Tuesday, October 27, 2026

South Korea : Day 5 - Suwon Daytrip


 Hi people,

Hari kelima di Seoul, hujan dari semalam cuaca tak panas tapi berangin. Makan pagi buah epal dan roti buat alas perut sebelum gerak. I had to take metro from myeongdong station to Seonbawi station. Dari situ kena naik red bus No 3000 ke Suwon Culture center. Suwon terletak diluar Seoul, perjalanan mengambil masa 1 jam lebih jadi kena pakai t-money card untuk naik red bus express.


Sepanjang perjalanan hujan tak berhenti, I check ramalan cuaca Suwon harini hujan. Alamak I patut tukar plan, yelah bila dah hujan ni boleh buat indoor activities je.

Tapi entah kenapa I teruskan juga plan asal untuk ke Suwon-si, dalam hati doa semoga hujan makin reda. Sampai di Suwon Culture Center hujan masih lebat, I berjalan tanpa tujuan yang pasti.HAHA I mula persoalkan arah destinasi. 

On naver maps, search Mong Ted Cafe one of the fav kdrama spot. Kalau you guys peminat drama lovely runner wajib datang sini. 

Im Sol House diubah suai menjadi cafe dan rumah Sungjae (pagar biru)  berada di depan cafe. Cafe open 10am, awal pula I sampai also I ada baca review yang makanan sini biasa je. 

Datang semata nak melawat kawasan.lol Pastu ada ahjushi tengah bersihkan kawasan depan cafe, segan pula nak ootd. Masa ni tak ada orang langsung ye. I je yang gila dok berjalan dalam hujan monsoon. Sorry semua gambar di Suwon bermotifkan gloomy & spooky vibes. hmmm

I pun decide ke 2nd kdrama house iaitu filming location Our Beloved Summer, Choi Ung's House. Unfortunately, the house was under renovation. So masa dok berpusing dalam lorong rumah I ternampak satu rumah yang familiar tapi tak ingat la drama apa. Its a cafe, filming house drama The law cafe tak silap dekat je dengan cafe Mong ted.

Hujan makin lebat, pastu I dah basah kuyup kena tempias. I jalan ke Hwaseong Fortress, nak explore pun susah sebab jalan licin. I naik tangga pun slow-slow je risau kut jatuh. Duduklah termenung kejap dekat bangku kosong dekat situ.

Then, I gerak ke GS25 untuk berteduh dan lepak. Tengok pada cuaca macam hujan sampai tengahari. I plan halfday je jalan-jalan area Suwon. Masuk GS25, terus cari ramyum section. Mostly tak halal, I dah bawa ramen halal so nak paper bowl dia je. I pon grab la ramen paling murah dan juga banana uyu.


Memori paling random, makan ramyum sorang-sorang sambil tunggu hujan berhenti. Adik yang jaga kedai ni punya la baik siap ajar I cara guna mesin masak ramen. Dia gigih nak explain dekat I so berayam itik la kami bercakap. If you foreigner, diorang agak nonchalant (not friendly) but if you guys minta tolong diorang terus membantu. Bcos of language barrier, so they tend to ignore foreigners.HAHA

Dah habis melantak, I pun gerak ke bus stop untuk ke Starfield Suwon. Sempat juga cari kedai kimbap dalam drama Attorney Woo Young Woo. Kuyup la satu badan redah hujan yang makin lebat, jalan pula berbukit. Tapi tempat tu dah kosong, macam kedai terbiar.Keciwa laa.

Public bas dekat Suwon ni sama je efficient macam di Seoul cuma tak boleh tap pakai climate card. I tap tmoney dan naik bas hijau bersama warga local. Turun di bus stop depan mall Starfield Suwon, sejuk betul aircond dalam mall sampai mengigil I dengan baju dah lencun kena tempias hujan. Nasib tak demam oii.

Library Starfield yang famous tu berada di level 4, on the way naik escalator ternampak London Bagel shop. Kosong je tak ada long que. I saja la masuk nak usha bagels yang bermacam jenis. 

