Tuesday, June 16, 2026

Indonesia : BATAM 2D1N Part 2


Hi people,

Jom sambung kisah day 2 di Batam, awal pagi pukul 7am kami turun breakfast. Semalam tidur lena sebab katil extra empuk. Makanan breakfast semua sedap dan banyak pilihan. Boleh repeat hotel Swiss-Belinn Baloi lagi, location sebelah Grand Batam Mall  dan harga murah. Pak supir datang pukul 9.30am kami dah ready untuk check-out dan sambung meronda.



Destinasi first kedai kek lapis De'moist, semua nak join membeli ole-ole untuk bawa balik. Kalau order awal pagi, tengahari dah boleh pickup kek. Anggaran satu loyang kek lapis 1kg harga rm85-rm100 depend on flavor, paling sedap original, karamel, pandan dan coklat. Berbaloi beli kek lapis batam sebab murah berbanding kek lapis di Malaysia. Ramai pelancong datang untuk borong berkotak kek lapis untuk dibawa pulang.


Sempat singgah ke DC mall untuk cari baju raya, random je atas suggestion supir sebab tak research pon lubuk baju raya di Batam. Kitorang beli satu set baju raya sebab murah rm108 sepasang.


Kami lunch dalam pukul 12pm semua dah lapar, supir bawa kami ke Nasi padang Sederhana di harbor bay. Kedai ni ada banyak cawangan di Batam dan paling selesa di harbor bay. Masuk tu terus waiter bagi meja dan bawa satu set hidangan lauk-lauk nasi padang. Boleh pilih lauk kesukaan dan buka plastik wrap, harga murah berbanding Pagi Sore. 

Kemudian kami singgah indomaret untuk borong jajan dan repeat lagi sekali Nagoya Mall sebab nak shopping ole-ole dan masuk guardian/watson. I tak jumpa magnet fridge dan keychain selain di Nagoya mall. Trip paling banyak shopping tak ingat dunia adalah Batam.lol



Last stop before departure, Masjid Agung Batam. Masjid ni terletak berdekatan terminal ferry Batam center dan menjadi salah satu lokasi pelancongan kerana berlatarkan signage Welcome to Batam.  


Our return ferry dari Batam center pukul 4.30pm, lama jugak tersidai di boarding gate kalau tau kitorang ambil jam 3.30pm. Sebelum masuk ke departure gate kena tukar tiket dulu di kaunter, ramai orang so kena datang awal hmmm kenapa la tak redeem waktu sampai semalam. Kami takde la rush sangat sebab ahli-ahli nya ramai so trip ni memang santai layan suasana. Cuma agak barai kerana trip 2D1N.


Ferry berlayar seperti yang dijadualkan, kami antara yang terawal masuk dalam ferry. Sampai pening kepala layan laut berombak. Panadol dan minyak angin jadi penyelamat.



Ferry return ni cantik dan baru, berbeza sewaktu pergi semalam. Perjalanan pulang mengambil masa 1 jam 30mins. I punya mabuk laut tu tengah menulis ni pon ingat rasa pening tu ye. HAHA. Dah sampai jetty pon berebut semua tak sabar nak turun. tapi nak tunggu staff dia turunkan bagasi pon ambil masa. Dah pishang berdiri atas floating dock yang bergoyang, sumpahh nak muntah.lol Lambat nau giliran bagasi I nak dikeluarkan. Urusan masuk semula ke Malaysia smooth je, muka pon dah barai. Parking fees di terminal dalam rm18 untuk 2D1N. Bagi I Batam best je untuk chill dan food hunting, semua senang nak navigate cuma mabuk laut tu buat I pikir banyak kali nak repeat ke idok.


With love,
Yayadoe

 

Tuesday, June 2, 2026

Indonesia : BATAM 2D1N Part 1



Hi people,

Entry kali ini I nak cerita pengalaman trip ke Batam, Indonesia. Our first 2026 trip bersama 11 dewasa dan 2 kanak-kanak menaiki ferry ke Batam. Dari tahun lepas plan nak naik ferry ke Batam sebab jarak yang dekat sekiranya naik dari terminal jetty Pasir Gudang. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami pergi dan balik walaupun ada serba sedikit huru-hara.lol

Trip 2D1N bersama officemates, semua prepare last minute dan kami booking hotel pun 3 hari sebelum gerak. Harga hotel inc breakfast di Batam around rm150/night dah dapat yang selesa terok. Ferry ticket return dari Pasir Gudang terminal ke Batam Centre terminal RM195 (inc. seaport tax). 

Disebabkan kami 13 orang, untuk transport kami booking van untuk 2 hari dan supir caj 1 juta/day (RM250). Total bajet untuk seorang dewasa RM350, sangat murah dan kalau nak jimat lagi boleh ambil hotel biasa.

