![]() |
with love & happy new year,
hakuna matata
![]() |
with love & happy new year,
hakuna matata
Random 2023 QNA before entering the new year~
Warning: Not trying to trigger anyone but this is just my current opinion on these viral questions that have been mingling around social media on 'serious-questions-for-your-partner'. HAHA
Career - Depending on the current economy, I would be so glad if my spouse gave me full support for whatever I wish to do in the future.
Religion - Religion always be a base in my marriage. Any problems that may occur along the journey should be referred back to Islamic ways.
Finance - I don't believe in the 50/50 rule but every financial should be transparent so we can solve it together. My spouse needs to take care of the bills and I will minimize the unnecessary things.
Dream home - since I already purchased my first house, the idea of a dream house was kind of skeptical. Anything that brings comfort and happiness in a home is a dream to us. Anyway, I love Muji's concept and Scandinavian style for the next house. Minimalist to the core, own less and do more.
Political views - My parent said I would be a great political analyst in every election phase. I'm not biased toward any party and my critical thinking is quite good to be a strategic planner. HAHA. Currently, I'm volunteering to be involved in a Middle East War case as a War-Planning Analyst. phew~ Not to be biased but please educate your mind before spitting out nonsense.
Parenting style - At first I wanted to be a cool mum like a Westerner to my kids but. As I grew older I saw so many pros and cons so maybe I can be a strict mum and my husband may be a cool dad. Asian-Islamic parenting style? HAHA
Support system - Being single at the age of 27 and living alone in another state made me realize I don't need any attachment to anything. But I'm totally wrong, I need someone to listen and comfort my anxiety. Someone who can be a support system in my peace era.
Family influence - I could say we always set a limit to the boundaries even though we share everything. Never spread any negativity among others and be considerate to the family members.
Childhood traumas - My trauma? Insecurities about being tan skin.
Family health history - allergies (Unknown)
S*xual expectation - Surprise meh
Partner expectation - have common sense, work hard, leadership, loving and helpful.
Belief to be introduced to my kids - Moral values, humbleness, gratitude, and gentleness.
2024 here I come~ Hasbunallah wanikmal waqil
with love,
hakuna matata
Hai semua, apa khabar? Harap sihat selalu bersama orang terchenta.
In this post, I'm going to review a few coffee cafes that I had an opportunity to try. Each one of them has its own signature drinks and I just ordered based on their bestseller. Before this I preferred milk tea rather than coffee but after I tried their signature coffee. Wuu is not that bad. But it's too early for me to claim that I'm a coffee lover tho. Pls take note most of them are located in Terengganu.HAHA
1. JIWA Coffee - The most famous cafe in Kuala Terengganu. They have varieties of coffee and food. I went to Jiwa during last year's CNY holiday with my bestie. Super cool place to hang out with your friends. I prefer caramel creme frap whenever I go to a coffee shop but this time the drink was quite too sweet for me. 6/10
2. XOFI Cafe.
If you guys are food hunters this might be one of the cafes you guys should reach out to. I ordered an iced latte for the first time (5/10) and meh because Jajat asked me to try. She has been a coffee lover since forever. Overrated. But oh goodness their pastries are so good and cute 100/10.
3. CHOC-A-CAKE Cafe.
I went last Nov before the GE, this cafe went viral due to the location being near the beach. Ngopi sambil menikmati angin sempoi-sempoi bahasa~ And guess what the place is so underated. Jajat said the cafe belonged to her cousins. They served a lot of cakes and pastries. I tried their signature latte (8/10) and choc moist cake. 10000/10. Definitely will come again soon. I wish I could bring my mom and Mr. Puzzle too.
6. FM Greentea Latte Coffee -
Last December Sam and I went to picnic at Batu Layar. On the way back home we went to Family Mart to get some refreshments and I decided to try their infamous latte. Of course, I picked the Macha green tea latte and it was too good guys! (9/10) The price was so cheap compared to other cafes and the packaging was also cute.
Hi, dear self
Being 27 y/o isn’t easy right? The pressure keeps coming from
various ways to test you.
I’m not going to tell you any supportive words bcos you know
our toxic trait- is never-freaking-give-up. Whatever happens, just chill & be
patient.
- Plan a travel schedule to save more cost while traveling outside Malaysia.
