Wednesday, May 7, 2025

Japan Travelog - KUL - Osaka Part 1



Hi people,

Semua sihat ke? 

Tak sabar sebenarnya nak taip kisah travel kali ni, sebelum ni perit nak habiskan setiap cerita travel. Ini merupakan pengembaraan pertama yayadoe pada tahun 2025 ke Japan. Wuhuuu kaki semakin jauh melangkah.

This trip was planned during the spring season in April, my family members semua nak ikut. Sebagai kakak yang baik I terus planning diy trip from A-Z. I bought the flight tickets Vietnam Airlines via website waktu sales bulan Sept tahun lepas. Alhamdulillah dapat grab rm1.4k return/pax to Osaka that include 23kg baggage & meals. Tapi kena transit Ho chi minh for both flights. Transit pun tak lama 2-3 jam sahaja.

Kami bergerak naik bas ke KLIA1 sabtu malam, our flight hari ahad 7.30pm. Disebabkan minggu raya so bas I yang dari Pasir Gudang delay sangkut jammed. Sepatutnya bas sampai terminal pukul 11.30pm dah jadi 2am. Barai. Seram gak la kena tunggu sampai 2pagi dekat terminal yang sunyi. My fam yang dari ganu pun jammed area highway Karak. Lepas ni I akan cuba elak festive season. 



Sementara tunggu my fam sampai, I lepak surau KLIA1 dulu. Boleh la rehatkan badan. Around 9.30am baru diorang sampai, terus kami breakfast dulu di food garden KLIA. I pula mengada nak makan taco bell, sempat la takeaway. Yang lain ada makan burgers, nasi goreng & mee sizzling. Kami lepak di food garden sampai 12pm, tu pun orang dah makin ramai so meja tak cukup.


Nak solat zohor belum masuk waktu, so I suggest untuk lepak di Anjung Tinjau di area departure. Dekat sana pun ada surau besar yang selesa. Our boarding time pun lama lagi, 7.00pm. Masing-masing dah tak sabar nak fly, selesai solat kami lunch di KFC. Teringin nak makan ayam goreng, kut dekat sana susah dapat ayam goreng halal.

Counter check-in opens 3 hours before boarding, so kami antara orang terawal yang beratur untuk drop luggage. I dah check in awal dalam apps, risau tak dapat seat sama-sama. Waktu dekat counter, staff akan minta passport dan timbang luggage. Disebabkan our flight KUL to KIX ni transit Ho chi minh so dia print 2 boarding pass. Make sure dapat 2 boarding pass baru gerak ke International departure gate. Staff informed us that meals in flight Vietnam Airlines from KUL-HCM  semua halal.

Selesai drop luggage kami terus ke gate international departure. Urusan di immigration autogate smooth dan kami terus mencari laluan untuk naik bas ke bangunan satelite. I tersangat confuse with the direction information sebab first time kan.HAHA Too much information, but I just follow the crowd, mesti semua nak naik bas kan. I also double-checked my boarding gate with the crew yang jaga pintu dekat bas.  I taknak my parents jalan jauh cari gate nanti. Our flight delay 30mins so 7.30pm  baru dapat masuk. Our flight boeing 787, so no entertaiment and only 3-3 seater with wide legroom. Masa ni I dah terbatuk-batuk tau rasa nak demam selsema. Entah berapa banyak lozengs I telan, risau kena denied boarding.HAHA kesian girl sebelah I tak selesa.



After 1 hour, the stewardess pun tolak troli dan bertanya - Would you like chicken or beef, miss? My mama awal-awal dah cakap dia nak beef, so I ambil chicken. Boleh rasa dedua kan.Fuhh rupanya beef dia westen matt. I ingat kan nasi kari daging. Menyesal tak amik beef sebab mama cakap sedap sangat.



I pilih chicken with rice, sedap jugak rupanya. Dah guna katering malaysia memang superb. Licin okey I makan, lapar sangat masa ni sebab last makan pukul 3pm tadi. For drinks selection ada coffee, tea, juices & carbonated soda. Sempat la rasa fresh oren & peach juice.Nyum Adik-adik dan ayah I semua pilih chicken sebab nak nasi. Penerbangan dari KUL ke Ho Chi Minh mengambil masa 2 jam dan HCM lewat 1 jam dari Malaysia.



