Tuesday, July 14, 2026

Thailand : Hatyai 2.0 Day 2


Hola semua,

Jom sambung kisah hari kedua kami di Hatyai. Semua tidur lena ya semalam, aircond sejuk btol. Awal pagi kami bersiap untuk daytrip. I dah book tuktuk untuk 1 day 8.30am - 10pm, harga 1500baht (RM188). Tuktuk datang pickup on time, pakcik driver ni bawa amoi yang pandai kecek melayu so tak ada masalah sangat untuk kami berkomunikasi.


Tuktuk ni selesa siap ada kipas dan luas untuk kami bertujuh. 

First destination, kami breakfast di Dimsum Chabura. Ada pelbagai pilihan dimsum, mama macam biasa la overwelmed kali ke 44.HAHA So I yang order makanan untuk semua, gini la nasib eldest child aka manager in the family. 

Tomyum goreng, nasgor ketam dan daging bakar wajib order. 

     Team hantu dimsum dan gyoza. Ada juga order salted egg pau 1 set tapi tak sempat amik gambar dah kena ngap. Total untuk 7orang makan habis dalam rm250. Ok la not bad.

My parents tak puas lagi borong jajan, so repeat pasar Kimyong untuk topup ole-ole. Kalini kitorang pergi kedai Arnas lagi banyak pilihan dry snacks dan lagi murah. Servis pekerja Arnas pon terbaik, pandai layan customer dan perut customer confirm kenyang dapat makan tester diorg yang banyak jenis.

Next pakcik tuktuk bawa ke Chang Puak camp untuk melihat gajah. Banyak aktiviti berbayar sebab tu free entry. Tak sampai sejam pon kami lepak sini, cuaca dah start panas. Ni je gambar kami yang cukup ahli, tu pon sebab ada yang offer nak tolong snap gambar. My family I ni takkan suruh stranger amik gambar kami sebab segan.lol

                      

Ada banyak gajah untuk ride tapi kesian sebab diorang macam gunakan gajah untuk tujuan pelancongan. Tempat ni macam biasalah penuh dengan orang Malaysia.


Kami bergerak ke daerah Songkhla, perjalanan sejam lebih dari bandar Hat Yai. Songkhla beach ni wajib repeat sebab vibes dia tenang dan banyak kedai murah-murah.Tuktuk drops us off in front of the beach area, then we stroll along the pedestrian walk. Ada banyak street food untuk dicuba, kami beli aiskrim kelapa, air kelapa dan cucur udang. Sempat juga beli ole-ole dekat kedai tepi pantai, then sambung melepak di Amazon cafe sebab bahang.


Matcha strawberry paling sedap dan murah. Peminat matcha pls try okie, yang tak suka matcha boleh skip dan pilih option lain seperti stawberry cheesecake frap atau iced latte (very basic duhh)

Amazon cafe tempat wajib ngopi, I order iced latte, caramel macchiato frap, strawberry cheesecake frap dan matcha strawberry iced. Mama pula beli 4 slices cakes, kami share-share je untuk rasa. Lega dapat sejukkan badan dalam aircond amazon cafe. Summer vibes betol trip hujung bulan 5 ni. Walaupun cuaca panas tapi I masih cool handle perangai ahli group. HAHA

I call pakcik untuk pickup kami, takleh lepak lama sangat banyak lagi tempat nak singgah. Next pakcik bawa kami ke Wat Laem Pho, tempat patung buddha besor tidur. Nak pergi sini kena pusing tasik Songkhla tapi pakcik bawa tuktuk naik tongkang/ferry untuk menyeberang. Kami semua excited.HAHA

Sampai di temple Wat Laem Pho, ayah I dah bising kenapa bawa dekat tempat gini. Tapi I buat taktau je, dah alang-alang datang kena la pergi. Patung buddha baring (sleeping buddha) sepanjang 35meter melambangkan Parinirvana. Free entry untuk pelancong dan ada beberapa kiosk penjaja.

Tak sampai 15mins kami melilau, pastu ayah  I dah rengsek terus naik tuktuk. Masing-masing dah lapar so minta pakcik hantar ke kedai makan viral. On the way ke kedai, amoi pakcik ni ajak singgah satu rumah ibadat diorang yang ada naga besar macam dalam cerita dragon ball tu. Apalagi kami onzz pastu pulun la bergambar.

Ada replica 2 ekor naga besar ditepi Tasik Songkhla iaitu patung Naga Koh Yor. Satu naga melambangkan kesihatan (Pu Phuchong) dan yang kedua melambangkan kekayaan (Mae Ya Thongkham)

Wat Khok Piew merupakan kuil berusia lebih 100 tahun di Pulau Koh Yor Songkhla. Ada beberapa lagi statues di sekeliling temple tapi kami tak sempat nak bergambar. 

Dugaan seterusnya kami sesat sebab jalan utama ke kedai famous Ku Thao Hanging Leg tutup (ada pasar malam). Dah pakcik ni sesat masuk jalan sampai kena berhenti tanya orang kampung. Adehh Sampai je kedai kami dapat nombor giliran dan kena tunggu 15mins untuk dapat meja. Port wajib orang malaysia bila masuk Hatyai. Kami order air buah yang pelbagai jenis.



Servis agak slow dan makanan kami sampai kurang dari 1 jam menunggu. Tapi the food is so good, semua lah sedap. Kalau korang sabar menunggu boleh la try makan sini. Berbaloi je tunggu lama sebab makanan kena selera. Suasana pun tenang damai dikelilingi sawah padi.



with love,

Yayadoe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.