Friday, July 3, 2026

Thailand : Hatyai 2.0 Day 1

 


Hi people,

Wuhuu new travel story untuk tahun 2026, family trip to Hatyai. Sebenarnya trip ni dah postpone banyak kali disebabkan banjir di Hatyai. Adik I pula dapat sambung asasi setahun di Perlis tahun lepas, so tahun ni kami decide untuk masuk hatyai dah alang-alang dia study sana. We decided to do a roadtrip dari Terengganu to Perlis. Dah lama I tak lalu jalan yang paling mencabar dalam Malaysia iaitu lebuhraya Timur-Barat (Jeli-Gerik). Plan nk tukar2 drive, tapi bila tengok jalan gitu hmmm I duduk diam2 jela dekat seat belakang.HAHA tacod

Our trip akhir bulan may, minggu raya haji ada banyak cuti public so semua ahli keluarga free. Tapi yang problem musim cuti sekolah plus raya so jalan jammed dan kedai banyak tutup. Ditambah Thailand umum raya lambat sehari dari Malaysia. But we still enjoy the trip to the fullest dan I dapat explore new places selain template itinerary rasmi rakyat malaysia.lol Kami ada singgah sekejap di Rnr Titiwangsa tapi kedai makan masih tutup, so amik gambar jela tanda hadir. 

We booked a homestay at Kangar on 28/5 sebab dah penat drive 8jam dari Terengganu to Perlis. Malam tu kami dinner di Rohani Ikan Bakar Kuala Perlis. Fuhhh puas hati harga murah pastu portion banyak, patut la kedai ni selalu fullhouse. Keesokkan pagi kami terus gerak ke Padang Besar selepas sarapan di Kangar. Berita border jammed ni kami dah boleh jangka sebab itu I decide untuk naik van VVIP dari ktm Padang besar terus ke hatyai. Kereta park je dkt stesen ktm untuk 3hari 2mlm total fees RM15.

Alhamdulilah urusan kami cross border tak sampai pon 1jam, shout out to Pens Leisure agency! Good service! HAHA kereta persendirian lain semua sangkut beratur 3-4jam ye di border. Tengok pon dah penat lagi2 kereta yang sangkut di border Bukit Kayu Hitam. Harga van VVIP masih lagi sama, one-way trip RM30/pax.

Perjalanan ke Hatyai memakan masa 1 jam, van hantar kami terus ke penginapan. We booked airbnb Luana House for 3D2N, can fit max 8pax bcos they provide 4 queen beds. Check in 4pm so we just drop off our baggage and hop on tuktuk. I dah topup duit dalam grab tapi bila masuk signal thai ni terus takleh access the grab ewallet.benci

So terpaksa book grab pastu pay by cash jela, nasib mama dah tukar cash baht. I book tuktuk dalam apps grab je malas nak nego harga. Homestay ni pula area perumahan so tuktuk/van confuse waktu nak pickup/drop off kami, selalu terlepas simpang. Bukan la masalah besar pon, kami okay je kena jalan kaki tapi driver gigih juga nak cari rumah dan hantar sampai depan pagar. servis diorg memang toppp, tak pelik orang malaysia suka repeat masuk Hatyai.


Our first destination was Kim yong market, tempat wajib untuk borong jajan, dry fruit, kekacang dan buah. Dah aim nak beli dekat kedai Arnas Kimyong tapi tutup, esok baru buka. So my parents beli dekat kedai muslim lain in case esok kami tak sempat singgah. Mama habis rm400 ye borong ole-ole untuk orang kampung, semalam cakap taknak beli, datang hatyai nak makan je. #janganpercaya

Then singgah kaitod bangloh, their pulut ayam 40baht dah habis tapi orang depan I yang baik hati sanggup bagi dekat I satu pulut ayam dia. Terharu doii, memandangkan que di kaitod meena panjang nau I tak sanggup nak beratur. Kemudian we all gerak to Central festival mall by tuktuk, cuaca tengahari panas terik so nak sambung lepak dalam mall sampai pukul 4pm.

Central festival mall ramai orang malaysia je sebab 29/5 banyak kedai cuti raya lagi. Adik I tapau sushi 2x sebab murah do'oh. Kami naik tingkat 4 sebab dekat bawah tak ada meja, foodcourt level 4 lagi meriah. My family macam biasa la too overwhelmed sampai taktau nak makan apa. So we decided makan foodcourt je, beli beef noodles, beef teriyaki, korean chicken & banana pancake. Banyak je pilihan cuma ramai orang dan servis slow. Kedai pula tak accept cash so kena bayar QR promptpay, so I pakai bigpay scan untuk bayar.

Dah makan kami pun masuk beautrium untuk shopping dan adik I ada yang tukar duit dekat money changer level 1. If korang stay area lee garden banyak je money changer, tapi area airbnb kami takde. Sampai airbnb semua dah barai ea, tapi masih mood excited sebab Luana House ni cantik sangat. Family I semua happy stay sini, harga pon masih affordable.

Ruang dapur luas dan semua area ada aircond. Bilik air ada 2 so senang tak berebut nak mandi. Kelengkapan dapur owner dah asingkan untuk customer Muslim pakai.

Lepas isyak kami sambung berjalan, nak rasai nightlife in Hatyai. Kami pergi ke Lee Garden, tapi sesak sangat, so tapau je udang dan ketam. Lepastu jalan kaki pergi 7E besar depan Aloha Hotel, borong  burgers dan susu meiji. 

Disebabkan tak puas lepak kami pon amik tuktuk ke Florida Night market. Pasar malam ni best sebab tenang je tak ramai orang, yang bestnya ada kedai donut udang viral. Mama 3x repeat beli donut udang. Kitorg beli teh ais dan greentea pon 30baht je gelas besar. Tapi yang pishang nya kena tunggu adik punya ayam penyet sejam lebih baru siap.Nyirap ea kitorang tunggu.

Ayah I dah meratib nak balik airbnb sebab dah 11pm, I tahan je tuktuk dekat pasar malam pastu nego harga 120baht untuk bawa kami balik airbnb. Barai betul harini, sampai Luana terus semua serbu dapur untuk makan lauk tapau. Dah kenyang I terus bersihkan diri untuk tidur, esok masih perlu banyak tenaga untuk jalan. 


with love

yayadoe

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.