Landing di Ho chi Minh airport, transit 3 hours je dekat sini. Bas dah menunggu untuk bawa kami ke bangunan airport. Naik bas dan terus turun ikut laluan yang disediakan, untuk yang transit boleh beratur di laluan transfer.


Panjang betul barisan nak masuk ke pintu transfer sebab akan ada crew yang check boarding pass HCM - KIX dan ada body scan. Kalau tak ada printed boarding pass tak boleh masuk. Selepas itu kami mencari our boading gate yang baru di screen sebab gate boleh berubah-ubah. Please alert ya. Sempat la beli vietnam iced coffee di kiosk untuk hilang mengantuk. I bayar pakai bigpay je sebab sini pakai USD. Disebabkan kami belum solat maghrib dan isyak, so kami mencari tempat kosong untuk solat. Agak kekok jugak masing-masing nak kena solat dikhalayak ramai.Huhu. Begitulah apabila bermusafir di negara minoriti muslim. Our next flight pun delay 1 hour, 12.30am baru dapat boarding. Semua dah barai tahan mata, mama dengan adik I no 3 je yang nyenyak tidur dibangku.



Yeayy akhirnya dapat boarding. Flight HCM-KIX was an airbus A321, so ada flight entertaiment with 3-3-3 seater. I duduk tengah dan mama window seat, nasib belah aisle kosong so tak ada la rasa serba salah lagi dengan stranger. Movies pun banyak choice, I semangat nak pulun movies tapi mengantuk sangat, so tidur la sekejap. Best tau flight 6 jam sebab dapat blanket & pillow, pastu unlimited drinks & snacks. Flight attendance pun lemah gemalai suara pun halus je. Orang vietnam memang bercakap macam berbisik ke?


Around 4am I dikejutkan oleh stewardess, dia akan serve makanan I dulu sebab I ada order muslim meal (MOML). I yang masih mamai, termenung tengok makanan. Maybe I yang tak sihat atau makanan tu tak kena dengan tekak. I makin teruk batuk.HAHA But I don't expect much bcos dah baca review. Mama je makan licin, siap cakap sedap dooh. Adehh maybe kami yang lain picky eaters.


Fajar sudah menyingsing. Tak lama lagi kami bakal mendarat di negara matahari terbit. Tak sangka ada rezeki untuk kami family trip ke sini. Alhamdulillah



With love.

Yaya doe




Wednesday, April 16, 2025

Raya Throwback - Oldies but Goldies



Hi semua, is it too late to wish Selamat Hari Raya?

I never thought this kind of throwback post could bring any meaning until I noticed my little brother's semua dah tinggi dari I? Hello dulu I terpaling tinggi after my Ayah. My curiosity terus melonjak naik untuk traces back all Raya pictures.

So I tried to DM everyone in my family, especially Mama, if they have any Raya old photos bcos my old phones dah arwah and I tak kesah pon all the items dalam tu hilang. Barang yang lepas usah dikenang. If my future-self tengok this post, heyy yayadoe... I dah tolong you untuk 'mengimbau kenangan lama' in this post. I know you masih setia membaca all your silly writings.

2025

This year raya tak meriah sangat sebab masing-masing dalam mood menghitung hari untuk travel ke negara impian.HAHA tapi my fam sempat jemput saudara mara datang makan-makan on 2nd eid bcos weekend tu dah nak fly. Semua simpan rahsia kukuh nak fly senyap2 taknak kepoh nanti tak surprise.lol

Alhamdulillah tahun ni boleh matching color satu family.




 2024

Raya tahun ni, my parents tak match color with us. My Ayah tak suka striking colour so a peachy-salmon is a nope from him. HAHA most of the time memang kena dapat approval ayah dulu before beli baju raya kalau tak dia taknak pakai. Stress tau kitorg.lol 




This year masih dapat soalan-soalan maut ya...tapi macam biasa sengih je, jangan ler nak jawab bukan-bukan bcos Mama awal2 dah warning. Muka jangan kerek diorg nak beramah mesra jumpa setahun sekali, nothing else. Layan je baik-baik.


Raya is a really tough social networking event for us yang hella-introvert. 


2023

This 2023 year terpaling happy nak sambut raya, semua pakai tema color sama. Ayah approved the plum/mulberry color tone.

Still got duit raya. 



2022

After Covid era, Yeay dah boleh balik kampung beraya. Our family memang susah nak pakai baju raya bertema. Semua ada citarasa sendiri. So I matching dengan mama je this year.





