Hi people,
Semua sihat ke?
Tak sabar sebenarnya nak taip kisah travel kali ni, sebelum ni perit nak habiskan setiap cerita travel. Ini merupakan pengembaraan pertama yayadoe pada tahun 2025 ke Japan. Wuhuuu kaki semakin jauh melangkah.
This trip was planned during the spring season in April, my family members semua nak ikut. Sebagai kakak yang baik I terus planning diy trip from A-Z. I bought the flight tickets Vietnam Airlines via website waktu sales bulan Sept tahun lepas. Alhamdulillah dapat grab rm1.4k return/pax to Osaka that include 23kg baggage & meals. Tapi kena transit Ho chi minh for both flights. Transit pun tak lama 2-3 jam sahaja.
Kami bergerak naik bas ke KLIA1 sabtu malam, our flight hari ahad 7.30pm. Disebabkan minggu raya so bas I yang dari Pasir Gudang delay sangkut jammed. Sepatutnya bas sampai terminal pukul 11.30pm dah jadi 2am. Barai. Seram gak la kena tunggu sampai 2pagi dekat terminal yang sunyi. My fam yang dari ganu pun jammed area highway Karak. Lepas ni I akan cuba elak festive season.
Sementara tunggu my fam sampai, I lepak surau KLIA1 dulu. Boleh la rehatkan badan. Around 9.30am baru diorang sampai, terus kami breakfast dulu di food garden KLIA. I pula mengada nak makan taco bell, sempat la takeaway. Yang lain ada makan burgers, nasi goreng & mee sizzling. Kami lepak di food garden sampai 12pm, tu pun orang dah makin ramai so meja tak cukup.
Nak solat zohor belum masuk waktu, so I suggest untuk lepak di Anjung Tinjau di area departure. Dekat sana pun ada surau besar yang selesa. Our boarding time pun lama lagi, 7.00pm. Masing-masing dah tak sabar nak fly, selesai solat kami lunch di KFC. Teringin nak makan ayam goreng, kut dekat sana susah dapat ayam goreng halal.
Counter check-in opens 3 hours before boarding, so kami antara orang terawal yang beratur untuk drop luggage. I dah check in awal dalam apps, risau tak dapat seat sama-sama. Waktu dekat counter, staff akan minta passport dan timbang luggage. Disebabkan our flight KUL to KIX ni transit Ho chi minh so dia print 2 boarding pass. Make sure dapat 2 boarding pass baru gerak ke International departure gate. Staff informed us that meals in flight Vietnam Airlines from KUL-HCM semua halal.
Selesai drop luggage kami terus ke gate international departure. Urusan di immigration autogate smooth dan kami terus mencari laluan untuk naik bas ke bangunan satelite. I tersangat confuse with the direction information sebab first time kan.HAHA Too much information, but I just follow the crowd, mesti semua nak naik bas kan. I also double-checked my boarding gate with the crew yang jaga pintu dekat bas. I taknak my parents jalan jauh cari gate nanti. Our flight delay 30mins so 7.30pm baru dapat masuk. Our flight boeing 787, so no entertaiment and only 3-3 seater with wide legroom. Masa ni I dah terbatuk-batuk tau rasa nak demam selsema. Entah berapa banyak lozengs I telan, risau kena denied boarding.HAHA kesian girl sebelah I tak selesa.
With love.
Yaya doe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.