- Never give up on your life. I know you have been feeling down since last week. Trust me, everything is going to end up well. If that is written for you no one can stop that. *plays satu-satu by Idgitaf*
Bucket List
* Travel - Thailand, Indonesia, Singapore, Vietnam, Brunei, Japan, Korea etc
* Financial savings
* Hit 49 Kgs
* Get married? Doakan saya. Amin
* Umrah
With love & Hakuna Matata,
Yaya Doe
13***
Adam Zuhair POV
“Ada apa-apa lagi yang nak Adam tolong?”
Tangannya lincah mencuci piring terakhir di dalam sinki.
“Terima
kasih Adam, banyak tolong mak tun dan Diana. Pandai mak kamu didik kamu.
Ringan tulang.” Puji Mak Tun. Kehadiran Adam dalam rumah agam yang suram bagai
membawa sinar baru.
Mak. Jiwanya bagai tersedar, mesti mak
rindu nak dengar suara anak teruna dia. Sudah berminggu-minggu dia terperangkap
dalam rumah ni tanpa menghubungi sesiapa.
“Mak Tun, saya nak check keadaan Diana
kejap ya.” Kakinya dihayun ke tingkat atas. Sampai di depan pintu bilik Diana
dia kembali teragak-agak untuk mengetuk pintu.
Semalam aku teman cik Diana hampir pukul 3
pagi di ruang membaca. Leka sekali dia menghabiskan buku bacaannya yang setebal
buku rujukan biologi, sambil aku menconteng pelbagai corak diatas kertas a4 di
meja panjang di tengah bilik. Amber, Ainul Mardhiah, Shasha dan err apa
alter yang lagi satu?
Sekali imbas, Diana nampak normal seperti
wanita diluar sana namun kelakuan spontan wanita itu susah untuk Adam membaca
apa yang sedang difikirkan oleh pesakitnya itu.
“Ehem, termenung apa tu abang?” Adam
tersentak dari lamunan lalu menoleh kebelakang. Keningnya terangkat.
“Saya? Abang?” Adam kembali menyoal sosok
yang terpacak tegak didepannya.
“Sayang baru mandikan anak kita, nanti
Tiara masak makanan kesukaan abang ya” Bibirnya tak lekang dengan senyuman
sambil tangan kiri menggendong ‘bayi’ yang diselimuti dengan kain putih.
Tiara. Satin long dress.
Adam cuba untuk mengawal raut wajahnya.
Otaknya ligat memikirkan alter yang baru ditemui ini. Matanya melirik kearah
balutan kain yang dipeluk erat oleh Diana atau Tiara.
“Kenapa abang diam? Abang marah Tia lagi
pasal kes itu hari?” Matanya bergenang.
“Tak, abang tak marah Tiara” Adam
mengambil langkah selamat. Risau jika alter baru ini bertindak diluar
jangkaannya.
Tiara kembali tersenyum gembira. Tiara
menarik tangan Adam untuk mengikutinya ke tingkat tiga rumah Agam. Entah berapa
buah bilik dalam rumah Agam ni pun aku malas nak kira. Bilik tersebut berada
dihujung sekali dan pintu dibuka oleh Tiara dan Adam hanya diam memerhati.
Bilik tersebut penuh dengan barangan bayi
dan anak-anak patung. Tiara meletakkan ‘bayi’ nya ke dalam baby cot.
Kemudian Tiara menolak Adam kearah katil.
“Err cik Dia…er Tiara nak buat apa ni”
Tiara cuba membuka zip belakang dressnya yang labuh ke lantai. Adam dah telan
air liur.
‘Biar betul, dia ingat aku suami dia yang
sah ke?’
Adam cuba bangun namun ditolak kembali
oleh Tiara.
“Tiara, saya…er abang rasa tak sihat” Adam
menolak Tiara yang cuba untuk merangkulnya dan menciumnya.
‘Aku teruna lagi woi’
“Abang sudah tak sayang saya sebab itu
abang taknak sentuh saya selepas saya bersalin?!” Matanya kembali bergenang.
Adam menepuk dahinya, drama apa ini?
“Bukan macam tu, saya sebenarnya bukan
suami cik Tiara.” Jawab Adam tenang.
Tiba-tiba Tiara menangis.
