Wednesday, May 20, 2026

BANGKOK : Day 3



Hi semua,

Last day in Bangkok, semalam penat berjalan sampai nak buka mata pon dah tak boleh. Siap mandi dan solat I lepak dalam bilik tunggu diorang balik dari massage. I dah ngantuk tapi diorang ajak makan lauk tapau dalam bilik. Pastu gatal nak makan jugak sleeping candy yang beli tadi haaa terus menguap mengantuk amat. Makan dinner pun sambil menguap tahan mata.

I terjaga pukul 5pagi, bestnya tidur lena semalam. Awal pagi kami dah bersiap dan check out 7am kerana flight pulang 12pm.

Semua dah tak sabar untuk makan pagi di Saila Muslim Food Pratunam, dekat je dengan hotel kami stay tak sampai 5mins jalan kaki. 

Kedai Muslim food ni kecik meja tak banyak, nasib cukup untuk kami berlapan. Owner kedai sangat peramah dan servis laju. Pls standby cash sebab QR tngo tak boleh detect QR diorg (katanya cuma boleh pakai QR bank thai). I order beef noodles & thai tea, fuhhhhh sedak do'oh.HAHA

 Ingatkan beef noodles sook siam dah sedap tapi ini lagi sedap. Semua yang kami makan sedap lah. Ahh rindu thailand. 

Selesai makan kami terus bergerak ke Indra Square, malas berjalan bawa luggage so naik tuktuk. Dalam pukul 9am kami dah depan bus stop menunggu airport bus ke DMK. 

Kena gerak awal kerana traffic di pratunam sangat jammed, bus pun sangkut dalam jammed. Perjalanan dari pratunam ke DMK kurang 30mins tapi bila jammed hmmm 1jam ye.

Bas turunkan kami betul di entrance departure Don Mueng International airport.

Sampai je departure hall terus I print boarding pass dan uruskan form untuk emi yang pregnant di counter. Sempat la singgah 7E untuk borong jajan sebelum masuk ke departure gate. Waktu lalu customs ada yang kena spotcheck handcarry sebab bawa cecair lebih 100ml. Customs DMK strict dan penumpang juga turut kena body check. Untuk yang berhijab diminta ke lane yang ada officer wanita.

Muka happy sebab dah puas melantak dan shopping. Settle je terus gerak ke gate airasia, I perasan ada Boots selepas melepasi customs counter. Pasni boleh beli situ je kalau tak muat handcarry 7kg.lol



Flight return AK tak ada delay dan berlepas seperti masa yang dijadualkan. Cuma lama betol kena tunggu giliran naik bas dari boarding gate tu. Flight pulang semua ahli dapat seat random, itulah semua taknak beli seat.HAHA


Awal-awal dah prebook meals, I pilih Uncle Chin's chicken rice. Tak mengecewakan~


Alhamdulilah setelah 2jam kami selamat tiba di Senai Airport. Disebabkan musim tengkujuh di pantai timur so ada sedikit turbulance. Seram la jugak. Idk why trip ke thailand sentiasa buat I senyum sampai telinga. I really enjoy the trip dan rasa tak bosan untuk repeat lagi Thailand. I target nak pergi Krabi, Phuket, Chiang Mai dan Ko Samui. Trip paling smooth untuk tahun 2025 - Bangkok. Alhamdulilah Allah mudahkan urusan kami pergi dan balik.


With love,

YayaDoe



Monday, May 4, 2026

BANGKOK : Day 2


Hi people,

Hari kedua di Bangkok, siap awal sebab semalam tidur tak lena. Hotel okay je, aircond sejuk pastu bilik luas tapi I dan nissa tak lena tidur. Banyak fikir kot. Kami decide untuk keluar 7am sebab dah lapar nak breakfast. Jauh juga nak menapak keluar dari hotel ke jalan besar jadi kami ambil 3 tuktuk, harga tuktuk okeyla. Tuktuk sini muat 3 orang je kalau dia cakap muat 5 orang jangan percaya.HAHAHA macam tin sardin kami berhimpit pastu driver bawa laju sampai kami terjerit-jerit haaa risau kut tergolek tengah jalan.lol

Pakcik ni asyik gelak je dengan gelagat kami yang dok ghisauu jatuh tergolek.lol


Destinasi pertama kedai makan Rotinis, kedai baru nak buka dan kami adalah pelanggan pertama. Area Phetchaburi ada banyak pilihan makanan halal dan peniaga ramai dari orang muslim thai-patani. Tuktuk turunkan kami di depan jalan besar, dekat je dengan kedai. I order kopi ais dan nasi khaomok daging, sedap tapi kena tunggu lama sebab diorang baru nak start bakar daging. Kawan-kawan I cakap tak sedap nasi goreng dia terlebih manis. Pad Thai dan roti canai sedap tapi kuah dia sama juga manis. Bagi I ada makanan yang sedap dan ada juga hmmm biasa je nyahh.

