Monday, December 2, 2024

SINGAPORE : DAY 2 Part 3

 



Hi people,

Good morning sunshine, hari yang baru so semangat pun baruuu. Terus hilang penat semalam ya. tak sabar nak bawa Najat jenjalan untuk day 2. Walaupun semalam penat gila, Najat cakap I lena tidur. Pukul 6 pagi baru terjaga untuk solat & mandi, kami nak check out awal today bcos our shuttle train pukul 9.30am.


Dah siap packing untuk check out kami turun breakfast dulu. Ada beberapa pilihan makanan tapi tak sebanyak buffet hotel 5 star. Boleh la mengisi perut kami yang kosong sebelum memulakan perjalanan di hari kedua.



Fruits & salads area. I tak minat sangat makan buah, so kaki laju melangkah ke area nasi lemak & pastries.HUHU


Kami check out pukul 8.30am risau pula tertinggal train tapi eh jalan kaki tak sampai 5mins dah sampai JB Sentral - KTMB departure area. Memang recommended la hotel ini untuk korang yang nak save bajet macam kami berulang-alik from JB>SG. 


Train KTMB bergerak tepat pada waktu. Day 2 kami dah makin laju melangkah sebab dah faham public transport system in SG. Our first destination was Fort Canning, naik NS line dari Woodlands St terus ke Dhoby Ghaut St. I guna Citymapper je, sangat function confirm tak sesat InsyaAllah.


A popular Instagram spot among tourists - a spiral staircase with canopy of trees but I prefer korang datang awal pagi. Sampai  je Fort Canning Tree Tunnel dah ramai yang beratur untuk ootd.  Najat & I tak sanggup nak beratur so kami ambil gambar area atas je. Kalau gambar dari bawah lagi paduuu. Puas bergambar di Fort Canning kami bergerak ke bustop Orchard Rd untuk ke Chijmes, kali ni naik bas pula kesana.


Chijmes adalah kompleks bangunan bersejarah dan terdapat small church, event hall, restaurants & bars. Cuaca pagi di Chijmes sangat tenang, mungkin malam baru meriah. Tak ramai crowds dekat luar walaupun tempat ni viral. Their heritage gothic architecture memang style habis untuk ootd plus got outdoor escalator untuk feeling-feeling tiktoker.


Our next stop was Old Hill Street Police Station and we took a public bus from Chijmes to here. It is a colorful building with colonial-era architecture, and the view from outside is cute. Apa yang I perasan, bunch of groups picnics around the landmarks. Mungkin culture disana, asal ada tempat best  terus hampar tikar lepak sama-sama. Belakang bustop pon ada yang lepak picnic.HAHA


Puas berjalan, jam dah pukul 12 tengahari & perut kami bising minta di isi. Kami menapak ke Funan Mall untuk kali kedua, Najat request wingstop lagi sebab sedap dooh. Kali ni I order dekat kaunter, 2 set classic wings dan boleh pilih  flavour. Seharusnya I pilih mango habenaro, garlic parmesan & texas buffalo. It cost us 23SGD & can pay via bigpay card.


Sementara I order, Najat jaga meja yang kosong. Tak sampai 15mins makanan kami siap dan boleh pickup di kaunter. Mango habenaro I rate 1000/10, garlic parmesan sedap sebab i suka cheese 9/10 tapi Najat cakap muak. But the texas buffalo flavor biasa je 5/10, flavor dia macam terlebih masam. Next time nak try flavor kecap manis, teriyaki & smoked bbq. 



Selesai lunch kami berjalan ke bustop area Funan, best pula naik bas berbanding mrt sebab tak perlu naik turun escalator. Tapi driver bas dia sumpah tak rilek sama je perangai macam driver bas rapidKL.Kahkah. Kami tak sempat turun dia menonong dah tutup pintu tekan enjin so terpaksa la turun di next bustop.HUHU Kami jalan kaki dari bustop ke Potato Head building. 

Bangunan ni dibina pada tahun 1939 waktu Perang Dunia II baru nak bermula. Potato head masih kekal sebagai bangunan lama yang dinaiktaraf menjadi cafe with rooftop bars.


Dah puas bergambar kami berjalan ke next stop, sempat singgah di beberapa bangunan lama yang dijadikan cafe di area Potato Head. Nantikan episod terakhir kitorang dalam next entry, biasa la dah hujung-hujung lemau pula nak menaip.



Kbye


With love.

