Hi people,
Bersambung hari kedua di Jepun, awal pagi my parents dah bangun. I antara yang siap awal sebab tak sabar nak jenjalan. Subuh masuk pukul 3.30pagi dan pukul 6pagi dah cerah. Our airbnb ni pon comel je, tapi ada 1 bilik air dan toilet so kena ambil giliran ye untuk bersihkan diri.
Mama confident awal pagi dah masuk dapur untuk prepare breakfast, plan nak masak nasi lemak tapi jadi bubur lemak santan. Haha tak tau siapa yang salah, so kami semua makan roti je. Tak berani nak komen banyak nanti mama merajuk.HAHA
Today kami akan bergerak ke Kyoto. A day trip to Kyoto dari Osaka. 7.30am dah ready untuk ke station tapi macam biasa la bila ramai ni semua buat lambat. Tertinggal bag lah, kad pass lupa letak mana lah. Baru hari kedua dah test kesabaran kakak sulung.
Kami guna JR mini pass naik osaka loop line dan turun di Osaka Station. Dari Osaka station perlu catch another train ke Arashiyama station. Gerak awal ni cons dia korang akan bersesak dalam train bersama warga jepun yang nak pergi kerja dan sekolah. Kami belajar untuk senyap dalam train dan offer seat to elders. Tapi i perasan elders pun kadang tolak offer kami. Maybe diorg kesian tengok stamina kami yang lemah ni.HAHA
Baru sampai Osaka Station, adik bongsu I dah moody sebab dia rasa pening nak muntah. Kami rehat kejap sambil beli jajan dekat 7/11 untuk adik alas perut. Sebelum jalan memang mama akan ingatkan semua untuk makan novomin (motion sickness) dan sapu counterpain cream. Lagipun dalam train panas sebab ada heater so kalau baju berlapis pastu bersesak memang akan rasa tak sedap badan.
Perjalanan memakan masa 1 jam 30 mins dari Osaka ke Kyoto. Train pula penuh so kami yang muda-muda ni berdiri je, kalau ada seat kosong prefer bagi mama atau ayah untuk duduk. Around 10am kami sampai di Arashiyama, Kyoto sebab nak pergi Bamboo Forest dulu. We just follow the crowds yang berpusu-pusu ke tempat yang sama. Suhu di Kyoto lagi sejuk dari Osaka.
Dalam 15mins juga kami berjalan dari station Arashiyama ke Bamboo Forest. Tempat wajib sampai sekiranya datang Kyoto.
Suasana ala-ala dalam komik jepun.
Masing-masing busy ber ootd di fav spot.
Tak tahan sejuk. Tak sampai 2 jam pun kami berjalan di area Bamboo Forest. Pusing balik lalu jalan lain untuk ke next destination.
With love.
Yaya doe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.