Nasi khaomok daging takleh lawan kaitod meena.Huhu

french toast kawan i cakap sedap boleh repeat.

Nasi goreng udang ni je sedap yang lain semua komen nasi goreng diorang dapat terlebih manis.

Sebelah kedai Rotinis ada Masjid Darul Aman, kami tak sempat masuk cuma ambil gambar dari depan.  Kawasan ni banyak pilihan makanan halal. Waktu petang jalan depan masjid akan penuh dengan penjaja muslim.

Kemudian kami book grab ke Tha Tien pier. Masa ni I salah pin location pickup, pastu lama gilaa nak tunggu driver sampai sebab jalan jammed depan Platinum Mall. Dah kena lintas jalan besar pastu ada construction site, huru hara laa. Yang best driver grab ni sabar dan friendly sangat, banyak la kami berkongsi cerita. 

Dah sampai jetty terus blur nak masuk dekat celah mana sebab driver kata jetty ni under construction. Kadang I ni cepat blur bila kena buka maps pastu kena jalan kaki nak cari pintu masuk, end up call nissa suruh cari kitorang sebab dia sampai dulu. Rupanya kena masuk dalam bangunan depan temple, ada je tuktuk dekat depan bangunan tu tapi tak terdetik nak tanya.hmmm

Lama juga nissa, farah dan zamza tunggu kami, gini la kalau split naik 2 kereta grab. Untuk ke Wat Arun kita kena menyeberang sungai chao phraya menggunakan boat tongkang sorang 20baht.HAHA

Kami nak menyeberang ke sebelah sana. Laluan perairan sungai sibuk dengan pelbagai jenis pengangkutan, untuk elak jammed kami sarankan naik boat. Boleh la merasai suasana warga local commute from place to place, harga pun murah.

Tak sampai 5mins dah sampai Wat Arun, dekat jer. Sebelum masuk kami nak sewa traditional costumes untuk bergambar. Ada sale girl yang approach kami untuk gunakan servis costumes 150baht tanpa deposit. Kedai dia agak jauh sekiranya jalan kaki jadi diorang dah standby tuktuk untuk hantar dan ambil kami ke sana. Berbaloi dengan harga sebab aksesori pun banyak dan costume pon pelbagai jenis.


Tak sempat nak usha kedai lain sebab servis sini paling top siap ada tuktuk hantar dan ambil dari jetty ke kedai.


Rambang mata nak pilih color costumes. Abaikan jela shawl tak sama tone dengan baju. Staf sini buat keje laju so tak ambil masa lama untuk pakaikan baju dan aksesori 



Dapat free air mineral dan tiket masuk ke Wat Arun berharga 200baht (cash)



Banyak tempat untuk ootd. Kami tak ambil photographer sebab Hajare dah angkut camera canon dia untuk jadi our photographer.


One of our bucket list items is to wear a traditional costume in every country we visit.



My top favorite color in a Chut Thai dress



Selepas pulangkan baju kami pun bergerak ke Iconsiam menaiki boat. Public transport di perairan sungai sangat banyak bergantung pada bajet. Tak sampai 15mins kami dah sampai di jetty Iconsiam, terus cari pintu ke Sook Siam.


Sook Siam adalah nama food court terbesar di dalam Iconsiam mall di tingkat LG. Ada banyak sangat pilihan makanan halal dan non-halal


Salah satu kedai halal yang menjual pancake.


Tomyum and beef noodles stall. Datang thailand wajib beli tomyum dan telur dadar, surrrr.



Masa nak pilih makanan tu make sure kedai tu halal naa~ tak semua kedai makanan dia halal so kena check dulu sebelum beli.


Disebabkan baterry phone tinggal 5% dan I lupa bawa charger ini je yang sempat beli pakai tngo ewallet. Beef noodles soup sumpah sedap, I sanggup repeat Bangkok sebab ini ye. Banana nuttela pancake pon padu, nampak biasa je kan. Iced green tea tu sama je rasa dekat thailand semua tak mengecewakan. 

Selepas kenyang melantak kami gerak ke Asiatique. Dari Iconsiam boleh naik tourist ferry 2 tingkat, ticket boleh beli di booth luar Iconsiam. Waktu ni phone I dah mati so tak ada gambar. Ahli group pula semua dah barai so diorang pun tak ada ambil any gambar kecuali video. Di Asiatique kami santai je berjalan tak sampai 1 hour semua dah nak balik hotel so I order van grab untuk kami semua pulang ke Pratunam.

Grab turunkan kami di jalan besar area Platinum Mall, kena berjalan masuk dalam lorong untuk ke hotel. Singgah tapau dinner di gerai halal on the way balik hotel namun kena sidai dekat sejam lebih tunggu order siap. Sabar jela~ Malam tu ada yang nak massage tapi I tak join sebab mengantuk terok. HAHA Balik hotel bersihkan diri, makan dinner dan terus hilang di alam mimpi~


With love,

YayaDoe