.jpeg)
Ohayo people,
Lamanya nak habiskan part Kyoto ni kan, I menulis ikut mood, kalau mood kelaut hmmm lambat la habis episod travel. Dari Ayam-Ya restoran kami jalan ke bus stop terdekat untuk naik city bus 207 ke Gion District. Keadaan dalam bus amat padat, so I had to keep everyone alert in case ada yang tertolak ke belakang waktu nak turun nanti. Bus turunkan kami di bus stop Higashiyama Yasui dan kami berjalan ke perkampungan Gion. Ada yang nyaris tak dapat turun sebab bus terlampau penuh. Nasib ada yang membantu kami untuk keluar bus.
Jalan berbukit dan curam so paham-paham ler mengah dia tu sampai boleh semput. Mama cakap dia bukan datang bercuti tapi datang untuk hiking. Alhamdulilah cuaca okay. Dah sampai sini kena mendaki tangga untuk ke Hokanji Shrine. My parents taknak naik atas so diorg lepak bawah je. I dengan adik-adik je explore area Gion.
Gion district merupakan perkampungan tradisional dan terkenal dengan kebudayaan geisha/geiko. Geisha ialah wanita yang terlatih untuk menghiburkan golongan bangsawan yang boleh menari, menyanyi dan melakukan upacara teh. Setelah beratus steps akhirnya jumpa juga famous spot Yasaka Pagoda, Hokanji temple.
Rumah dan bangunan menunjukkan senibina zaman Edo dan Meiji. Ninenzaka (Lereng 2 tahun) dan Sannenzaka (Lereng 3 tahun) adalah lorong batu di sepanjang jalan ke kuil Hokanji dan Kiyomizudera temple. Kepercayaan lama rakyat dahulu sekiranya seorang jatuh di sini bakal mendapat nasib malang selama 2 tahun@ 3 tahun.Makngaii.
I tabik dekat uolls yang naik sini pakai baju kimono & selipar jepun sebab kitorg yang pakai seluar dan kasut pon barai. Sebenarnya kena naik banyak lagi anak tangga sampai ke atas bukit tapi I dah penat. So lepas ambil gambar kenangan di famous spot terus turun. Tak percaya dah sampai Gion. I need more days to fully explore this area, satu hari tak cukup nak cover semua tempat.
Disepanjang jalan membukit ada banyak souvenirs shops dan streetfoods. Sementara menunggu adik 3 orang naik sampai puncak kami lepak area bawah. Jam dah pukul 4pm kami decide untuk gerak ke destinasi terakhir.
Okay kita sambung ke destinasi terakhir iaitu Fushimi Inari. Kami naik city bus 207 dari bus stop Gion ke Tofukuji. Lama juga kami kena tunggu bus sebab peak hours, semua bus penuh. Culture jepun pula semua tempat kena beratur, takleh berebut karang dilabel kurang kesedaran sivik.HAHA Bas ketiga baru kami dapat naik dan bas turunkan di Tofukuji. Kena jalan 5mins ke station JR sebab nak naik Nara Line.
Baru jalan 5mins dah menyimpang masuk family mart sebelah station, nak beli air dan jajan. Dari Tofukuji Station kami naik train JR dan turun di Inari Station. Pilih laluan yang betul dan alert dengan sign board platform supaya tak tersilap naik train.
Station Inari paling best, jalan 2mins dah sampai Fushimi Inari shrine. Masa ni pukul 5pm, cuaca mendung dan makin sejuk. Kami menapak ke kawasan utama yang penuh dengan pengunjung.
Fushimi Inari Taisha is a truly iconic place in Kyoto and a must-visit destination. Tak lengkap itinerary kalau tak datang sini. Fushimi Inari Taisha merupakan kuil ibadah tertua yang mempunyai sejarah dari tahun 711 hingga ke era Edo (abad ke 17 hingga abad ke 18). Terletak di kaki Gunung Inari di daerah Fushimi,Kyoto dan menjadi tempat ibadah golongan rakyat berdoa untuk Dewa Inari bagi mendapat hasil ekonomi yang melimpah.
I just follow the crowds memanjat anak tangga ke Senbon Torii (Shrine with thousands gates). Tempat ni free entrance je, nampak kecik tapi luas ye kawasan shrine sampai boleh sesat. All the red gates ditulis setiap nama sumbangan dari organisasi/persendirian dan menjadi doa untuk mereka.
I read that there's over 10,000 torii gates from downhill until uphills. Untuk sampai ke puncak Gunung Inari mengambil masa 2-3 hours. Kami bergambar di kaki bukit je, itu pun dah mengah tak cukup oksigen.
Exploring the spacious area sementara yang lain panjat tangga torii gate dan my parents pula masuk souvenirs shops.
Ada laluan ke Tamayana Inari Shrine. I would repeat this place again because of the peaceful atmosphere, and it's a really dreamy place to be
Okay kaki dah penat badan dah minta rehat, jom balik ke Osaka. Maka tamatlah hari kedua kami ber daytrip di Kyoto. Malam kami singgah di Lawson untuk beli nasi ready to eat, dinner makan nasi bersama lauk sardin dan seafood.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.