naik train, kaki melecet habis turun naik tangga. Banyak juga halal food area Itaewon, cuma vibes dia macam sunyi dan creepy.lol Maybe lepas Itaewon stampede tragedy semua dalam fasa kesedihan, banyak kedai dah shutdown. 

Wingstop ada 2 branch di area Seoul - Itaewon dan Gangnam. 

I pilih classic wings set flavor mango habenero & bbq, order di self machine pastu bayar pakai card. Masa ni I plan nak makan dekat Wingstop Itaewon tapi tiba-tiba sakit perut pula so takeout je. Toilet dia pula berkunci, kena order dulu baru dapat password toilet.Adehh. So far toilet wingstop je ada pili air yang tempat lain kena pakai portable bidet. 

I berjalan ke Seoul Central Mosque, kena mendaki lepastu ada tangga tinggi. Banyak pahala orang sini nak pergi masjid, sampai tangga masjid I dah mengah. Masa sampai belum masuk waktu asar, so I jamak zohor-asar. Ada la satu group dari Indonesia yang sampai sekali dengan I, tempat ambil wuduk di bangunan lain tepi masjid. Lepas solat I rehatkan badan, trip kalini I tak ada training briskwalk so memang dua belah kaki asyik cramp pastu dah keluar blister. 

Tiba-tiba ada seorang perempuan korea ni tegur I yang tengah ngelamun dok fikir next place nak gi mana. Dia ramah je tapi tak fluent sangat english so macam ayam itik kami bercakap, layankan jela member nak bersembang. Tak lama tu I mintak diri untuk gerak pulang, masa tengah jalan turun bukit tiba navermap buat hal, dok terpusing dekat area sama pastu I blank nak jalan arah mana untuk naik bas. Serabut betul perasan masa tu sebab banyak kedai area situ dalam proses redevelopment. Hmmm the vibes sangat la creepy. So I decide untuk slow-slow follow jalan waktu datang tadi, dah jumpa main road baru bukak google maps untuk cari bustop ke Myeongdong.

Sampai je hostel terus I bersihkan diri dan makan wingstop yang tapau tadi di pantry. Malam tu tak keluar pon berjalan, lepak bilik je sembang dengan roommate. Sempat la basuh baju, host baik sangat siap ajar I yang noob ni cara pakai washing machine dengan dryer. Banyak benda I buat sendiri dan mintak tolong stranger, sebelum ni ada geng boleh la perah otak sama-sama. Hari ketiga ni baru I sedar yang solo travel best gila dan I nak gatekeep Korea as my secret getaway.luls



With love,

yayadoe