2021

Post-covid era, I masih di Johor beraya kali kedua diperantauan with Sam. Colourful ye baju masing-masing. Masa ni I dah masuk rumah baru & siap buat video lagi hantar dekat Wan & Mama, ofc diorg menangis dipagi aidilfitri. Drama tau masing-masing.





2020

Covid-Outbreak era. No raya with family for the first time. My brothers pun semua pakai baju raya tahun lepas sebab tak dapat keluar shopping raya.





2019

Ramai cakap our family tak ada baju bertema sama. So this year ingat kan dah boleh challenge la family orang lain tapi mehh ada sorang baju tak jumpa size terus tak sama color tone.kbai



2018

Raya 2018 I busy dengan praktikal Uni, susah rupanya nak dapat praktikal di tempat idaman. Nasib baik ada yang sudi membantu I yang masih noobs nak sesuaikan diri. This  year my parents baru balik Haji 2017 so tema agak islamik la kot.HAHA. 



2017

This year I dah masuk 2nd semester degree, ada gambar raya our whole family sebelah mama je. Tak silap masa ni ramai  relatives tak balik kampung untuk raya Ganu. Kalau semua balik confirm tak muat frame. So only keluarga mak lang, ayah teh & mama beraya di kampung. In this year jugak my parents berangkat menunaikan Haji, so sambutan raya kami biasa-biasa je. Tapi baju raya aku taknak kalah ye -peplum




2012

2012 was a memorable year for me. My last raya with arwah Abah(Atok), tak silap I was in Form 4. I rapat sangat dengan Abah daripada Wan. My Wan garang kot, semua tak kena. Tapi lepas arwah dah tak ada I pula makin rapat dengan Wan. 



Semua tak pakai baju tema. Ikut kepala masing-masing je.lol

Adik-adik kecik nyaaaa. Sekarang semua dah tinggi dari I.

Alfatihah untuk arwah Abah. Rindu sangat. I rapat sangat dengan Abah.


Abaikan muka sememeh gue. Everyone shooo smol.


2008


Raya in 2008, I was in standard 6. Muka memang sunburn sebab suka kayuh basikal dari pagi sampai petang. Confident pula ya pakai tudung putih berbaju merah. Adoi.
Our 1 Syawal's tradition berkumpul di rumah arwah Tok Wan (Moyang) dan solat sama-sama di masjid. Lepas solat raya, kami bersalaman, bagi duit raya dan bergambar. My mom side memang ramai ya, penuh rumah. Wan dah ada 9 orang anak, tu tak campur dengan sepupu sepapat yang lain. Rindunya bila tengok balik gambar ni. Setakat ni sampai tahun 2008 je ada gambar, tahun sebelum tu adalah zaman film kodak yang kena cuci kedai pastu tampal dalam album. Sekian



Selamat Hari Raya


With love.

Yaya doe




Tuesday, January 7, 2025

New Year Resolutions 2025




Hi people,

Selamat tahun baru semua. Tahun ni ada banyak misi dan visi yang perlu dibuat. Semoga Allah bagi kekuatan untuk kita lalui cabaran 2025 dengan hati yang tenang. This year vision board is going to be tougher than previous year.

By the way, I fell sick at the end of 2024 and am still recovering from flu and a sore throat. During January's first week, everyone kept announcing bad news and rumors. I'm not ready yet to face New Year's challenges.HAHA.  

So here we go my simple 2025 resolutions:

1) Travel, travel & travel

2) Umrah

3) Job hunting for career growth

4) Roadtrip 

5) Family Bonding


Happy New Year


With love.

Yaya doe

Friday, December 27, 2024

SINGAPORE : Day 2 Part 4


Hi everyone,

Ada yang masih menunggu part akhir kisah SG? Ayuhh

I on citymaper untuk allocate our next destination, Chinatown. Disebabkan jarak cuma 500 meter dari Potato Head kami pun berjalan kaki kesana. Chinatown adalah kawasan yang paling meriah dengan tourists. Berdekatan Hawker food center & Maxwell food center, sesuai untuk pelancong yang save bajet cari makanan murah. Tapi halal food option quite limited.


Station commuter terdekat adalah Maxwell St - TE line, sekiranya korang naik mrt boleh turun situ. Kami berjalan masuk ke dalam Chinatown complex, curious nak tau apa yang ada di dalam but mostly local food. Sebijik macam Pasar Payang tapi versi Chinatown. 


