Thursday, April 16, 2026

BANGKOK : DAY 1

 

Hi people,

Walaupun dah masuk tahun baru I masih gigih nak cerita kisah travel tahun lepas. Trip ke Bangkok berlaku pada bulan November 2025 tahun lepas, 2 minggu selepas I balik Umrah. Trip tahunan bersama rakan sekerja, kami pilih Bangkok sebab tujuan utama food hunting. Macam biasa I dan Nisa yang booking dan plan everything, yang lain transfer duit & follow~

Day 1 22/11 (Sabtu), our flight from Senai to BKK pukul 11.30am. Awal pagi I dah gerak bersama Emi untuk ke airport. Nasib baik emi sudi tumpangkan I huhu. Sampai je airport senai terus settlekan borang untuk bumil (emi) di kaunter airasia dan print out boarding pass untuk semua ahli  group. Total 9 orang termasuk sorang kanak-kanak. Harga tix return estimate RM600/pax, agak mahal tapi redha~

Flight AK dijadualkan berlepas tepat pada waktu, cuma waktu beratur di gate 1 pelepasan antarabangsa kami bercampur dengan passenger Batik Air. Agak huru-hara flight Batik Air delay, namun passengers tak perasan flight delay so diorang ikut beratur dalam barisan flight AA.

 

Dalam flight I duduk sebelah nisa, kami bersembang dekat 2jam ye sebab excited. I pre-book the meals pergi dan balik. Meals I pilih chicken teriyaki rice dan brown sugar milktea boba. Boleh la~ Next time nak try menu lain pula.

Touchdown DMK airport around 12.30pm, urusan di immigration tak lama sebab banyak kaunter. Make sure dah isi TDAC online 3 days before departure. Dari arrival hall kami bergerak ke exit no 1 berdekatan dengan 7-eleven. Ada laluan untuk ke terminal bas, disebabkan nak save cost kami decide untuk naik bas A3 ke Pratunam. Harga untuk seorang 30baht, waktu peak hour bas agak lambat sampai. Boleh juga naik train dari airport ke bandar tapi kena berjalan agak jauh.

Perjalanan mengambil masa 40mins sebab jalan jammed menghala ke Pratunam. Bas A3 dropped us opposite the Indra Square building, so we had to cross the road by the overpass. Before check-in, we decided to stop at Samat Muslim for lunch.

Waktu kami sampai meja full so pekerja dia bawa kami ke tempat sebelah. Kami order tomyum seafood, ayam goreng, telur dadar dan ayam pad kra pao. Fuhh terngiang-ngiang kesedapan lauk dia.

Tomyum sedap cukup rasa dan ayam crispy. Harga pun affordable kami sharing je lauk-lauk sorang rm20/pax

Paling excited nak minum iced thai tea. fuhhh hilang dahaga berjalan dari pagi. Best decision ever, semua makanan sedap dan masing-masing approved this place. Lepas makan kami berjalan kaki ke Grand Alpine Hotel Phetchaburi untuk check-in. Hotel terletak dalam kawasan Pratunam kena jalan dalam 1km juga heret beg, grab tak boleh masuk jalan sempit. Meriah sangat penuh penjaja kiri kanan.

Urusan check in smooth takde minta deposit, hotel di thailand banyak caj deposit sebelum masuk. Bilik luas basic queen bed pastu aircond sejuk btol. Cuma ada bilik yang dapat tilam keras. Kami berehat sekejap sebelum keluar jalan-jalan. 

Berjalan kaki dari hotel ke Platinum Mall, tak penat sangat jalan sebab cuaca sejuk. Kalau naik grab memang sangkut jammed la. Platinum Mall ni syurga shopping sebab harga murah dan banyak pilihan. Di tingkat 5 ada halal food court tapi tak sempat cuba kerana masih kenyang.

Sebelah Platinum Mall ada December store, baju-baju fashion terkini tapi banyak size s dan m. Jadi kami pusing balik cari pintu kearah Platinum mall sebab tak puas hati nak explore setiap tingkat. I beli baju tidur corak gajah dan t-shirt casual, bayar pakai tngo e-wallet. Kemudian kami berjalan keluar ke deretan street foods depan mall, harga pricey tapi ada halal option.

