Thursday, September 26, 2024

INDONESIA : Bandung (Travel's Diary) Part 4

 

Hi guys, ada yang masih menunggu sambungan terakhir dari part 3? Maafkan tuan tanah yang sangat busy planning next trip sampai lupa nak update kisah lalu.hiu

Jom sambung part 4, disebabkan kitorg dah barai, supir terus hantar kami ke Hotel 88 Alun-Alun around 8pm. We booked the hotel around Alun-Alun Bandung via Agoda, harga sangat murah dan mesra poket RM150/night - breakfast included for 2pax. I settle kan urusan check in dan Nissa pula tak lupa untuk bayar supir kami. Kerjasama itu penting ya. The rest dah kepenatan di ruangan lobi bersama luggage & plastik shopping. Plastik shopping I paling banyak ye. Macam main monopoli bila dapat duit rupiah.

Hotel ni simple je compare to previous hotel. Ada ruang sedikit untuk kami solat dan buka luggage.  Selesai mandi dan solat, kitorg berempat yang single mingle tak bawa suami@anak ni sambung explore nightlife in Braga. Ada yang tak join sebab tak larat dah nak berjalan. 


We took a grab from the hotel to Braga Street. I banyak pakai grab tau sebab function sangat, less than 1 min dah dapat driver. Harga pun murah compare to taxi bluebird yang tutup meter pastu terus main letak harga.


Meriah sangat, vibes ala-ala Myeongdong street gitu. Banyak kedai viral, tiramisusu ni pon que panjang sampai luar.


Siapa suka layan komik by tahilalats?


I perasan banyak nau banner cliche pickup line untuk tarik pelanggan. So cutesy, so demure.


Ini la kedai mie ayam yang I nak pergi sangat. Bakmie Tjo Kin ni terletak ditengah shoplot area Braga Street.


Dekorasi interior ala-ala kedai hong kong zaman 90-an.HAHA. Mie ayam dekat sini tekstur megi, rasa sup & sos dia pun memang kena dengan tekak so 8/10. Unless korang memang cerewet bab makan maybe tempat ni tak sesuai.Lepas dah kenyang melantak kami sambung jalan sampai penat. Sempat singgah indomaret untuk topup jajan untuk bawa pulang.


Around 12am sampai hotel, I terus mandi sebab kepala & badan penat dah minta katil. Semalam tak lena, malam kedua letak kepala terus hanyut di alam mimpi.

Hasil tangkapan selama 3 hari di sini. Nasib semua muat masuk 7kg luggage + hand carry. Alhamdulilah berjaya habiskan cash 1 juta rupiah.lol Tapi tak disarankan sangat tukar cash banyak sebab sana dah start cashless. 


Our last day in Bandung, 7am kami semua bersiap untuk turun breakfast & check out. Pilihan makanan di buffet tak sebanyak hotel semalam but mostly sedap je kena dengan tekak I. So both hotels buffet I rate 7/10.



Semua nak rasa. Ayam rendang tu sedap makan dengan nasi kuning. Mie goreng Indo wajib amik. For desserts biasa sahaja. Bubur pun sedap ada varieties condiments to choose. Urusan check out easy, cuma my friend ada minum air mineral bottle besar so diorg akan charge waktu check out. Air mineral botol kecik free. Pastu kena bayar by card ya diorg taknak cash, I punya bigpay pulak tak topup. Tak dapat la nak tolong. So be prepare cash & card.


Dari hotel ke Station Bandung by grab je. If you guys bawa luggage pastu total group pula 3-4 orang, please request Grab XL awai2 kalau taknak kena marah/cancel dengan driver.HAHA
Sampai je station kami kena pi bilik menunggu untuk naik feeder train to Padalarang. Diorang akan check tix whoosh baru boleh naik ke platform feeder train.


Turun feeder train terus ke ruang menunggu di Station Padalarang. Korang kena pandai estimate masa tau takut terlepas pula feeder train. Our whoosh train pukul 9.45am dan kami sampai sini around 9am, 30 mins before departure baru officer bagi masuk platforms. Sempat la merasai train laju dari arah bertentangan melintas depan muka tak sampai 5sec terus hilang sejauh mata memandang. Fuhh nak naik shinkasen belum mampu lagi~


Food selection dalam Whoosh cafe banyak dan harga masih murah compare to KTM.HAHA
Tak sempat nak rasa lapar dah sampai Station Halim Jakarta, 30mins je dah sampai. Kalau naik bas/van makan waktu 3-4 hours depends on traffic. Walaupun speed laju sampai 300km/h kami dekat dalam rilek je nyahh.



Around 11am sampai Jakarta, kami terus booked Grab untuk ke airport, cost us around RM70+ tak ingat tapi okay la for 4pax plus luggages. Our flight boarding 3.30pm so nak kena sampai awal nak elak macet. It took us 1 hour journey & kena bayar toll bcos grab fees tak include toll fees, murah aje tambah dalam RM3-RM5.

Driver akan tanya kita naik flight apa sebab sana ada 1,2 & 2D terminal, if Airasia driver akan drop di terminal 2. Masa ni dah lapar teruk, tengok dalam maps macam banyak je restoran dalam terminal 2 tapi cari tak jumpa. Airport pon agak tricky untuk kitorg yang first timer/noobs. Cari restoran tak jumpa padahal kena masuk gate yang menghala kearah kaunter check in departure. Sebelah kanan ada lorong untuk ke dalam. HAHA.
 Area luar gate check in tak banyak kedai. dah lepas imigresen haa banyak kedai makan & kedai ole-ole. Harga standard je tak semahal di KLIA. 



Lepas kenyang melantak our last Indonesian cuisine, kami gerak ke gate. Kena jalan jauh sebab gate hujung duniaaa. Tapi view di ruang boarding best boleh tengok banyak jenis flights take off, kids happy la. For us yang sampai airport awal 2-3 hours masih banyak masa terluang before boarding sebab dah self-check in & print return boarding pass dari rumah. Urusan di immigration pon smooth je, memang best berjalan when everything goes according to our plan. Kami selamat sampai Senai airport around 6pm dan masing2 pulang kerumah bersama orang tersayang.

Nissa and I paling banyak plan this trip untuk 9pax. Honestly agak stress during this trip but Alhamdulilah Allah mudahkan dan semua enjoy je new experience di negara orang.  Mengembara mengajar kami untuk lebih bersyukur, berdikari dan bertolak ansur. Tiber bersyukur sangat jadi warganegara Malaysia. Oh Malaysiaku.

 Repeat Jakarta/Bandung?

Umm, maybe?


 Kbye

With love.

Yaya doe

No comments:

Post a Comment