Awal pagi 7am kami dah bergerak ke terminal ferry, tiket pukul 8am tapi 7.30am dah dipanggil masuk untuk boarding. Disebabkan ada ahli group yang datang 7.30am so kami antara paling akhir yang masuk ferry. Passport jangan lupa bawa, akan ada immigration check di pintu masuk. Oh lagi satu semua pelancong yang ingin masuk ke Indonesia harus isi online All Indonesia form (boleh cari link di dalam apps tngo). Selepas submit, akan dapat QR code untuk scan di exit arrival gate.

Ruang menunggu di terminal ferry. Bila bertambah ahli group maka pishang la menunggu ahli yang masih lagi belum sampai. Kami antara orang terakhir yang masuk ferry, dah tak banyak seat kosong. Hujung minggu ramai yang nak ke Batam, kalau cuti public lagi la bersesak nak boarding ferry.

Ferry berlepas 8.40am, kelewatan disebabkan ada penumpang yang tersalah ferry. Adehh patut seat tak cukup. Kami semua duduk berasingan, yang mana kosong boleh duduk. Dalam ferry ada jual makanan dan air, I beli pop mie sebab nampak ramai yang beli. I sarankan siapa yang mudah pening kepala tu makan ubat awal-awal dan jangan lupa breakfast.

Perjalanan mengambil masa 2 jam, sampai di Batam centre diorg akan turunkan semua luggage dahulu baru penumpang boleh turun. Nissa cakap kena terpaling awal turun kalau tak nanti beratur panjang dekat counter immigration. Waktu di Batam lambat sejam dari Malaysia, urusan di immigration cepat je dah lepas. Supir dah tunggu kami di pintu arrival dari pukul 9am tapi ada ahli group yang lambat keluar ferry jadi settle agak lambat around 10am.

Van besar boleh muat 14/pax dan selesa. First destination kami ialah signage Welcome to Batam, supir bawa kami ke kawasan lapang yang sedang ada construction.HAHA panas lilit kami bergambar. 

Tanda hadir

Kemudian minta supir hantar ke Morning Bakery sebab masing-masing dah lapar. Ada banyak cawangan kedai Morning Bakery dan supir bawa ke cawangan Harbor Bay. Ramai orang dan servis agak slow. I order pisang goreng cheese, es jeruk dan mie ayam. Mie ayam biasa je nyahh tak leh lawan mie ayam tjo kin bandung.huhu yang sedih pisang goreng paling lambat sampai so I tapau je bawa balik hotel. Depan tu ada Indomaret, bagitau supir nak cuci mata jap.HAHA

I beli jajan banyak la juga tapi total rm16 je, aishhh. Selepas tu patut pergi Barelang bridge tapi tengahari tengah panas so tukar plan ke Grand Mall Batam. Ada 2 orang yang tak sihat (iman & hajar), trip santai jela kalini. 

Mall ni masih baru dan ada banyak pilihan, I sempat masuk sociolla (ramai ye orang). Pastu window shopping je sambil cari kedai chikuro dan xing fu tang (branch jb dah tutup).

Waktu ni tak ramai orang, macam biasa benda FOMO kita wajib cuba. Harga satu dalam rm6-rm9, boleh pilih ada 3 perisa. Sejam lebih juga melilau dalam mall sementara tunggu waktu check in. Supir pickup kami dan terus bergerak ke hotel Swiss Belinn Batam. 


Disebabkan booking last minute tak banyak hotel best yang available dan harga satu malam rm150/night inc breakfast. Tapi ada deposit 100k rupiah per room waktu check-in (bayar cash).



Selepas asar kami keluar meronda, supir dah menunggu kami di lobby. Niat nak pergi barelang bridge tapi sangkut jammed dekat sejam lebih.hmmm so kami suruh supir u-turn pergi tempat lain. Supir singgah di kedai Alya Kek lapis dan I sorang je yang beli. Sampai la kami di Masjid Cheng Ho. 


Selepas itu supir bawa kami ke Bluefire Beach club. Masa ni dah lewat petang cuaca pun mendung, bayaran masuk 50k rupiah (free drinks). Tak sampai setengah jam tiba hujan.HAHA tak sempat tengok live performance.


Dinner malam ni kami pilih restoran Sambal Bakaran. Tempat paling best sebab semua sedap dan murah. Sambal dia ada 3-4 jenis dan boleh pilih hidangan (ayam, ikan, daging). Fuhhh akan repeat lagi. Semua puas hati dinner dekat sini, tempat pun bersih dan servis laju.


Selepas dinner kami pun ke Nagoya Mall, tempat wajib pergi. Kawan-kawan I ada nak massage dan ada juga nak tengok wayang. I window shopping je, lama jugak kena sidai dekat Nagoya Mall. Pukul 12 tgh malam baru kami pulang ke hotel untuk rehat. Esok dah nak balik, memang betul-betul short gateaway.



With love,
Yayadoe