Tofu skincare store ni wajib datang tapi kena jalan jauh sikit, ada beberapa ahli group yang dah tak larat jalan so I orderkan grab. Tapi lama pula tunggu, aihh grab sangkut dalam jammed. Dah sampai kena bebel dengan driver sebab kitorang 4 adults & 1 kid. Alahaii 

Kedai Tofu skincare ni viral kerana jual pelbagai produk local thailand, I tak minat sangat sebab dah aim nak beli di Beautrium dan Boots. Niat nak usha je tapi i terbeli juga sleeping masks, perfume dan hair mask.hmmm Settle shopping kami pun berjalan pulang ke hotel untuk rehat, sempat la singgah beli burger 7E sebelum naik ke hotel. 


With love,

YayaDoe

Wednesday, April 1, 2026

Umrah Travelog - Madinah Part 6

 


Hi semua,

Sambungan akhir kisah umrah, bas kami dijadualkan pukul 2pm untuk ke Airport Madinah. Card bilik macam biasa pass dekat mutawwif waktu berkumpul di lobi, teringat waktu di Mekah kami memandai je check out dekat kaunter hotel nasib tak kena bebel dengan ustaz. Bas sampai lewat jadi I pun melilau ke kedai runcit area hotel untuk beli ice cream, dalam pukul 3 lebih baru kami menaiki bas. Perjalanan mengambil masa 30mins, I duduk sebelah tingkap layan view padang pasir. Mama naik bas je terus lena.HAHA Kami dah la suka duduk belakang pastu selalu terlepas info dari ustaz.


Sayunya hati nak meninggalkan bumi Madinah. Terasa seolah cepat masa berlalu, sekarang tiba masa untuk kami pulang ke tanah air.



Bas menurunkan group kami berdekatan pintu masuk airport. Masing-masing membantu menurunkan bagasi dari dalam bonet bas.


Alhamdulilah cukup bagasi kami semua. Luggage I dan mama berat sampai limit 25kg, tak ada la banyak sangat shopping.lol


Air zamzam diagihkan sewaktu kami menunggu di pintu masuk airport, ada tempat untuk claim air zamzam untuk setiap jemaah. Mutawwif yang uruskan, kami hanya ambil dan tampal sticker nama.


Waktu kami sampai airport lengang, Mama cakap musim haji airport Madinah akan sesak dengan jemaah haji, kena banyakkan bersabar sebab airport ni tak besar. 


Dekorasi ruang menunggu di area entrance.


Flight MH159 kami dijadualkan berlepas pada pukul 9.30pm. Ramai jemaah dari pelbagai agensi umrah menaiki flight yang sama dengan kami. I dan mama dok usha je luggage diorang yang pelbagai design.


Beratur untuk check in flight around 5pm, group kami tak kena sidai lama kerana counter buka awal. Cuma berlaku perselisihan di kaunter sebelah I, jemaah umrah overweight/beg beranak tapi officer garang tak bagi combine weight untuk same booking. So dia tukar kaunter lain sebab nak tumpang member sebelah terus kena marah dengan pak arab/officer. Officer tu taknak entertain jemaah tersebut, terpaksa la beberapa mutawwif settlekan isu perselisihan tersebut. Group I pun turut membantu jemaah tersebut untuk check in kan beberapa beg beliau yang overweight. 


Selesai urusan di counter, kami ke surau untuk solat jamak magrib dan isyak. Surau airport tak besar pun, masing-masing bergilir solat selepas tu kami berempat singgah dinner. Ustaz dah bagitau bawa bekal kerana pilihan makanan di airport tak banyak. Kami decide untuk habiskan duit SAR dikedai pizza sebelah burger king.


Fuhh total semua 33SAR, boleh la buat alas perut sebelum makan lagi dalam flight. Chicken tenders sedap cicah sos cili. 