Yaya doe


Tuesday, November 5, 2024

SINGAPORE : Day 1 - Part 2

 

Hi people,

Jom continue my Day 1 in SG part 2. We took Mrt Habourfront to Bugis bcos our next stop was Haji Lane. I dah pernah datang sini so I tak beli pape sangat but as a tour guide aka bestie ofcos I harus bawa Najat untuk shopping souvenirs. 

There were many cute shops around Haji Lane to explore. We were creating memories, not collecting things.

Lots of halal food options for Muslim tourists in this area.

Strolling around the Sultan Mosque area.

Its giving Istanbul vibes.

Singgah solat zohor & asar bcos last time tak sempat solat disini. The interior was magnificent, with ancient decorations. We rested at the mosque for about three hours - our legs couldn't take it, bro.

We continued our journey and took the mrt to Raffles Place St. 

Singapore River is flowing underneath the Anderson Bridge.

Tempat wajib untuk heret Najat. Merlion Park was crowded as usual and we spent an hour layan perasaan dan penat. Najat masih cergas tapi I dah lemau.lol

We walked for about half an hour to the Funan Mall. This is the closest Wingstop branch from Merlion. Our 2nd mission, nak try wingstop yang viral. Sedap sangat ke? Worth the hype? The cashier asked us to order via QR code maybe because of peak hour, so we bought the combo set for takeaway. Tamak tol lah


It cost us around 36$ for this combo set, boleh makan 3 orang tauu. We ordered a mix flavors of mango habanero & louisana with fries and add-on mushroom fritters. Serius tak tipu mango habanero dia sedap gila, I tak pernah rasa flavor yang begitu purrfect ughhhh nak repeat lagi! Lousiana tu mehh, KFC lagi sedap nyah.lol ranch sauce dia padu matttt tapi cheese sauce tu takleh lawan cheezy sauce kfc. Senang kan comparison aku.Kah


Disebabkan semua meja full so kami decide untuk takeaway sahaja. Kastam rilek je if anyone bawa makanan/minuman untuk cross land border. 

From Funan Mall, we took mrt to Queenstreet St. Disebabkan tak dapat beli tix shuttle train return kami decide untuk naik bas causeway link dari terminal queenstreet ke Woodlands CIQ. Kaki dah lembik nak melangkah apatah lagi nak berdiri almost 1 hour dalam bas. Tabah je la

Urusan Immigration at both CIQs was smooth, tapi kami sesat tak jumpa connecting bridge ke Komtar JBCC...haha Naik turun escalator mencari, I rasa banyak je signboard but maybe we just too tired to read. From Komtar kami jalan kaki for 5mins to our hotel. 


Check-in Fives Hotel & rest. The room is quite small, kena pandai cari space untuk bukak luggage & solat. Penat sangat masa ni, sampai dah niat nak cancel tommorow plans.HUHU

Selesai makan & bersihkan diri kami pun ready untuk beradu. Letak je kepala terus I hanyut dibuai mimpi indah~

Nantikan alkisah esok :p

Kbye


With love.

Yaya doe




Monday, October 14, 2024

SINGAPORE : Day 1 - Part 1

 


Hi people,

Kembali kita dalam next trip post, tahun ni I banyak berjalan eh. Tahun depan punya jadual travel pun hampir penuh. Semoga Allah mudahkan semuanya. This was my second trip to SG.  It was happened on early July'24 for 2 days 1 night. Najat yang ajak so I ikut je dia punya schedule walaupun I agak busy that month. Nasib boss bagi cuti. Tak silap this trip only cost me around rm550/pax. Itinerary kali ini a bit different from previous daytrip. Awal subuh I dah pickup Najat di stesen bas & singgah rumah I jap untuk rehat. Around 8am kami bergerak to our accomodation, sebab nak parking kereta sebelum masuk SG.


We booked via Agoda for RM290/night, The Fives Hotel is just 2mins walking distance to CIQ JB & they have free parking for customers. Unfortunately tak dapat early check-in so we decided to go straight away to CIQ untuk naik train.



Train tix boleh beli awal via KTM apps. One way tix only RM5 je dan disarankan beli terus return tix so total RM10. If split booking beli from Woodlands > JB nanti harga akan jadi 5$@RM16. Faham?HAHA. First day I berjaya beli 1 way tix, so balik kena naik bas to CIQ JB.sobs


Officer akan bagi masuk 30mins before departure, so standby passport untuk scan di autogate. Dia tak minta pon ticket sebab dah link waktu scan autogate, so diorg boleh detect if korg tak beli ticket. Also make sure korang dah isi MyICA SG dalam app so urusan di Imiggration smooth. For me, naik train best dari bas sebab cepat weyyy,  5mins dah sampai Woodlands St. Tapi pishang jugak nak tunggu boarding time.