“Sampai hati abang ceraikan saya!” Tiara
menangis tersedu sedan. Dibaling semua barang-barang disekitarnya. Adam cuba
meredakan Tiara namun raungan makin kuat.
Tiba-tiba ketukan keras kedengaran dari
luar bilik.
“Adam buka pintu!”
Adam cuba bangun kearah pintu namun Tiara
segera menahan.
“Jangan buka nanti mereka ikat saya”
“Dr.Adam tolong buka pintu sekarang!”
Suara Encik Qais kedengaran dari luar.
“Adam buka pintu, itu Ainul Mardhiah ke?”
Mak Tun diluar sudah siap menjinjit telekung dan jubah.
“Panggil lagi semua yang berada diluar, it
might be 01 (Amber) in the room” Arah salah seorang dari bodyguard Diana.
“Cik Tiara bawa bertenang saya tak akan
biarkan mereka apa-apa cik. Percaya dekat saya” Tiara memeluk Adam.
With love & Hakuna Matata,
Yaya Doe
With love & Hakuna Matata,
Yaya Doe
Tanpa sedar sudah 10 tahun berlalu.
Aku termenung seketika, cuba untuk mengimbas kembali segala apa yang berlaku.
Kosong. Seolah-olah aku ditimpa amnesia dan dicampak ke dalam dunia baru dimana
aku dengan rela hati mengikut arus manusia menjalani kehidupan.
Kadang aku tertanya-tanya dimana
semangat aku yang dulu? Adakah ini dinamakan krisis umur 20an. Aku kembali
membaca oldest posts sambil berbisik ‘mana kau belajar melantun kata-kata
cringe ni?!’. Sumpah jari jemariku yang sekarang sudah kaku untuk berkerjasama
kembali dengan imaginasi mindaku. Seolah-oleh pintunya sudah dikunci rapat dan kunci
dibaling jauh ke dalam Laut China Selatan.
Sungguh rasa terkilan kerana pada
awal 20an, aku hilang ditelan pusaran taufan katrina tanpa sebarang posts.
Jelas sekali aku leka dalam dunia yang sia-sia tanpa memikirkan kesan terhadap
masa depan aku. Kata orang, setiap yang hadir dalam hidup kita takkan hadir
tanpa kebenaranNYA. Itu yang cuba aku ingatkan setiap kali ada manusia cuba
untuk mencabar tahap kesabaranku yang jelas senipis kulit bawang.
Satu kebetulan atau suratan? Dia
hadir saat jiwaku nyaris mati. Tuhan mengerti isi hati hambaNYA yang mati rasa
untuk melayan karenah manusia. Muak dengan kata-kata manis manusia yang
tersembunyi beribu kebohongan. Kedua kakiku seolah-olah patah, maka hati memujuk
diri yang sudah tidak terdaya, berjalan perlahan mengikuti gerak langkah si
dia ke ruang yang baru.
Tanpa dia sedar, aku kembali
menyayangi diri sendiri tanpa sebarang jangkaan. Dia seakan diam mengerti bahawa aku
pekak badak untuk mendengar suaranya maka hanya perbuatannya mencuri perhatianku.
Sekiranya aku batu, dia adalah kayu. Sumpah, dia too impossible to read.
Tanpa sebab yang kukuh dia tetap setia bersama dengan aku. Kerana dia, aku pula
tanpa sedar menggali aksara-aksara afeksi bagi menambat hatinya.
Seandainya dia tahu, perbuatan
tersebut amatlah mustahil untuk aku lakukan kerana sifat kurang keyakinan dalam hal chenta dan
takut kepada rejection sangat menebal dalam diri aku. Dia sering menguji
sejauh mana kepribadianku. Kadang aku pun tertanya-tanya ‘Adakah aura kamanya
mengubah aku menjadi versi yang berbeza?’ Mungkin.
Namun semakin lama aku memendam
perasaan, makin terasa sakit. Aku bukanlah seorang yang teragak-agak untuk
berkata-kata apabila ingin mengemukakan sesuatu. Tetapi apabila berdepan
dengannya, susunan ayat bagai hilang dihembus angin Monsun Timur Laut. Cliché
Akibatnya, aku kembali on prescription sambil melangkah dengan perlahan menyusuri terowong hatinya.
With love & Hakuna Matata,
Yaya Doe