Pizza pepperoni pon not bad, lembut je roti dan cheese banyak.


Ada baki sikit duit cash, I beli Dunkin' Donuts. I suka sangat yang triple choc donut, lemon dan pineaple tu pon okay2 je.Manis luls. Kemain mencekik ye diet dah kelaut, punca berat naik mendadak lepas trip umrah. Selesai makan kami melepak depan gate menunggu untuk boarding. I perhatikan airport Madinah sangat user friendly untuk passengers, signboard pun jelas dan tak banyak sangat iklan dan kedai so you terus tau dimana nak tuju. Tak de la sesat masuk kedai atau tersalah gate.


Kami dibenarkan untuk board the flight on time, Alhamdulilah tak ada delay. Kami pilih seat 2-2, sama macam waktu datang. 


Dapat bantal dan selimut, flight entertainment pun ada pastu remote control berbeza dari previous flight. Hampir setengah jam I cari tempat cucuk earphone, pastu adik suruh teka.Haihh I terus sel otak berhubung meraba hujung arm rest nahh situ lubangnya. Mama macam biasa terus sambung tidur, mama dah on off demam masa ni. Kami berdua batuk selsema tak sembuh lagi so pakai je facemask. Adik dan ayah Alhamdulilah sihat je.



After 1 hour of flying, the crew starts to distribute our first meals. I choose nasi lemak, mak aihh rindu nasi lemak. Fruit cake dan croissant tu pun sedap, dessert puding cocktails yums.


Mama tengah tidur, pastu I kejut tanya nak makan tak? Dia cakap nak, so mama pilih omelette frittata. Amboi menu omputih pastu mama makan tak habis sebab mengantuk teruk. Selesai makan I sambung tengok movie, tapi takleh fokus la so I decide untuk tidur. Bagi I flight entertainment tak penting pon tidur lagi best.


I terjaga waktu subuh, sesi untuk makan kali kedua. Tak ingat la ni nasi apa, biryani chicken kot tapi sedap je I makan sampai habis. Mama kat sebelah taknak makan, lepas solat subuh mama sambung berehat. Sepanjang 8jam dalam flight I banyak kali juga pergi toilet, dulu I takut nak masuk toilet dalam flight. Overthinking jadi macam-macam.




Touchdown KLIA1 at 11am on 05/01. Alhamdulilah selamat pulang. On je mobile data terus WhatsApp masuk nonstop, group kerja I biarkan dulu. Masih belum ready nak fikir pasal kerja.Huhu



We board the train to the main building, masa ni dah penat so boleh pula sesat waktu berjalan kearah baggage claim. Sesat sebab mata usha kedai-kedai duty free sampai terlepas lorong.


My parents punya flight to TGG 06/11 esok 1.30pm, today we planned to check in at Airbnb area Kota Warisan. Selesai claim bagasi kami bergambar dan bersalaman bersama ahli jemaah group 2 Tiram Travel. Sempat ucapkan terima kasih dekat Ustaz Omar yang cekap menjaga keperluan kami selama 12 hari di sana. Urusan pun banyak dipermudahkan dan ustaz masih ceria melayan ahli jemaah dari hari pergi sampai la hari pulang. 

Sebelum bergerak ke airbnb I sempat ke domestic departure untuk bertanya berkenaan flight esok - air zamzam adakah perlu bayar extra? Petugas kaunter firefly bagitau tak perlu bayar extra, fuhh jimat duit. Bas I ke Larkin pula 12.30pm esok, sempat la hantar my parents naik flight dulu. Harga grab MPV dari KLIA ke Kota Warisan agak mahal rm70/one way, I pula tak research other option. After this boleh naik train dari KLIA to Salak Tinggi pastu baru order grab, boleh dapat lagi murah. Sekian kisah umrah pertama di akhir usia 20-an. Target nak repeat umrah lagi. Maybe boleh DIY pula? Tak salah mencuba. I suka je ikut TA sebab boleh fokus ibadah so kepala tak stress untuk plan everything. 

Nantikan next travel stories~


With love & Eid Mubarak,

Yaya doe