Not sure if muslim friendly bcos mostly ada cross-contamination. Thats why tak boleh nak cakap 100% halal. Then, I observe korean suka bawa anjing diorang ke cafe, mall dan dalam metro. Banyak tempat pet friendly, kalau you guys takut anjing hmm gelabah jugak kalau terserempak. 

Back to story library starfield, the concept was an open-space library. Kebanyakan buku dalam bahasa hangul, tourists datang lepak atas tangga dan ootd. Must visit spot with Instagrammable design and towering bookshelves, less crowded compared to Starfield library in Gangnam.

Mall ni besar sangat, lenguh kaki nak jalan semua kedai. I decided nak pergi Daiso sini je sebab tak ramai orang berbanding Daiso in Seoul. Banyak juga barang I beli untuk family, masa bayar kan kena self check out. I scan the barcode, tapi tak masuk system. Maka terkial-kial la aku, barisan belakang dah makin panjang. Nasib baik ada seorang laki yang tengah beratur tunjuk yang I kena scan the QR on each item bukan barcode. 

Diorang ni muka kerek tapi kadang suka bantu orang, lagi-lagi tourist yang lembab ni.HAHAH Dah siap scan nak bayar, card pula tak detect adoii nasib I bawa dua card. So far card bigpay sangat mudahkan urusan payment overseas. If pakai card visa yang activate international ni kadang ikut nasib.


Jam dah masuk pukul 3 petang, I kena gerak pulang ke Seoul. Follow je naver maps InsyaAllah pulang dengan selamat. I plan nak early dinner di Yang Good BBQ, tapi kena reserve table. I cuba nak reserve tapi susah juga sebab tak ada no phone korea, so I tawakkal je walk in.

Sampai di area Gangnam dah petang, elok pula sepanjang jalan cuaca panas ye. Pagi tadi punya la lebat, maybe I kena repeat lagi Suwon sebab tak puas hati tak dapat bergambar. Yang Good buka 4pm, so I menapak jalan kaki dari bus stop Yeogsam.

Masa masuk kedai, banyak je meja kosong sebab I customer kedua. Boleh solo dining, tapi kalau datang malam mungkin dah tak dapat table. Pertama kali nak cuba halal korean bbq, I order lamb grilled skewer 19k won dan doenjang-jiggae 6k won add on rice.

 Pekerja dia akan datang untuk setup meja dan mereka akan take turn to grill every table sampai dah siap masak. Portion dia banyak untuk I habiskan, kalini paksa jugak makan sampai habis. Daging dia sedap juicy, cair dalam mulut. Kalau I yang grill mesti tak rasa gitu.lol The stew pun sedap, ughh teringat-ingat semua makanan berbaloi datang walaupun harga mahal. 

Nak repeat Seoul bcos of Gosame, Jojo Kalguksu & Yang Good. Kedai lain mid je, boleh skip. On the way balik ke hostel I dah teringat leftovers kalguksu semalam, yums. Singgah 7E beli banana uyu & instant rice in case tengah malam lapar. I sempat beli delimanjoo dekat station Myeongdong. Wajib beli, rasa dia macam kaya ball tapi inti custard.

Sampai dorm, dah penat terus bersihkan diri dan solat jamak. I rehat kejap sementara tu basuh baju yang menimbun. Hostel ni best sebab ada free washer & dryer, owner pon mesra je tiap pagi bagi I epal. 

Tengah dok rehat atas katil tunggu baju siap basuh, ada sorang roommate baru tegur I. Dia pun solo, nak practice english dengan I. Dah lupa nama dia, she's from China pastu banyak celotehnya. I happy dapat borak dengan dia dan dengar cerita dia hiking dan camping di Hallasan Jeju. I minta dia recommend any cities yang best in China. Mana tau ada rezeki untuk kesana dalam masa terdekat.



with love,

Yayadoe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.