Dari Woodlands I on city mapper apps untuk naik bas rapid to nearest MRT. Najat pula hanya mengikuti langkah yayadoe yang makin konpiden merayau di SG.kah Misi yayadoe kali ini adalah cashless so I tak tukar cash langsung semua tap pakai bigpay card je. Trip yang kedua ni I banyak naik bus rapid I <3 SG ni, senang je tak payah turun naik escalator mrt. Layan perasaan dalam bas ala-ala main character in korean drama yang tengah healing.luls


Our first destination was Harbourfront, which takes almost 1 hour from Woodlands. Sampai je terus masuk vivocity mall sebab lapar. 


Benda pertama yang I cari donut krispy kreme. Apakah? Sedap gila glazed donut 5$ per pcs. Anggap jela 5hengget satu. Tak sampai 1min dah habis kitorg telan.HAHA


Najat & I gigih mencari restoran Jollibee, tapi bila nak bayar diorg accept cash & NETs pay sahaja.lol So we decided to dine in at Encik Tan since halal cert dia terpampang di depan kedai.


One of the halal restaurants at Vivocity mall, Encik Tan - a Chinese cuisine. Mee tarik kicap, fishball soup & juice. Fishball dia buat I teringat-ingat sampai sekarang.I rate 7/10 & total around 6$ sorg. Dah kenyang melantak kami terus ke tingkat paling atas untuk ke Sentosa express line. Return tix to Sentosa Island around 4$, priceyy.HAHA


yayy dah sampai USS Citywalk. banyak spot ootd untuk korg yang suka bergambar.

Me & Najat yang masih mood excited. Our energy full bar ya masa ni.


So cutesy. Banyak pop-up vendors dekat area luar USS. Kalau korg nak amik gambar depan globe USS datang lewat sikit sebab awal pagi sesak dengan crowds.


Strolling outside Universal Studio SG


We spent 1 hour jalan-jalan santai, masuk kedai merchandise & ootd. Panas tu biasa, memang kena bawa kipas mini & cap if korang tak tahan panas.


Kembali ke resort world station untuk ke next stop. Dalam monorail ramai foreigners termasuk kami, aircond monorail ni kuat elok untuk hilangkan ketibas masing-masing. Let's continue our next destination in the next post.



Kbye

With love.

Yaya doe







Thursday, September 26, 2024

INDONESIA : Bandung (Travel's Diary) Part 4

 

Hi guys, ada yang masih menunggu sambungan terakhir dari part 3? Maafkan tuan tanah yang sangat busy planning next trip sampai lupa nak update kisah lalu.hiu

Jom sambung part 4, disebabkan kitorg dah barai, supir terus hantar kami ke Hotel 88 Alun-Alun around 8pm. We booked the hotel around Alun-Alun Bandung via Agoda, harga sangat murah dan mesra poket RM150/night - breakfast included for 2pax. I settle kan urusan check in dan Nissa pula tak lupa untuk bayar supir kami. Kerjasama itu penting ya. The rest dah kepenatan di ruangan lobi bersama luggage & plastik shopping. Plastik shopping I paling banyak ye. Macam main monopoli bila dapat duit rupiah.

Hotel ni simple je compare to previous hotel. Ada ruang sedikit untuk kami solat dan buka luggage.  Selesai mandi dan solat, kitorg berempat yang single mingle tak bawa suami@anak ni sambung explore nightlife in Braga. Ada yang tak join sebab tak larat dah nak berjalan. 


We took a grab from the hotel to Braga Street. I banyak pakai grab tau sebab function sangat, less than 1 min dah dapat driver. Harga pun murah compare to taxi bluebird yang tutup meter pastu terus main letak harga.


Meriah sangat, vibes ala-ala Myeongdong street gitu. Banyak kedai viral, tiramisusu ni pon que panjang sampai luar.


Siapa suka layan komik by tahilalats?


I perasan banyak nau banner cliche pickup line untuk tarik pelanggan. So cutesy, so demure.


Ini la kedai mie ayam yang I nak pergi sangat. Bakmie Tjo Kin ni terletak ditengah shoplot area Braga Street.


Dekorasi interior ala-ala kedai hong kong zaman 90-an.HAHA. Mie ayam dekat sini tekstur megi, rasa sup & sos dia pun memang kena dengan tekak so 8/10. Unless korang memang cerewet bab makan maybe tempat ni tak sesuai.Lepas dah kenyang melantak kami sambung jalan sampai penat. Sempat singgah indomaret untuk topup jajan untuk bawa pulang.


