Tuesday, June 16, 2026

Indonesia : BATAM 2D1N Part 2


Hi people,

Jom sambung kisah day 2 di Batam, awal pagi pukul 7am kami turun breakfast. Semalam tidur lena sebab katil extra empuk. Makanan breakfast semua sedap dan banyak pilihan. Boleh repeat hotel Swiss-Belinn Baloi lagi, location sebelah Grand Batam Mall  dan harga murah. Pak supir datang pukul 9.30am kami dah ready untuk check-out dan sambung meronda.



Destinasi first kedai kek lapis De'moist, semua nak join membeli ole-ole untuk bawa balik. Kalau order awal pagi, tengahari dah boleh pickup kek. Anggaran satu loyang kek lapis 1kg harga rm85-rm100 depend on flavor, paling sedap original, karamel, pandan dan coklat. Berbaloi beli kek lapis batam sebab murah berbanding kek lapis di Malaysia. Ramai pelancong datang untuk borong berkotak kek lapis untuk dibawa pulang.


Sempat singgah ke DC mall untuk cari baju raya, random je atas suggestion supir sebab tak research pon lubuk baju raya di Batam. Kitorang beli satu set baju raya sebab murah rm108 sepasang.


Kami lunch dalam pukul 12pm semua dah lapar, supir bawa kami ke Nasi padang Sederhana di harbor bay. Kedai ni ada banyak cawangan di Batam dan paling selesa di harbor bay. Masuk tu terus waiter bagi meja dan bawa satu set hidangan lauk-lauk nasi padang. Boleh pilih lauk kesukaan dan buka plastik wrap, harga murah berbanding Pagi Sore. 

Kemudian kami singgah indomaret untuk borong jajan dan repeat lagi sekali Nagoya Mall sebab nak shopping ole-ole dan masuk guardian/watson. I tak jumpa magnet fridge dan keychain selain di Nagoya mall. Trip paling banyak shopping tak ingat dunia adalah Batam.lol



Last stop before departure, Masjid Agung Batam. Masjid ni terletak berdekatan terminal ferry Batam center dan menjadi salah satu lokasi pelancongan kerana berlatarkan signage Welcome to Batam.  


Our return ferry dari Batam center pukul 4.30pm, lama jugak tersidai di boarding gate kalau tau kitorang ambil jam 3.30pm. Sebelum masuk ke departure gate kena tukar tiket dulu di kaunter, ramai orang so kena datang awal hmmm kenapa la tak redeem waktu sampai semalam. Kami takde la rush sangat sebab ahli-ahli nya ramai so trip ni memang santai layan suasana. Cuma agak barai kerana trip 2D1N.


Ferry berlayar seperti yang dijadualkan, kami antara yang terawal masuk dalam ferry. Sampai pening kepala layan laut berombak. Panadol dan minyak angin jadi penyelamat.



Ferry return ni cantik dan baru, berbeza sewaktu pergi semalam. Perjalanan pulang mengambil masa 1 jam 30mins. I punya mabuk laut tu tengah menulis ni pon ingat rasa pening tu ye. HAHA. Dah sampai jetty pon berebut semua tak sabar nak turun. tapi nak tunggu staff dia turunkan bagasi pon ambil masa. Dah pishang berdiri atas floating dock yang bergoyang, sumpahh nak muntah.lol Lambat nau giliran bagasi I nak dikeluarkan. Urusan masuk semula ke Malaysia smooth je, muka pon dah barai. Parking fees di terminal dalam rm18 untuk 2D1N. Bagi I Batam best je untuk chill dan food hunting, semua senang nak navigate cuma mabuk laut tu buat I pikir banyak kali nak repeat ke idok.


With love,
Yayadoe

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.