Basement level ada wet market, level 1 pula barangan kering seperti souvenirs, clothes, antique shops & level 2  hawker food court. Kami tak naik ke level 2 sebab tak ada streetfood yang halal untuk kami cuba.


Sempat singgah ke Buddha Relic Temple yang free entry. Najat sangat curious nak tengok keadaan dalam macam mana. So I pon join jela masuk, waktu itu ada upacara di prayer hall  & donations. Sekejap je melilau kemudian kami keluar, kami lebih tertarik dengan kawasan luar temple - their old traditional chinese architecture is so full with historic value. Dekat Malaysia idok la den saja-saja nak masuk, cukup sekadar kita hormat agama masing-masing.


Sambung berjalan ke Chinatown Street Market, sini pun banyak souvenirs yang murah untuk tourists bawa pulang.


Menikmati suasana di Chinatown yang busy sementara menunggu Najat shopping. Cuaca mendung dan angin sepoi-sepoi bahasa buat kami galak melangkah ke setiap lorong. Kami sempat masuk ke dalam Sri Mariamman temple the oldest hindu temple in SG (free entry). Its is cool to see the buddhist temple, hindu temple & masjid all within next to each other at Chinatown area.



Menginjak ke pukul 3ptg kami mula bergerak ke Masjid Jamae Chulia di Chinatown. Masjid ini adalah yang tertua di SG  dan hanya dibenarkan muslim untuk masuk. Ia tidak dibuka kepada tourists non-muslim untuk bergambar didalam. Kami berehat di dalam masjid dan segera menunaikan solat zohor & menunggu solat Asar. Masjid ini agak luas walaupun dari depan nampak kecil. Ia turut menyediakan ruang mandi dan toilet yang bersih siap ada nozzle spray.


Selesai melaksanakan solat kami bergerak ke Garden by the Bay. We took Downtown line - Chinatown dan turun di Bayfront Station. Previous trip tak sempat cover every corner so this time I bawa Najat to explore another side of the garden. Kami gerak naik escalator yang menuju ke arah Marina Bay Sands dan berjalan ke observatory deck.



Alhamdulilah cuaca cantik. Macam biasa la masing-masing sibuk nak bergambar di observatory deck. Kemudian kami berjalan ke connecting bridge untuk ke Supertree Grove.nasib ada lif disediakan untuk turun ke dataran. 



Yayy dah sampai Supertree Grove. Last time tak dapat bergambar sini sebab dah nak malam & energy dah 0.HAHA Waktu ni energy I masih 40% dan I tanya Najat nak stay sampai light show ke? Kemungkinan tak sempat untuk dinner bcos it takes 1 hour journey to reach shuttle train terminal. So Najat decide untuk terus gerak ke Woodlands Avenue, dinner lagi penting! huhu




Kaki dah penat & perut pon keroncong. Our shuttle train pukul 9pm, sempat lah kami early dinner dulu di Woodlands. Kali ni nak try Jollibee, jangan risau Jollibee di SG semua ada sijil halal yang diiktiraf. Order dan bayar di machine sama seperti McD/KFC dan tunggu order no dipanggil di screen kaunter. We order chickenjoy w/rice set & chickenjoy w/spagetti set it cost us about 16$. Ofcos it comes with their signature pineapple juice. I rate 7/10, not bad maybe next time boleh try other set pulak bcos their new branch dah buka di JB. 



Dalam pukul 8.30pm kami dah gerak ke terminal by bus, sebenarnya jarak dari Woodlands Avenue dekat je, awal tak kalut. Around 30mins juga melepak tunggu boarding time, urusan di imiggration pon ok, tapi pintu autogate I selalu lambat buka. Machine pon dah konpius nak scan muka aku serabai serabut penat, lambat pulak detectnya.alahaiii

Alhamudulilah, selamat sampai rumah pukul 10.30pm. The next day baru dapat notification for public transport charges untuk day 1 RM23 & day 2 RM33.14. So korang dah boleh estimate berapa nak spend on public tranports kan. 

Ramai yang assumes SG is an overrated country to visit, it is a pricey country to live in yet safe for female travelers to explore their diverse cultures and heritage. The vibes there are so different from Malaysia, so always be grateful in every country you visit no matter how good/bad your experience is. Ishh banyak pulak membebels, stay tune to my next trip posts 2025. Kbai


Happy New Year

With love.

Yaya doe