Around 12am sampai hotel, I terus mandi sebab kepala & badan penat dah minta katil. Semalam tak lena, malam kedua letak kepala terus hanyut di alam mimpi.

Hasil tangkapan selama 3 hari di sini. Nasib semua muat masuk 7kg luggage + hand carry. Alhamdulilah berjaya habiskan cash 1 juta rupiah.lol Tapi tak disarankan sangat tukar cash banyak sebab sana dah start cashless. 


Our last day in Bandung, 7am kami semua bersiap untuk turun breakfast & check out. Pilihan makanan di buffet tak sebanyak hotel semalam but mostly sedap je kena dengan tekak I. So both hotels buffet I rate 7/10.



Semua nak rasa. Ayam rendang tu sedap makan dengan nasi kuning. Mie goreng Indo wajib amik. For desserts biasa sahaja. Bubur pun sedap ada varieties condiments to choose. Urusan check out easy, cuma my friend ada minum air mineral bottle besar so diorg akan charge waktu check out. Air mineral botol kecik free. Pastu kena bayar by card ya diorg taknak cash, I punya bigpay pulak tak topup. Tak dapat la nak tolong. So be prepare cash & card.


Dari hotel ke Station Bandung by grab je. If you guys bawa luggage pastu total group pula 3-4 orang, please request Grab XL awai2 kalau taknak kena marah/cancel dengan driver.HAHA
Sampai je station kami kena pi bilik menunggu untuk naik feeder train to Padalarang. Diorang akan check tix whoosh baru boleh naik ke platform feeder train.


Turun feeder train terus ke ruang menunggu di Station Padalarang. Korang kena pandai estimate masa tau takut terlepas pula feeder train. Our whoosh train pukul 9.45am dan kami sampai sini around 9am, 30 mins before departure baru officer bagi masuk platforms. Sempat la merasai train laju dari arah bertentangan melintas depan muka tak sampai 5sec terus hilang sejauh mata memandang. Fuhh nak naik shinkasen belum mampu lagi~


Food selection dalam Whoosh cafe banyak dan harga masih murah compare to KTM.HAHA
Tak sempat nak rasa lapar dah sampai Station Halim Jakarta, 30mins je dah sampai. Kalau naik bas/van makan waktu 3-4 hours depends on traffic. Walaupun speed laju sampai 300km/h kami dekat dalam rilek je nyahh.



Around 11am sampai Jakarta, kami terus booked Grab untuk ke airport, cost us around RM70+ tak ingat tapi okay la for 4pax plus luggages. Our flight boarding 3.30pm so nak kena sampai awal nak elak macet. It took us 1 hour journey & kena bayar toll bcos grab fees tak include toll fees, murah aje tambah dalam RM3-RM5.

Driver akan tanya kita naik flight apa sebab sana ada 1,2 & 2D terminal, if Airasia driver akan drop di terminal 2. Masa ni dah lapar teruk, tengok dalam maps macam banyak je restoran dalam terminal 2 tapi cari tak jumpa. Airport pon agak tricky untuk kitorg yang first timer/noobs. Cari restoran tak jumpa padahal kena masuk gate yang menghala kearah kaunter check in departure. Sebelah kanan ada lorong untuk ke dalam. HAHA.
 Area luar gate check in tak banyak kedai. dah lepas imigresen haa banyak kedai makan & kedai ole-ole. Harga standard je tak semahal di KLIA. 



Lepas kenyang melantak our last Indonesian cuisine, kami gerak ke gate. Kena jalan jauh sebab gate hujung duniaaa. Tapi view di ruang boarding best boleh tengok banyak jenis flights take off, kids happy la. For us yang sampai airport awal 2-3 hours masih banyak masa terluang before boarding sebab dah self-check in & print return boarding pass dari rumah. Urusan di immigration pon smooth je, memang best berjalan when everything goes according to our plan. Kami selamat sampai Senai airport around 6pm dan masing2 pulang kerumah bersama orang tersayang.

Nissa and I paling banyak plan this trip untuk 9pax. Honestly agak stress during this trip but Alhamdulilah Allah mudahkan dan semua enjoy je new experience di negara orang.  Mengembara mengajar kami untuk lebih bersyukur, berdikari dan bertolak ansur. Tiber bersyukur sangat jadi warganegara Malaysia. Oh Malaysiaku.

 Repeat Jakarta/Bandung?

Umm, maybe?


 Kbye

With love.

Yaya doe